Wednesday, April 16, 2014

PEROKOK DAN PENAWARNYA

Pagi sebelum saya pergi kerja selepas cium tangan hubby tetiba hubby cakap

Hubby : Yang semalam abang hisap rokok rasa payau la, setengah je boleh on…
 

Abang rasa kesan Oste Shaklee tu la….(dah 3 hari en suami makan Ostematrix)

Saya    : Alhamdulillah….betullah tu, .(sambil tersenyum dalam hati : Alhamdulillah berkat  doa dan SHAKLEE menjadi juga usaha nak minta en suami berhenti merokok)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah sekian lama saya menunggu saat-saat indah sekiranya en suami meninggalkan terus rokok durjana ini. Tetapi hanya yang empunya badan saja yang boleh menguasai keinginan terhadap rokok.

Cuba bayangkan kalau anda minum cecair pencuci lantai, nak ke? Kalau saya bagi RM 1 juta pun saya tak nak. Nak bunuh diri apa? Tapi kenapa kalau orang hulur rokok kita boleh ambil dan senang-senang je hidupkan lighter, berkepul-kepul asap diluahkan. Tak ada pulak orang kata bunuh diri apa? Tapi hakikatnya kesan dari rokok dan cecair pencuci lantai tu sama saja. Cuma lambat dan cepat je.

Sebatang rokok yang dihisap oleh seseorang akan habis dalam 10 hembusan atau 5 minit. Namun dalam masa sesingkat itu 4000 bahan kimia merbahaya telah meresap ke badan.

 



0-10 saat pertama

Hisapan pertama : asap rokok masuk ke mulut.meninggalkan lapisan coklat nipis di gigi. KENAPA? Gas bersifat toksik (formalin dan ammonia (gas ni yg boleh dibau sekiranya toilet kotor)) . bila gas toksik ini disedut akan membuatkan system imun aktif sehingga menjadi inflamasi.

10 saat – 5 minit seterusnya

Apabila memasuki kerongkong, asap rokok akan melambatkan cilia (alat pembersih kecil) dlm kerongkong. Tugasnya utk membersih system pernafasan dari partikel berbahaya. Nikotin yg bebas ke udara masuk secara langsung ke pembuluh darah melalui jutaan kapilari di dalam paru-paru.

Semasa nikotin masuk ke kelenjar adrenalin, tubuh akan merasakan sentakan tenaga yang memicu pengeluaran adrenalin sehingga tekanan darah dan denyutan jantung meningkat. Tu pasallah jantung mengalami kesulitan untuk mengendur di antara denyutan jantung sehingga berisiko mendapat strok.

Pada masa yg sama, karbon monoksida dari asap rokok berkumpul di dalam darah sehingga keupayaan tubuh untuk menghantar oksigen ke organ penting berkurang.

Melalui peredaran darah, nikotin memasuki otak dan direspon oleh sel saraf tertentu dengan cara pelepasan. Secara pantas neurotransmitter dopamin akan menghantar deria rasa ‘ENAK’. Sbb tu lah perokok boleh ketagihan.

Selepas 5 minit

Lepas level dopamine kembali normal, tubuh rasa ingin lagi tanpa disedari. Bila kita sering memuaskan keinginan tersebut, otak akan terbiasa dan mulai muncul rasa ketagihan. Akibatnya sukarlah seseorang itu hendak berhenti merokok.

Walaupun anda selesai menghisap rokok, di dalam tubuh masih terdapat kandungan racun untuk 6-8 jam seterusnya.

Kredit kepada EncikBilly.

 Dalam usaha nak membantu en suami berhenti terus dari merokok

langkah pertama : saya cuba dulu dengan Ostematrix. kiranya en suami jadi bahan uji kaji la ni. jadi ke tak jadi.



Alhamdulillah, selepas 3 hari makan 4 biji ostematrix setiap malam sebelum tido telah menghasilkan perkembangan positif terhadap rokok. Rokok nampaknya jatuh tersungkur dek oste. tu baru oste ( saja je nak uji keberkesanan SHAKLEE ni). try satu-satu produk dulu.



Sila rujuk post di sini untuk maklumat lanjut tentang ostematrix.

Selepas ini nak cuba Vivix pula. Mengikut testimoni-testimoni yang ada vivix lebih memberikan kesan super power kepada perokok. Orang kata cantas habis lah. Tak sabar nak buat ujikaji kedua pulak buat en suami. Bukan apa untuk kesihatan together gether gak....hehehheheee...

Mengapa vivix sesuai utk para perokok?

Vivix merupakan produk hot Shaklee untuk memelihara kesihatan secara total dan sangat bagus untuk memperbaiki kerosakan sel dan DNA serta dapat membantu mempercepat penyembuhan penyakit diabetes dan sangat bagus untuk nutrisi para perokok untuk memperbaiki organ-organ tubuh yang rosak akibat rokok.

Ikuti kisah Wondeful Live With Vivix di sini

kredit kepada aprilia. sumber klik sini

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Wednesday, April 9, 2014

SOTO RESEPI BONDA

Minggu lepas terasa nak ubah seleralah. Asyik makan nasi....jeeee.Tanya my husband “ boleh tak kalau saya buat soto je hari ini?”.

