Friday, August 8, 2014

HARI RAYA 2014 - PART 1

Assalamualaikum rakan-rakan bloggers,

Apa khabar hari ini? Saya doakan anda berada dalam lindungan Allah dan ceria-ceria selalu.

Entri kali ini saya nak bercerita tentang hari raya yang saya sambut pada tahun 2014 ini. Rasanya belum basi lagi kan cerita ni. Mood raya masih adakan.

Saya percaya anda menerima banyak jemputan 'Open House' pada hujung minggu ini kan. Begitu juga saya, hujung minggu saya penuh dengan jemputan 'Open House' yang menjadi budaya masyarakat terutamanya yang tinggal di bandar.

Kalau di kampung mereka tak panggil 'Open House'. Mereka panggil 'Baraan' bagi masyarakat jawa khususnya yang dilakukan pada malam hari raya pertama.

Manakala di Kampung saya pulak dipanggil Marhaban. Marhaban lain pula, ia diadakan pada hari raya kedua hingga hari raya berikutnya. di mana setiap orang-orang kampung akan berkunjung dari satu rumah ke satu rumah lain. 

Choppp!! entri ni saya ingin bercerita hari raya saya. Insha allah Baraan dan Marhaban akan diulas pada entri akan datang ye.

Hari Raya pertama di Kuantan

Alhamdulillah, setiap tahun kami sekeluarga bergilir balik kampung saya atau suami. Dan seperti dirancang tahun ini giliran balik ke Kuantan kampung suami saya.

Pada saya balik rumah ibu bapa sendiri atau ibu bapa mertua sama saja. Mereka adalah keluarga kami. Kedua-dua kampung mempunyai kemeriahan berhari-raya yang unik.

Anak-anak lah yang gembira sangat. Dapat bermesra dengan atok dan nenek mereka. Kalau disebelah keluarga suami saya, anak-anak memanggil ibu bapa mertua saya, atok dan nenek. Manakala disebelah keluarga saya mereka memanggil mak dan bapak untuk panggilan nenek dan atok mereka.

 
perjalanan pulang dimulakan
Kami sekeluarga bertolak pada Hari Sabtu seawal jam 8.30 pagi untuk mengelakkan traffic jam yang dijangkakan di Karak Highway. Namun begitu saya dengan confidentnya berdoa supaya perjalanan kami lancar dari sebarang halangan hingga sampai ke destinasi.


Tambahan lagi saya bersyukur dan sangat beruntung kerana suami saya sangat pakar dalam selok belok jalan raya. Kami panggil suami saya GPS bernyawa. Tanya saja jalan di Malaysia insha allah takkan sesat dan ada saja jalan short cut yang boleh dilalui.

Suami saya merancang untuk melalui jalan Gombak Lama hingga ke Genting Sempah untuk mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Karak hingga ke Bentong.

Jalan Gombak Lama ini agak sempit dan berliku-liku, agak mencabar jugak lah kalau memandu di sini dengan gaung di kiri jalan dan bukit di kanan jalan. Tetapi dengan kecekapan suami saya memandu, tidak menjadi masalah walaupun laluan yang sempit. Kalau saya yang memandu tak tahu la macam mana ye. Tak pernah cuba lagi memandu sendiri di Jalan berliku-liku seperti ini.


Jalan Gombak-Karak (Jalan Lama) hingga ke Genting Sempah
Jalan di sini agak lancar berbanding jalan Lebuh raya Karak yang sudah mula jem sejak malamnya (mengikut sumber whatsapp group rakan-rakan yang turut serta pulang ke Pantai Timur).

Alhamdulillah perjalanan pulang kami lancar hingga ke Panching Utara, Kuantan dengan selamat lebih kurang jam 2 petang. Kami agak lewat dari jadual kerana berhenti di R&R Genting Sempah agak lama kerana menunggu giliran untuk ke tandas. Beratur sangat panjang untuk ketiga-tiga tandas yang ada.

Hari terakhir puasa

Kebiasaannya mak mertua saya pada hari terakhir puasa, pagi-pagi lagi kami beramai-ramai bergotong royong di dapur untuk menyediakan lauk pauk juadah hari raya dan berbuka nanti.

