Sunday, September 15, 2019

Peluang Bisnes Shaklee 3C Yang Wajib Anda Rebut




Assalamualaikum wbt.

Hai Apa Khabar Sahabat fiezabard yang dikasihi. Lama juga Kak Fieza tak bersiaran di blog ni kan?

Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan melimpah sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dunia dan akhirat di samping keluarga tercinta.

Alhamdulillah, Allah kurniakan masa untuk Kak Fieza spend time untuk manfaat anda semua.

Anda tahu, sejak Kak Fieza join Shaklee pada tahun 2013, Kak Fieza memang dah tak pandang bisnes lain.

Apa yang seronok sangat Bisnes Shaklee nih.

Meh Kak Fieza Listkan

10 KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE




Banyak sangat kelebihan sebagai ahli Shaklee berdaftar, sama ada untuk mereka yang hanya sebagai PENGGUNA saja, dan mereka yang berminat nak jana income dengan BISNES Shaklee. Terpulang kepada anda.

Macam Kak Fieza pun pada mulanya hanya sebagai pengguna Shaklee sahaja bermula dengan SET BERPANTANG Shaklee yang Awesome.

Akhirnya Kak Fieza terjebak pula dengan bisnes Shaklee ni bila Kak Fieza dapati mudahnya nak bisnes dengan Shaklee ni. Kak Fieza dah guna, apa salahnya Kak Fieza share kebaikan Shaklee kepada orang lain supaya mereka dapat kebaikan yang sama Kak Fieza dapat dengan Shaklee.

Jemput ke entri blog Kak Fieza tentang Rahsia Kekal Cergas Hamil Di Usia 40-an.


Kelebihan menjadi AHLI SHAKLEE yang paling utama tentulah HARGA AHLI DISKAUN 20%! Kalau tak jadi ahli, anda tak layak dapat harga ahli ya.

Kalau anda buat belian lebih min 150 UV dalam sebulan, anda layak CASH BONUS 5-21%. Kan dah jimat kos vitamin yang anda sendiri makan. 

Selain tu, lepas jadi ahli, anda akan dimasukkan ke dalam Group Exclusive Telegram dan Facebook untuk Ahli Shaklee di bawah Team Jutawan.

Kami sentiasa menjalankan kelas NUTRISI dan kelas BISNES secara Online dan Offline.

Ilmu nutrisi bukan saja penting untuk orang yang nak bisnes. Tapi sangat penting untuk semua orang, supaya kita tahu apa nutrisi yang kita perlukan untuk menjaga kesihatan diri sendiri, pasangan, anak-anak dan ibu bapa kita sendiri.


So rugi sangat kalau anda pengguna Shaklee tapi masih belum jadi Ahli Shaklee yang sah. Nak makan sendiri saja pun bagus jadi Ahli!

Anda tahu, banyak sangat peluang yang ditawarkan oleh Shaklee untuk mereka yang benar-benar serius dalam bisnes.

Antara yang Kak Fieza nak tekankan di sini PELUANG 3C yang ditawarkan dalam bisnes Shaklee

Apa menariknya 3 C ni?

Ok. Harap anda tak jemu baca perkongsian Kak Fieza ni ye.

PELUANG BISNES 3C : CASH BONUS, CAR BONUS, CONVENTION TRIP!!

Sebenarnya, selain kelebihan dapat membeli produk shaklee dengan HARGA AHLI dan CASH BONUS (5% -21%) yang boleh direbutkan, Shaklee juga tawarkan lebih dari itu kepada mereka yang betul-betul serius dalam BISNES SHAKLEE.

Pada mulanya, Kak Fieza cuma nak MAKAN saja dengan SET BERPANTANG SHAKLEE tu, tetiba Kak FIeza terjebak dengan bisnes yang hebat.

Tau tak kenapa? Sebab Kak Fieza dapati banyak Kelebihan Bisnes Shaklee ni.

Tak sia-sia Kak Fieza register sebagai ahli dah join bisnes yang awesome ni di bawah TEAM JUTAWAN yang hebat.



Inilah program Rewards 3C yang Shaklee tawarkan

Inilah 3C yang Kak Fieza canangkan tadi. Menarikkan?

Dalam bisnes Shaklee ni anda berpeluang mendapat ketiga-tiga 'C' yang ditawarkan dengan mudah.

Macam mana tu?

