Saturday, November 7, 2015

RESEPI MUDAH PAVLOVA DARI DAPUR FIZAH

Assalamualaikum wbt,


Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi? Saya doakan anda sihat dan ceria.

Entri kali ini saya nak share resepi Pavlova yang dah lama saya tak asah skill sebab mesin mixer saya dah lama rosak. 

Anak-anak saya merengek-rengek nak pavlova kegemaran mereka.

Baru-baru ini suami saya hadiahkan saya Mixer baru. Sukanya saya, anak-anak pun suka sebab terlaksanalah impian mereka ber'pavlova'. Terima kasih sayangku En. Badrul Hisham.

Nak buat pavlova ini tool asasnya ada mixer. Tanpa mixer tak jadi pavlova. Tak macam kek lain boleh pukul pakai tangan je.

Kepada anda yang tak tahu apa itu pavlova? 
.
.
.
.
.
Tadaaaa!!!!


Ini lah rupa paras pavlova yang digilai

Saya ni orang kampung. Lahir kat kampung Muar Johor, sekolah kat kampung. Kuih yang selalu mak buat pun kuih muih orang kampung. Yang paling femes dan kuih yang rajin dibawa ke sekolah kalau ada jamuan akhir tahun adalah kuih kasu'i. Sapa tak kenal kuih kasu'i, kesiannnn....

Sejak dah berhijrah ke bandaraya KL ni macam-macam kuih international pulak dirasanya. Dah 15 tahun pun bermastautin di sini.

Saya kenal Pavlova ni di jamuan hari raya company saya. Bila saya rasa sekali ummmphhhh...not bad rasanya. ala-ala dodol omputihlah.

kawan saya kata kalau beli kat kedai kek ni satu slice mahunya RM10. Masya Allah mahalnya, tak boleh jadi ni saya pun gugel-gugel la resepi.

Dapat satu resepi website omputih, resepi pun bahasa omputih. Senang rupanya nak buat kuih omputih ni, tak de la kena kacau berjam-jam macam dodol. Khabarnya Pavlova ini asalnya dari Australia.

Meh saya kongsikan resepi Pavlova yang sangat mudah ni. 

RESEPI PAVLOVA
~dapurfizah

Bahan-bahan:

Bahan meringue (putih telur)

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung



Ni lah bahan-bahannya, mudahkan? ada kat rumah semestinya bahan-bahan ni.

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
Pelbagai buah import contoh strawbery, kiwi, blueberry, rasberry (asal buah-buahan yang agak masam)


kiwi, strawbery dan anggur buah yang saya gunakan kali ini


Tip sebelum membakar :
1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. 

Untuk lebih mudah proses pengasingan gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.


putih telur sahaja ni ye

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. 

Kalau anda engkar tips ni, jangan marah kalau meringue anda tak menjadi pulak nanti.

Pantang larang di atas pernah saya buat. Sebab tu saya tak nak anda ulangi kesilapan saya dulu. Menangis woooo....bila meringue tak jadi. geram rasanya.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Lebih mudah kalau ada stand mixer. Tak penat nak pegang. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Agak-agak dah ringan telur tu.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

saya curah je gula tak pakai sudu. tapi curah sedikit demi sedikit ye.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Tanduk bukan sebarang tanduk ni ye.


Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 


nampak tak tanduk dia tuuuu....tajam tak? tajam tak?


4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)


meringue yang menjadi takkan jatuh


telangkupkan pun tak jatuh. Ada beran telangkup atas kepala?

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula. Tau ke spatula amende? Alaaa....senduk kek tu. Kalau tak de spatula, senduk kayu pun boleh.

batang kelabu tu la spatula. Gaul hingga sebati.
tanduk lagi, suka pulak buat tanduk nih.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).


Boleh sukat bulatan guna tin ke, mangkuk ke untuk dapatkan ukuran bulatan yang tepat. Macam saya guna hand writing je. Malas nak ambik pengukur. Konon pro la tu. Amacam cantik tak bulatan saya?

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.


Setempek kat tengah-tengah bulatan


Sapu tepi, sapu kanan, sapu kiri.


Sapu atas, bawah tak yah sapu.


tadaaaaa!!...dah comel


lekukkan kat bahagian tengah. Biar tebing tepi lebih tinggi supaya topping dan buah tak melimpah ketepi nanti.

Masa membakar :


1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 



2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)



Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.




Inilah rupa paras meringue yang berjaya dibakar. Molek kan?

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Petua pukul whipping cream dengan mudah dan pasti menjadi dengan masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Saya tak tambah gula pun sebab whipping cream tu dah manis. Terpulang kepada anda.


3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Saya masukkan dalam bekas icecream. Rupanya dah la macam icecream. Jangan pulak anak saya bedal ingatkan icecream pulak nanti.


bekas icecream tak muat, masukkan balance dalam plastik jugak.

Bila rasa nak makan, baru sapukan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. 

Tadaaaaa!!!!



Keratan rentas pavlova. Sooo....creammyyyy!! kecur beb!


Pandangan atas


Sekejapan je ni akan dilicinkan oleh anak-anakku.


Tekstur pavlova garing di luar dan lembut di dalam. Yummyyy!!!

Kepada anda yang belum pernah rasa pavlova, saya nak habaq hang (tetiba je speaking penang). Rasanya ala-ala marshmallow yang agak manis diseimbangkan dengan buah-buahan masam. Jadi tak de la terasa manis menyengit sangat di tekak. 

Garing diluar, lembut didalam. Masam dan manis yang bertemu di dalam mulut menerbitkan rasa wallahhhh!!!


Delicious wooo.. Kakak Eizzatul kata. Feveret dia tu.

Senangkan buat pavlova ni.

Budak-budak pun boleh cuba.


Anak bujang saya nak try deco pavlova katanya. Ini pavlova yang kedua. Normally saya akan buat 2 buku pavlova untuk seisi rumah. 1 tak cukup.


Jemput makan!!

Saya ijazahkan resepi ini untuk semua pembaca setia blog saya. Semoga anda dapat manfaat dari resepi yang saya kongsikan ini.

Selamat mencuba resepi yang awesome ni.

Kredit to : http://www.kongsiresepi.com/read/1697/0/

Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE. Supaya lebih ramai yang dapat manfaat dari perkongsian resepi saya ini. Insya Allah sama-sama kita dapat saham akhirat.

#daridapurfizah
#dapurfizah
#pavlova

Love,
Hafizah
~design your life not by default

No comments:

Post a Comment