Assalamualaikum wbt.
Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Dah lama kot saya tak coretkan di blog ni ye. Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya pelajari semasa mengikuti Seminar Power Parenting pada 30 Julai 2016 yang lalu di Dewan Utusan Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur.
Sejak dah bergelar ibu kepada 5 anak yang meningkat dewasa ini, saya sememangnya dahagakan ilmu keibu-bapaan. Dalam membesarkan anak-anak dalam dunia teknologi sekarang ni sangat-sangat mencabar.
Atas kesedaran itulah saya dan suami cuba mengorek ilmu dari 5 ikon parenting yang tersohor iaitu Ustazah Isfadiah, Prof. Dr Muhaya, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, saudara Fadzli Yusof dan Dr Tengku Asmadi selaku penganjur program PARENTING POWER ini.
Yang beruntungnya, pihak penganjur mengemukakan 5 ikon hebat dan tersohor dan bukan calang-calang orang.
Ikuti perkongsian dari mereka yang dapat kami ambil. Saya cakap kami kerana nota-nota ini adalah hasil perkongsian parents yang hadir.
Selfie dulu sebelum program bermula
IKON 1 : Dato Muhammad Fadzilah Kamsah
#Anjakan Paradigma Parenting
Don't ever claim "I am ok/aku dah ok" sebab manusia mula jadi jahat bila dia rasa dia baik.
Untuk sebarang perubahan: kene banyak bersyukur sebab sangat ramai orang tak bersyukur.
Tanda-tanda orang yang bersyukur:
1) Patuh perintah Allah
2) Lakukan setiap perkara dengan terbaik (always do the best in everything you do)
3) Bantu orang tanpa syarat
4) Doakan orang lain (orang yang doakan orang lain tanpa orang itu ketahui, malaikat akan aminkan doanya dan doakan perkara yang sama untuk dirinya)
- Asas utama: buat baik kepada kedua ibu bapamu supaya anak-anak mu berbuat baik kepada mu.
- Do good things no matter what.
- Rutin harian parents sebagai "inspirer": memberi inspirasi & contoh yg baik kepada anak-anak (rangsang anak-anak & bagi penjelasan).
- Before do anything, DOA. (Apa yang mak ayah cakap itu DOA. Apa yang mak ayah fikir itu DOA. Maka, cakap & fikir yang baik-baik sahaja).
- Nak ubah orang lain, ubah diri sendiri dulu.
- 40 hari tak masuk dalam majlis ilmu, hati jadi gelap (majlis ilmu nowadays dah luas & senang didapati. Contoh tengok majlis ilmu di tv @ internet).
- Manusia ditegur oleh Allah melalui manusia lain. Jadi, jangan marah/kecil hati bila ditegur. Jangan kecil hati walaupun cara menegur itu kurang hikmah.
- Kenal diri (siapa kenal diri, dia kenal Tuhannya).
- Mak ayah jangan marah-marah waktu pagi. Boleh menjejaskan emosi anak sepanjang hari.
- Kenapa mak bapak baik-baik, tapi anak jahat/tak dengar kata? Persoalannya, berkatkah duit/rezeki yang kita dapat (zakat tak dikeluarkan dengan sempurna. Zakat pendapatan tak setel. Ramai orang terlepas pandang zakat emas dan perak)
Zaman dahulu mak ayah tak pandai baca, tapi anak-anak boleh berjaya, kenapa?
Persoalannya,Kenapa mak bapak zaman dahulu tak hebat mana dari segi pendidikan dan lain-lain tapi dapat anak yang baik-baik/pandai etc?
Persoalannya,Kenapa mak bapak zaman dahulu tak hebat mana dari segi pendidikan dan lain-lain tapi dapat anak yang baik-baik/pandai etc?
Ini bergantung kepada amalan mak bapak itu sendiri (sentiasa doakan yang baik-baik kepada anak-anak & selalu mengaji quran) : sebab doa mak bapak mustajab.
Menurut kajian, anak yang nakal semasa kecil akan jadi orang dewasa yang bijaksana.
Allah temukan yang terbaik untuk kita. Apa yang Allah bagi tak pernah silap (cth: jodoh).
