Assalamualaikum wbt sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa Khabar? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.
Bila cuti sekolah tiba ramai yang ambil peluang untuk bercuti-cuti sama ada dalam negara atau luar negara.
Bercuti adalah perkara yang menyeronokkan. Sapa yang tak suka bercuti. Namun persiapan sebelum memulakan percutian perlu disediakan dengan rapi supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Ini akan mengganggu keseronokkan percutian anda. Mari Kak Fieza kongsikan TIPS TRAVEL yang wajib sebelum anda memulakan percutian.
Apa Nak Buat Sebelum Pergi Bercuti?
Beberapa perkara perlu dititik-beratkan sebelum bercuti.
1) Buat Research Tempat Yang Anda Ingin Kunjungi
2) Rancang Itinerary Percutian Anda
3) Buat Checklist barang yang anda nak bawa
4) Tukar wang
5) Muat turun aplikasi penting
6) Semak cuaca
7) Dapatkan insurans perjalanan
8) Persediaan Mental dan Fizikal
#1 Buat Research Tempat Yang Anda Ingin Kunjungi
Perkara ini adalah langkah pertama perlu anda lakukan. Sebelum bercuti sama ada anda bercuti dalam atau luar negara anda perlu melakukan carian tempat yang anda ingin kunjungi.
Selain untuk memastikan percutian anda berjalan dengan lancar, perkara ini juga penting agar anda tahu anda berada di tempat yang selamat.
Langkah ini juga perlu dilakukan agar anda dapat mengenalpasti budaya mereka, bajet berada di sana dan peraturan-peraturan yang perlu anda ikuti sepanjang berada di sana.
#2 Rancang Itinerary Percutian Anda
Langkah yang paling penting juga anda perlu merancang Itinerary percutian anda sebagai panduan laluan (route) perjalanan anda sepanjang percutian.
Langkah ini menentukan sama ada percutian anda akan berjalan dengan lancar mahupun tidak.
IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL
Jangan hancurkan kemanisan percutian anda hanya dengan anda gagal merancang perjalanan percutian anda.
Sila kenalpasti selok-belok negara yang anda ingin kunjungi supaya anda tidak tersesat. Selain itu anda juga perlu menetapkan tempat penginapan anda. Lebih baik sekiranya telah menempah dahulu penginapan anda sebelum tiba di sana.
Begitu juga dengan kemudahan awam yang ada di sana contohnya sekiranya di tempat itu kebanyakkan perjalanan menggunakan kenderaan awam seperti keretapi anda perlu menempah tiket keretapi sebelum memulakan percutian untuk pastikan perjalanan anda lancar nanti.
Tidak dilupakan juga anda perlu senaraikan tempat-tempat yang menarik yang bakal anda kunjungi. Adakah tempat yang bakal anda kunjungi perlu ditempah dulu tiketnya. Perkara ini perlu disiapsiagakan.
#3 Buat Checklist Barang Yang Anda Nak Bawa
Persiapan awal sebelum memulakan percutian sangat digalakkan untuk mengelakkan ada barang yang tertinggal.
Terlebih dahulu, anda disarankan membuat senarai barang-barang (checklist) yang perlu di bawa travel. Tips Travel ini untuk memastikan anda membawa barang yang perlu sahaja dan tidak terbawa barang yang tak perlu. Tak adalah beg anda nanti terlebih berat. Disamping itu , langkah ini juga untuk melancarkan perjalanan percutian anda. Bila semua barang dah ready anda tidak perlu bersusah-susah untuk mencari atau membelinya di sana nanti yang tak tahu kemungkinan harganya lebih mahal.
#4 Tukar Wang
Sebelum memulakan percutian luar negara anda, pastikan wang anda sudah mencukupi. Anda tidak digalakkan bergantung kepada kaedah pembayaran tanpa tunai semata-mata. Wang tunai perlu disediakan untuk sebarang kecemasan berlaku.
Pastikan juga kad bank anda boleh melakukan transaksi untuk luar negara. Anda boleh aktifkan di bank jika anda belum melakukannya.
