Friday, December 19, 2014

BERCUTI DI IMPIAN MORIB HOTEL

Asslamualaikum wbt,

Saya doakan anda dikurniakan kesihatan dan keceriaan, terutamanya musim cuti sekolah yang dah nak ke penghujungnya.

Ke mana anda bawa anak-anak anda bercuti tahun ini sempena cuti sekolah?

Alhamdulillah baru-baru ini saya berpeluang bercuti bersama keluarga di Morib, Banting Selangor.

Jauhkan? Haha...selalunya kita pandang yang jauhhhh je...tapi yang dekat kita tak ambil kisah...

Jarak antara rumah saya di Seri Kembangan ke Pantai Morib ini tidak lah terlalu jauh. Lebih kurang dalam 60 km dari Taman Lestari Putra, Seri Kembangan.

Lebih kurang 1 jam perjalanan dari rumah saya.

Map lokasi Impian Morib Hotel
Kenapa Impian Morib Hotel menjadi pilihan?

Saya tak plan pun nak ke sini. Tetapi suami saya yang beriya-iya ingin gembirakan anak-anaknya. Kenapa hotel ini menjadi pilihan pertamanya ia tidak memerlukan kos petrol yang banyak untuk ke sini. Almaklumlah harga petrol dah meningkat, destinasi pun cari destinasi budget tapi selesa.

Harga hotel pun tidak begitu mahal. Dalam rate RM220 - RM 280. Kalau anda ingin hotel pool view, rate dalam RM220 sahaja dapat tengok swimming pool yang luas dan besar. Sekiranya anda suka chalet style, rate dalam RM280 menghadap ke Pantai.

Untuk ke sini, saya nasihatkan anda pilih pool view kerana pantainya tidak begitu menarik. Pada pendapat sayalah. Namun begitu, sekiranya anda kaki pancing, sesuai sangat sewa chalet style yang menghadap ke laut. Turun chalet je dah boleh memancing. Ikan ada ke tidak saya tak pasti.

pool untuk orang dewasa. Luaskan?

Sebelah hujung kiri pool untuk kanak-kanak

Faris dah tak sabar terjun swimming pool

sukelah tu
Biliknya pun boleh tahan luas juga. Dengan satu katil king size dan satu katil single. Sesuai untuk famili outing.

Waktu ini anak saya yang 2 orang pergi Kem Remaja di kawasan berhampiran. Jadi kurang sikit kapasiti keluarga saya. Sesuai sangatlah katil yang disediakan.

Bilik sebesar ini sesuai untuk famili 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak seperti saya. Kalau lebih dari itu, sama ada anda perlu bawa extra Toto bersama atau anda sewa 2 atau lebih bilik.

Untuk menjimatkan kos sudah tentu bawa Toto dari rumah saja. Di hotel ini kelemahannya, tiada extra bed.



first time Awina duduk hotel
Antara yang menjadikan kesukaan saya sefamili kerana poolnya yang sangat luas. Puas hatilah untuk anak-anak swimming. Dah menjadi idaman mereka berendam dalam pool.
 
Apa lagi petang tu jugak mereka berendam sampai kecut.

Biarlah gambar yang berbicara.







deliciousnya air nih...

proses mengapungkan badan



Awina dah pandai berenang lahhh...




Dah penat berendam malamnya jom makan.

Lagi satu yang menarik di sini kerana senang mencari tempat makan iaitu di Pantai Morib. Macam-macam makanan ada di situ. Sotong bakar ada, ikan bakar ada, otak-otak ada.

Lebih kurang 500 meter dari hotel dah sampai ke Pantai Morib syurga makanan.

Apsallah muka Faris begitu

Saya dan Awina

Santapan malam ini

Tarik dan tarik lagi
Pantai Morib ini lautnya tak sesuai untuk bermandi-manda. Sebab itulah kami mencari tempat penginapan yang ada swimming pool. Konsep percutian kali ini adalah bercuti sambil bermandi manda di pool.

Kami ke sini juga kerana anak kami yang 2 orang Abang Long Eizz dan Fitri menghadiri Kem Remaja di Kem El-azzhar terletak 2 km dari hotel.

Lepas makan kami singgah menjengguk anak-anak kami pula di Kem.

