Hai Assalamualaikum sahabat yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dikurniakan rahmat dan keberkatan.
Menurut statistik, sakit lutut dan sendi akan mudah dialami kepada individu yang berusia 40 tahun ke atas.
Tambahan lagi kesakitan yang dialami akan mempengaruhi daya keyakinan diri. Bayangkan anda baru sahaja masuk umur awal 40-an tetapi dah mula sakit sendi kaki, sakit lutut. Sudah tentu menyukarkan anda nak beribadah. Sujud, rukuk pun tak boleh dilakukan dengan sempurna. Umur tak adalah nak tua sangat tapi dah solat atas kerusi. Hilang nikmat dapat sujud dengan sempurna bila dahi tak boleh nak cecah tempat sujud akibat dari sakit sendi dan lutut. Rugikan.
Bayangkan anda seorang CEO dalam sebuah syarikat, tetapi anda mengalami sakit sendi dan otot semasa anda bertugas. Secara tak langsung akan menurunkan rasa keyakinan diri sendiri.
Bayangkan juga andai anda seorang atok dan nenek, waktu ini anda nak bermain-main dengan cucu. Tak pun waktu ini anda ingin melancong atau mengerjakan umrah. Bayangkan andai anda diserang sakit sendi dan otot, sudah pasti menyukarkan aktiviti anda.
Siapa yang Biasanya Mengalami Sakit Sendi dan Otot
1) Individu Yang Berumur Lebih 40-an
Semakin meningkat usia, sendi anda mungkin akan menjadi lebih tegang dan kurang fleksibel. Tulang rawan akan semakin menipis dan cecair pelincir yang berada sekitar sendi akan menjadi sedikit. Akibatnya akan menjadikan keradangan dan kesakitan sendi. Sudah tentu akan mempengaruhi aktiviti harian mereka dan menghalang dari melakukan aktiviti yang digemari.
2) Individu Aktif Bersukan
Individu ini akan mudah mengalami otot yang haus dan sering mengalami ketegangan dan kesakitan otot. Akibatnya, mereka perlu berehat dari melakukan aktiviti dalam masa yang lama.
3) Individu Dewasa Yang Bekerja di Pejabat
Golongan seterusnya, individu yang bekerja terutama bekerja di pejabat tidak kira apa pangkat sama ada CEO atau ekskutif. Mereka biasanya duduk berjam-jam sama ada berhadapan depan komputer dan bermesyuarat dan mempunyai posture yang lemah. Golongan seperti ini biasanya mengadu sakit pingang, sakit bahu dan sakit pinggul. Akibatnya, mereka tidak dapat fokus dan lebih membimbangkan sekiranya menyebabkan penyakit kronik seperti masalah tulang belakang (slip disc).
4) Individu Dewasa Yang Bekerja di Luar Pejabat
Kesakitan otot dan sendi bukan saja dialami oleh pekerja di pejabat. Ia juga berisiko kepada pekerja di luar pejabat seperti pemandu teksi, pekerja gudang, pemandu Grab Car, pemandu lori, courier service dan pekerja shopping mall. Aktiviti mereka yang memerlukan membongkok beberapa, berdiri lama dan duduk lama menyebabkan keletihan, kekejangan kaki dan sakit belakang. Ini juga mempengaruhi prestasi dan produktiviti anda.
5) Ibu Yang Sibuk
Tahukah anda, lebih dari 1/3 wanita yang menderita sakit belakang walaupun sudah 1 tahun selepas melahirkan. Ini disebabkan para ibu terpaksa membongkok dan mengangkat bayi yang semakin besar dan semakin berat. Selain itu mereka juga perlu membuat kerja-kerja rumah, mengusung barang groceries, menolak troley dan stroller. Ini mengakibatkan para ibu begini akan mengalami tekanan emosi dan merasakan tidak dapat menjadi ibu yang terbaik.
Adakah anda tergolong salah satu dari mereka?
Walaubagaimanapun anda jangan risau kerana ada jalan penyelesaiannya. Tak perlu suntik sana suntik sini. Anda boleh dapatkan solusinya secara alami.
Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.
-----------------------------------------------------------------------------------------
HAFIZAH : 019-2118757