Tuesday, August 1, 2023

6 Manfaat Vitamin E , No 5 & 6 Paling Istimewa

 



Hai Assalamualaikum wbt sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dikurniakan limpahan kesihatan.

Kali ini Kak Fieza nak story tentang Vitamin E. Vitamin E ini bukan vitamin essential tetapi ianya juga penting untuk tubuh badan kita.


Apa itu Vitamin E?



Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut lemak.

Vitamin E mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan.

Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi.

Vitamin E juga dikenali sebagai VITAMIN JANTUNG dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan.


FAKTA

Vitamin E adalah sebahagian dari antioksida yang melindungi sel dan tisu dari kerosakan akibat serangan radikal bebas yang terhasil. Ia melindungi lemak dan kolestrol menjadi teroksida dan akhirnya jika tidak dihalang, akan membentuk artherosclerosis dan memulakan proses pembentukan kanser. Ia sangat baik diambil dengan vitamin C.

Kedua-dua vitamin E dan C membentuk satu pasukan yang lengkap untuk menghentikan kerosakan akibat serangan radikal bebas. Gabungan keduanya sangat bermanfaat. Vitamin E adalah vitamin yang paling banyak dikaji dalam makmal dan secara klinikal dalam ilmu perubatan moden. 

Kegunaan Vitamin E

Vitamin E telah lama diberikan kepada pesakit sebagai rawatan Bersama (adjuvant) dengan ubat-ubatan sintetik yang biasa diberikan kepada pesakit. Ia sangat baik untuk sistem pembiakan  kita (terdiri dari organ seksual, pembentukan benih sperma dan ovum dan hormone seksual). Tidak hairanlah jika vitamin E selalu diberikan kepada pasangan yang mengalami masalah sukar hamil (sama ada disebabkan oleh faktor lelaki atau wanita).

Ia juga digunakan sebagai antioksida yang kuat untuk melambatkan proses penuaan, masalah kesihatan seperti kardiovaskular, saraf dan pernafasan. Ia juga digunakan sebagai suplemen yang mengelakkan dari mendapat penyakit kanser.

Sumber Asli Vitamin E

Vitamin E boleh didapati dari sumber:

🌰minyak sawit dan minyak kelapa. 

🌰Minyak sayur-sayuran yang lain juga menjadi vitamin E dalam dos yang kecil berbandingan dengan minyak sawit.

🌰kekacang (nuts), 

🌰bebenih (seeds), 

🌰sayur-sayuran yang berdaun hijau gelap, dan 

🌰bijirin.

Bagi mereka yang mengalami kekurangan vitamin E, mereka lebih boleh mengalami masalah kesihatan apabila terdedah pada kerosakan dari radikal bebas yang datang dari persekitaran (contohnya cahaya ultraviolet dari matahari, asap rokok, asap kereta), dan pendedahan pada bahan kimia pada makanan dan minuman (contohnya baja dan racun kimia yang masih melekat pada sayur-sayuran, kesan bahan kimia pada haiwan ternakan dan pencemaran dari penyediaan makanan seperti pewarna, perasa dan pengawet).

Oleh itu bagi mereka yang berisiko seperti pesakit diabetis dan mempunyai kolestrol yang tinggi, dicadangkan pengambilan vitamin E.

Satu lagi sebatian vitamin E yang dinamakan Tokotrinol (tocotrienol) adalah keluarga vitamin E. Ia merupakan sebatian natural yang diekstrak daripada buah kelapa sawit. Ia mengandungi 3 ikatan kembar pada rantaian seisi keluarga. Menawarkan lebih banyak kebaikan pada kesihatan berbanding vitamin E biasa.

Dos yang dicadangkan

Biasanya (tokofenol) antara 400-800 IU. Sementara tokotrinol antara 50-150mg sehari. 

Kemudaratan

Jika dos terlalu kecil (kurang dari 200 IU), ia tidak memberikan sebarang manfaat sementara jika terlalu banyak ia boleh (tokorfenol melebihi 2000 IU)  atau tokotrionol 1000mg, ia boleh mendatangkan keburukan.

sumber artikel : Dr Zubaidi Hj Ahmad

-------------------------------------------------------------------------------------------


Keistimewaan Vitamin E Shaklee ( Shaklee Difference )





Hanya dengan harga RM 1.06 / Sehari dengan 1 kapsul anda dapat:

1) 400 IU Vitamin E (seperti yang disarankan oleh Dr Zubaidi. scroll di atas)
Vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

2) 65 mcg Selenium
Selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

3) 39.4 mg Ekstrak Biji Anggur
Ekstrak Biji Anggur mengandungi proantosianidin iaitu sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

6 Manfaat Vitamin E



1) Menyokong Kesihatan Penglihatan

Vitamin E dapat mengurangkan risiko pembentukan katarak. 