Eizz dan Fitri yang berbaju Harimau Malaya dalam group mereka

Mereka sedang ber'supper' rupanya.
Selepas dah menghilangkan rindu dengan anak-anak bujang saya, kami balik hotel bum bum...

Esoknya nak bangun awal, berendam lagi. Dah nama konsep holiday swim-swim kan.

Saya lapar...mana breakfast!!!

Inilah breakfast pagi kami. Kat hotel je boleh jumpa gini. Kat rumah mana nak buat cam ni.

Lepas breakfast terjun semula

Puaslah diorang berendam haaa....

Sementara mereka berendam, saya ke pantai.

Sampai kecut mandi tu

Check out time sayangku.
Jom kita check out. Receptionist dah call dah menandakan kita kena keluar dari bilik ini.

Jom ambil abang-abang kat Kem El-azzhar.

Setakat ini saja percutian kami di Impian Morib Hotel. Nantikan entri saya seterusnya, percutian kami belum tamat. Percutian ini baru saja bermula.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila tekan button LIKE dan SHARE di bawah supaya ramai lagi yang dapat manfaatnya. Manalah tahu ada orang di luar sana ingin bermandi manda di sini.

Salam percutian,
Hafizah Mahfoz 

CIRIT BIRIT JADI KAMBING? BEK!..BEK!...

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian. Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Kalau sesiapa perasan dalam minggu lepas saya ada post satu status FB seperti ini,

"Dah 4 hari saya dan Faris kena cirit birit. Tak tahulah silap makan apa.
Tadi mak saya suruh kunyah pucuk jambu. Lepas tu cakap Bek! Bek! Bek!....
Hahaaa...nak tergelak saya. Macam kambing pulak. Dah petua orang tua kan jangan engkar...

Tak caya tak apa! Buat je!

Alhamdulillah...dengan izin Allah...amazing
Lepas setengah jam saya dah tak cirit birit lagi. Lega perut saya yang menggelodak. Confirm mujarab daun jambu batu untuk penawar cirit birit.
Alhamdulillah hilang seksaan perut menggelodak yang ditanggung selama 4 hari."
 
Haaa...kebetulan saya berada di kampung ketika itu, senang la saya nak dapat pucuk jambu batu tu.

Mak saya kata lebih mustajab kalau makan pucuk jambu batu tu dari pokoknya terus tanpa dipetik. Macam kambing tu. Orang tua cakap jangan engkar. Buat je! Tak caya tak apa!

Anak saya Faris pulak yang berusia 5 tahun sudah tentu tak mahu kunyah pucuk jambu batu ini begitu saja kan. Sedangkan makan sayur pun susah. Jadi alternatifnya, pucuk jambu batu tu perlu ditumbuk lumat dahulu sebelum dicampurkan dengan air untuk diminum.


Daun pucuk jambu batu sebagai penawar cirit birit

Kepada rakan-rakan yang menghadapi masalah seperti saya boleh ikut petua mak saya ni. Sejak saya kecil amalan ni dipraktikkan. Alhamdulillah sangat mustajab dengan izin Allah.

Sekiranya entri saya kali ini boleh dimanfaatkan oleh anda sila LIKE dan SHARE supaya lebih ramai lagi rakan-rakan yang mendapat manfaatnya. 

"Sebaik-baik umat adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain"

#cicitbirit
#petua
#penawar
#daunjambubatu
#kampung
#mak 
#petuamustajab

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265]
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:






Saturday, December 13, 2014

7 MANFAAT VITAMIN C YANG PERLU KITA AMBIL TAHU

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian? Saya doakan anda dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dunia akhirat.

Pernah tak secara tiba-tiba anda rasa tekak anda perit semacam je. Jika dibiarkan suara anda terus tak keluar. Jadi suara 'ELLA Ratu Rockers'. Syok juga kalau tiba-tiba jadi suara Rockers kan. Tapi terseksalah tekak, dipaksa nak keluarkan suara. 

Yang paling malang, para guru. Pernah satu ketika dulu sewaktu zaman persekolahan, bila musim batuk atau selsema, cikgu Matematik saya masuk kelas tanpa kata-kata. Tiba-tiba cikgu tulis di papan hitam macam ni.