3C Kelebihan Bisnes Shaklee yang ditawarkan

1) CASH BONUS


Dalam Shaklee, ada 7 RANKS yang boleh dicapai. Lebih tinggi rank, lebih besar syarat-syarat jualan, maka lebih besar CASH BONUS yang Shaklee tawarkan seperti gambar di bawah.




Ini adalah minimum BONUS BULANAN (setiap bulan) yang diterima oleh Usahawan Shaklee berdasarkan EFFECTIVE RANK setiap bulan. Tapi ini hanyalah Purata Minimum saja. Lebih besar jumlah sales setiap bulan, lebih besar jumlah bonus yang diterima. Jadi TIADA BONUS TETAP setiap bulan dalam Shaklee. Semuanya bergantung kepada usaha dan performance masing-masing. Malah CASH BONUS yang anda terima INFINITI. Shaklee akan beri sebagaimana performance anda lakukan setiap bulan.

Anda usaha lebih anda dapat lebih.

Ada dikalangan usahawan Shaklee yang mendapat 6 ANGKA sebulan sumbangan CASH BONUS Shaklee. Wow! sangatkan. Syukur Alhamdulillah.

Alhamdulillah sejak Kak Fieza join Shaklee pada tahun 2013, Kak Fieza tak pernah miss menerima CASH BONUS Kak Fieza setiap bulan.

Kak Fieza tak dapat lupa saat Kak Fieza naik stage.


Ku angkut semua anak-anak yang menjadi sumber inspirasi naik stage sama-sama

Jemput baca link 


2) CAR BONUS


Anda tentu dah biasa dengan gambar replika kunci besar ni kan. Mana-mana bisnes award yang tawarkan kereta pasti ada replika kunci besar ni. Tapi apa bezanya CAR BONUS SHAKLEE?


Dalam Shaklee, CAR BONUS bermaksud Shaklee berikan EXTRA CASH yang dinamakan CAR BONUS

Bukan seperti mana-mana busines lain yang award sebiji kereta kepada usahawan mereka. Shaklee sama sekali tidak hadiahkan sebiji kereta. Shaklee  tidak berikan kereta mewah sebijik yer. Jangan pula salah faham. Jangan pula termimpi nanti naik stage kat bawah ada kereta mewah yang menunggu. No ...no ..no..

Shaklee TIDAK berikan KERETA.

Shaklee berikan CASH...Shaklee beri DUIT untuk BELI kereta.

So terpulang lah kita nak gunakan duit CAR BONUS tu untuk beli kereta baru ke, bayar duit kereta sekarang ke, beli rumah ke, saving ke, atau apa-apa saja. 

3) CONVENTION TRIP

Kalau anda nak tahu, setiap tahun Shaklee juga menawarkan Percutian ke Luar Negara 5 Star (USA/EROPAH atau UMRAH) bagi Usahawan Shaklee yang berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan. 


Pada Julai 2019 baru-baru ni, Shaklee bawa para usahawan mereka yang layak ke Las Vegas, USA.

Trip yang sangat menyeronokkkan.



Jemput tonton video ni ye





Amacam?

Bestkan?

Convention trip 2020 pula Shaklee akan bawa Usahawan mereka ke Switzerland.



Wow...tempat sejuk tu..

My Dream Place. Memang Switzerland tempat percutian idaman Kak Fieza sejak kecil lagi.

Ok, I am here...YEHH!!!



SEMUANYA BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!



Semua 3C yang ditawarkan pasti anda boleh capai, bermula hanya dengan LANGKAH PERTAMA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE!

Dah ramai Usahawan Shaklee yang merasa semua reward yang Shaklee berikan ini. Mereka semua terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada Surirumah, Guru, Engineer, Doctor, Lawyer dan macam-macam lagi. 

Yang paling best, bisnes Shaklee ni boleh dijalankan secara PART TIME atau FULL TIME. Terpulang kepada usaha masing-masing. So sesiapa saja mampu berjaya, asalkan rajin dan konsisten dengan usaha yang terbaik!!

Jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee di bawah TEAM JUTAWAN, anda juga BERPELUANG membuat bisnes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR, ILMU DAN SYSTEM yang terbukti berkesan.


Ini adalah aktiviti OFFLINE COACHING yang dianjurkan oleh salah seorang Leader dalam TEAM JUTAWAN. Sangat happening dah kami sangat teruja dengan ilmu yang dikongsikan.