Kenal diri
1) Kelebihan (gilap dan guna kelebihan yang ada pada diri kita untuk berjaya)
2) Kelemahan diri (atasi kelemahan diri untuk tujuan memperbaiki diri).
Jangan risau anak tak dengar cakap kita, risaulah yang anak tengok diri kita (sebab anak akan tiru apa yg dia nampak).
Video Dr Fadzilah Kamsah
Suami saya suka buat FB live video, sempat jugak kami merakamkan sedikit slot video bersama Dr Fadzilah Kamsah.
Jemput tonton ye, video ilmu nih.
Gaya seorang bapa anjakan paradigma
Video Dr Fadzilah Kamsah
Suami saya suka buat FB live video, sempat jugak kami merakamkan sedikit slot video bersama Dr Fadzilah Kamsah.
Jemput tonton ye, video ilmu nih.
Rutin mak ayah yang cemerlang
1) Solat wajib 5 waktu diawal waktu, solat-solat sunat tak tinggal terutama witir (setiap malam, bukan pada bulan ramadhan sahaja), solat sunat taubat sebelum tido (jangan tido sebelum solat taubat).
2) Istighfar 70x setiap hari
3) Suami isteri memaafkan sebelum tido
4) Murnikan hati dengan sentiasa zikir, istighfar & solat taubat (semua ni membuka pintu rezeki)
5) Maafkan semua org sebelum tido
6) Tidur mengiring ke kanan, baca doa & 3 Qul (kalau kita buat ni sebelum tido, setiap saat kita tido dapat pahala)
"GAMBARAN YANG JELAS ITU ADALAH DOA YANG PALING MAKBUL"
Maksudnya, sekiranya anda nak berdoa, mintak dengan jelas dan gambarkan permintaan anda.
Contoh: Nak kereta ferrari, bayangkan kereta tu dah ada depan mata, warna merah menyala, no flat F111.
Maksudnya, sekiranya anda nak berdoa, mintak dengan jelas dan gambarkan permintaan anda.
Contoh: Nak kereta ferrari, bayangkan kereta tu dah ada depan mata, warna merah menyala, no flat F111.
Cara belajar yang betul
1) duduk di kerusi/meja study
2) mengadap kiblat
3) Baca doa & surah Al Insyirah
4) Sebelum belajar, doakan guru-guru
Setiap arahan pada anak, perlu ada gambaran
1) Contoh arahan yg SALAH : Makan elok-elok (tiada gambaran disini macam mana cara nak makan elok-elok dan otak anak tak boleh proses arahan tu sebab dia pun tak tau macam mana nak makan elok-elok)
2) Contoh arahan yang BETUL: Irsyad, Amna.. Nak makan duduk, pastu baca doa makan & makan pakai tangan kanan ye.. (Dari sini anak dapat gambarkan macam mana cara nak terima arahan sebab gambaran yang diberikan oleh mak ayah nya jelas).
Cara didik anak lelaki dan perempuan berbeza
Cara didik anak lelaki: guna logik dan terangkan kenapa boleh kenapa tak boleh
Cara didik anak perempuan: guna emosi ( kasih sayang & pujian. Puji untuk tingkatkan aura positif anak.
- Bentuk matlamat yang JELAS dan bentuk MISI dalam keluarga (contoh: ayah nak anak ayah jaga solat diawal waktu dan baca quran lepas solat.
- Anak-anak kita SEMUANYA hebat tetapi berbeza-beza.
- Waktu maghrib, jangan benarkan anak keluar rumah melepasi waktu Maghrib (pesan Nabi untuk kita berada didalam rumah diwaktu Maghrib).
- Baca quran (rumah yang dibaca kan al Quran didalamnya Allah bagi rahmat).
- Dalam rumahtangga kita, HARAMKAN perkataan Negatif.
- Ibu bapa berubah dulu sebelum nak ubah anak-anak.
- Sentiasa ingatkan anak-anak tentang ibadah.
Sebelum masuk rumah:
- Baca Bismillah+ Surah Al Ikhlas+ salam = orang-orang dalam rumah & jiran =kaya (Hadis Sahih).
