Assalamualaikum wbt.
Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.
Entri kali ini Kak Fieza nak share peristiwa yang Kak Fieza alami pada tahun 2017.
Kantung Kosong?
============
Sebelum ni tak pernah hadap kes macam ni.
"Kantung Kosong"
Air ketuban ada, kantung ada, tapi janin tak de.
Aiks...peliknya.
Sejak usia kandungan 7 weeks lagi saya dah minta doktor scan dan doktor tak dapat kesan janin pun. Bila scan hanya ada kantung kosong.
Tak seperti kandungan sebelum-sebelum ni 7 weeks dah nampak janin.
9 weeks scan lagi, pun sama kantung masih kosong, janin tak nampak. ukuran kantung pun tak membesar. Masih sama saiz macam 7 weeks. Cuak la kita kan.
Doktor kata scan lagi 11 weeks nanti. Kalau tak nampak jugak janin boleh refer ke hospital.
Sehari sebelum appointment Doktor, ada sikit bleeding. Opsss...apakah?
Bila Doktor scan masih kosong, terus doktor buat reference letter ke hospital pakar. Saya pilih Hospital Pakar Annur Hasanah sebab nak consult dengan Doktor O&G feveret saya Doktor Khamsiah Muda.
Sebelum tu saya dah google nak tahu kenapa terjadinya kantung kosong. Saya jumpa blog Dr Zubaidi. Barulah jelas kenapa terjadinya kantung kosong.
Kantung kosong terjadi bila persenyawaan berjaya berlaku tetapi embrio gagal menjadi janin.
Tak retilah nak cerita ayat doktor. Boleh baca blog Dr Zubaidi ni ye utk penjelasan.
Doktor Kham pula kata, kes macam ni sekiranya janin ini berjaya berkembang maybe ia menjadi abnormal baby seperti down syndrom.
Untuk wanita berusia bawah 40 tahun kes begini adalah dalam nisbah 1: 800 . Bermakna dalam 800 wanita hamil berumur 40 tahun ke bawah hanya 1 yang mengalami kes baby abnormal.
Manakala bagi wanita berusia 40 tahun ke atas risiko mendapat abnormal baby adalah 1:40
Baru clear, umur saya 41 sekarang. So, elakkan risiko sebegini.
Kes macam saya ni Doktor panggil "MISS ABORTION"
Apa yang terjadi terhadap diri saya ada hikmahnya. Allah beri sesuatu ujian kepada hambaNya pasti ada hikmahnya.
Mudahan Allah permudahkan proses D&C saya next week. Appointment hari isnin. Seram jugak ni sebab tak pernah ada pengalaman begini. Beranak dah 5 kali, lain rasanya.
Syukur walau dalam keadaan begini saya tetap cergas melakukan tugas harian. Awina pun makin manja. Almaklumlah belum ada rezeki ada 'adik'.
Sampai sekarang saya masih amalkan makanan tambahan nutrisi hebat SET KESIHATAN SHAKLEE disamping memastikan saya ambil makanan yang seimbang untuk pastikan saya sentiasa bertenaga dan tak longlai.
Kepada anda yang mengalami kes seperti saya sila rujuk kepada PAKAR SAKIT PUAN anda. Jangan biarkan bleeding melampau baru nak jumpa doktor.
#MissAbortion
#D&C
#LiveAmazing
#LiveWithShaklee
---------------------------------------------------------------------
Kisah ni kantung kosong Kak Fieza ini berlaku pada 22 Jun 2017. Dah 2 tahun berlalu.
Betul ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah, pada tanggal 7 December 2018 Allah gantikan dengan baby Affan yang comel.
Waktu gambar ini diambil Affan dah pun berusia 2 bulan 1/2
Alhamdulillah, Affan baby yang ke-6 dalam keluarga Kak Fieza dalam usia Kak Fieza 42 tahun semasa melahirkannya.
Dalam usia begini, syukur Kak Fieza mampu lagi untuk menimang seorang lagi baby.
Insya Allah, sekiranya anda mengamalkan pemakanan sihat dan nutrisi yang seimbang, ditambah lagi dengan suppliment yang disarankan anda akan dapat kualiti kesihatan yang optimum.
Kepada anda yang belum Allah rezekikan cahaya mata jemput baca perkongsian Kak Fieza.
Jemput klik link
Sekiranya ada suka dengan perkongsian Kak Fieza mohon SHARE dan LIKE. Mudah-mudahan dapat manfaat kepada semua.
jemput baca perkongsian kantung kosong Kak Fieza
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete