Friday, May 12, 2023

Set Kurus Hello New You Kini Kembali

 



Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan yang melimpah ruah.
 
Seronoknya bila Shaklee sekali lagi tawarkan Set Hello New You pada bulan Mei 2023 ini.
 
Bukan apa, bila lepas raya ni . Rasa diri dah kembali bulat. Perut pun tak nak kempis seperti bulan puasa yang lalu.
 
Bila juadah hari raya dihidang sudah semestinya tidak menolak. Akibatnya berat badan semakin meningkat semula.
 
Apa yang bestnya Set Hello New You?
 
Kepada anda yang tidak pernah merasai Set Hello New You ini mari Kak Fieza jelaskan bestnya Set ini berbanding produk lain.
 
Set Hello New You terdiri daripada:
1) Cinch Chocolate Shake
2) Herbalax
3) Lecithin
4) Omegaguard
 
FREE Cinch Shake - Vanilla
FREE Shaker
 
Set Hello New You merupakan set lengkap secara untuk kekalkan kesihatan dan turunkan berat badan khususnya.
 

 
 
 
Cinch Shake (BAKAR DAN BINA OTOT)
 


Chinch Shake merupakan:

🌿 Hidangan lazat yang menyihatkan diberikan dalam 3 perisa pilihan vanilla, Chocolate dan Cafe Latte.
🌿Leusina membantu membakar lemak tanpa memberikan kesan Yo-Yo
Leusina membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih sihat dan badan tegap.
🌿Mengisi jurang nutrisi
 
 
 
 Herba-Lax (HADAM DAN BERSIHKAN USUS)
 
 

 

 
🌿Herb-lax mengandungi campuran proprietari termasuk daun SENNA yang secara tradisinya digunakan sebagai laksatif semulajadi.
🌿Meningkatkan pergerakan usus untuk membantu proses semulajadi badan.

 
 
 
Lecithin (BAKAR)



🌿Lecithin agen pembakar lemak semulajadi
🌿Pengemulsi, sumber semulajadi diperolehi daripada kacang soya.
🌿Berupaya memecahkan lemak degil.
🌿Mempercepatkan pemecahan lemak.
🌿Menghalang pengumpulan lemak dan mengeluarkan tokdin dari hati.
 
 
 
Omegaguard (TINGKAT METABOLISME)



🌿Omegaguard menyediakan spektrum luas asid lemak penting Omega-3 Gred Farmaseutikal.
🌿Menyediakan proses proprietari penyulingan molekul tiga langkah.
🌿Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.
🌿Meningkatkan sensitiviti insulin badan untuk mengawal penyimpanan lemak.
 
 
Kisah Benar Pengguna Set Kurus Hello New You

(KLIK PHOTO UNTUK LEBIH JELAS)
(KLIK PHOTO UNTUK LEBIH JELAS)
(KLIK PHOTO UNTUK LEBIH JELAS)

 

Jadi apa tunggu lagi, Jom KURUS DENGAN CEPAT dan SIHAT dengan SET HELLO NEW YOU
 

Klik link 👇👇 untuk dapatkan Set Kurus Shaklee Hello New You anda hari ini

NAK SET KURUS SHAKLEE HELLO NEW YOU  

(KLIK DI SINI)

 



 

Untuk kesan yang lebih baik dan KURUS DENGAN CEPAT anda digalakkan ambil SET KURUS SHAKLEE PREMIUM HELLO NEW YOU bersama-sama program Intermittent Fasting untuk gaya hidup baru anda. 

Untuk info lanjut tentang Intermittent Fasting anda dijemput klik link 

👉👉👉 Kaedah Intermittent Fasting Yang Berkesan

Anda masih rahu-ragu lagi dengan SET HELLO NEW YOU. Saya kongsikan lagi pengakuan pengguna tegar SET HELLO NEW YOU.
 
 
(KLIK PHOTO UNTUK LEBIH JELAS)
(KLIK PHOTO UNTUK LEBIH JELAS)

(KLIK PHOTO UNTUK LEBIH JELAS)

AMACAM??
Anda ingin menjadi individu yang baru seperi mereka. Jangan tunggu lagi. Jom dapatkan segera SET HELLO NEW YOU anda hari ini sementara stok masih ada.



UNTUK ORDER, KLIK SINI
 


Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.





