Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

12 CABARAN 30 HARI BULAN RAMADHAN YANG PERLU KITA LAKSANAKAN

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat dan pembaca setia fiezabard. Saya doakan anda dilindungi Allah sentiasa dan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Esok iaitu 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436 H kita umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu.

Masuk Ramadhan bermakna umat Islam wajib berpuasa. Di samping itu bulan ini dijanjikan Allah dengan pahala yang berlipat kali ganda sekiranya amalan baik yang kita buat.

Saya mengambil kesempatan ini memohon keampunan dan maaf sekiranya ada sila dan salah serta kekhilafan sepanjang saya berblog. Semoga Ramadhan tahun ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.





Di sini sedikit perkongsian dari Kuliah Muslimah pada 13 Jun 2015, Sabtu lepas di Surau Al Mustaqim bersama Ustazah Noraini.

Untuk renungan Bersama & Muhasabah Diri.

Amalan Harian yang boleh kita amalkan untuk memborong pahala Ramadhan ini. InsyaAllah. 

1.Bangun malam ( sekitar jam 3 atau 4 pagi) 

-sebelum sahur tu ambil kesempatan ini.
#boleh la ajak anak2 sama.
- digalakkan kalau nak mandi dan ambil wuduk.

*Solat sunat Tahajud sekurangnya 2 rakaat
*Solat sunat Taubat - kalau sempat buat 2 rakaat.
*Solat sunat Hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).

* Solat sunat witir 3 rakaat.

2. Sahur - seeloknya masak ala kadar tetapi berkhasiat.

3. Solat sunat sebelum Subuh.

4. Solat Subuh.

5. Baca Al Quran 2 helai lepas subuh.

6. Solat sunat Dhuha 2 rakaat.

7. Solat Zohor.

- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
- Baca Al Quran 2 helai.

8. Solat Asar

- solat sunat sebelum
- baca Al Quran 2 helai.

9. Solat Maghrib

- solat sunat selepas
- baca Al Quran 2 helai.

10. Solat Isya'

- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
- solat Tarawih 8 rakaat
- baca Al Quran 2 helai.

11. Sebelum tidur baca 

Cadangan/tambahan
- Surah Al-Mulk
- Surah Sajjadah
- Surah Al-Waqiah

12. Setiap hari mesti Sedekah, walaupun sedikit.

*tips baca Al Quran 2 helai (bersamaan 4 mukasurat)

 setiap selepas solat fardu = 5*4 > 20 ms sehari atau bersamaan 1 juz sehari.

 Sebulan Ramadhan InsyaAllah kita boleh khatam Al-Quran


* Jika tak dapat buat semua, lakukanlah yang termampu sebaiknya...

Jom sebarkan & kita pakat2 buat amal soleh..

In Syaa Allah.

Sekadar ini saja sekelumit perkongsian bulan Ramadhan saya kali ini. Insya Allah semoga ia memberi manfaat kepada anda dan saya sendiri. Mudah-mudahan kita istiqomah dalam melaksanakan Cabaran Bulan Ramadhan yang menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda ini.

Sapa yang nak Sahut Cabaran 30 Hari Bulan Ramadhan SAY 'I'

Pantun sikit,

Lagi sehari rumah kita akan didatangi tetamu, 
suaminya bernama Ramadhan
Isterinya bernama Terawih
Anaknya bernama Sahur
Cucunya bernama Iftar......

Mereka akan menumpang di rumah kita selama sebulan sahaja. 
Maka layanlah mereka dengan baik2 supaya kita akan mendapat ganjaran daripada Nya..... 

Selepas sebulan dia akan pergi meninggalkan kita dan dia akan pulang dengan pesawat Syawal Air.... 

Selamat berpuasa semua drpd kami sekeluarga.

Sekiranya anda suka entri saya ini sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali share, anda mendapat ganjaran syurga tanpa hisab Insya Allah.

Salam Ramadhan,
Hafizah
~design your life not by default

Monday, May 25, 2015

PLASTIK BOCOR

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Saya doakan anda sihat dan ceria.

Entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda satu sharing dari sahabat untuk sahabat yang saya fikir elok saya sharingkan di sini untuk manfaat anda semua.

Pernah dengar Plastik Bocor?


Bagaimana boleh bocor plastik tu?

1. Hati-hati dengan plastik bocor. Kamu ambil wudhuk dengan sempurna tapi mmbazir air (plastik bocor)

2. Kamu solat, sedekah, baca Quran, pegi haji dan umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang.. So (plastik bocor)

3. Kamu beri banyak sedekah kat orang miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor) 

4. Kamu bangun tahajud, puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga (plastik bocor)

5. Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah, mengganggu, mengacau dan tak boleh kawal marah kamu (plastik bocor)

6. Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat (plastik bocor)

7. Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik, kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia (plastik bocor)

8. Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah (plastik bocor)

9. Kamu doa mohon keampunan, Allah beri kamu sakit, kamu mula merungut buat orang sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) (plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah!

Nampak macam banyak, tapi di sana MUFLIS.

Muhasabah diri,
Hafizah

~design your life not by default

Sekiranya perkongsian ini beri manfaat kepada anda sila tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai lagi rakan-rakan yang mendapat manfaatnya.