• Mengurangkan 20% risiko AMD (Kemerosotan Mata disebabkan Penuaan)
• Kepekatan yang tinggi di dalam membran sel dan mengurangkan kerosakan sel akibat cahaya UV.

Anda tahu!
Saiz mata kita kekal sama untuk sepanjang hayat, manakala hidung dan telinga kita tidak berhenti membesar.


2) Menyokong Kesihatan Jantung


Vitamin E dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung.

• Menghalang oksidasi kolesterol LDL untuk mengurangkan risiko pembentukan plak.
• Menyokong kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 L darah sehari.

Anda Tahu?
Jantung masih boleh berdegup walaupun sudah terpisah daripada badan.


3) Mengekalkan Kulit Berseri


Vitamin E melawan radikal bebas pada kulit.

• Membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi daripada kerosakan.
• Berfungsi sebagai antiradang semulajadi untuk meredakan dan menenangkan
kulit.

Anda Tahu?
15% berat badan adalahdaripada berat kulit.


4) Fungsi Otak Yang Lebih Baik


Vitamin E menambah baik fungsi kognitif

• Kajian mendapati bahawa vitamin E bukan sahaja menambah baik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer 1
• Vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.

Anda Tahu?
Otak manusia terbentuk sempurna pada umur 25 tahun.

5) Menambah Baik Pergerakan Sperma


Vitamin E dapat membantu melindungi membran sel daripada kerosakan

• Vitamin E bekerjasama dengan Selenium untuk melindungi ciri-ciri sperma.
• Meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita.

Anda Tahu?
Sperma adalah sel paling kecil di dalam badan manusia.


Kajian menunjukkan bahawa 690 lelaki tidak subur diberikan suplemen Selenium dan Vitamin E selama 14 minggu mendapati 52.6% daripada mereka melalui penambahbaikan dari segi pergerakan sperma, morfologi atau kedua-duanya. Yang lebih menggembirakan 10.8% daripada mereka terus hamil isterinya. Bestkan?

6) Meningkatkan Kesuburan Wanita juga



Vitamin E adalah terkenal dengan jolokan Vitamin reproduksi. Kepada anda yang ingin dapatkan cahaya mata dan sedang dalam TTC elok amalkan Vitamin E.


Selain dari itu ada pelbagai lagi manfaat Vitamin E Shaklee.




Siapa Lagi Yang Perlu Ambil Vitamin E?


Di sini Kak Fieza share testimoni yang pernah ambil Vitamin E




Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757



Saturday, July 22, 2023

Percutian Percuma Shaklee Trip Mewah 5 Bintang Yang Menakjubkan


Hai Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua para pembaca setia fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Apa yang bestnya join Shaklee ni, Shaklee menawarkan banyak keistimewaan Reward kepada ahlinya yang layak. Shaklee tidak gagal untuk menawarkan 3C Rewards kepada ahlinya yang layak iaitu:

CASH REWARD

CAR REWARD

CONVENTION TRIP REWARD

Baca : 9 SEBAB KENAPA BUSINESS SHAKLEE TERBAIK

Kali ini Kak Fieza nak story salah satu REWARD yang Shaklee berikan bila anda join ahli Shaklee yang ramai belum tahu.


PERCUTIAN PERCUMA SHAKLEE TRIP MEWAH 5 BINTANG!

Setiap tahun Shaklee akan menganjurkan Trip bertaraf 5 Star Regional dan International.

Dengan bisnes online Shaklee anda berpeluang dapat reward percutian yang sangat menyeronokkan. Dari pengalaman mentor-mentor kami, Shaklee berikan layanan paling istimewa sepanjang percutian. Segala-galanya di sponsor. Anda hanya perlu bawa badan saja. Beg travel pun Shaklee beri FREE.

Istimewanya Percutian Mewah Shaklee:

1) Layanan istimewa bagaikan VVIP dan sangat EKSKLUSIF

2) Jurukamera akan ikut ke mana saja kita. Jadi macam retis-retis pulak.