 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

 

 
 
 
 

Tuesday, May 9, 2023

Hari Raya Open House Acara Yang Paling Menyeronokkan

 

Setelah sebulan berpuasa, hari yang dinanti-nantikan adalah Hari Raya. Setiap individu ada pelbagai cara untuk meraikan Hari Raya.

Namun hari raya yang penuh bermakna adalah apabila dapat berkumpul dengan sanak saudara. Bersembang beramah mesra dengan keluarga yang dah lama tak jumpa. Sambil-sambil itu dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan.



 

Rendang, ketupat, masak lodeh, kuah kacang dan kuih muih sudah semestinya menjadi juadah rasmi dipagi raya.

Beruntung hari raya tahun 2023 ini cuti panjang boleh bersama keluarga dikampung agak lama sedikit.

Balik dari kampung disambung pula dengan kemeriahan berhari raya di bandar. Sekiranya di kampung terkenal dengan budaya Marhaban dari rumah ke rumah seluruh kampung, namun di bandar terkenal dengan budaya Hari Raya Open House adalah acara yang paling dinantikan oleh warga kota.

Beza Marhaban Raya Vs Hari Raya Open House

Marhaban adalah salah satu cara masyarakat di kampung mengunjungi jiran tetangga sesama musim hari raya. Mereka akan membacakan selawat dengan pelbagai lagu sejurus selepas tuan rumah mempelawa masuk. Selesai marhaban pengunjung akan dijemput makan juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

Manakala, Hari Raya Open House pula dibuat kepada mereka yang nak menjamu rakan taulan, jiran tetangga, saudara mara. Kehadiran tetamu atas jemputan tuan rumah. Acara utamanya adalah makan-makan saja. Tiada acara membaca selawat.

Sambutan Hari Raya Open House Kak Fieza kali ini dimulai dengan Open Office. Seronok sangat dapat berhari raya dengan rakan-rakan office yang dianjurkan oleh syarikat tempat bekerja.


 

Sambutan kali ini dengan tema Balik Kampung. Pelbagai acara disediakan sepanjang sambutan Hari Raya Open House di tempat kerja Kak Fieza ini. Selain dari makan-makan pelbagai juadah raya, kami juga diraikan dengan permainan ala-ala kampung iaitu congkak, batu seremban, ceper, karoum membangkitkan nostalgia silam kita.

Sudah semestinya juadah rasmi setiap tahun tak miss iaitu kambing panggang.



 Ini pula adalah beberapa juadah lain yang sempat diambil gambar. 




 

Air bandong soda yang paling win. Sejuk tekak lalu bila suasana panas macam ni.


 Tengoklah meja kami penuh dengan juadah makanan

Hujung minggu Kak Fieza pula dipenuhi dengan jemputan Hari Raya Open House. Satu hari hingga 2-3 buah rumah. Sudah semestinya acara utama adalah makan-makan dan makan.


 Walaupun begitu banyak juadah makanan dihidangkan, harus diingat kita perlu mengawal pengambilan makanan kita juga.

Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, tapi banyakkan manis dalam senyuman.

Tubuh badan kita juga perlu dijaga supaya sihat sentiasa. Macam Kak Fieza, selepas makan makanan pelbagai di siang hari Kak Fieza akan pastikan konsisten makan supliment.

Kenapa ambil suppliment?


 





HARI RAYA DENGAN SHAKLEE buatkan Aidilfitri ada lebih bermakna. Bukan sahaja budaya HARI RAYA OPEN  HOUSE ini dapat mengeratkan silaturahim malah ianya memastikan badan kita lebih sihat.

 

Kak Fieza doakan anda dipermudahkan, sambutan AIDILFITRI anda lebih meriah dan bermakna lebih-lebih lagi dengan Shaklee. 


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

 

 

Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.



#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

 

Sunday, May 7, 2023

7 Cadangan Part Time Job Di Malaysia Yang Berikan Income Lumayan

 

Hai, Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda berada dalam lindungan Allah semuanya.

Hari raya dah masuk minggu kedua, tapi bahangnya masih terasa sepanas gelombang haba yang melanda Malaysia saat ini. Namun, Kak Fieza percaya poket masing-masing ada yang dah kempiskan.

Maklumlah banyak yang telah dibelanjakan untuk persiapan Hari Raya. Ada yang mencari-cari bungkusan Maggi untuk lunch dan dinner hari ini. 