Jemput ikuti suasana Coaching Offline Team kami


Anda juga akan mendapat ACCESS kepada EXCLUSIVE GROUP FACEBOOK & TELEGRAM kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee.

Dalam group ini, mereka akan didedahkan dengan rahsia-rahsia bagaimana menjalankan business secara online. 


Ini pula ONLINE COACHING dalam TEAM JUTAWAN yang hebat. Setiap hari kami tak senang duduk sebab ada saja tips yang leaders Team Jutawan kongsikan. Panas punggung bila tak buat sesuatu. Ini semua hanya dalam SECRET GROUP TEAM JUTAWAN kami.

Di sini juga, anda akan membaca testimoni Rahsia Kejayaan ramai orang selain kami yang sudah berjaya dalam perniagaan Shaklee ini. 

Anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat, contohnya apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.

Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam group itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya.

Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda ke atas. Tak ade orang yang nak tolak anda ke bawah.

Sebab itulah Kak Fieza rasakan, senang buat business online ni. Dengan bantuan mentor yang dah expert dan lama dalam perniagaan ni.

Even dalam TEAM JUTAWAN juga kami ada 10 orang Leaders yang TERBUKTI BERJAYA dalam bisnes SHAKLEE ini.

Mereka tidak lokek untuk berkongsi RAHSIA KEJAYAAN mereka kepada para usahawan lama dan baru dalam TEAM JUTAWAN.

Setiap hari ada saja Tips yang dikongsikan dalam SECRET GROUP JUTAWAN KAMI.



Percayalah MAGIC START HERE.

Anda akan rasai Magic bila anda join Team kami dengan kelebihan bisnes Shaklee.

Bagaimana nak join Team Jutawan?

Perkara yang pertama anda perlu buat ialah anda wajib jadi AHLI SHAKLEE dahulu.

BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?

Terdapat 2 pilihan untuk menjadi ahli Shaklee:-

🍁PILIHAN 1🍁

Yuran Pendaftaran hanya RM65 (tambah Postage RM10). 

Yuran ini adalah untuk menampung kos 📗STARTER KIT yang mengandungi katalog Product Guide dan Business Guide

Anda tidak mendapat sebarang produk Shaklee dengan bayaran ini. 

ATAU

🍁PILIHAN 2🍁

Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam 1 RESIT berjumlah minimum 200 UV point (+/-RM650), ANDA DAPAT:-

1) ✅PERCUMA Keahlian Shaklee dan Starter Kit (Bernilai rm65)
2) ✅PERCUMA Postage (Bernilai rm10)
3) 💰CASH BONUS (bernilai rm30+)

JUMLAH PENJIMATAN hampir RM100!!👍

Untuk mendaftar, anda boleh terus hubungi Kak Fieza di 019-211 8757 atau CLICK UNTUK WHATSAPP, Kak Fieza akan bantu daftarkan anda yer. 

Atau boleh juga gunakan Shaklee ID kami iaitu 961265 (HAFIZAH BINTI MAHFOZ) sebagai SPONSOR. 


MAINTAIN POINT DAN KEAHLIAN

Haa... ini yang ramai orang selalu risau bila nak jadi ahli, sebab katanya takut TERIKAT, takut kena PAKSA beli produk setiap bulan. Hihi.. 

Anda jangan lah risau yer. Tiada sebarang paksaan dalam Shaklee ni. 

Sebenarnya, kalau anda cuma nak MAKAN SENDIRI saja, anda TAK PERLU MAINTAIN apa-apa Points bulanan atau minimum belian pun. 

Anda cuma gunakan produk, yang anda boleh beli sendiri pada HARGA AHLI, iaitu 20% lebih murah daripada HARGA PASARAN (Retail Price).

Jadi walaupun untuk kegunaan sendiri, anda tetap boleh kumpul Points dengan setiap pembelian dengan ID anda. 

Haa.. Yang paling best, bila anda dapat kumpul sejumlah Points tertentu dalam sebulan, anda dah layak dapat CASH BONUS antara 5% - 21% dari jumlah belian bulanan. 

Best kan. Makan sendiri je pun dah boleh dapat bonus. 

Jadi BONUS tu dah boleh cover kos produk Shaklee yang anda makan setiap hari. Silap haribulan boleh MAKAN VITAMIN FREE jer!! Kan dah jimat kat situ. Dah boleh jadi pengguna yang BIJAK.. BIJAK.. Hehe.. :)

Tapi kalau anda ingin serius memulakan BUSINESS dan dapat bonus setiap bulan, barulah anda perlu mempunyai points yang ditetapkan yer. 