Cara nak cari hidayah & rahmat Allah: terima tetamu dengan ikhlas kerana tetamu membawa masuk 1000 hidayah & membawa balik 1000 maghfirah.
Jam 9-11 PM Simpan Handphone dalam almari
Jam 9-11 PM Simpan Handphone dalam almari
Parents please: No gadget at home. Gadget adalah untuk merapatkan yang jauh. Jangan kerana gadget ia menjauhkan yang dekat. Pukul 9-11pm no gadget. Simpan dalam almari.
Waktu yang paling jitu untuk nasihatkan anak-anak:
1) Sebelum tidur
2) Nasihat semasa tidur: luarbiasa hebat
3) 30 saat baru bangun tidur
4) Selepas mandi (gelombang Alfa dikeluarkan oleh tubuh anak memberikan ketenangan kepada anak)
5) Selepas solat
6) Selepas mengaji quran
7) Selepas didoakan anak dengan (Al Fatihah, Ayat Kursi, Al Insyirah, Ayat 1-5 Surat Toha, surah Al Hasyr (lau anzalna hazal quran..)
Jangan lupa bangun pagi doa "Allahumma inni asaluka ilman nafia wa rizqan toyyiba wa amalan mutaqobbala"
Selalu baca doa elak malas dan sifat negative
Sentiasa baca Bismillah 5 kali untuk perlindungan diri.
Selfie sikit dengan Dato' Dr Fazdilah Kamsah
---------------------------------------
IKON 2 : Prof. Dato Dr Muhaya
Kita akan dapat apa yang kita niatkan.
Sebelum buat apa-apa, perlu ada niat yang jelas.
Sentiasa buat refleksi diri:
1) Fizikal
2) Mental
3) Spiritual
- Fokus untuk didik hati
- Jiwa kita yang tenang, anak-anak kita tenang.
- Anak adalah anugerah Allah yang diberi melalui kita.
Amanah ibubapa untuk didik anak-anak menjadi:
1) Hamba Allah yang taat kepada Allah.
2) Khalifah (bagi kebaikan kepada manusia).
3) Buat apa-apa ikut syariat.
Fokus dalam keluarga hanyalah:
1) Syurga
2) Neraka
3) Dosa
4) Pahala
Tips 5-US
1) Niat mesti lurus
2) Ibadat mesti bagus
3) Hati mesti tulus
4) Usaha mesti telus
5) Taubat mesti terus
- Hanya orang yang cinta dunia akan stress. Orang kaya ialah orang yang rasa cukup (qanaah).
- Sentiasa zikrullah dalam hati (daripada duduk saja-saja tu).
- Perkataan dan perbuatan mempengaruhi tenaga kita (perkataan dan perbuatan baik=tenaga kuat, perbuatan dan perkataan negatif=tenaga lemah)
- Fokus on developing yourself (berjaya atau tidak bergantung kepada berapa banyak kita nak berubah)
- Formula: Peristiwa+Respon=Hasil Kehidupan (depend kepada how we respon kepada peristiwa yang berlaku).
Untuk berubah, sebut 4 perkara:
1) Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur
2) Apakah 1 fikiran negatif yang halang saya jadi baik?
3) Apakah tabiat negatif yang cegah saya jadi baik? Try to fight tabiat buruk
4) Apakah tindakan yang kita boleh buat untuk ubah tabiat negatif tersebut?
Kalau anak tak dengar cakap kita, tanya diri kita. Kita dengar tak cakap anak-anak kita?
Kita degil dengan Allah, anak-anak confirm degil dengan kita.
3 peringkat didikan anak-anak:
1) 0-7 tahun: Give love. Bagi kasih sayang
2) 8-14 tahun: Disiplin
3) 15-21 tahun: Be friend
Hargai anak kita
Jika perkara negatif berlaku, taubat dulu. Mintak ampun dari Allah
Ubah diri sendiri dulu. Untuk ubah apa yang kita dapat, ubah apa yang kita beri. Pernah bagi negatif, akan dpt negatif. Bagi yang baik, dapat yang baik-baik.
KUALITI SOLAT menentukan KUALITI KEHIDUPAN
Dalam seminar Dr Muhaya ini saya dan beberapa peserta lain dijemput untuk naik ke pentas untuk jadi bahan ujikaji CAS POSITIF DAN NEGATIF.
