Friday, October 5, 2018

Success Story : Rahsia Kejayaan Puan Farihah Menjana Income 6 Angka Sebulan



Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi?

Saya doakan kalian dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat hendaknya.

Entri kali ini Kak Fieza nak berkongsi dengan anda Success Story salah seorang yang telah berjaya memjana income 6 Angka dalam bisnes Shaklee.

Ikuti kisah inspirasi beliau ye.

 ________________

 "Ramai pulak yang bertanya bagaimana saya bermula dengan SHAKLEE.. saya kongsikan cerita ni. Mudah-mudahan menjadi pemula gerak langkah anak-anak & cucu / pembakar semangat bagi yang dah memulakan” – Pn Farihah - 

Cerita ini diceritakan pada tahun 2012

Sekarang, puan Farihah adalah seorang pemegang bonus 6 angka sebulan dlm Shaklee 

(Income beliau sebulan RM 100k++)

Beliau sekarang tinggal di Kedah,  menjaga mak & ayah beliau.

So Happy reading ~

 ~~~~~~~~~~
Memulakan Shaklee biz, bukan impian saya setahun yang lalu. Meneruskan Shaklee biz secara fulltime , tidak pernah terdetik dalam fikiran saya, setahun yang lalu. Ia jauh dari impian, cita2 mahupun angan2 saya.

Selesai MSc. tahun 2005, saya mula bekerja sebagai pendidik. 6 tahun lebih mengajar, posisi sebagai senior A-Level teacher sungguh empuk, dah banyak cycles mengajar, semua materials, tests, quizzes, assignments, lab procedures , semuanya dalam files, tak payah nak susah2 buat lagi. So, pegi keja, 50% beban dah tiada, Cuma beban lain menghadap students & management. Tu saja. Comfort zone saya :-)

Dalam pantang ANAK ke 4, saya terpesona dengan kecomelan baju2 baby. Hehe. Boleh jugakla kalau nak buat side income sambil2 beli baju ANAK2 sekali. saya mulakan Surijunior, jual baju baby & kANAK2.. ok la jugak, margin untung tinggi, tapi saya tak konsisten. Komitmen terlalu tinggi, fesyen baju berubah2, kena upload gambar selalu, deal sengan sizes, materials.. argghhh.. saya give up. Sesuai untuk orang lain, tidak untuk saya. 

Minggu ke 3 berpantang, saya terjumpa trialpack set B Shaklee. Hmm.. macam nak cuba. Lepas cuba, bagus, bagus sangat.. jadi, memandangkan Surijunior dah ada, saya tak sampai hati nak tutup kedai macam tu saja, terfikir dalam hati, ANAK pon dah ramai, susah juga nak maintain suplemen, jadi saya cuba mulakan Shaklee biz. Niat mulanya untuk cover suplemen sendiri dalam RM70 sebulan. Beli fullpack set B, asingkan untuk diri sendiri sebulan selebihnya saya repack buat trialpack. 

Nampak Shaklee biz, ada masa depan, saya buat unjuran baru RM600 sebulan, untuk cover suplemen sekeluarga, tapi bonus yang dapat lebih, cecah RM1k+. Entah dari mana datangnya customers. Kat sekolah, mulut saya memang terkunci. Memang tak reti nak promote pon :P SAYA TIADA ASAS DALAM BISNES, PROMOTION, MARKETING. saya akui. apa yang saya buat selama ni, sharing knowledge, testimoni. Tu saja, sales datang bila customer datang tanya & beli :-)

Beberapa lama berniaga, ada yang nak masuk jadi ahli, ANAK sulung saya Shuhada Nazir, kemudian Farwizah, kemudian Shaza dan seterusnya. oh tidak! Saya tak tau apa2 pasal MLM. Downline? Leadership? Recruit ahli? *pengsan* Saya buka biz manual. Dah berabuk kott.. Baru TERBELIAK MATA BACA OFFER SHAKLEE...haha.. 

Mula dari situ, saya struggle dengan Shaklee, dengan bantuan Iffah, saya dapat jadi supervisor. Kini, selepas setahun, saya menikmati income lebih 3 kali ganda gaji dahulu. Alhamdulillah.. 