Sudi-sudikan menjengah photo-photo seribu satu cerita menjelang hari raya ni.


berat serai ni kena pikullah


berjemaah memotong daging


sambil memotong berborak-borak. Kan mengeratkan silaturahim gitu.



seronoklah Eizzatul dan Fitri main masak-masak dengan atok dan nenek ye..


Faris pulak tolong Pak Su parut kelapa. Pengalaman yang confirm tak boleh Faris lupa ni.


Pikul serai berat sangat. Awina kepenatan tolong nenek masak.
dah siap parut, tempurung kelapa semua kena buang. Rajin Faris hari ni.

Juadah Berbuka dan Hari Raya

Jom saya hidangkan photo-photo juadah berbuka untuk hari terakhir berpuasa. Sedih rasanya meninggalkan bulan ramadhan pada tahun 2014 yang lalu.

Bila saya merenung juadah yang pelbagai dihidangkan, terkenang saya anak-anak Palestin di sana. Bagaimana agaknya sambutan Hari Raya mereka. Kalau di sini kita dibingitkan dengan dentuman meriam buluh dan mercun. Mereka di sana, Hari Raya mereka disambut dengan das-das tembakan dan peluru-peluru yang menembusi dada-dada anak kecil. Allahuakhbar....

Bersyukurnya saya kerana Allah memberi nikmat yang melimpah ruah. Alhamdulillah...

Cuba teka mereka tengah buat apa tu?

antara juadah berbuka yang di hidangkan


cantik je ketupat bersidai kat sini

macam-macam ada. sementara menunggu waktu berbuka
 
Hari Raya Pertama Yang Gamat

Seawal pagi anak-anak saya kejutkan untuk bersolat subuh berimam bersama ayahnya dan kemudian mandi bergilir dengan Niat Sunat Aidilfitri.

Sementara ayah dan anak-anak lelaki ke Masjid bersama-sama sepupu-sepupu mereka, saya, ipar dan mak mertua sibuk di dapur menyediakan juadah hari raya.

Menu Raya Tahun ini
  • Ketupat
  • Rendang daging (resepi ibu mertua)
  • Opor daging kerbau (menu wajib setiap kali hari raya, resepi ibu mertua)
  • Ayam masak merah (resepi saya, saya yang masak)
  • Nasi Arab (resepi Kak Nita, akak sulong suami saya)
  • Ayam Masak Kurma (resepi ibu mertua)
  • Lemang (tempah dari Lemang Mat Keroncong-glemer lemang ni dan pernah masuk paper)
Alhamdulillah meriahnya juadah hari raya. Bila memandang juadah yang sangat meriah ini teringat masyarakat Palestin, apakah juadah mereka di pagi raya? Confirm bukan seperti kita di Malaysia. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Ibu dan Awina ready for hari raya

Eiii....syoknya Hari Raya

Tak sangka ada orang nak bagi Duit Raya kat kita!!!
PUNGUT DUIT RAYA

Hari raya lah kanak-kanak paling gumbira. Nak tau kenapa? Sebab time ni lah mereka tetiba jadi kaya.



Beratur-beratur ambil turn nak mintak duit raya. Yang paling kecik depan!

Sayang ayah dulu, Muahhhh!

Hmmmm....lazatnya duit raya nih!

Muahhh sorang lagi

Abang Long cium tangan ibu dulu

Ampun Maaf Abang Long

Siapa tak dapat duit raya lagi, Meh sini cepat!!

Mak Su dan Pak Su pun nak bagi duit raya jugak

Belum kerja ni lah boleh dapat duit raya. Kalau dah kerja melepasssss.....

Apa pasal korang dapat duit raya banyak eh?
Hmmm!!! belum cukup nak pergi Haji lagi ni, nanti top up dengan duit bonus Shaklee lah ibu....Faris cakap

Ikut pengalaman saya pada tahun-tahun lepas, saya sebagai pemegang amanah raya banker kepada duit-duit raya mereka. Sepanjang bulan Syawal mereka boleh dapat sehingga RM 250++ seorang. Bermakna kalau dah lima orang wang terkumpul pada hari raya adalah sebanyak anggaran RM 1250 ++. Kalau lah saya pecah amanah, mahu saya joli sengsorang duit-duit mereka ni. Beli wallet Coach lepas nih.