3) Makanan yang mewah disediakan FREE sahaja.

4) Duit Meal pun disediakan sekiranya ada hari yang bebas.

5) Kemudahan tempat penginapan bertaraf 5 bintang disediakan sepanjang percutian secara PERCUMA.

6) Melawat tempat-tempat yang menarik kadang-kadang memerlukan kos yang besar.

Setiap tahun Shaklee sediakan FREE TRIP untuk Leaders yang berjaya capai target sales dan TRAVEL POINT yang ditetapkan. Kena kumpul points ni selama SETAHUN.

Trip Shaklee ini sangat EKSKLUSIF kerana kelayakan FREE TRIP ini hanya yang betul-betul layak. Hanya ahli Shaklee yang cukup TRAVEL INCENTIVE POINT yang ditawarkan reward PERCUTIAN PERCUMA SHAKLEE ini.

Tambahan lagi sekiranya anda layak sekalipun tapi anda tak dapat join, tiket tidak boleh digantikan kepada orang lain selain suami, isteri atau ibu bapa anda sahaja. Best kan? Sangat eksklusif.

Ye, PERCUTIAN PERCUMA SHAKLEE ini bukan anda saja yang layak diberi reward. Suami , isteri atau ibu bapa anda juga boleh anda bawa sekiranya Travel Incentive Point anda mencukupi. UNLIMITED ye Tiket Percutian Percuma Shaklee ini.

Ada orang kata, saya dah biasa pergi luar negara. Tempat-tempat ini semua saya dah pergi.

Tapi percayalah, Percutian bersama Shaklee tak sama dengan percutian sendiri.

Sekiranya percutian sendiri anda perlu keluarkan budget sendiri dan sentiasa berkira-kira takut terlebih budget.

Tetapi dengan Percutian Shaklee anda tak perlu fikir anda terover budget atau tidak. Shaklee telah siap-siagakan percutian anda yang sangat menyeronokkan.

Malah Shaklee berikan hotel yang bertaraf lebih dari 5 bintang untuk anda nikmati keseronokkannya dan kemewahannya.

Sekiranya anda bercuti sendiri sudah pasti anda terpaksa plan itinerari anda sendiri. Perlu buat survey tempat mana yang anda nak pergi. Perlu juga tahu bayaran entri tempat yang bakal anda kunjungi supaya tidak terlebih budget.

Anda juga perlu fikir tempat tersebut selamat atau tidak untuk dikunjungi. Kadang-kadang persiapan sebelum pergi bercuti dah memenatkan.

Baca : Tips Travel : Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pergi Bercuti?

Tetapi dengan percutian Shaklee anda tidak perlu fikir semua itu. Shaklee yang fikirkan keselamatan dan juga kebajikan anda di sana. Shaklee akan pastikan kebajikan anda terjaga tiptop.

Dari segi makanan pula, biasanya sekiranya pergi luar negara anda pasti risau mencari makanan yang halal bukan? Sukar bagi anda untuk mencari makanan halal di luar negara. Terpaksalah anda bawa mee segera atau makanan ready made. Paling tidak anda hanya boleh makan roti mereka. Tambahan lagi ada yang harga melampau-lampau mahal.

Namun dengan Percutian Shaklee anda akan disediakan dengan makanan halal dan anda tidak perlu tahu pun berapa harganya sebab semuanya FREE.

Mari Kak Fieza kongsikan PERCUTIAN SHAKLEE yang pernah Master Maria Firdaus dapat

SHAKLEE FREE INCENTIVE TRIP MASTERS MARIA & FIRDAUS


1. 2014 - USA (LOS ANGELES & SAN FRANCISCO)

2. 2015 - ITALY 

3. 2016 - USA (LONG BEACH, FLORIDA)

4. 2017 - JAPAN

5. 2017 - STAR LIBRA CRUISE (PORT KLANG - PHUKET - LANGKAWI)

6. 2018 - WESTERN MEDITERRANEAN CRUISE (SPAIN - FRANCE - ITALY)

7. 2018 - BANGKOK, THAILAND

8. 2019 - USA (LAS VEGAS & SAN FRANCISCO)

9. 2020 - SWITZERLAND (Ganti Cash Rewards)

10. 2020 - SEOUL, KOREA (Ganti Cash Rewards)

11. 2021 - USA (LOS ANGELES) (Ganti Cash Rewards)

12. 2021 - BALI, INDONESIA (Ganti Cash Rewards)

13. 2022 - SWITZERLAND

14. 2023 - SEOUL, KOREA


Wow banyakkan? Masya Allah. Setiap tahun dapat honey moon free.