Dengan izin Allah, dengan perancanganNya yang maha rapi, Rezeki anak2, Car bonus DAN coordinator saya dapat pada bulan yang sama. Alhamdulillah..

Jika anda merasakan biz ini susah, tak tahu nak mula dari mana. Berhenti dari berfikir yang bukan-bukan. SIT DOWN & WRITE YOUR DREAMSSSS. Pasti selepas itu, anda tahu dari mana harus dimulakan, bagaimana memulakannya & untuk apa menjalankannya.

Saya bermula seperti anda semua, atau mungkin lebih teruk dari kalian :

 # Bekerja dari 8-4pm, kadang2 meeting sampai 6pm

 # Menguruskan 4 ANAK dengan 1 menyusu badan eksklusif, tanpa maid

 # Suami sibuk sebelah malam dengan classes, hampir setiap hari saya menguruskan ANAK2 & memantau kerja sekolah, mengaji sendirian

 # Buat promo & ambil order sambil menyusukan ANAK

 # Pack barang sehingga lewat 3-4pagi
 ..... macam2 lagi

 Semua ni boleh menjadi ALASAN saya jika saya tak ingin Berjaya, tak ingin pasif income, tiada keinginan yang kuat untuk melihat lebih ramai yang sihat dengan SHAKLEE dan saya sebenarnya mampu menyenaraikan LEBIH BANYAK LAGI ALASAN. 

Sekarang, semuanya hampir berubah. Masa bersama anak2 sungguh istimewa. Walaupun saya sibuk dirumah, Rumah kadangkalanya lebih bersepah dari dulu, namun, saya bahagia dengan celoteh & cerita mereka sepanjang perjalanan menghantar & mengambil mereka dari sekolah, sepanjang berada di rumah. Lebih dari itu, saya membantu suami menyelesaikan bayaran2 tertunggak & bil-bil. Yang paling membuatkan saya terharu, tahun ini adalah tahun pertama saya menghulurkan duit raya 4 angka kepada makayah.

 ANDA BERANI BERMIMPI?? Ya, saya berani untuk bermimpi :

 >>Berpencen dengan Shaklee seawal usia 35tahun

 >>Menikmati masa dengan anak2 SEPENUHNYA seawal 35tahun

 >>Kembali settle down di kampong, Menjaga ibu bapa / ibu bapa mertua SEPENUH MASA seawal 35tahun

 >>Menghulurkan pencen sekurang-kurangnya 4 angka pada ayah & mak 

>>Menikmati pasif income 50k seawal 35tahun (dulu saya project 20k, tapi lepas setahun dah 3 kali gaji dulu, jadi buat projection baru.haha)

 >>Bebas dari semua loan – pengajian, rumah, kereta semasa 45tahun

 >>Menjadikan Saidatina Khadijah sebagai idola, Mukminah kaya, hartawan terbilang yang menyokong suaminya dengan hartanya ke jalan Allah

Ada lagi? Ya BANYAK LAGI impian saya....... 

Keluarkan cerita anda, KOREK IMPIAN ANDA YANG TERPENDAM, jadikan push factor. Perkongsian saya, sekadar perkongsian untuk kebaikan semua. Anda boleh jadikan Shaklee fulltime biz atau part time biz. Tak semestinya berhenti kerja, takde sapa suruh.. tetapi, memandang ke hadapan, menjadi lebih futuristic, Part time atau fulltime biz, kita sebenarnya perlukan biz ini untuk PASIF INCOME DI USIA EMAS kita. 

Fikir bila kita dah umur 40++, alangkah baiknya, jika kita ada pasif income tiap-tiap bulan RM3-10K. Usia sebegini, kita boleh dengan tenangnya tukar focus tenaga kita daripada bekerja untuk mencari duit kepada bekerja untuk mencari keredhaan Allah, sebab duit memang dah bulan2 dapat, tak payah risau lagi.

Selamat Berjaya untuk semua. Saya disini hanya membantu sekadarnya, selebihnya terpulang kepada diri sendiri. Fikirkan kehidupan yang lebih baik. 

Surirumah 5-angka bukan sekadar title.....