Alhamdulillah, syukur...saya doakan mereka yang menghadiah dan sedekahkah duit raya kepada anak-anak saya ditambah-tambahkan rezeki mereka dunia akhirat.

Gamat Hari Raya di Rumah Mertua


cucu-cucu Hajjah Aishah dan Hj Abdul Muttalib

aksi tak boleh belah

anak-anak saya. Tengok tu macam-macam gelagat.
Saya dan famili serta mak dan bapa mertua

ini pengantin sentiasa baru. Adik ipar dan suaminya.
keluarga Kak Nita dan ibu bapa mertua
Kak Nita dan Abang Rosli serta hero heroinnya (dah besar-besar anak sedara saya)
Adda dan Hafiz
Adda kata macam ustazah Norbahyah dan Ustaz Akashah la (amin insha allah)
Ibu dan bapa mertuaku

saya suami dan anak-anak tersayang

Oh My Darling!

kalau dah dapat kaki, ginilah jadinya.

ekkkk! tercekiklah Mak Su...
Model busana Pak Arab


ginilah gamatnya anak-anak saya

boleh ke pakai songkok nih?
Keluarga Pak Talib
Inilah corat-coret kisah Hari Pertama Aidilfitri di rumah mertua saya. Sangat gamat dan meriah walaupun hanya dikunjungi 3 pasang anak menantu dan 8 orang cucu sudah cukup untuk memeriahkan teratak di Panching Utara, Kuantan, Pahang.


Insha allah apa yang saya kongsikan dapat menjadi manfaat dan kenangan buat kami sekeluarga.


Terima kasih sahabat sekelian kerana sudi meluangkan masa menatap keluarga kami.


Salam Aidilfitri dari kami seluarga, Salah dan silap harap maafi.




Salam Sayang,


Hafizah dan Famili


Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.

------------------------------------------------------------------


EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!

 




DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE. 
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

Sunday, August 3, 2014

11 MANFAAT DAN KEBAIKAN GLA COMPLEX

Assalamualaikum wbt,

Salah satu produk Shaklee yang sangat bernilai adalah GLA Complex. GLA terma dari Gamma-linolenic acid iaitu salah satu asid lemak yang penting dalam keluarga Omega-6.



Kenapa pilih GLA Complex Shaklee?

Semasa zaman anak dara saya disyorkan oleh seorang rakan supaya sebagai wanita perlu mengambil EPO (Evening Primrose Oil). Baik untuk wanita katanya. Waktu itu saya tidaklah begitu mengkaji sangat apa kepentingan EPO ini.

Rupanya pengambilan EPO ini untuk mendapatkan kesan GLAnya. Namun setelah saya mengenali GLA Complex Shaklee baru saya tahu, GLA Complex jauh lebih baik dari GLA yang terdapat dalam EPO.


GLA Shaklee diekstrak dari Bunga Borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding GLA dalam EPO (Evening Primerose Oil).

Bunga Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi Bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO. Disamping itu Bunga Borage ditanam secara organik di Kawasan Saskatchewan.

pemandangan yang amat semulajadi di Saskatchewan amat mendamaikan.
Kandungan GLA Complex

Kenapa GLA Shaklee dipanggil GLA Complex? Ini disebabkan kandungan GLA nya bukan saja GLA semata-mata malah adalah hasil gabungan GLA + Minyak Sunflower + Vitamin E.


Gabungan Vitamin E, GLA dari Borage Oil dan Sunflower seed old untuk menghasilkan GLA Complex yang memberi kesan Optimum.