Anda masih tak percaya kelebihan Bisnes Shaklee? Tak percaya tak pe buat je.

Sekiranya anda ingin bersama-sama kami untuk menjadi leaders yang berjaya dengan bimbingan mentor-mentor yang terbukti berjaya. Hubungi saya segara.

Cukuplah setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Insya Allah saya akan terus menulis dan menulis.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur sila la SHARE.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 


Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com

(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Thursday, July 11, 2019

Program 17 Hari #JOMDETOX Janjikan Anda Lebih Sihat, Kurus dan Awet Muda Secara Semulajadi


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Sejak penghujung tahun 2018 lagi, team kami telah melaksanakan Program 17 Hari #JOMDETOX untuk menambah nilai kesihatan kepada anda dengan cara detoks

APA ITU DETOX?

Anda pasti selalu dengar perkataan DETOX kan? Ramai juga yang berjinak-jinak dengan cara detox ni. Ada juga yang guna Detoxpatch untuk tarik toksin dalam badan katanya. Kak Fieza pun pernah terjebak dengan Detoxpatch ni. Air Detox pun ada. Pelbagai ramuan air detox yang dikongsikan dalam laman sosial. Ramai yang telah mencuba. Namun, sejauh mana air detox berkesan untuk 

DETOX ni apa sebenarnya?

Detox adalah kata singkat daripada perkataan DETOXIFICATION.
Detoxification adalah proses menyingkiran toksin dalam badan melalui organ dalaman badan untuk menambahkan nilai kesihatan dan tubuh lebih ringan dan cergas.

Kenapa Perlu Detox?

Cuba anda perhatikan persekitaran anda. Bayangkan, berapa banyak anda terdedah dengan pencemaran setiap hari, radiasi dan juga racun septik.

Walaupun anda elakkan dari guna bahan-bahan beracun, tapi anda pasti tak dapat elakkan guna handphone kan? Sekarang pun ada pegang handphone baca entri saya ni kan?

Handphone adalah penyumbang radiasi yang paling tinggi. Bagaimana kita nak jaga diri, protect diri macam mana pun contoh anda makan makanan organik, minum air bertapis, hidup di kelilingi pohon hijau, anda masih terdedah kepada pencemaran, racun, radiasi, asap rokok, asap kenderaan, jerebu, racun dari pertanian, pencuci rumah yang bukan organik, kosmetik yang digunakan, radiasi TV, Handphone. Memang tak boleh elak.

Tambahan lagi kita sering terdedah dengan semua benda yang menyebabkan toksin dalam badan semakin meningkat melalui cara pemakanan harian kita.

Bayangkan, berapa banyak fast food yang kita telan. Berapa banyak juga makanan yang tinggi gula contoh teh tarik, kopi tarik, air 3 layer, tealive, starbuck, air yang berbubble-bubble kegemaran anak-anak tu.

Manakala yang non-muslim pula gemar dengan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan kanser hati.

Bayangkan sekiranya kita berusia 40 tahun sekarang, kita mula boleh makan seawal usia 6 bulan. Ini bermakna 40 tahun juga badan kita telah terdedah kepada toksin. Kesian kan badan kita.

Nutrien yang sihat dan sepatutnya diambil tapi tidak diambil peduli. Kalau ambil pun kemungkinan tidak begitu efektif oleh kerana keladak toksin dah tepu sangat dalam badan. Sukar untuk nutrien baik serap secara efisien dalam badan. Maka organ detox pun semakin lemah untuk berfungsi dan kurang efektif untuk nyah-toksin.