 

Lantaran kos sara hidup yang semakin meningkat abad ini, ramai yang hadapi tekanan hidup. Bagi yang masih hidup single kemungkinan kurang sikit bebanannya. Tetapi bagi yang berkeluarga kos sara hidup yang semakin tinggi ini membebankan mereka terutamanya yang bermastautin di bandar besar seperti di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Isu kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi gaji minimum yang sangat rendah ini mengakibatkan ketidakseimbangan ekonomi di negara kita. Isu ini bukan hanya dirasai oleh golongan masyarakat biasa malah golongan profesional juga merasainya. Tak kira anda jurutera, peguam, guru akan merasainya. Apatah lagi yang berjawatan kerani, pekerja am lebih-lebih lagi merasai kemelut ini.

Menjana pendapatan lebih (extra income) adalah jalan keluar dari kemelut ini. Ada pelbagai cara untuk menjana pendapatan lebih antaranya ramai dikalangan individu dah mula sedar untuk melakukan kerja sambilan (PART TIME JOB).

Part Time Job yang dipilih adalah mengikut kesesuaian dan passion setiap individu.

Di sini Kak Fieza senaraikan 7 cadangan Part Time Job yang popular di Malaysia agar menjadi panduan anda untuk dapatkan idea part time job yang anda akan lakukan.

#1 : Tutor atau Guru Tuisyen

Ramai ibu bapa sekarang ni mencari guru tuisyen untuk anak-anak mereka. Bagi golongan yang minat mengajar boleh ambil peluang ini untuk jana pendapatan ekstra anda.

Manakala bagi golongan lepasan ijazah pula boleh memohon untuk menjadi tutor sambilan di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

#2 : Berjual makanan

Antara bisnes yang paling mendapat sambutan dan demand yang tinggi adalah bisnes makanan. Hari-hari orang nak makan. Anda boleh jual makanan-makanan berat seperti nasi lemak, beehoon goreng atau sandwich waktu pagi di pejabat untuk sarapan pagi rakan-rakan di pejabat. Kak Fieza percaya ramai yang malas nak keluar mencari makan waktu pagi. Bila ada orang jual sarapan pagi memudahkan mereka untuk juadah sarapan mereka.

Selain itu anda juga boleh menjual kerepek atau kuih muih di pejabat, di taman perumahan anda, kejiranan anda mahupun di online social media seperti (FB, IG, Youtube dan Tiktok).

Kepada anda yang ada kemahiran baking cake, anda juga berpotensi untuk jana pendapatan anda melalui kemahiran anda. Ada ramai rakan-rakan anda yang ingin menempah kek hasil tangan anda.

#3 : Agent Takaful

Anda juga boleh jana pendapatan sambilan anda dengan menjadi salah seorang agent takaful di mana-mana syarikat takaful. 

#4 : Runner Barang

Runner barang ini telah menjadi trend sejak covid melanda pada tahun 2020. Budaya runner ini masih lagi diteruskan sehingga sekarang memandangkan ia menjadi jalan mudah untuk individu menghantar dan menerima barang tanpa pergi ke tempat jualan. 

Ini menjadi peluang anda untuk mengaut keuntungan lumayan dengan mengambil service penghantaran ini di kejiranan anda.

#5 : Pelukis

Sekiranya anda mempunyai bakat melukis, apa salahnya anda kembangkan bakat anda itu menjadi pendapatan lumayan. Anda akan dibayar beribu ringgit hanya dengan 1 frame lukisan anda.

#6 : Menjahit

Andai anda mempunyai bakat menjahit, menyulam, mengait. Anda boleh juga kembangkan bakat anda ini dengan menjana pendapatan ekstra. Jahitan, sulaman dan kaitan ini mempunyai permintaan yang tinggi sekarang.

#7 : Mobile SPA

Sekiranya anda minat dalam bidang kecantikkan, Kak Fieza cadangkan anda kembangkan minat anda untuk jana pendapatan ekstra dengan Mobile SPA sebagai Part Time Job anda.

Bisnes Service SPA ini boleh jana income yang lumayan memandangkan permintaannya sangat tinggi.

Bayangkan ramai wanita sekarang bekerjaya tak kira kerja makan gaji atau bekerja sendiri. Walaupun surirumah sekalipun. Rutin harian mereka sangat meletihkan. Satu ketika mereka perlukan belaian manja dan urutan yang menenangkan.