Menjana income 4 hingga 5 angka dari rumah BUKAN CERITA DONGENG....

Financial Freedom bukan sekadar slogan

Ia benar-benar berlaku jika kita PERCAYA, YAKIN, SABAR, USAHA, DOA & BERTAWAKKAL


 _____________________

Mudahan kisah Pn Farihah menjadi inspirasi kepada anda semua.

Pn Farihah adalah salah seorang dari ribuan individu yang telah berjaya dalam bisnes Shaklee.

Di sini saya nak kongsikan, sekiranya anda ingin memulakan bisnes anda perlu ada 5 Ciri ini.

1. PROVEN SYSTEM
2. PROVEN MENTOR
3. PROVEN SUPPORT TEAM
4. PROVEN RESULTS
5. PROVEN PRODUCTS


Sekiranya belum jumpa anda lupakan niat anda. Anda usahakan dapatkan 5 ciri ini dulu.

Jika anda mahu berniaga, NANTI DULU!! Anda wajib dapatkan ebook SORRY BOSS!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja SECARA PERCUMA yang pernah saya baca ini. Anda tak akan menyesal.

Bagaimana saya yang tak tahu berniaga, tak pernah berniaga even sebatang pen.

Bagaimana saya bisnes dengan hanya bermodalkan RM XX sahaja. 

Tanpa pinjam ALONG ...tanpa pinjam saudara mara. 

Sekarang Alhamdulillah modal 2 ANGKA telah beranak menjadi 4 ANGKA setiap bulan.

Tak caya tak apa, anda baca ebook ini dulu.

Saya berbesar hati ingin hadiahkan anda ebook motivasi ini kepada anda secara PERCUMA! sekali lagi saya katakan PERCUMA! Let's grab segera! 

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DI SINI!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Sekiranya anda hadapi kesulitan download ebook ini sila hubungi saya seperti no phone di bawah.

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz (sila klik)

019-211 8757 
(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)

ATAU

KLIK SINI



Saya syorkan anda tekan button SHARE dan LIKE di bawah supaya lebih ramai rakan-rakan anda dapat manfaatnya. Insya Allah saham akhirat anda dapat dengan hanya sekali tekan button SHARE dan LIKE tersebut.

Saya doakan anda kaya dan berjaya dunia akhirat. Dan Allah permudahkan urusan anda Insya Allah.

Wednesday, October 3, 2018

TWB Success Story : Ujian Demi Ujian Tidak Jadi Halangan, TWB Beri Sinar Untuk Teruskan Kehidupan Lin


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi?

Saya doakan anda dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Entri kali ini, Kak Fieza nak share satu kisah sangat memberi inspirasi dan sangat menginsafkan.

kepada yang tak tahan air mata, sila bawa tisu siap-siap ye.

Kisah ini agak panjang. Kisah duka seorang wanita yang sangat tabah setelah diceraikan baru-baru ini. TWB membuatkan beliau bangkit tanpa toleh ke belakang.

Nama dan gambar empunya diri perlu dirahsiakan demi menjaga hati keluarga beliau dan semua pihak. Semoga kisah beliau menjadi ikhtibar buat semua wanita. Jom ikuti kisah beliau.


"Jika akak tak join kursus mobile spa bulan lepas, akak tak tahu nak makan apa hari ini...."


Kisah saya agak panjang juga walaupun semua baru berlaku, akak cuba ringkaskan.

Saya Lin (bukan nama sebenar), menetap di Putrajaya.

Berusia 43 tahun, ada seorang anak perempuan 16 tahun. Saya merupakan penghidap Diabetes, hypertension, neuropathy dan retinopathy.

Sejak setahun yang lalu, masalah rumah tangga dan kesihatan saya semakin kronik. Beberapa hari sebelum raya haji penglihatan saya terganggu di mana saya tak dapat melihat jelas menggunakan kedua-dua mata.

Pada raya haji bebaru ini, saya diceraikan suami melalui text wasap.

Sebelum ni asalnya hidup selesa. Dah 6 tahun saya surirumah sepenuh masa. Tiap-tiap bulan suami bank in RM2k dalam akaun bank.