Tanda-tanda Anda Perlu Detox

Nak tahu sama ada anda perlu detox diri anda. Jemput renung-renungkan senarai di bawah:
  • Berat badan bertambah - metabolisma badan dan hormon terganggu
  • Sembelit
  • Kulit Kusam
  • Cepat letih, cepat lemau, stress dan rasa lembab
  • Cepat marah dan rasa nak mengamuk je
  • Keinginan makan banyak. Craving sugary foods (sel lapar membiak dan tak cukup nutrien). Kategori seperti ini bila pergi ke kenduri atau open house pinggan penuh dan tamak sangat.
  • Sudah nak fokus dalam masa lama
  • Penyerapan nutrisi kurang - makan vitamin pelbagai tapi tak ada kesan. Orang lain makan vitamin berkesan.
  • Mudah dijangkiti penyakit contoh demam, selsema dan batuk
  • Susah tidur.
  • Sering mengalami kembung perut. Perut tidak selesa dalam keadaan biasa dan selepas makan.
  • Sering ada lingkaran hitam bawah mata.
  • Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi.
  • Merokok atau sering bersama dengan orang merokok.
  • Mulut/Nafas berbau.
  • Menghadapi masalah ALERGIK.
  • Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari.
  • Mengalami Ekzema, jerawat dan psoriasis



Amacam?

Anda rasa anda kena Detox?

Lagi banyak anda tick senarai di atas, maknanya SEGERA lah anda Detox ye sebelum terlambat.

Sekiranya ada silalah #JomDetox

Punca Perut Buncit Bukan Lemak Semata

Tahukah anda semua bahawa punca PERUT BUNCIT bukan hanya disebabkan oleh lemak semata-mata, tetapi ianya juga berpunca dari USUS yang sangat kotor sehingga membentuk LAPISAN yang amat TEBAL di DINDING USUS.


Tengok gambar ni. Macam nii la gmbar usus kita. 

Sebenarnya tubuh kita ibarat sebuah mesin yang perlu diservis sekali sekala supaya prestasinya kekal unggul dan berfungsi dengan baik. 

Bila terlalu banyak toksin, usus kita akan kotor dan bermasalah. Bila dah bermasalah, mulalah pelbagai penyakit akan terjadi seperti kanser contohnya. Ia terjadi dari usus yang kotor dan tidak sihat.

Dengan DETOKS yang betul, kita membantu sistem penghadaman badan kita kembali pada asal (reset) dan berfungsi dengan lebih baik.

Jadi, apa tunggu lagi? #JomDetox lah segera.😄😄

10 Sebab Kenapa Perlu Detox?

1. Untuk buang Toksin daripada badan
2. Untuk mencegah penyakit kronik
3. Meningkatkan sistem imunisasi badan
4. Mengurangkan berat badan
5. Memperlahankan proses tua sebelum waktunya
6. Meningkatkan kualiti kehidupan
7. Meningkatkan tenaga
8. Kualiti kulit semakin cantik
9. Ketenangan mental dan emosi
10. Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan.

Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.

Apa Beza Diet vs Detox 



kalau tgk pd gambar, Cleansing (Detox) is better than dieting.

Kalau sekadar diet sahaja, berat akan rebound. Kalau detox, and sambung diet..berat takkan rebound. Ia akan maintain.

Kenapa Kena Join #JomDetox Shaklee?

Kebanyakkan program DETOX hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu sahaja seperti USUS sahaja. Ianya tidak detox menyeluruh seluruh badan.

Kita memerlukan Program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai.

Program ini adalah kerjasama untuk memastikan Detox secara holistik ke atas sistem detox tubuh. Menu Detox yang disediakan adalah dari Pakar Nutrisi dan disahkan oleh Doktor. Bukan suka suki je tau buat Program nih.

Contoh Program Detox di luar sana hanya tertumpu pada usus saja, sedangkan Organ Utama Detox ada 6.

Organ Detox

Kolon (Colon)
Buah Pinggang (Kidneys)
Hati (Liver)
Paru-paru (Lungs)
Kulit (Skin)
Limfa (Lymphatic)


Rugi sangat sekiranya kita hanya tumpukan kepada Usus sahaja untuk detox, padahal ada 5 lagi organ yang sama pentingnya untuk didetoks.

Apa Program 17 Hari #JOMDETOX?

Program 17 hari #JomDetox merupakan Program yang ditubuhkan untuk membantu anda menjalani proses detox dengan cara yang betul.

Program 17 Hari #JomDetox merangkumi
  • ONLINE GROUP COACHING dalam whatsapp group selama 17 Hari dipantau oleh COACH DETOX yang diiktiraf.
  • 3 Fasa Program

Week 1 (Pre-Detox) - 5 Hari : 
Coach akan share tips-tips dan cara untuk adapt healthy habit dalam diri kita. Ubah mind set kita untuk kita lebih bersedia week 2 iaitu hari Detox kita.

Week2 (Detox) - 7 Hari : 
Kita akan buat detoks dan ikut meal plan yang telah disediakan.