Alhamdulillah, seronoknya saya bila dapat dekat dengan wanita idola saya.
Kami diminta mengangkat tangan seperti dalam gambar. Selepas itu Dr Muhaya akan meminta kami menyebut perkataan-perkataan positif pada mulanya contoh, baik ..baik...baik..baik...berulang-ulang kali. Kemudian Dr akan menekan tangan kami. Amazingnya. tangan kami seperti mendapat satu energy luar biasa dengan menyebut perkataan positif tersebut.
Sebaliknya, bila kami menyebut perkataan negatif contoh, benci...benci...benci berulang kali, bila Dr Muhaya menekan tangan kami hanya dengan 2 jarinya saja. Tangan kami automatik yang kuat tadi jadi lemah.
Menakjubkan kan, dengan apa yang anda fikir akan mengubah persepsi seluruh anggota badan anda. Subhanallah ciptaan Allah.
Makanya, biasa-biasakan diri anda dengan fikir yang baik-baik. kata yang baik-baik. Buat yang baik-baik...maka hasilnya yang baik-baik.
Tak sangka dapat berdampingan dengan idola saya
Tinggi sikit je Dr Prof Muhaya dengan saya. Sedang jadi bahan ujikaji untuk menguji minda positif dan negatif
Tinggi sikit je Dr Prof Muhaya dengan saya. Sedang jadi bahan ujikaji untuk menguji minda positif dan negatif
Video Prof Dr Muhaya
Jemput klik video untuk perkongsian dari Prof Dr Muhaya.
Jemput klik video untuk perkongsian dari Prof Dr Muhaya.
IKON 3 : Dr Tengku Asmadi
#Parenting Skill
contoh : bila ada sebarisan haiwan monyet, gajah, ikan, anjing laut, penguin disuruh memanjat pokok. Dah tentu monyet tersengih lebar sbb memang kemahiran dia memanjat. sedangkan haiwan lain tercengang je la dengan rasa kecewa.
Oleh itu kita perlu tengok kebolehan anak yang berbeza dengan pendekatan yang berbeza.
ASAS POWER PARENTING
agama
sahsiah
akademik
skil
AGAMA
Nak anak cemerlang
1. jaga waktu solat. solat awal waktu.
2. rajin baca al-quran.
-apabila anak rajin baca quran, anak jadi pintar.
-bila asas agama kukuh Insya Allah, rezeki murah.
Orang sekarang meminang tak tanya kerja apa. Mereka tanya boleh jd imam tak?
SAHSIAH
Sikap anak datang dari rumah
40% ibu bapa
60% guru, rakan, media
Jangan tonjolkan kelemahan kita depan anak.
contoh: jgn kata negatif pun depan anak. seperti merungut bila kita tak boleh buat sesuatu.
Hati-hati apa kita buat. anak ikut.
Hati-hati apa kita cakap. anak ikut.
Bila anak duduk sebelah kita. Dia tangkap/rekod apa yg dia nampak.
cth; bapa biasa suka cakap b*** bila sedang marah. terutamanya semasa memandu kereta bila ada kereta lain memotong. anak yang di sebelah tengok dan rekod. Itu yg dicakap nanti.
AKADEMIK
Hanya ada Akhlak baik, jujur, amanah tanpa ada ijazah boleh dapat kerja ke?
Boleh dengan berniaga.
Terima hakikat tak semua anak akademik ok.
Walaupun dia tak straight A di dunia, Insya Allah straight A di akhirat.
Jangan terlalu memaksa anak dapat A. sekadar kemampuan mereka.
SKILL
Orang ada skill boleh hidup.
Develop skill mereka supaya mereka boleh cari rezeki.
cth tukang urut, goreng pisang, melukis, photographer.
Besarkan anak ikut zaman.
Otak yg cerdik dlm usia 7 tahun pertama. waktu ni beri pelbagai pendedahan.
Perasaan ingin tahu anak-anak sangat kuat.
Sekiranya dimarah bila mereka bertanya akan membantutkan perasaan ingin tahu mereka.