11 Manfaat Utama GLA

1. Herba tradisi

Borage adalah herba kegemaran orang Barat yang sangat dipercayai boleh 
  • merawat ulser, 
  • mengeluarkan virus, 
  • melegakan kelesuan, 
  • membersihkan kahak,
  • meringankan kebas urat saraf dan 
  • meningkatkan stamina.
2. Mengawal hormon estrogen dan testosteron

GLA dalam GLA Complex membentuk Prostaglandin untuk 

  • mengawal selia hormon lelaki dan wanita
  • memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, senggugut, retensi air dan sakit payudara.
3. Melambatkan Menopaus

Mengawal tanda-tanda awal menopaus dan memperbaikinya seperti


  • hot flashes
  • insomnia
  • ketidakhadaman
  • depresi
Pengambilan GLA dalam jangka panjang akan melambatkan penuaan,mengetatkan uterus dan untuk kulit lebih kelihatan muda. Wow! boleh jadi Che Ta ni...

4. Mengatasi masalah prostat

GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing juga.

5. Menentang kanser

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh bagi menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

Oleh itu ia juga amat sesuai untuk wanita yang mengalami Cyst dan Fibroid.

6. Memperbaiki Inflamasi (radang) kulit

GLA mengurangkan inflamasi kulit seperti
  • ekzema
  • alergi
  • kegatalan
  • kulit kering
  • memperbaiki bintik penuaan
  • tinea
  • kurap
  • meringankan sakit dan bengkak akibat dari rheumatisma dan artritis.
 7. Menghalang komplikasi diabetis
  • Merendahkan gula dalam darah
  • berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua
  • meringankan kebas dan kesakitan akibat gula darah yang tinggi
8. Pelangsingan



  • Merendahkan kolestrol LDL
  • menghalang penambahan berat badan dengan berkesan
  • memberi ton pada kulit dan otot untuk mencapai bentuk badan yang cantik
  • diambil semasa perut kosong boleh mengelakkan keasidan hiper.
9. Menghalang tekanan darah tinggi
  • menghalang pembekuan darah
  • merangsang peredaran darah
  • merangsang pengembangan salur darah
  • memperbaiki tekanan darah tinggi
  • mengelakkan masalah jantung
10. Memperbaiki tekstur rambut

Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur


11. Hiperaktif dan Autisme ( ADD/ADHD )

Telah terbukti secara klinikal GLA adalah minyak ikan yang boleh memperbaiki keadaan kanak-kanak autisme, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

GLA dan SET SHAKLEE

Lazimnya GLA tidak diambil single untuk memperbaiki kesihatan pengguna. GLA akan dikembarkan dengan produk-produk Shaklee yang lain untuk hasil yang lebih optimum.

Antara SET Shaklee yang mengandungi GLA Complex ialah

1. SET ANGGUN DAN JELITA
2. SET KESUBURAN
3. SET SENGGUGUT DAN SYMPTOM PMS
4. SET KANSER DAN TUMOR

GLA bukan untuk Wanita

Masa mula-mula saya mengenal GLA, saya fikirkan GLA hanya untuk wanita sahaja. Tapi anggapan saya salah.

GLA bukan hanya untuk wanita tetapi juga untuk lelaki dan kanak-kanak juga seperti yang saya jelaskan di atas.

GLA juga baik untuk warga emas yang menghampiri menopaus dan andropaus.

Supplimen GLA mengandungi asid linoleik yang sama penting seperti asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dengan sendirinya. Ia hanya diperolehi dari pemakanan.

Cadangan cara pemakanan:

Untuk memelihara kesihatan: 2 X sehari, 1 kapsul setiap kali lepas makan
Untuk Menopaus, pelangsingan, hyperaktif, autisme : 2 X sehari, 2 kapsul setiap kali lepas makan.

Nota : untuk kanak-kanak yang sukar menelan gel kapsul boleh dipotong gel tersebut dan dicampurkan minyak GLA Complex ke dalam makanan atau minuman mereka.

TESTIMONI

1) TESTIMONI CYST



2) TESTIMONI KESUBURAN




3) TESTIMONI KECANTIKAN





Salam Aidilfitri dan sayang,
~Hafizah dan famili.

Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Saturday, August 2, 2014

PAINKILLER PEMBUNUH SENYAP

Assalamualaikum wbt.

Walaupun hari raya sibuk melayan tetamu yang berkunjung, namun saya tetap juga melayan chit chat di Group yang paling happening di Smartphone saya.