Week 3 (Post-Detox) - 5 Hari : 
Post Detox. Siapa yang buat Detox betul-betul akan dapat result badan lebih cergas, berat badan continues turun, kulit cantik, nampak lebih muda.

  • FREE DETOX MEAL PLAN (Disediakan oleh Pakar Nutrisi dan diperakui oleh Doktor)
  • FREE GROCERIES LIST (panduan membeli bahan makanan mengikut saranan detox)
  • SET DETOX SHAKLEE digunakan dalam Program ini istimewa untuk AHLI  dibawah FB Empire SAHAJA.
Apa beza program Detox ni dengan Program Detox yang lain?

1) Kami sediakan coaching 3 weeks di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week. 

2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Bukan semberono atau ikut ikutan. 

3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. 

4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelu

Faedah Detox

✔Kulit yang lebih sihat dan berseri
✔Tingkatkan tenaga
✔Pemikiran yan lebih jelas
Fungsi badan yang lebih normal dan dikawal selia
✔Kolon yang lebih sihat, kurang kembung dan takde sembelit
✔Kurangkan rasa nak makan manis dan berminyak
✔Turun berat badan
✔Kurangkan stress
✔Tingkatkan sistem imun

Bagaimana nak join program #JomDetox ni?

Haaa.. mudah je. Ni caranya ye,

Untuk menyertai program #JOMDETOX, anda hanya perlu buat pembelian salah satu set di bawah daripada Kak Fieza atau mana-mana Ahli Shaklee yang Sah di bawah team Kak Fieza.



SET PLATINUM





SET GOLD




Dengan pembelian ini, anda terus dapat KEAHLIAN SHAKLEE di bawah team kami.

Anda tak tahu caranya jemput hubungi Kak Fieza ye.

Feedback Yang Pernah Join #JomDetox









































ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK SERTAI PROGRAM #JOMDETOX?

Pengambilan berlangsung setiap bulan. Hubungi kami segera!

CONTACT : Click to CALL (019-2118757)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Hafizah Mahfoz

INSTAGRAM : Hafizah Mahfoz

EMAIL : hafizahmahfoz@gmail.com




Wednesday, May 29, 2019

Tazkirah Terawih : Adab Berhari Raya


Ustaz Khayrul selaku imam dan panel tazkirah terawih

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabar yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.

Entri kali ini Kak Fieza nak berkongsi dengan anda semua apa yang anda dengar tazkirah terawih oleh Ustaz Khayrul di Surau Al-Mustaqqim pada 28 May 2019 bertajuk Adab Berhari Raya.

Apa yang perlu dibuat bila tiba Hari Raya?

1. Malam hari raya
✔doa paling mustajab. Pada malam tersebut mustajab berdoa.
✔selepas fardhu isya - bermunajat 15 minit.
✔Pada malam hari raya malam betul² kena bersangka baik. Husnuzon kepada Allah swt. 
Mudahan amalan sepanjang Ramadhan Allah terima. 
Mudahan jumpa ramadhan akan datang
Rasulullah bersabda
"barangsiapa yg boleh hidupkan malam hari raya aidilfitri (qiamulail) maka hati mereka tidak mati"
✔Hidupkan malam Hari Raya dengan bertahmid dan takbir.
2. Menjelang ptg hari raya (Pada petang Ramadhan terakhir)
✔ Bagi duit hari raya awal².
kebanyakan bagi duit pagi hari rayakan?
Adalah sebaiknya, Paling afdhal bagi duit ptg menjelang raya sebelum masuk maghrib. Fadhilatnya, dapat pahala zakat dan pahala sedekah bulan ramadhan (700x ganda).

Beri duit kepada isteri dan anak² pada petang Ramadhan terakhir menjelang Hari raya.

sunnah beri hadiah kepada orang tua. 
sekiranya umur 40 (40 ringgit beri ustaz kata😃)

3. Isu ziarah kubur di pagi raya

✔menziarahi kubur sepatutnya tiap² hari.
adat kita pagi raya nak ke kubur.
lainlah kalau yg jauh. yg dekat tak perlu ziarah kubur dipagi raya tapi disarankan meraikan saudara yg nak ziarah.

afdhal ziarah kubur dipagi raya hanya kpd org jauh.
yg dekat diharuskan ziarah kubur bila² masa selain dipagi raya.