Statistik PDRM buat kajian anak yg lari dari rumah umur 15-19 thn.
sebab tu usia 8-14 kena tegas. usia 15-19 jadikan mereka kawan. tegur cara baik.
BEBELAN POSITIF
berfikir dalam bentuk gambaran.
gambar bentuk tingkah laku.
Otak kita akan hasilkan apa yg kita gambarkan.
Perkataan 'JANGAN' tak tergambar dalam otak.
Otak tak boleh gambarkan perkataan 'JANGAN'
Otak percaya sekiranya dilakukan berulang2.
4 PERKARA PERLU PROGRAM OTAK
1. Cadangkan
2. Unik
3. Berulang2.
4. Emotionally strong.
cth. bayangkan sebakul durian.
cuba 'jangan' bayangkan sebakul durian
tentu nak bayang jugakkan sebakul durian tu.
iklan di tv contohnya memang gunakan 4 perkara di atas.
contoh.
1. Aimankan anak mak yg pandai. betul ke pandai?? (not important)
2. Unik kan.
3. Ulang cakap
4. Emosi - Aimankan anak mak yg baik ( walau dlm keadaan marah)
Beza bebelan +ve dan -ve
Bebelan -ve (IBU A)
1. Abang kenapa bersepah baju.
2. Abang dah pukul berapa ni masih lepak lagi.
Bebelan +ve (IBU B)
1. Abang baju masukkan dalam bakul, please.
2. Abang masuk mandi, lepas ni nak solat.
Generasi Dulu Vs Sekarang
Generasi sekarang
Dapat habuan dulu contoh ipad tp makesure solat, homework siap.
Generasi dulu
buat dulu sampai siap baru dapat habuan.
-----------------------------------------------------------------
IKON 4 : Hj Fadzli Yusof
APLIKASI NLP (Neuro-linguistic programming)
APLIKASI NLP (Neuro-linguistic programming)
www.nlpmalaysia.net
Anak satu pelaburan.
melabur skim cepat kaya. mula2 je happy lepas tu...down.
begitu juga dengan anak.
Al Quran dan Anak-anak
surah al-luqman
tanggungjwb parent kepada anak2.
ajarlah anak ketika umur 7 tahun. sekira tidak solat juga sehingga usia 10 tahun rotankannya.
tanggungjawab parent ajar selama 3 tahun 5 kali sehari solat. setahun 800x utk solat. 10800x selama 3 tahun suruh anak solat.
bersabar didik anak. bersabar didik anak.
15 denda tanpa memukul anak. Tuan Hj Fadzli tidak cukup masa untuk share 15 denda tanpa pukul anak tu, makanya saya perlu search sendiri atau anda juga boleh ke fb page Tuan Hj Fadzli.
www.facebook.com/fadzliyusofpage
5 emosi utama seorang anak
1. INGIN DITERIMA
anak-anak ingin diterima oleh 2 orang yg paling penting dalam hidup dirinya ibu dan bapa.
#malangnya sekrg anak diterima oleh kawan2.
tunjukkan bahawa kita kena terima anak kita. buat setiap hari.
aksi yg kita tak diterima
1. marah
2. tak tengok dia cakap
3. bandingkan
4. bapak tak tegur anak sebulan kerana dpt 8A1B
#hypnotic moment
gelombang otak mudah diproses.
- waktu pagi tengah mamai
- waktu nak tidur tengah mamai.
- emosi intent. sangat happy. sgt sedih.
becareful semasa cakap anak dalam keadaan hypnotic.
contoh. time tu kita cakap kenapa degil sangat ni.
kalau kita tanya pertanyaan di saat hypnotic sangat bahaya.
contoh. beli banyak coklat. faizal jangan makan lagi. lepas lunch baru makan.
lepas tu faizal curi makan.
kenapa suka kacau adik. sbb hari2 kacau adik.
dah kantoi mughalazoh.
skrip yg betul
+faizal bdk yg baik. faizal buat mcm ni sbb faizal lapar ye. minta maaf dgn mak.
2. INGIN DICINTAI.
"Kalau nak mak sayang dapatkan 5A.
"kalau nak coki coki sayang mak dulu.