Saya tertarik dengan kisah seorang sahabat dalam group menceritakan kebiasaannya dia beli makanan di sebuah gerai dengan dua orang peniaga wanita. Tapi hari ini seorang saja yang ada.

Bila disiasat rupanya seorang lagi kesihatannya kurang mengizinkan untuk ia terus berniaga. Kakak yang seorang lagi tidak dapat bekerja disebabkan buah pinggangnya dah rosak. Allahuakhbar....

Apa punca buah pinggangnya rosak adalah akibat daripada sangat bergantung kepada painkiller semata-mata untuk meredakan kesakitan senggugutnya sewaktu mudanya. Lagipun umur kakak itu baru saja 40 tahun, lebih kurang dengan usia saya.

Allahuakhbar....

Tidak dinafikan 8 dari 10 wanita akan mengalami masalah senggugut ini terutamanya wanita yang belum pernah hamil. Tahap kekuatan kesakitan yang ditanggung berbeza bagi setiap individu.
Hanya wanita yang pernah merasainya saja yang tahu betapa sakitnya PMS

Serius, saya sendiri pernah mengalaminya sewaktu saya masih anak dara. Masalah senggugut saya beransur hilang sejurus saya berkahwin dan selepas melahirkan anak.

Pelikkan?

Punca Senggugut

Kepada individu yang tidak pernah mengalami masalah senggugut terutamanya kaum adam. Anda juga perlu tahu sedikit sebanyak kesakitan yang ditanggung oleh isteri anda. Tidak lah nanti anda ingat isteri anda ni mengada-ngada sakit. Fahamilah mereka.

perang dingin mungkin berlaku sekiranya tiada kesefahaman
 
PMS juga akan mengubah watak wanita menjadi harimau bilamana emosi tidak terkawal.


Senggugut atau bahasa canggihnya PMS iaitu Sindrom Pra-Menstruasi kebiasaannya adalah sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang.

Perkara tersebut berlaku disebabkan pengeluaran hormon Prostaglandin yang sangat menggalakkan pengecutan rahim supaya darah haid keluar dari rahim. Lazimnya ini adalah normal dan setiap wanita normal tidak boleh lari dari masalah ini.

Namun begitu, ada sesetengah wanita mengalami pengeluaran hormon Prostaglandin yang sangat banyak dan mengakibatkan mengecutan rahim secara berlebihan dan menyebabkan sakit yang teramat sangat terutamanya di bahagian bawah abdomen dan bahagian belakang.

Lebih kritakal lagi sekiranya senggugut yang dialami tidak dapat dikawal dan sangat melampau kesakitannya sehingga tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan dan terpaksa mengambil cuti seperti kes kakak menjual makanan tadi.

kesakitan yang ditanggung hingga membantutkan kerja-kerja harian
Tewas dengan Painkiller

Akibatnya, mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk ini akan mengambil langkah pendek dengan menelan Paracetamol dengan harapan dapat meredakan kesakitan yang ditanggung.

Lebih kritikal lagi ada yang tewas dengan menelan painkiller sekiranya paracetamol tidak dapat lagi meredakan kesakitan mereka.



Pengalaman saya menghadapi PMS ini, seboleh-bolehnya saya tidak akan mengambil sebarang painkiller atau paracetamol walaupun klinik ada bekalkan ubat-ubatan ini.

Untuk mengetahuan anda, jarang sekali saya mengadu ke klinik untuk senggugut saya.

Apa yang saya lakukan, saya akan tidur untuk jangka masa tertentu melegakan kesakitan saya kerana PMS saya tidak begitu kritikal.

Sabar adalah asas utama dalam menghadapi kesakitan senggugut. Dalam mindset saya, sakit yang Allah berikan ini  adalah salah satu penghapus dosa-dosa kecil dan hadapinya dengan sabar.

Painkiller Pembunuh Senyap

Sejak kebelakangan ini kita sering diomokkan dengan penyakit kegagalan fungsi Buah Pinggang seperti kes kakak penjual makanan di atas tadi.

Kenapa ia berlaku, kerana masyarakat kita sangat bergantung kepada ubat-ubatan yang kononnya boleh memulihkan sebarang kesakitan.