"SILA BUAT KERJA MASING-MASING"


Pernah tak anda menghadapi situasi begini waktu sekolah dulu. Kenapa ye?
Ini akibat daripada guru yang mengalami sakit tekak dan tidak berupaya untuk mengajar kerana suara mereka hilang. Kesiankan? Kesian kat sapa?

Kesian kepada cikgu kerana mereka terdedah dengan habuk kapur (dulu kan pakai kapur) dan persekitaran yang tidak sihat. Sedangkan mereka tidak dilindungi imunasi yang secukupnya untuk menghindarkan penyakit yang sering melanda guru-guru.

Kesian kat pelajar sebab tertinggal syllibus yang sepatutnya diajar pada hari itu.

Saya pula sering mengalami situasi ini. Kalau anda perasan dan sering follow FB saya, saya pernah tulis status ini


 2 hari kemudian

Alhamdulillah...

Cepat sungguh sakit tekak saya 'recover'. Sedangkan sebelum saya ambil apa-apa suppliment sebelum ini, saya memerlukan masa yang panjang untuk sembuh. Almost kena suara Rockers dulu lah baru baik.

Kenapa saya pilih Vitamin C Shaklee?

Kalau nak diikutkan saya boleh ambil sebarang jenis vitamin yang saya suka. Boleh juga ambil buah-buahan saja sebagai booster imunasi.

Tapi sejauh mana anda pasti buah-buahan yang kita ambik memenuhi keperluan khasiat nutrisi dalam badan kita. Berapa kapasiti vitamin yang diperlukan setiap individu terutamanya vitamin C.


Gizi yang mengandungi Vitamin C. Amacam?
Anda tidak memerlukan suppliment tambahan sekiranya pengambilan nutrisi anda telah mencukupi.

Persoalannya, bagaimana kita nak pasti pengambilan nutrisi kita cukup vitaminnya?
 
Ciri-ciri vitamin C Shaklee yang saya suka

1) Berapa mg Vitamin c Shaklee
     553mg/tablet.


    
Setiap individu memerlukan at least 1000-2000mg sehari bergantung kepada aktiviti harian mereka. Orang yang bekerja di pejabat tidak sama keperluan vitamin C berbanding buruh kasar yang berkerja di luar dan di kawasan panas. Perokok pula memerlukan lebih 2 kali ganda keperluan vitamin C berbanding orang biasa.

keperluan vitamin setiap individu berbeza

2) Apa manfaat Vitamin C Shaklee?

Membentuk kolagen

Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertimbangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

vitamin C sebagai kalogen

Memperbaiki simptom pendarahan

Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Pengalaman saya dengan vitamin C Shaklee sangat memuaskan hati saya. Kulit muka saya bertambah mulus dan gebu. Jerawat pun malu-malu nak singgah. seriesss!!!

Vitamin C Effect

Peningkatan sistem imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asma. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

Memerangi kanser

Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Mencantikkan kulit

Ambil vitamin c setiap hari untuk kulit lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia

Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolesterol sihat

Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombosis, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

3) Shaklee Difference Vit C

Menggunakan sains pembebasan berterusan secara semulajadi (sustaine release) yang tiada pada vitamin c jenama lain.


4) Siapa perlukan Vitamin C Shaklee?

semua orang dari kanak-kanak hingga warga emas.


5) Kenapa setiap set ada Vitamin C?

kerana VITA C merupakan asas kepada pembinaan kolagen. Vita C juga sebagai pemangkin kepada vitamin-vitamin lain untuk serapan yang lebih baik ke tubuh.


Sebagai contoh, VITALEA (Multivitamin) lebih baik diambil sekali dengan VITA C untuk mempercepatkan lagi kadar serapan vitamin ke dalam sistem badan.

6) Cara pengambilan

#Untuk pemeliharaan kesihatan terutamanya untuk flu, selsema dan demam 

2 kali setiap hari, 2 tablet setiap kali(selepas makan). Sila patah 2 untuk      penyerapan segera.

Patahkan 2 setiap satu untuk penyerapan segera dan pantas ke dalam tubuh

#Untuk melawan kanser, influenza & penyembuhan penyakit 

  3x sehari, 2tablet setiap kali.