Salah satu cara untuk dapat belaian memanjakan diri adalah dengan Service SPA. Bayangkan wajah anda dibelai-belai dan diurut-urut. Hilang stress.

Sebab itu, bisnes Mobile SPA sekarang ini jadi bualan dan sambutannya sangat tinggi.

Namun begitu anda perlu memilih Kursus Mobile SPA yang betul, modal kecil tetapi beri pulangan lumayan. Kursus Mobile SPA yang terbaik setakat ini adalah Mobile SPA Beauty On The Go iaitu singkatannya BOTG.


Platform Kursus Mobile SPA terbaik di Malaysia iaitu Bisnes Mobile SPA Beauty On The Go (BOTG)

 Apa istimewanya Mobile SPA BOTG berbanding Mobile SPA lain?
 
Kak Fieza percaya ada banyak peluang kursus Mobile SPA dipasaran. Tapi kenapa anda harus pilih Mobile SPA BOTG?
 
Ini lah sebab-sebabnya:

1. BINA SPA DENGAN JENAMA SENDIRI
2. SPA TANPA KEDAI DENGAN MODAL TERMURAH DIPASARAN
3. HANDS-ON PRACTICAL TRAINING 1 HARI SAHAJA!
4. TRAINING DI LOKASI PILIHAN ANDA!
5. PRODUK SPA SETARAF ANTARABANGSA, TERBUKTI SELAMAT DAN BERKESAN!
6. BIMBINGAN DARI MENTOR DAN SUPPORT GROUP!
7. CAREER DEVELOPMENT BERSAMA BOTG.
8. PELUANG JANA INCOME DARI 6 PENJURU!
9. PELUANG BINA FRANCHIES MOBILE ANDA SENDIRI DI SELURUH DUNIA.
Alahai ala-ala KFC pulak ada franchies sendiri.

Bina SPA dengan jenama sendiri

Once anda daftarkan diri anda dengan BOTG anda automatik boleh buka bisnes SPA anda dengan jenama sendiri tak perlu apa-apa yuran penjenamaan pun.

Biasanya anda yang ingin mengikuti kursus SPA akan dikenakan yuran berpuluh ribu ringgit untuk dapatkan satu sijil Certified Beautician, tetapi dengan Mobile SPA BOTG anda tidak perlu membazirkan duit beribu-ribu utk kursus.

SPA Tanpa Kedai dengan Modal Termurah di Pasaran

Mobile SPA BOTG tidak perlu setup buka kedai untuk service SPA anda. Sejurus selepas kursus anda dah boleh buat service Mobile SPA anda.

Anda boleh buat service SPA anda dimana-mana sama ada di rumah anda atau di rumah customer. Nama pun Mobile SPA iaitu SPA bergerak. 

Hands-On Praktikal Training 1 hari sahaja

Kursus Mobile SPA BOTG bukan seperti kursus SPA yang lain. Kursus Mobile SPA BOTG latihannya dilakukan secara Hands-on. Kursusnya juga tidak memakan masa yang lama. 1 hari kursus sahaja anda dah boleh memahami teknik rahsia SPA BOTG.

Yang lebih menarik kursus SPA BOTG dilaksanakan one-to-one training. Hands on terus belajar cara SPA dan teknik yang betul dan berkesan.

 


Nampak tak kami menyediakan sorang peserta sorang model.


Jadi dengan cara ini para peserta lebih mudah faham dan boleh terus buat SPA selepas itu.

Training di Lokasi Pilihan Anda

Anda yang berminat ingin mengikuti Kursus Mobile SPA BOTG boleh memilih lokasi training yang bersesuaian dengan anda.

Ada yang dari Sabah dan Sarawak, BOTG menyediakan trainer yang bertauliah di seluruh negara.

Produk SPA Setaraf Antarabangsa, Terbukti Selamat dan Berkesan

BOTG ini hanya menggunakan rangkaian Produk Youth Skincare Shaklee yang dipercayai jenamanya.
 

Jenama Shaklee ini amnya dan Youth Skincare khususnya telah mendapat pengiktirafan TRUSTED BRAND 2021 & 2022 dalam kategori Rangkaian Vitamin dan kesihatan. Kami hanya berikan yang terbaik untuk peserta dan bakal customer mereka nanti.

 

Bangga dapat Award Trusted Brand dua tahun berturut-turut.