Adab Ziarah Kubur

Para ahli madinah, bila mana ziarah kubur baca surah Al Baqarah (panjang sangatkan 2 juzuk).

Jadi, seperti kita ni disarankan baca
📖surah Alfatihah 1 x
📖surah Al Ikhlas 11x
maka diampunkan segala dosanya org mati

📖barangsiapa baca surah Al Ikhlas 11x
Allah taala bagi pahala brp ramai org yg mati tersebut.

Semasa menziarahi kubur dianjurkan pegang bahagian kepala ahli kubur (bahagian hujung batu nisan)

org yg dekat dgn kepala ibu atau bapa yang telah mati, Allah turunkan cahaya rahmah mawaddah.

Jgn duduk ditengah² kubur. HARAM.

4. Sunat makan dulu SEBELUM solat Aidilfitri sesudah subuh.
5. Sunat bersalaman mak ayah
Sebaiknya dianjurkan cium tapak kaki ibu. barakah Allah turunkan.
Merendahkan diri kpd ibu bapa.

berusaha jadi anak soleh dan solehah jd sumbangan pahala kpd ibu bapa.

6. Solat sunat hari raya
Jangan tunggu org lelaki sahaja pergi masjid. Orang perempuan juga disunatkan hadir solat dan dgr khutbah.

Walaupun wanita dalam haid sekalipun disarankan mendengar khutbah.

wallahualam.

perkongsian dari Ustaz Khayrul. Mudahan dapat manfaat.

Terlebih terkurang harap dimaafi
~HM

12 Tips Adab Hari Raya Dari Imam Al-Ghazali, Jadikan Hari Raya Satu Ibadah

Jemaah Muslimah LEP7 bergambar kenangan bersama Ustazah Syarifah yang dikasihi.

Assalamualaikum wbt,

Hai apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan yang melimpah ruah.

Pada hari Sabtu lepas iaitu pada 25 Mei yang lalu iaitu bersamaan 20 Ramadhan 1440H surau Al-Mustaqqim, LEP 7 Seri Kembangan mengadakan Solat Tasbih Muslimat berjemaah.

Seronok bila setahun sekali dapat bersolat tasbih. Kalau nak buat sendiri memang kena jiwa kental. Iman tak begitu kuat lagi untuk bersolat tasbih sendirian. Bila diberi peluang berjemaah begini, mempermudahkan amalan kita.

Syukur Kak Fieza diberi rezeki untuk bersama-sama berjemaah solat tasbih.

Selepas solat tasbih Ustazah Syarifah menyampaikan tazkirah bertajuk


Perkara Yang Perlu Diamalkan Pada 10 Ramadhan Terakhir (Kritikal Zon Amal Ramadhan)

1. Jangan tinggalkan Al-Quran.
Perlu set target tinggi. 1 juzuk tak cukup.

2. Zikir
Target - Istighfar 1000 X
          - Selawat 1000 X

3. Banyak BERDOA
- Doa untuk anak 
- Doa untuk suami
- Doa untuk ibu bapa

Insya Allah DOA kita Allah makbulkan. Janji Allah.

4. Banyak buat baik contoh bercakap hanya perkara-perkara yang baik-baik. Buat perkara yang baik-baik. Sekiranya anda menghadapi sahabat mengumpat, cara menghadapinya bangun saja dari tempat duduk dan beredar darinya. Tak perlu kata apa-apa.

"Sesungguhnya, syaitan wujud bulan puasa tetapi ianya dilemahkan sekiranya kita banyak berbuat kebaikan. Syaitan tak suka kepada mereka yang berbuat baik." 

5. Banyakkan puji-pujian.

Puji kawan kita. Pandang baik. Husnuzon.
Jadikan pandangan kita bagaikan MATA LEBAH dengan sentiasa mencari kebaikan. Jangan jadi MATA LALAT, asyik cari kesalahan orang. Bersangka baik sentiasa.


Khusyuk jemaah muslimah mendengar tazkirah selepas solat tasbih

6. Banyak SEDEKAH

- Sedekah SENYUM
- Sedekah MAKANAN
- Sedekah PAKAIAN

Sedekah secara jemaah adalah lebih baik sebagai contoh Misi Bantuan Sedekah.




Antara aktiviti Surau AlMustaqqim, misi mengagihkan sedekah kepada asnaf di Baling, kedah. Ini adalah salah satu sedekah jemaah yang disarankan.