Perasan tak, bila kita demam, bila kita sakit gigi, bila kita sakit kepala dan segala mak nenek sakit lagilah. Dalam otak kita pastikan teringat ubat penahan sakit atau paling busuk pun paracetamol kan?

Perasan tak, dalam setiap rumah di Malaysia malah di dunia pastinya ada bekalan ubat penenang sakit itu at least paracetamol seolah-olah ubat-ubatan ini saja lah yang boleh merawat segala penyakit emergency isi rumah.

Hakikatnya anda semua ditipu. Ubat-ubatan atau sebarang painkiller sebenarnya adalah pembunuh sebenar. Tetapi pembunuh secara senyap.

Ubat-ubatan atau painkiller sekiranya diambil dalam satu jangka masa yang panjang dan diambil melebihi dos akan mengakibatkan Buah Pinggang gagal untuk menampung kapasiti ubat-ubatan untuk diproses. SILA KLIK LINK PANADOL BAHAYA.

Disamping itu kandungan ubat-ubatan yang mengandungi bahan chemical sudah semestinya menyukarkan Buah Pinggang untuk menapis secara total.

Akibatnya bila Buah Pinggang sudah rosak dan tidak berfungsi, dialisis perlu dilakukan untuk membersihkan darah. Allahuakhbar...

Dialisis adalah pilihan yang terakhir bagi pesakit buah pinggang dan sekiranya pesakit telah didialisis bermakna Buah Pinggangnya ditahap kritikal. Nauzubillahiminzalik...

Bila buah pinggang gagal berfungsi, Mesin hemodialisis penggantinya. Sanggupkah anda menghadap mesin ini 3 kali setiap minggu?

7 Tips menghadapi Senggugut atau PMS ( Pra-Menstruasi )

Di sini saya ingin berkongsi tip-tip yang pernah saya lakukan apabila PMS melanda.

1. Tidur

Senang saja, tidur adalah salah satu terapi hebat untuk melegakan kesakitan yang ditanggung.

Ada orang kata, macam mana nak tidur kalau kita rasa sakit. Confirm susah nak lelap sebab kita rasa sakitkan.

Bestnya nikmat tidur. Terapi segala penyakit.


2. Ubah Mindset

Oleh itu, jangan terlalu memikirkan kesakitan yang dialami.

3. Bersenaman

Untuk tidak terlalu memikirkan sakit yang dialami, anda perlu melakukan sesuatu yang boleh melupakan kesakitan itu sebagai contoh lakukan aktiviti luaran seperti bersenam.

Tambahan lagi dengan bersenam dapat meregangkan otot rahim yang mengecut. Secara tak langsung dapat melegakan kesakitan yang dialami.

Exercise meregang otot-otot yang mengecut


4. Berteleku

Sekiranya anda malas nak bersenam tidak menjadi masalah besar. Anda masih boleh melegakan kesakitan dengan menekan perut anda dengan cara duduk seperti berteleku. Merapatkan lutut hingga ke badan.

Sedikit sebanyak melegakan kesakitan. Berteleku hanya sesuai untuk PMS yang tidak teruk sahaja.



5. Minum banyak air

Air sememangnya terapi No. 1. Tak percaya tak per, buat je.
Bila anda dah terkena Penyakit Kegagalan Fungsi Buah Pinggang alamatnya air pun tak boleh minum banyak. Jangan menyesal nanti yer...

Selagi kita sihat ini, minum lah sebanyak-banyak air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Air adalah penawar segalanya

 6. Berkahwin

Ini saya alami sendiri, sebelum berkahwin saya juga mengalami PMS yang agak teruk hinggakan kerja-kerja saya terganggu.

Tetapi sejurus saja saya berkahwin, alhamdulillah PMS saya pulih hingga sekarang dah lebih 10 tahun mendirikan rumahtangga.

Tapi ini untuk sebahagian kes seperti saya saja. Ada juga wanita yang masih mengalami PMS walaupun telah berkahwin.

Alhamdulillah, saya antara makhluk Allah yang bertuah dapat merasai nikmat berkahwin.