Langit tak selalu cerah. Saya tak pernah terfikir akan berpisah, lagi-lagi suami baik orangnya. Bekerja keras utk cukupkan segala.

Namun siapalah saya, nak menentang takdir Allah. Jodoh kami setakat ini saja.

Petang tu saya terima text tu...maghrib tu saya pergi surau...lama saya sujud...Ya Allah...aku redha dengan ketentuanMu...

Dua hari saya menangis. Dan menangis. Saya redha, cuma agak tak sangka terjadi perpisahan jiwa ni waktu mata saya bermasalah.

Saya tiada savings. Tiada harta. 6 tahun senang lenang semua suami tanggung. Apa saya nak buat?

Mana saya nak mula? Macam mana? Pelajaran tak tinggi...dah agak berusia...sakit pulak. Majikan mana nak ambil pekerja macam saya yang tiap-tiap minggu kena ke hospital, ke klinik, yang asyik sakit.

Selain mata, saya ada luka diabetic kat tapak kaki. Jari-jari kaki kanan saya dah 4 kali kena amputate...dah takde 4 jari.

Orang cakap...jangan risau sangat...jangan pikir banyak...Allah ada. Cakap senanglah, kalau kena baru tahu.

Saya percaya, kalau takde usaha, macam mana rezeki nak masuk? Saya kena buat sesuatu!

Semua orang diduga dan diuji. Lain-lain ujian dan tahap aje kot. Bagaimana kita melepasinya, itu kita yang kena fikir.

Macam-macam cadangan saya pertimbangkan. Akhirnya saya ikut kawan saya pergi preview career talk mobile spa satu projek group yg lain.

Saya tekad. Ni lah penyelamat saya! Senang aje. Gosok-gosok muka orang aje! Kena cari modal RM5k aje! Kalau saya ada RM5k, buat apa saya nak gosok-gosok muka orang?

Malam tu kawan saya yang lain bagi saya nombor Maria Firdaus.

24 Aug 2018, saya join Free Preview The Walking Beauty (TWB) di bawah Master Maria Firdaus.

Okay. Nekad dah...this is it! Cari RM2k aje. Tak susah kot. Kalau tak berjaya buat duit. Tak ralat hilang RM2k.

Saya ni ego agak tinggi juga. Bukan jenis pinjam-pinjam duit orang. Tak suka berhutang. Saya pernah beli kereta alza ambil loan bank. Tapi bila saya jadi surirumah, saya nak cut monthly expense, saya bagi orang sambung bayar, supaya saya takde hutang bulanan. So, nak pinjam-pinjam duit bukan mudah bagi saya.

"Instead of saya meratap menangis lama-lama. Saya dah plan perjalanan hidup saya seterusnya"

Saya call salah seorg ahli keluarga rapat saya dan ceritakan masalah saya. Ni minggu yg sama saya kena cerai ni. Instead of saya meratap menangis lama-lama. Saya dah plan perjalanan hidup saya seterusnya. Ini redha pada saya.

Saya luahkan pada kakak angkat saya, dia surirumah jugak.

Tetiba esok hari dia bagitau saya. Dia dah minta tolong anak dia bank in cash RM2k ke akaun saya.

Dia cakap..."Adik, i believe in you. Akak tahu adik boleh berjaya. Adik gunalah duit akak dulu...no hurry to pay back..."

Masa tu saya pikir...Ya Allah, betul ke ni nak guna duit orang untuk terjun bidang yang not my flare ni?

Saya PM Maria..saya tanya macam macam.

Ok puas hati...29 Aug 2018 saya bayar RM1999 + RM100 kelas penjagaan berpantang.

31 Ogos 2018 lepas perarakan Merdeka, saya masuk training dengan Master Ainul. Habis training nekad cari customer.

Dengan mata yang tak berapa nampak. Saya ni gemuk, kaki masalah saraf. Susah nak duduk bersila bagai. Tapi nak cari duit punya pasal, saya tak nak minta duit orang...ehsan orang. Saya mesti berusaha sendiri.