#Untuk individu yang mementingkan kesihatan

  1 tablet sehari selepas breakfast 

kredit to group sharing MFMS for the info

Testimoni




Testimoni saya dah pun dikongsikan di atas.

sejak saya mengenali Shaklee Vitamin no 1 di Malaysia ini, di dalam rumah saya tiada lagi simpanan paracetamol atau ubat batuk mahupun ubat selsema. 
Nak tahu apa bahaya paracetamol? Sila ke link BAHAYA PARACETAMOL! 

Saya gantikan ubat-ubatan itu dengan Vitamin C Sustained Release dan Vitamin C Chewable untuk anak-anak saya.

Bila saya terasa nak demam, selsema atau batuk saja saya akan pastikan dos Vitamin C saya ambil lebih dari biasa. Jika biasanya saya ambil 1 tablet sehari selepas breakfast. Bila terasa dijangkiti penyakit saya pastikan saya ambil 2 atau 4 tablet sehari (dipecahkan 2). 

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya kembali pulih.

Sekiranya anda juga mengalami masalah seperti saya, boleh hubungi saya untuk konsultansi percuma.

Anda suka entri saya sila klik butang LIKE dan SHARE supaya lebih ramai rakan-rakan kita yang boleh dapat manfaatnya nanti.

#VITAMINC
#ubatdemam
#ubatselsema
#ubatbatuk
#SustainedReleaseVitaC
#VitaminCEffect

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Monday, December 1, 2014

RESEPI ASAM PEDAS IKAN TALAPIA (ASAM PEDAS MUO)~RESEPI MAK TURUN TEMURUN

Assalamualaikum wbt,

Saya doakan anda dalam keadaan sihat dan sejahtera. Semalam ada sorang sahabat tanya resepi asam pedas saya. Ok saya share kat sini.

Bumbu Asam Pedas
 
Bawang besar sebiji (bawang kecik lagi bagus-dalam 6 ulas)
Bawang putih 4 ulas
Halia 2 inci
Kunyit hidup 1/2 inci
Jintan putih sesudu besar
ketumbar sesudu besar
Lada diblender (ambik lada dalam 4 sudu)
Asam jawa adabi

Ikan Talapia

Cara-caranya
 
Tumbuk kesemuanya, mulakan dengan tumbuk jintan n ketumbar dulu sebab nak lumatkan. Kalau nak pekatkan kuah asam jawa tu boleh tumbuk buah keras sikit. Kemudian tumbuk halia dan kunyit. Baru tumbuk bawang n bawang putih.

Tumiskan bumbu dlm periuk yg telah dipanaskan minyaknya. Masak bumbu hingga naik baunya (dlm 10 minit).

Kalau bumbu agak garing bubuh air sedikit.
Kemudian bubuh air agak2 cukup untuk ikan yang kita nak masak.


Tunggu mendidih air bumbu tu.
Baru masukkan ikan talapia kita ( dilarang masukkan ikan sebelum air mendidih. Akan mengakibatkan asam pedas anda hanyir nanti).


Tak perlu masak terlalu lama.
Masukkan garam secukup rasa.
Renihkan ikan dalam air asam tu agak2 dlm 10 minit.
Masukkan asam jawa.
Tambah gula sedikit.
Renihkan semula dlm 5 minit lagi.


Dah siapppp!!!..yum yummmm....ready to eat.

Asam Pedas Resepi Famili disukai ramai

Saya ikut petua mak saya. Nak menentukan kesedapan masakan kita adalah keseimbangan garam, asam dan gulanya. Yang ni saya pakai campak2 je. Tak de sukatan. Pandai hang la noooo...

Asam pedas ini sesuai juga untuk sebarang jenis ikan. Ikan kerisi boleh, pari boleh, kembung, ikan uji rashid pun boleh.....
 
Selamat mencuba~

Sekira anda rasa resepi ini boleh dimanfaatkan oleh orang lain sila SHARE dan LIKE ok! 

Semoga ramai yang dapat makan sedap tengah hari ni.


‪#‎asampedasmuo‬ ‪#‎asampedas‬ ‪#‎anakjatimuo‬