#5 Muat Turun Aplikasi Penting
Anda sudah pasti ada telefon pintar bukan? Anda boleh muat turun aplikasi penting yang boleh digunakan semasa percutian anda.
Sekurang-kurangnya anda ada aplikasi menunjuk lokasi contohnya Google Map supaya anda mudah untuk menuju ke satu-satu destinasi percutian anda.
Anda juga disarankan muat turun aplikasi tempahan hotel , tempahan kenderaan awam atau tempahan makanan dan sebagaikan yang relevan dengan negara percutian anda.
#6 Semak Cuaca
Jika anda ingin melancong ke negara yang miliki 4 musim, tentukan musim mana yang anda ingin pergi bercuti. Contohnya jika badan anda tidak tahan sejuk, eloklah elakkan pergi bercuti ketika musim sejuk ya. Bukan apa, risau percutian anda itu jadi tidak menyeronokkan nanti.
Cek juga suhu negara tersebut. Ia bagi memastikan anda tahu apa pakaian yang perlu dibawa dan dipakai nanti. Mungkin nampak remeh, tapi anda akan tahu kepentingannya nanti bagaimana.
#7 Dapatkan Insurans Perjalanan
Sekiranya anda ingin ke luar negara, anda perlu membeli pelan insurans perjalanan buat diri anda supaya anda boleh dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika sedang bercuti nanti.
#8 Persedian Mental dan Fizikal
Harus diingat anda nak bercuti nak happy happy. Jadi, untuk pastikan anda happy anda perlu siap siagakan diri anda dengan MENTAL dan FIZIKAL dalam keadaan baik. Sekiranya anda sakit sama ada sebelum bercuti atau semasa bercuti , sedikit sebanyak akan mengganggu keseronokkan percutian anda.
Oleh itu anda perlu pastikan kesihatan anda dalam keadaan baik dari segi kesihatan fizikal mahupun mental.
Macam Kak Fieza akan pastikan sebelum bercuti Kak Fieza amalkan Set Essential Shaklee untuk memastikan kesihatan Kak Fieza dalam keadaan tip top.
Lagipun percutian memerlukan tenaga yang tinggi. Anda akan terpaksa berjalan banyak dan mungkin tak cukup tidur untuk menggunakan sepenuhnya masa untuk percutian anda.
Perjalanan yang panjang juga agak meletihkan.Jadi, anda memerlukan suppliment tambahan untuk maintain energy anda. Kadang kala , bila anda banyak berjalan kaki senang dilanda lenguh-lenguh. Ini juga memerlukan suppliment tambahan khas untuk kesihatan sendi dan tulang seperti Ostenutrix Shaklee dan ResV-Vix Shaklee yang baik untuk kesihatan sendi dan tulang.
Perubahan cuaca di negara lain juga tak sama dengan negara sendiri. Kadangkala tubuh kita tak berupaya untuk melawan perubahan cuaca tersebut dan mudah diserang penyakit seperti batuk dan selsema. Jadi, anda disarankan ambik Extra Vitamin C dan disarankan ambil Vita-C Sustained Release Shaklee yang terbukti berkesan melawan jangkitan penyakit.
Semoga TIPS TRAVEL ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk anda memulakan percutian anda penuh keseronokan tanpa halangan.
Jemput baca percutian yang pernah Kak Fieza terokai:
👉👉 Percutian Lebih Hebat Dari Maldives
👉👉 3H2M En Badrul ke Ho Chi Min
👉👉Percutian Percuma Shaklee Trip Mewah 5 Bintang Yang Menakjubkan
Ada banyak lagi percutian Kak Fieza dan family yang tak sempat digrabkan dalam nukilan blog ini. Insya Allah Kak Fieza akan terus menulis dan menulis dalam eksplorasi fiezabard travel dan berkongsikan banyak tips travel nanti.
Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan
-----------------------------------------------------------------------------------------
HAFIZAH : 019-2118757
No comments:
Post a Comment