Masa training. Nampak mata saya sepet sebelah. Otot saya lemah tak boleh fokus dua biji mata tu.

Owh ye. Anak perempuan saya 16 tahun tolong hantar saya dari Putrajaya ke Bangi naik motor. Dia lesen L aje. Belasah jer la. Sakit punggung jangan cerita.

Waktu tu, saya dah tak boleh drive. Mata tak berapa nampak. Duit tak ada nak naik uber. Motor pun motorlah.

Kawan saya tanya...'Acaner ko nak facial muka orang, muka ko pun tak berapa nak elok ni?' Hahaha

Ada saya down?? Tidakkkkk

Saya perfectkan skill eye and face massage saya. Saya buat HOMESPA saya betul-betul macam SPA.

Apa yang Master Ainul ajar, saya dengar. Baca group telegram..dapat ilham.

Facebook saya ada 200 kawan je masa tu. Asalnya set private. Atas nasihat mentor dalam TWB, saya publickan.

Saya start sharing pasal aktiviti saya. Saya tak promote lagi.

Saya masih tak yakin, so saya offer free full facial kat 7 orang. Mentor dalam TWB yang suruh.

Sebelum buat servis berbayar, belajar buat yang free. So kalau buat silap orang tak marah.

Saya tak yakin jugak nak offer servis. Tapi yang dapat free facial saya ni..dah war2kan kat kawan2 lain...

"Best giler kena ulit-ulit muka dengan Lin..."

Then 9 Sept 2018...duit kat tangan saya tinggal RM18. Dlm bank ada RM109.50 tak silap

Naik motor anak bawak dari bank ke bank...kenapa tak boleh withdraw?? Tak boleh transfer??

Kena timpa tangga lagi. Rupa rupanya, orang yang sambung bayar kereta saya, dah 3 bulan tak bayar! Bank sekat akaun saya!

Tu je duit saya ada. Dah terdesak...saya mula iklan servis by wasap dulu. Offer RM30 aje. Ni dah terlebih murah dari market price. Tapi sebab saya tak berapa yakin, saya rasa murah pun tak per lah. Janji dapat duit.

Saya dibayar RM100. Nangis terus....saya bgtau Maria. Customer cakap puas hati kerja saya. Alhamdulillah.

Next customer RM50 pakej mak anak, dia bayar saya RM100 juga

Pada waktu tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Betapa gembiranya dapat duit cash dikala betul betul tak ada duit.

Saya pernah naik motor dari Putrajaya ke Setiawangsa buat facial.... Sakit bontottttt.

Naik motor pergi Hotel Marriot. Parking motor pun tatau kat mana. Ni semua semata-mata nak buat servis untuk customer.

Kemudian, kakak saya baru dpt tahu kesusahan saya. Saya kena sound sebab tak bagitau dia, dia terus bank in RM 1K dlm akaun saya. Akaun yang kena beku tu. Huhu.

Saya mampu tengok baki...tapi tak mampu keluarkan.

Lepas tu saya tak berapa kisah dah apa jadi dengan duit dalam akaun tu...

Ikhlas hati, saya bukan seorang yang suka menyusahkan orang lain. Even adik beradik sendiri. Selagi mampu, saya akan berusaha sendiri.

"cash masuk almost hari-hari melalui servis mobile spa"

Sejak buat Mobile SPA, cash masuk almost hari-hari melalui servis mobile spa.

Melalui teknik marketing yang team TWB ajarkan, saya berjaya dapatkan customer dari kawasan sekitar.

Namun, tahap kesihatan saya belum sembuh sepenuhnya. Seminggu 2 atau 3 kali saya kena ke hospital dan klinik kesihatan.

Saya mohon belajar kelas pemakanan, penjagaan diabetes, kelas bersenam. Saya susun semua hidup balik. Tapi hari-hari saya akan sebut TWB...TWB... "Ya Allah, tolonglah aku..."

Saya ke jabatan agama, JKM, mahkamah etc...tapi saya masih boleh buat duit masuk...susun jadual saya.

Hari saya sihat...saya go MOBILE SPA! Hari saya tak sihat...saya panggil kawan-kawan datang rumah buat HOME SPA.