Bimbingan dari Mentor dan Support Group

 

Selepas kursus terus dapat sijil beautician

Selepas kursus, peserta akan dimasukkan dalam whatsapp dan telegram Group Alumni BOTG. Para peserta tidak dibiarkan terkontang kanting selepas kelas.

Mereka akan diberi support 100% tanpa mengira waktu 24H 7D. Sekiranya ada isu semasa mereka buat service mereka boleh rujuk dalam group bila-bila masa yang mereka perlukan. Team yang berpengalaman sentiasa bersedia menghulurkan idea dan bantuan.

Career Development Bersama BOTG

Selain dari buat service SPA, andai anda bersama Team BOTG anda berpeluang bina career development dengan tunjuk ajar Mentor-mentor dalam team. Bermakna anda tidak perlu risau andai kata anda dibuang kerja atau anda sendiri yang nak berhenti kerja. Anda dah ada backup income untuk masa depan anda dengan career yang telah anda bina.

Peluang Jana Income 6 PENJURU.

Service SPA bersama BOTG anda tidak tertumpu hanya kepada pendapatan service SPA semata-mata. Anda berpeluang merebut 6 PENJURU income yang hanya ada dengan Mobile SPA BOTG.

Bagaimana caranya, jom join Mobile SPA BOTG.

Berpeluang Bina Franchais Mobile SPA anda sendiri di Seluruh Negara

Dengan Mobile SPA BOTG anda juga berpeluang bina Franchais perniagaan Mobile SPA anda di seluruh negara. Bukan mudah nak bina franchais, namun dengan Mobile SPA BOTG anda tidak perlukan modal sekalipun untuk bina franchais seluruh negara anda.

Bagaimana?

Jom join Mobile SPA BOTG.

Rata rata peserta kursus yang komited boleh menjana pendapatan sekitar RM2k ke RM5k sebulan.

Ini hanya duit dari SERVIS SPA sahaja. Dalam BOTG ini, kita masih boleh menjana kewangan dari 5 penjuru yang lain.

Kami design BOTG ni supaya para peserta memperoleh keuntungan dari 6 penjuru. Hebatkan.







Sekiranya anda berminat nak buat Mobile SPA sebagai Part Time Job anda jom sertai kami.

KLIK LINK 👉👉👉 NAK JOIN BOTG

KLIK LINK 👉👉👉 NAK JOIN BOTG

KLIK LINK 👉👉👉 NAK JOIN BOTG  

Sekiranya anda rasa Mobile SPA BOTG ini dapat memberi manfaat kepada rakan taulan anda. Sudilah kiranya anda tekan button SHARE kepada rakan-rakan anda.

Mudahan dengan asbab perkongsian anda ini, anda dapat mengubah kedudukan kewangan mereka. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat FREE. Best ke best.
 
Anda juga boleh tinjau peluang-peluang lain PART TIME JOB (KLIK SINI)

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes HOME & MOBILE SPA?
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

 

 

 


Thursday, May 4, 2023

Aidilfitri 2023 Memori Terindah

 

 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Hai, Assalamualaikum wbt. Apa Khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Tak terlambat rasanya Kak Fieza ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat anda semua.

Alhamdulillah Syawal pun dah masuk minggu ke-2. Bagaimana sambutan Hari Raya anda tahun ini? Kak Fieza percaya Aidilftri anda disambut dengan meriah sekali.

Bagi kami keluarga fiezabard menyambut Aidilfitri dengan bersederhana. Percaya tak anda  baju raya kami tahun ini ada sepasang itu je la. Seperti didalam gambar. Kepada yang follow Kak Fieza di FB, IG dan Tiktok akan perasan baju raya itu yang Kak Fieza ulang pakai.

Alhamdulillah, walaupun begitu kami sekeluarga dapat berhari raya penuh kemeriahan dikelilingi oleh sanak saudara. Syukur, bila nak dibandingkan dengan saudara kita di Syiria, Palestin bagaimana agaknya hari raya mereka.

Perkara ini yang selalu Kak Fieza tanamkan kepada setiap anak supaya sentiasa bersederhana bila mengingatkan saudara kita di sana.

Kak Fieza rasa puas kerana Aidilfitri 2023 kali ini dapat meluangkan banyak masa berhari raya memandangkan dapat cuti lebih lama lebih kurang 11 hari. Ini bermakna kami dapat meluangkan masa berkunjung ke rumah sanak saudara sama ada belah suami atau belah Kak Fieza sendiri.