Mari Kak Fieza kongsikan photo-photo PERCUTIAN SHAKLEE FREE mereka.


















Tidak dinafikan Kak Fieza suka melancong. Tetapi bila memikirkan melancong memerlukan budget yang besar, jadi hasrat itu sering dilupakan.

Kak Fieza impikan suatu hari nanti Kak Fieza juga layak menyertai Percutian Shaklee yang berprestij dan mewah ini. Tambahan lagi ianya ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Anda hanya bawa badan saja.

Tahun 2024, Shaklee akan tawarkan PERCUTIAN MEWAH yang lebih hebat.


7H6M OSAKA, NARA, KYOTO



4H3M ROYAL CARIBBEAN CRUISE SINGAPURA, PULAU PINANG, PHUKET




Anda yang suka melancong ke luar negara tapi budget-budget, inilah peluang keemasan untuk bercuti bersama kami tanpa keluarkan sesen pun.

Jom bercuti mewah dengan PERCUTIAN PERCUMA SHAKLEE!

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757



Wednesday, July 19, 2023

Tips Travel : Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Pergi Bercuti?

 

Assalamualaikum wbt sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa Khabar? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Bila cuti sekolah tiba ramai yang ambil peluang untuk bercuti-cuti sama ada dalam negara atau luar negara.

Bercuti adalah perkara yang menyeronokkan. Sapa yang tak suka bercuti. Namun persiapan sebelum memulakan percutian perlu disediakan dengan rapi supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Ini akan mengganggu keseronokkan percutian anda. Mari Kak Fieza kongsikan TIPS TRAVEL yang wajib sebelum anda memulakan percutian.

Apa Nak Buat Sebelum Pergi Bercuti?

Beberapa perkara perlu dititik-beratkan sebelum bercuti.

1) Buat Research Tempat Yang Anda Ingin Kunjungi

2) Rancang Itinerary Percutian Anda

3) Buat Checklist barang yang anda nak bawa

4) Tukar wang

5) Muat turun aplikasi penting

6) Semak cuaca

7) Dapatkan insurans perjalanan

8) Persediaan Mental dan Fizikal


#1 Buat Research Tempat Yang Anda Ingin Kunjungi

Perkara ini adalah langkah pertama perlu anda lakukan. Sebelum bercuti sama ada anda bercuti dalam atau luar negara anda perlu melakukan carian tempat yang anda ingin kunjungi.

Selain untuk memastikan percutian anda berjalan dengan lancar, perkara ini juga penting agar anda tahu anda berada di tempat yang selamat.

Langkah ini juga perlu dilakukan agar anda dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet berada di sana dan peraturan-peraturan yang perlu anda ikuti sepanjang berada di sana.

#2 Rancang Itinerary Percutian Anda

Langkah yang paling penting juga anda perlu merancang Itinerary percutian anda sebagai panduan laluan (route) perjalanan anda sepanjang percutian.

Langkah ini menentukan sama ada percutian anda akan berjalan dengan lancar mahupun tidak. 

IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL 

Jangan hancurkan kemanisan percutian anda hanya dengan anda gagal merancang perjalanan percutian anda.

Sila kenalpasti selok-belok negara yang anda ingin kunjungi supaya anda tidak tersesat. Selain itu anda juga perlu menetapkan tempat penginapan anda. Lebih baik sekiranya telah menempah dahulu penginapan anda sebelum tiba di sana.

Begitu juga dengan kemudahan awam yang ada di sana contohnya sekiranya di tempat itu kebanyakkan perjalanan menggunakan kenderaan awam seperti keretapi anda perlu menempah tiket keretapi sebelum memulakan percutian untuk pastikan perjalanan anda lancar nanti.

Tidak dilupakan juga anda perlu senaraikan tempat-tempat yang menarik yang bakal anda kunjungi. Adakah tempat yang bakal anda kunjungi perlu ditempah dulu tiketnya. Perkara ini perlu disiapsiagakan.