Selain PMS saya hilang ada satu lagi penyakit kronik saya yang saya alami pulih sejurus selepas saya berkahwin.

Jadi, kepada sesiapa yang belum berkahwin, cepat-cepatlah cari jodoh. Insha allah, Allah permudahkan urusan kita.

Banyak fadhilat Nikah


7.Ambil gizi seimbang dan suppliment

Dalam blog dr. Zubaidi pakar nutrisi menyarankan mengambil makanan seimbang yang kaya dengan vitamin B dan magnesium dapat mengawal kesakitan yang dialami oleh pengidap PMS.




Disamping itu, Dr Zubaidi juga menyarankan mengambil suppliment nutrisi yang mengandungi sumber vitamin B dan Magnesium yang lengkap.

Dalam isu ini saya menyarankan anda mengambil GLA COMPLEX.
GLA Complex berperanan untuk mengimbangi tahap hormon dan membantu mengawal penghasilan Prostaglandin.

GLA COMPLEX adalah supplimen semulajadi dan dijamin selamat dan HALAL.


http://fiezabard.blogspot.com/2014/08/11-manfaat-dan-kebaikan-gla-complex.html

Untuk mengetahui lebih lanjut kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi dari GLA Complex sila klik gambar di atas.



Jangan biarkan senggugut anda membelenggu hidup anda dan jangan biarkan PAINKILLER membunuh anda.

Sanggupkah anda membelanjakan wang sehingga RM300 setiap kali melakukan hemodialisis dan perlu menjalani 3 kali rawatan setiap minggu. Bayangkan 3 X 4 minggu X RM300 = RM3600 sebulan untuk rawatan daripada sebuah mesin buatan manusia untuk mencuci darah anda dek disebabkan buah pinggang anda sudah gagal berfungsi.

Sedangkan Allah beri anda FREE saja untuk sebuah mesin cuci darah ciptaan Allah. Kewajiban anda hanya menjaganya dengan baik.

Beritahu saya kenapa anda kedekut sangat untuk menghadiahkan diri anda dengan pemakanan kesihatan anda hanya RMXX sebulan untuk menjaga buah pinggang anda sehingga akhir hayat.

Nasihat saya, jauhilah ubat-ubatan yang berunsurkan dadah terutamanya PAINKILLER. Ambillah vitamin semulajadi untuk menjaga organ-organ tubuh anda. Kalau bukan anda yang sayangkan diri anda siapa lagi.

Jangan segan jangan malu untuk hubungi saya Hafizah di 019-211 8757 (whatsapp, sms, telegram, call) untuk maklumat lanjut. Saya sedia memberikan khidmat nasihat untuk masalah senggugut anda kerana saya pernah mengalaminya. Saya lebih memahami masalah anda berbanding suami anda.

Yang menariknya bulan ini ada PROMOSI Beli 6 PERCUMA 1 untuk pembelian GLA Complex ini. Apa kata kita share-share untuk dapatkan harga yang sangat istimewa.

Limited edition hanya untuk BULAN OGOS ini sahaja.

Rebut peluang keemasan ini sementara stok masih ada. Jangan menyesal pula nanti!


Walau apa pun penyakit yang kita hadapi, mintalah dengan Allah agar sebarang penyakit dapat dielakkan dari kehidupan kita supaya kita dapat menjadi khalifah dan beribadah di muka bumi Allah ini dengan sempurna. 

Beberapa doa yang saya amalkan sebelum makan dan doa harian supaya kita sentiasa dalam lindungan Allah.

selepas baca bismillah sebelum makan saya juga mengamalkan doa ini.
 
elok diamalkan menjadi rutin doa harian terutamanya di waktu pagi. Doa ini ada dalam Amalan Mathurat selain doa-doa lain.

Saya harap dengan perkongsian ini serba sedikit dapat memberi manfaat kepada anda yang pernah mengalami senggugut seperti yang pernah saya alami.

kredit : Blog Dr Zubaidi, buahpinggangsihat.com,ayusihatananggun.com

 Salam Aidilfitri dan sayang,
~Hafizah dan famili.

Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!