Setelah mendapat green light apa lagi saya pun memulakan langkah ke dapur. Dalam air kena catu ini saya kenalah masak lebih awal sebab catuan akan bermula pukul 2 petang. Jadi saya perlu memulakan operasi membuat soto seawal 7 pagi.

Dalam kepala sedang mengingatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan SOTO. Teringat kembali masa dulu-dulu selalu juga saya membuat SOTO bersama-sama mak di kampung. Dah lama rasanya tak ber'soto' bersama mak. rindunya...

Bahan-bahan asas yang perlu disediakan untuk membuat soto, sudah tentunya ayam dan nasi impit. Untuk keluarga saya seramai 6 orang yang pandai makan dalam pinggan cukuplah sediakan ½ ekor ayam saja.

Untuk keluarga yang agak besar elok seekor ayam baru puas hati. boleh repeat makan. Orang jawa kata 'Mentong'.

Bahan-bahan sup soto:

Set Asas

Nasi impit ( telah direbus hari sebelumnya supaya sempat untuk disejukkan )
½ ekor ayam (dipotong 2 saja untuk mendapat manis ayam tu)
3 ulas bawang besar (ditumbuk atau dihiris halus)
5 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris halus)
2 inci halia (ditumbuk atau dihiris kasar)

Set rempah ratus

Sedikit lada hitam hancur.
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Sup bunjut

Set hiasan

Bihun digoreng
Tauhu kering digoreng
Daun sup dan daun bawang dipotong halus
Bawang goreng (goreng sendiri)
Taugeh
Sambal kicap
kacang tanah digoreng
Tauhu digoreng dipotong dadu

 



nasi impit yang belum dipotong
bihun dan tauhu kering yang belum digoreng

Cara-caranya menyediakan sup SOTO:


Rebuskan ketulan ayam yang telah dibersihkan tadi dengan air yang banyak.
Mulai masakan dengan Bismillahirahmanirahim.

Inilah rupanya ayam yang direbus dengan air banyak.
Macam nak buat stok ayam lah. 

Kemudian masukkan bawang, bawang putih dan halia yang telah dicincang tadi ( saya hiris saja sebab malas nak keluarkan lesung batu) ke dalam air rebusan ayam tadi. Biarkan merenih seketika. Kemudian campakkan set rempah ratus pula. Kemudian letak garam secukup rasa. Mak saya pula ajar sekiranya nak berikan masakan kita lebih istimewa bubuh gula barang secubit untuk menambahkan lagi kelazatannya. Tak caya cuba buat. Kita redah je. Sikit je tau!Setelah daging ayam kelihatan empuk, keluarkan dari periuk rebusan dan toskan. Bila dah agak sejuk hiris-hiriskannya menjadi carikan daging ayam. Jangan pulak racik bila ayam masih berasap pula ye. Nanti berasap tangan tu.
Ayam yang sedang diracik
Ayam yang dah siap diracik. Inilah rupanya.

Sementara itu stok ayam di atas dapur tu dibiarkan merenih dengan mengecilkan apinya. 
Selepas meracik-racik ayam tentu ada tulang-tulang dan baki ayam kan? Nak buang ke? Eh! jangan...
Baki ayam dan tulang dari racikkan tadi dimasukkan semula ke dalam air rebusan stok tadi untuk menambahkan lagi rasa manis dan kelazatan stok ayam tersebut.

Cara menyediakan sambal kicap:
Bahan sambal kicap

Cili Api segenggam

Gula 
Kicap pekat
Sebiji Limau kasturi
Cuka


cili segenggam
cara-caranya:



Masukkan cili dan gula ke dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat.

Setelah itu keluarkan bahan-bahan dari lesung masukkan ke dalam bekas kecil. 

Kemudian tambahkan kicap dan perahkan sebijik limau kasturi. kalau ikut resepi mak saya, mak suka tambah cuka. Tapi disebabkan saya kehabisan stok cuka, cukuplah sekadar limau kasturi dah menjadikan sambal kicap anda ummmpppp...menjilat jari.

tambah kicap lemak

How to serving SOTO?

Masukkan bahan-bahan yang ditunjukkan di bawah ini ke dalam satu mangkuk atau pinggan.
1. Nasi impit yang telah dipotong dadu

2. Ayam di racik

3. Tauhu perlu dipotong dadu
( terlupa ambik gambar potong dadu)

4. Tauhu kering yang telah digoreng

5. Bihun yang telah digoreng


6. Kacang tanah yang telah digoreng

apa lagi yer?...jangan lupa

7. Taugeh, daun sup dan bawang serta bawang goreng

untuk hiasan dan kesihatan

last sekali tuangkan sup SOTO tadi ke atasnya. Tambahkan sambal kicap untuk menambah selera.

TADAAAA!!!!!

JEMPUT MAKAN

SOTO RESEPI BONDA siap untuk di makan.


Sekiranya anda suka resepi ini sila SHARE dan LIKE.
Terima kasih kerana sudi membaca.