#3 Buat Checklist Barang Yang Anda Nak Bawa


Persiapan awal sebelum memulakan percutian sangat digalakkan untuk mengelakkan ada barang yang tertinggal.

Terlebih dahulu, anda disarankan membuat senarai barang-barang (checklist) yang perlu di bawa travel. Tips Travel ini untuk memastikan anda membawa barang yang perlu sahaja dan tidak terbawa barang yang tak perlu. Tak adalah beg anda nanti terlebih berat. Disamping itu , langkah ini juga untuk melancarkan perjalanan percutian anda. Bila semua barang dah ready anda tidak perlu bersusah-susah untuk mencari atau membelinya di sana nanti yang tak tahu kemungkinan harganya lebih mahal.

#4 Tukar Wang

Sebelum memulakan percutian luar negara anda, pastikan wang anda sudah mencukupi. Anda tidak digalakkan bergantung kepada kaedah pembayaran tanpa tunai semata-mata. Wang tunai perlu disediakan untuk sebarang kecemasan berlaku.

Pastikan juga kad bank anda boleh melakukan transaksi untuk luar negara. Anda boleh aktifkan di bank jika anda belum melakukannya.

#5 Muat Turun Aplikasi Penting

Anda sudah pasti ada telefon pintar bukan? Anda boleh muat turun aplikasi penting yang boleh digunakan semasa percutian anda.

Sekurang-kurangnya anda ada aplikasi menunjuk lokasi contohnya Google Map supaya anda mudah untuk menuju ke satu-satu destinasi percutian anda.

Anda juga disarankan muat turun aplikasi tempahan hotel , tempahan kenderaan awam atau tempahan makanan dan sebagaikan yang relevan dengan negara percutian anda.

#6  Semak Cuaca

Jika anda ingin melancong ke negara yang miliki 4 musim, tentukan musim mana yang anda ingin pergi bercuti. Contohnya jika badan anda tidak tahan sejuk, eloklah elakkan pergi bercuti ketika musim sejuk ya. Bukan apa, risau percutian anda itu jadi tidak menyeronokkan nanti.

Cek juga suhu negara tersebut. Ia bagi memastikan anda tahu apa pakaian yang perlu dibawa dan dipakai nanti. Mungkin nampak remeh, tapi anda akan tahu kepentingannya nanti bagaimana. 

#7 Dapatkan Insurans Perjalanan

Sekiranya anda ingin ke luar negara, anda perlu membeli pelan insurans perjalanan buat diri anda supaya anda boleh dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika sedang bercuti nanti.

#8 Persedian Mental dan Fizikal

Harus diingat anda nak bercuti nak happy happy. Jadi, untuk pastikan anda happy anda perlu siap siagakan diri anda dengan MENTAL dan FIZIKAL dalam keadaan baik. Sekiranya anda sakit sama ada sebelum bercuti atau semasa bercuti , sedikit sebanyak akan mengganggu keseronokkan percutian anda.

Oleh itu anda perlu pastikan kesihatan anda dalam keadaan baik dari segi kesihatan fizikal mahupun mental.

Macam Kak Fieza akan pastikan sebelum bercuti Kak Fieza amalkan Set Essential Shaklee untuk memastikan kesihatan Kak Fieza dalam keadaan tip top.

Lagipun percutian memerlukan tenaga yang tinggi. Anda akan terpaksa berjalan banyak dan mungkin tak cukup tidur untuk menggunakan sepenuhnya masa untuk percutian anda.

Perjalanan yang panjang juga agak meletihkan.Jadi, anda memerlukan suppliment tambahan untuk maintain energy anda. Kadang kala , bila anda banyak berjalan kaki senang dilanda lenguh-lenguh. Ini juga memerlukan suppliment tambahan khas untuk kesihatan sendi dan tulang seperti Ostenutrix Shaklee dan ResV-Vix Shaklee yang baik untuk kesihatan sendi dan tulang.

Perubahan cuaca di negara lain juga tak sama dengan negara sendiri. Kadangkala tubuh kita tak berupaya untuk melawan perubahan cuaca tersebut dan mudah diserang penyakit seperti batuk dan selsema. Jadi, anda disarankan ambik Extra Vitamin C dan disarankan ambil Vita-C Sustained Release Shaklee yang terbukti berkesan melawan jangkitan penyakit.

Semoga TIPS TRAVEL ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk anda memulakan percutian anda penuh keseronokan tanpa halangan.