Tengah hari saya akan senang pitam. So no appointment masa tu.

Sekarang, Alhamdulillah. Mata saya semakin pulih. Kurang sepet skit dah. Darah tinggi saya minggu lepas doktor dah potong satu ubat sebab dah turun. Gula saya dah bawah paras 10.

Saya rasa semua related to stress.

Saya dulu tak minat beauty. Saya tak minat spa2 ni. Tapi saya nampak jalan keluar dari masalah saya.

Walaupun kecantikan mahupun spa bukan dunia saya. Tapi selepas saya belajar dalam mobile spa, saya rasa ia seperti memberi satu keseronokan dan kepuasan buat saya.

Ilmu yang saya peroleh dari Team TWB sangat berharga. Ilmu urutan spa, barangan berkualiti yang disediakan, teknik marketing yang superb dan amazing, serta team yang sangat supportive.

Tadi naik court kes cerai saya...lafaz luar mahkamah. Ex husband cakap, saya nampak kuat, nampak happy dengan life saya.

Saya sedih sangat....tapi i will be okay now.

Kawan-kawan pun paham saya susah duduk bersila. Saya gemuk, diorang sendiri akan suggest facial atas katil. Today saya dapat hadiah katil spa dari seorang kawan. Lazada datang hantar kat rumah.

Saya dapat hadiah sauna FIR dari kawan jugak, Hahah ni peberet saya...

Sambil-sambil duduk tengok konsert Big Stage kat TV... Ada org datang sauna...dapat RM30. Boleh la lepas makan saya anak beranak.

22 Sept 2018 saya masuk kursus penjagaan berpantang TWB. Trainer saya haritu tegur saya nampak lain. Saya dah pandai gosok-gosok muka sendiri. Dah nampak berseri sikit wajah saya.

Semalam lepas maghrib, saya maafkan semua orang dan segala-galanya. Termasuk yang menyusahkan saya.

Saya jenis cakap, tulis takde hide2..berterus terang...kat fb wall saya, tulis dr hati.

Ada yang kurang senang...kata saya memalukan diri.

Sebenarnya, niat saya...saya tahu ramai kat luar tu...pun kurang baik...tapi malu nak ngaku...malu org tahu... Makan dalam. Saya share...supaya org tahu..life is not easy for everyone.

There's no fast track to success

Semalam saya dengar Datuk Seri Vida cakap...There's no fast track to success...

Kalau rajin nak usaha...TWB will lead the way to success. Tapi TWB tak boleh spoonfeed success to you.

Alhamdulillah, melalui servis mobile spa TWB ni, saya berjaya peroleh hampir RM2000 untuk bulan pertama ini.

Dalam keadaan saya yang tak berapa sihat ini, dalam keadaan berulang alik ke hospital, mahkamah, pejabat agama dan lain lain lagi, saya rasa ia pencapaian yang membanggakan untuk saya.

Bukan mudah seorang wanita seperti saya untuk mendapat apa yang saya dapat sekarang ini. RM2000 untuk bulan pertama satu dalam bidang ini sangat menggembirakan saya .Terima kasih ya Allah.

Dalam group mobile spa saya, ramai yang berjaya. Mereka yang sihat dan buat secara fulltime boleh peroleh income RM5k, RM7k, RM10k dan ada yang dapat RM20k melalui mobile spa ini.

Tambahan pula selepas ini team kami buat Pakej Berpantang pula, maka lebih mudahlah untuk saya memberikan servis nanti.

Syukur Alhamdulillah. Saya berada dalam group dan jalan yang betul.

Dalam sakit perit air mata yang macam telaga air zam zam tak pernah kering, Allah beri nikmat lain iaitu "Ketenangan Jiwa" buat saya.

Saya dah mula TWB SPA, saya nak grab peluang dalam pakej TWB penjagaan berpantang dan selepas bersalin tu.

Sebab saya nampak demand dan market di situ. Kalau kita mula lambat, orang lain yang ambil peluang dulu.

Terima kasih semua. Maafkan saya kalau menyinggung dengan bahasa tak seberapa ni.