Di sini Kak Fieza share memori indah bersama mereka sepanjang Aidilfitri 2023


 Hari Raya Pertama bersama keluarga mertua di Felda Panching Utara, Kuantan, Pahang.

 

Seusai solat Aidilfitri dan makan juadah raya kami ber OOTD di luar rumah. Alahai panas lit lit pun kami sanggup.

Sebelum menjelang hari raya lagi MetMalaysia telah keluarkan status cuaca panas tahap berjaga-jaga iaitu suhu harian mencecah ke 35 sehingga 37 darjah Celcius terutamanya di kawasan Utara Semenanjung pada hari raya.

Baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan 3 kes kanak-kanak meninggal dunia disebabkan stroke haba dengan result post-mortem, internal organ hangus dan kering. Kak Fieza pun tak sangka sampai macam tu effect dia bila kene stroke haba. Nauzubillahiminzalik.


Sebab tu hari raya itu hari kami jarang keluar time panas. Malam baru kami keluar beraya.


Pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Mak ayah perlu pantau lebih bagi yang ada anak-anak yang sangat aktif terutama yang kuat bermain di luar rumah.

Pastikan semua kekal hidrasi. Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti. Jangan tunggu hingga rasa dahaga.


Anak-anak kita ni memang kene paksa minum air. Kalau tak paksa, diorang memang tak ingat langsung nak minum, yang mereka tahu hanya naik main saja.


Musim raya ni, kita pula sibuk layan tetamu, nak urus hal rumahtangga lagi kadang sampai terlupa nak ingatkan mereka terutamanya anak ramai seperti Kak Fieza.


Sebab tu Kak Fieza sarankan sangat untuk beri anak-anak kita minum air jenis elektrolit seperti Performance Drink Lemon Lime ni.


Walaupun tak cukup 2L minum air, at least dengan bantuan 6 jenis elektrolit yang terkandung dalam PD ni membantu menjaga keseimbangan cecair dalam badan dan elak badan kita kering dengan cepat.


Seronok bila HARI RAYA DENGAN SHAKLEE, Aidilfitri anda lebih bermakna, dipermudahkan dan sempurna

 

Jom Kak Fieza share lagi momen-momen indah Kak Fieza di Aidilfitri


 Acara bersalaman dan kutip duit raya

Malam hari raya pertama kami ber OOTD di Menara Teruntum, Kuantan. Beginilah bila jadi anak bongsu, Affan ramai pulak paparazi.


 

Memandangkan Hari Raya pertama panas sangat cuaca. Jadi, kami putuskan untuk menziarahi kubur arwah atok mereka pada hari raya kedua. Atok mereka dah hampir 5 tahun meninggal dunia. Affan tak pernah tengok atok memandangkan atok meninggal semasa Affan 3 bulan dalam kandungan.

Raya ke-3 baru kami berpeluang menziarahi saudara mara. Ini adalah rumah pusaka peninggalan ayah kepada atok mereka. Rumah ini sangat lajen. Ia dibina tinggi untuk mengelakkan ditenggelami air bila banjir. Kedudukan rumah ini yang berhampiran dengan Sungai Pahang di Pekan kebarangkalian banjir amat tinggi bila musim tengkujuh. Rumah ini didiami oleh Mak Ngah adik beradik belah arwah atok mereka.


 


Mak Dara di tepi jendela. Klasik sangat senibina rumah ini.

Anak tangganya juga unik. Jarang rumah moden sekarang ada anak tangga dan pangkin begitu.

 

 

Selepas beraya di Pekan, Pahang kami terus menuju ke kampung Kak Fieza pula di Muar. Dalam perjalanan melalui Kuantan Muazam Muar, kami singgah Segamat berkunjung ke rumah keluarga belah mak mertua pula. Photo ini adalah tinggalan rumah tradisional Johor. Unik kan?


Bila dah berkunjung pastinya mereka hidangkan dengan juadah yang lazat. Alhamdulillah berat Kak Fieza maintain walaupun makan tak hingat.

Apa yang Kak Fieza amalkan ialah






 

Kak Fieza doakan anda dipermudahkan, sambutan AIDILFITRI anda lebih meriah dan bermakna lebih-lebih lagi dengan Shaklee. 


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

 

 

Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.



#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)