Jemput baca percutian yang pernah Kak Fieza terokai:

👉👉 Percutian Lebih Hebat Dari Maldives

👉👉 3H2M En Badrul ke Ho Chi Min

👉👉 Rock Climbing Di Gua Damai

👉👉Percutian Percuma Shaklee Trip Mewah 5 Bintang Yang Menakjubkan

Ada banyak lagi percutian Kak Fieza dan family yang tak sempat digrabkan dalam nukilan blog ini. Insya Allah Kak Fieza akan terus menulis dan menulis dalam eksplorasi fiezabard travel dan berkongsikan banyak tips travel nanti.


Semoga tips yang diberikan untuk anda memulakan percutain anda ini memberi manfaat. Kak Fieza doakan anda kaya dan berjaya.

Anda berminat join bisnes Online Shaklee bersama kami klik 


Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757


Sunday, July 16, 2023

5 Tips Mulakan Bisnes Online Dari Rumah

 


Pada era serba maju ini, ramai orang sudah mula berjinak dengan kemudahan internet dan media sosial untuk mendapat sumber maklumat di hujung jari. Bukan hanya untuk mendapat maklumat, antara kemudahan yang media sosial dan internet sediakan adalah pembelian atas talian atau ‘online shopping’. 

Jadi, rugi sekiranya anda tidak menggunakan kemudahan platform internet untuk menjadikannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai rakyat Malaysia juga sudah sedar bahawa kemudahan untuk berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook dan Instagram amat mudah. Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik Covid-19, lebih sukar untuk memulakan perniagaan fizikal atau di premis. 

Pengalaman Kak Fieza sendiri yang telah terjebak dengan BISNES ONLINE ini sejak 10 tahun lalu merasakan ia adalah cabang Bisnes yang mudah dan cepat dapat ramai crowd berbanding dengan bisnes konvensional.

Tambahan lagi BISNES ONLINE ini sangat sesuai kepada mereka yang baru pertama kali nak bisnes dan malu-malu nak promote kepada orang. Kak Fieza faham kondusi anda kerana Kak Fieza juga sejenis INTROVET.

Justeru itu, BISNES ONLINE inilah platform yang sesuai kepada anda yang ingin berbisnes tapi INTROVET. Apatah lagi yang EXTROVET bertambah lagi sesuai dengan BISNES ONLINE ini.

Mari Kak Fieza kongsikan TIPS BISNES ONLINE dari rumah yang berkesan dan Kak Fieza telah mencubanya sendiri.


5 Tips Mulakan Bisnes Online Dari Rumah

#1 Mulakan Bisnes Dengan Sesuatu Yang Dah Ada Depan Mata

Sebagai permulaan, anda tak perlu bersusah payah untuk mencipta produk anda sendiri. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri seperti sistem ‘dropship’ dimana anda menjual produk sedia ada, tetapi pada platform anda sendiri dan keuntungan anda merupakan daripada komisen. Kebanyakan sistem ‘dropship’ ini tidak memerlukan modal untuk mulakan perniagaan, kerana anda hanya perlu mencari pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang anda jual.

Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk yang sudah mempunyai jenama yang kukuh ataupun sudah dipercayai. Jadi, tidak salah untuk anda menjual barangan perniagaan lain jika perniagaan itu menyediakan servis ‘dropship’ .

#2 Elakkan Fikir Untung Besar Dalam Masa Yang Singkat

Dalam Bisnes Online ini anda elakkan untuk dapat keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Kalau itu yang bermain difikiran anda, lupakan saja untuk berbisnes Online.

Berbisnes Online anda perlukan masa dan proses untuk dapat pulangan yang besar.

Tanamkan Niat Bisnes anda untuk MEMBERI MANFAAT kepada orang lain. Insya Allah. Allah permudahkan satu-persatu jalan anda.

Ada sesetengah individu perpandangan sekiranya kita keluarkan modal yang besar, kita akan dapat pulangan yang besar. Ye tidak dinafikan idealogi begitu. Tapi kita ni baru nak mulakan bisnes. Bisnes Online pula tu. Kita bukan buat Bisnes Megah Holding.

#3 Mulakan Dengan Modal Yang Rendah

Anda sebagai usahawan yang baru nak bermula bisnes perlu bijak untuk memulakan satu-satu perniagaan. Cuba cari bisnes online yang hanya memerlukan modal yang rendah untuk memulakan bisnes.