Terima kasih buat Maria Firdaus. Terima kasih buat trainer. Terima kasih rakan rakan TWB atas ilmu yang kalian kongsikan.

Saya ni IG pun tak reti. Facebook pun terkial-kial, Nak edit iklan pun tak reti.

Tapi dalam TWB, ada aje org tunjuk ajar. Ada saja orang yang nak tolong. Kami semua dah macam adik beradik.

Dalam kekalutan dalam kehidupan, mentor saya berpesan kepada kami semua.

1) Untuk Yang Ada Suami Yang Baik:

❤ Berusahalah untuk stabilkan family sama. Jangan harapkan suami seorang untuk baiki kewangan.

❤ Kena gilap skills supaya ada back up if anything happened.

❤ Buat savings sendiri, reward suami dan anak anak untuk gembirakan mereka (redha mereka penting dlm bisnes).

2) Untuk yang ada suami tetapi tak bertanggungjawab:

❤ Focus dan usaha utk baiki diri demi anak2.

❤ Jangan jadi hamba pada lelaki , stand up!

❤ Doa setiap hari minta Allah beri hidayah pada suami, tetapi ini bukan jalan untuk you meredhai apa yang suami buat ( Bangkit n fight for your rights - cari 3rd party utk dptkan advice)

3) Untuk Yang Single Women / Moms :

❤ Jangan sedih bila tak ade suami

❤Percayalah, hidup single tetapi berduit adalah lebih bahagia dari hidup bersuami tapi tak berduit dan menyusahkan.

❤ Cari redha Allah, cari kasih sayang Allah kerana cinta Allah is the ultimate one!

Harap bermanfaat la sharing daripada saya. Doakan saya rezeki kebaboom keajaiban pada hujung minggu ni. Semoga Allah murahkan rezeki saya juga.

Lin,
TWB Beautician

Menawarkan Servis Mobile SPA sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai.

=====

# Jika anda ingin mendapatkan SERVIS SPA Area Putrajya, KL, Cyberjaya, Nilai daripada Puan Lin, boleh hubungi beliau di : 010-2281141

# Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Puan Lin, boleh hubungi Kak Fieza untuk maklumat lanjut.

Sila Share Jika Anda Rasa Sharing Ini bermanfaat

----------------------------------------------------------

Ini pula message terbaru Pn Lin


Syukur Alhamdulillah, Allah turunkan hujan dan petir di tengah hari. Rupanya nak beri Pelangi di petang hari.

---------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Sekarang Dah Ramai Yang Berjaya dengan TWB

Jika ada sahabat yang nak tahu detail pasal bisnes mobile spa ni. Boleh PM Kak Fieza di 019-2118757.

ATAU

klik  👇👇👇


Nanti Kak Fieza kongsikan detail macam mana anda pun boleh jana pendapatan melalui Mobile Spa seperti Lea.

#silasharekegrouplain
#semogabermanfaat
#thewalkingbeauty
#FBEEmpire
#TWB
#fiezaDBeautyHomeSPA
#TWBByMFMS
#TWBByFBE

Ini adalah peluang anda untuk mendapat income secara konsisten setiap bulan.

Perlu diingat, ini adalah BUSINES SPA ok! Bukan duduk goyang kaki duit tetiba datang bergolek. No...No...No....

Tiada istilah goyang kaki dapat duit. Sapa usaha dia dapat. Sapa tak buat melopongla dia.



Nak tahu lebih lanjut tentang TWB, jemput baca di sini ye. Klik LINK di bawah




Jangan tunggu lagi!

Trainers TWB berada di SELURUH MALAYSIA!
Jom sama-sama kita jana pendapatan dengan skill mobile spa dengan team TWB sekarang!

Sila hubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada 
TWB BEAUTICIAN dalam team
FIEZABARD EMPIRE (FBE) !

Sila klik


Atau 

hubungi talian 019-211 8757

SEKARANG!

Sekiranya anda suka entri ini, sila Tekan Button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.

Hafizah
019-211 8757
*Founder Fieza D'Beauty Home SPA*
*Certified TWB Beautician*