Biasakan dengar ayat macam ni? Atau anda selalu buat?
Jangan perjudikan kasih sayang. Jangan sesekali beri kasih sayang dengan condition.
ramai rockers berhijrah adalah dr latar belakang keluarga yg saling menyayangi.
u must keep loving your kids uncondiotionally.
sesungguhnya Allah sungguh gembira kepada hambaNya yang bertaubat.
Allah sayang kita lebih dari kita sayang anak.
3. INGIN DIIKTIRAF
4. BERASA PENTING
say hi waktu bangun pagi
Situasi 'Phubbing'
Situasi 'Phubbing'
- bercakap dgn orang yang kita sayang dalam keadaan phone dihadapan.
- bercakap dengan orang yang sayang sambil pegang phone.
- bercakap dengan orang yang sayang sambil memandang phone.
Pada mulanya saya tak faham sangat apa maksud Phubbing ni. Apa la yang Hj Fadzli merepek ni...hehehhehe..
Alhamdulillah, ada seorang peserta dalam group Whatsapp ada share maksud Phubbing.
--------------------------------------------------------------------------------
forget phubbing
Alhamdulillah, ada seorang peserta dalam group Whatsapp ada share maksud Phubbing.
--------------------------------------------------------------------------------
forget phubbing
-act of looking at phone instead of paying attention to the person in front of you
*Phubbing*
Definition - What does Phubbing mean?
Phubbing is a term created by the combination of the words *phone* and *snubbing*. It refers to a person interactiing with their phone (or other device) rather than interacting with a human being. The use of this, and other terms around mobile device use, showcases a growing issue with different kinds of technology, including the delicate balance of sharing time and attention when facing two very different interactions at the same time.
"Phubbing syndrom" - talking to someone with phone near u.
- bad: phone di depan while talking to someone
- worse: phone di tgn while talking to someone
- worst case: holding phone, talking to someone, but eyes are looking at the phone
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
limitkan masa kalau biz online.
group wassap tak urgent. anak adalah sosial urgent.
bila dengan anak avoid phone.
malam tak perlu update fb. schedule kan time update.
kalau nak buat malam mintak kebenaran anak.
5. BERASA BERDIKARI
Anak nak jadi macam dewasa.
Tugas parents. anak seperti deposit akaun. Akaun pelaburan perlu deposit setiap hari. ia satu portfolio pelaburan.
SENI MEMUJI ANAK
memuji dgn intensiti emosi yg tinggi.
sentiasa puji anak at least sehari sekali.
5 komponen pujian
1. sebutkan kebaikan yg dia lakukan. sama ada ia adalah USAHA ataupun HASIL.
kalau anak remaja.
kalau sebut nama agak kliase
cth anak 17 thn melukis dengan cantik.
puji cantiknya nurul melukis
pujian impaks wow! cantiklah lukisan ni.nurul ni memang pandai melukislah. Tasik tu macam basah. Pokok macam hidup. (kan kembang hati anak kita bila dipuji hasil mereka)
2. Perincikan USAHA atau HASIL itu kpd 3 perincian.
3. Nyatakan perasaan anda terhadap apa yg berlakukan.
mak bangga, I am proud with you.
4. Puji diri anak dgn label yg baik.
kreatif. bijak.
5. Masukkan aksesori pujian
awesome, terbaik, good job
-------------------------------------------------
IKON 5 : Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki
#PENGASUHAN GAYA NABI
#PENGASUHAN GAYA NABI
Nak jadi parent kena ada usaha utk jaga kesihatan diri.
berusaha utk menjadi ibu yg baik.
kalau nak belajar dgn baik kena ajar diri sendiri.
Ustazah Isfadiah rapat dgn ayahnya. Walaupun ayahnya denda ia suatu ketika kecil dahulu namun Ustazah amat menyangjung tinggi ayahnya.
Ustazah mengkaji santun cara nabi mendidik anak-anak.
Surah Ali Imran surah tema keluarga. watak imran tiada dlm surah tu. tapi watak isteri imran diceritakan.
Surah Luqman surah didikan anak2.
nabi yg cerita nya pasal anak2 sahaja iaitu nabi yaakub.