7. Banyakkan SOLAT SUNAT

- Sunat FAJAR
- Sunat Dhuha

- Sunat 12 RAKAAT ( Allah janjikan istana mahligai di syurga )



8. Mulakan semua perbuatan dengan Bismillah

9. Banyak mohon maaf dengan 

- mak ayah
- anak-anak
- adik beradik
- sahabat
- orang yang pernah sakitkan hati kita

10. Husnuzon. Sentiasa bersangka baik.

11. Utamakan ibadah dari perkara-perkara lain.

12 Tips Adab Hari Raya Dari Imam Ghazali Jadikan Hari Raya Satu Ibadah

1. Pada malam hari raya disarankan pelbanyakkan mengagungkan Allah.

Yang selalu diamalkan bertakbir dan kunjung mengunjung ke rumah sahabat dan jiran.

2. mandi pagi Hari Raya dengan Niat

"Sahaja aku mandi sunat Hari Raya kerana Allah Taala"

Rugi sekiranya mandi pada pagi Hari Raya tetapi tidak berniat. Tak dapat pahala sunat.

3. Pakai baju cantik-cantik dan berwangi-wangian 

Sebagai tanda kita bergembira tanda kemenangan setelah berhempas pulas melawan nafsu.

4. Makan sarapan pagi sebelum Solat Hari Raya walaupun hanya seteguk air.

5. Pergi ke masjid

Wanita juga sunat pergi ke masjid. Sebaiknya pergi ikut jalan depan dan balik ikut jalan berlainan dari jalan pergi tadi, amalan ini adalah sunnah nabi.

6. Banyak bertakbir

7. Banyakkan berzikir

8. Banyakkan tasbih

9. Banyakkan takbir raya

10. Aktif mendengar khutbah. Maksudnya tidak tidur semasa mendengar khutbah raya.

11. Pergi ke masjid jalan lain, balik dari masjid ikut jalan lain.

12.  Bertegur sapa

Perkara Menyalahi Sunnah Yang Dilakukan Pada Hari Raya

1. Tidak solat hari raya
beralasan nak masak. Sedangkan masa boleh diurus. Boleh masak selepas balik masjid.

2. Banyak tonton televisyen
Boleh tonton tv tetapi tidak tengok perkara yang melalaikan.

3. Tidak menutup aurat. Jaga tatatertib berpakaian.

4. Pasang lagu raya berlebihan.
Pasang lagu boleh tetapi jangan sampai melalaikan.

5. Beraya rumah rakan dalam tempoh yang panjang.
Pergi berkunjung ke rumah rakan-rakan sekejap sahaja.

6. Mengkritik makanan dan hidangan.

7. Jangan biasakan anak-anak mintak duit raya. Sekiranya ada yang memberi itu adalah rezeki, sekiranya tiada duit raya jangan pula meminta.

8. Bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram

9. Beraya sehingga lupa solat.
Boleh buat solat jama' tamam (alasan meraikan tetamu), syaratnya perlu berniat.

10. Lupa menziarahi fakir miskin

11. Tidak berpuasa sunat 6 di bulan Syawal

12. Kurang bersedekah

13. Berlebih-lebihan dalam pakaian dan hiasan

14. Berkumpul beramai-ramai tanpa melakukan perkara-perkara berfaedah (bersalahan dengan sunnah)

15. Tidak menziarahi sahabat yang sakit dan berada di hospital.

Banyakkan Istighfar. Istighfar penghapus dosa dan sumber rezeki melimpah ruah.

Soalan:

Ustazah, adakah menziarahi kubur di pagi raya itu sunnah?

Jawapan:
Ziarah kubur sunnah. Seeloknya ziarah sebelum 1 syawal atau hari-hari lain selain 1 Syawal kerana 1 Syawal adalah hari kegembiraan tanda kemenangan. Sekiranya menziarahi kubur pada hari raya akan menimbulkan rasa kesedihan.

Lainlah sekiranya mereka datang dari jauh yang tidak berkesempatan menziarahi kubur pada hari lain.

Yang dekat diharuskan ziarah kubur pada hari-hari lain selain hari raya.

Wallahualam.

Sekiranya anda rasa perkongsian Kak Fieza memberi manfaat, jemput tekan button SHARE dan LIKE. Mudah-mudahan ramai lagi rakan-rakan anda dapat manfaatnya.


Sebelum pulang snap selfie sikit dengan Ustazah Syarifah