Anda tidak perlu bergolok bergadai hanya untuk memulakan bisnes.

Anda tidak perlu meminjam bank atau yang lebih parah meminjam Ah Long untuk memulakan bisnes.

Anda tidak perlu meminjam saudara mara untuk melaburkan bisnes anda.

Untuk memulakan Bisnes Online kali pertama, anda hanya perlukan Handphone dan Internet saja.

Anda kukuhkan Page Media Social Anda (Facebook, Instagram, YouTube, Tiktok dan Blog) Insya Allah anda akan menjadi Jutawan Senyap suatu hari nanti.

Sekiranya anda lahir pada tahun 70-an, anda pasti sukar nak memulakan bisnes. Dahulu memang sekiranya nak bisnes agak canggung dikalangan usia muda. 

Waktu tu nak bisnes perlu modal yang besar, perlu ada kedai, perlu pelaburan besar.

Sedangkan, dalam era kemajuan sekarang, banyak perubahan teknologi yang bangkit drastik. Media tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari anda. Anda boleh buat bisnes dengan mudah secara ONLINE.

Syukur sangat, sekarang nak bisnes jauh lebih mudah berbanding masa zaman Kak Fieza muda-muda dulu. 

Walaupun anda masih di kolej atau di Universiti malah pelajar sekolah juga boleh mulakan bisnes dengan modal yang rendah atau tanpa modal.

Jadi, sekiranya anda adalah generasi muda, apa alasan lagi yang anda berikan untuk tidak memulakan bisnes anda sendiri SEKARANG.


#4 Mulakan Bisnes Yang Berisiko Rendah

Anda yang baru nak berbisnes online disarankan pilih bisnes yang berisiko rendah. 

Kak Fieza perasan ramai yang ajak Kak Fieza join bisnes hartanah. Tak kurang juga yang memujuk untuk join saham.

Tak salah bisnes seperti ini. Malah memang tak dinafikan pulangannya lumayan. Tapi untuk anda yang baru nak berjinak dengan Bisnes Online ini disarankan pilih bisnes yang berisiko rendah.

Anda juga disarankan pilih company produk yang kukuh. Elakkan pilih company produk yang wujud bermusim.

Anda juga disarankan memilih produk jualan anda yang HIGH DEMAND. High Demand ini maksudnya pelanggan anda akan sentiasa berulang-ulang order produk anda dan konsisten menggunakannya sebagai contoh produk makanan dan produk suppliment.

#5 Belajar Strategi Perniagaan dan Pemasaran

Walaupun berniaga di atas talian nampak mudah, tetapi ia menjadi sukar apabila banyak saingan kerana sudah ramai yang mula untuk berniaga di atas talian dan perniagaan anda mungkin sukar untuk diketahui pelanggan. 

Keberkesanan anda boleh diukur dengan kemudahan yang disediakan oleh platform Facebook dan Instagram melalui data yang disediakan. Untuk menjadi lebih dikenali dalam pasaran, teknik pemasaran anda haruslah kukuh dengan ‘design’ produk atau poster promosi perniagaan anda yang sedap mata memandang supaya pelanggan tertarik untuk membeli produk yang anda jual. Pastikan cara pemasaran anda lain dari yang lain supaya dikenali ramai pelanggan.

Untuk mendapatkan teknik yang berkesan ini anda perlu sentiasa menambah ilmu perniagaan daripada mereka yang telah berjaya dan berpengalaman.

Sekiranya anda masih tercari-cari bisnes ONLINE apa yang patut anda lakukan anda baca link di bawah ini sebagai panduan.

Baca : 9 Sebab Kenapa Bisnes Online Shaklee Terbaik Di Malaysia


Shaklee adalah antara syarikat yang kukuh yang boleh bayar komisen kepada usahawannya UNLIMITED. Selama 3 tahun Shaklee telah membayar komisen sebanyak RM 372,000,000 kepada para usahawannya. Kenapa tidak anda juga bersama antara usahawan yang menerima komisen tersebut.


Semoga tips yang diberikan untuk anda memulakan Bisnes Online anda dari rumah ini memberi manfaat. Kak Fieza doakan anda kaya dan berjaya.

Anda berminat join bisnes Online Shaklee bersama kami klik 


Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757