Allah tinggalkan banyak model yg boleh dicontohi.
parent adalah satu jawatan tak boleh letak jawatan. jawatan seumur hidup.
Allah tak hantar hanya AlQuran. tapi hantar nabi utk demontrasi.
cara nabi adalah yg terbaik.
"Org yg paling baik antara kamu adalah org yg paling baik dgn ahli keluarganya.dan aku adalah terbaik dalam melayan ahli keluargaku."
Rasulullah adalah role model.
set minda anak.
skill bakat anak.
setiap hari 15 minit JOM AMAL refer buku 365 didik anak cara nabi.
buat bersama anak2.
#kupasan video
#video 1-kanak2 sekolah jepun.
disiplin dan peraturan.
sediakan peraturan dlm rumah dan syura dgn suami/isteri.
#video 2 - 911 nanny
pengawasan/kepekaan
contoh teladan
fokus
#video 3 - kanak2 hisap rokok 40 btg setiap hari sejak 18 bulan
galakkan
#video 4 - calo
u are here not to survive, u are here to fight
---------------------------------------------------------------------------------
Sebelum Pulang kami juga sempat memorikan kenangan sehari bersama. Jemput tatap photo-photo kami.
Snap sikit photo bersama ustazah Isfadiah dan suaminya, kak Rohana dan suami saya
---------------------------------------------------------------------------------
Sebelum Pulang kami juga sempat memorikan kenangan sehari bersama. Jemput tatap photo-photo kami.
Gambar kenangan beramai-ramai
Photo ini lebih jelas
Photo bersama idola motivasi tersohor Dr Tengku Asmadi selaku penganjur program Power Parenting
Sebahagian saguhati yang kami terima. Puashati dengan ilmu yang diberi.
Dalam masa yang sama saya juga dipertemukan dengan jiran dan rakan lama saya secara kebetulan di sini
Jiran setaman kak Rohana dan adik iparnya
Bekas course-mate di USM, Nor Zaliana. Masing ada cabaran mendidik anak-anak.
------------------------------------------
Sebenarnya masa yang diperuntukkan sehari bersama 5 ikon ini dirasakan begitu sekejap. Tips dan ilmu yang diberi ada banyak lagi yang belum dikorek. Inysa Allah saya tidak jemu memburu ilmu.
Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada anda yang bergelar ibu-bapa yang berilmu. Saya doakan anda menjadi ibu bapa cemerlang untuk anak-anak yang cemerlang dunia akhirat.
Apa yang kurang harap dimaafi. Nota yang diberi adalah hasil dari catatan saya sebahagiannya dan juga catatan peserta lain yang turut menyumbangkan nota dalam group Whatsapp. Mereka sangat bermurah hati untuk kongsikan ilmu yang mereka dapat hari itu. Semoga mereka mendapat saham kubur kelak.
Saya mohon anda sudi tekan button 'SHARE' dan 'LIKE' supaya ramai orang dapat manfaatnya bersama. Didoakan anda juga dapat saham kubur kelak.
#powerparentingdta
#ibubapacemerlang
Ibu 5 anak,
Hafizah
Sebenarnya masa yang diperuntukkan sehari bersama 5 ikon ini dirasakan begitu sekejap. Tips dan ilmu yang diberi ada banyak lagi yang belum dikorek. Inysa Allah saya tidak jemu memburu ilmu.
Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada anda yang bergelar ibu-bapa yang berilmu. Saya doakan anda menjadi ibu bapa cemerlang untuk anak-anak yang cemerlang dunia akhirat.
Apa yang kurang harap dimaafi. Nota yang diberi adalah hasil dari catatan saya sebahagiannya dan juga catatan peserta lain yang turut menyumbangkan nota dalam group Whatsapp. Mereka sangat bermurah hati untuk kongsikan ilmu yang mereka dapat hari itu. Semoga mereka mendapat saham kubur kelak.
Saya mohon anda sudi tekan button 'SHARE' dan 'LIKE' supaya ramai orang dapat manfaatnya bersama. Didoakan anda juga dapat saham kubur kelak.
#powerparentingdta
#ibubapacemerlang
Ibu 5 anak,
Hafizah