Pages

Sunday, June 18, 2023

9 Amalan Gaya Hidup Sihat Pilihan Kita

 


Hai, Asssalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Apa khabar? Kak Fieza doakan anda dilimpahi keberkatan dan rahmah. Terima kasih kerana sudi membaca coretan Kak Fieza.

Kali ini Kak Fieza nak story tentang amalan gaya hidup sihat pilihan kita. Kalau anda perasan, rakyat Malaysia sekarang ni dah kurang menitik beratkan gaya hidup sihat. 

Tambahan lagi, Malaysia terkenal dengan syurga makanan. Lagipun rutin harian masyarakat Malaysia memaksa kita lebih memilih gaya hidup yang tidak berapa sihat.

Bayangkan anda bekerja 9-5 , nama sahaja masuk opis jam 9 tetapi anda perlu bersiap 2 jam sebelum itu dan bersiap pulang juga 2 jam selepas itu. Orang kata pergi gelap ,balik pun gelap. Celah mana anda nak melakukan aktiviti riadah.

Tambahan lagi, timbunan tugasan-tugasan kerja harian kadang kala buatkan anda rasa stress. Belum lagi dapat tekanan dari orang atasan yang inginkan kerja diselesaikan dengan segera. Oh, memang mintak nyawa.

Perkara ini Kak Fieza alami sendiri. 

Baru-baru ini Kak Fieza ada terbaca AMALAN GAYA HIDUP SIHAT saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Amalan ini sangat baik untuk jadi panduan kepada anda dan diri Kak Fieza sendiri.

#1 Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti.

Tidur adalah suatu gaya hidup yang sangat penting. Tidur adalah cara badan untuk rehat. Bayangkan anda telah bekerja seharian tapi tak dapat rehat yang secukupnya. Lama kelamaan badan akan lemah dan tidak berfungsi dengan baik.

Cara yang paling baik untuk dapatkan tidur yang betul-betul berkualiti adalah anda disarankan tidur awal seawal jam 10 malam. Paling lewat pun jam 11 malam.

Kenapa ye kena tidur jam 10 malam?

Kak Fieza pernah dengar salah sorang ilmuan berkata, tidur awal sebelum jam 12 malam seolah-olah anda telah tidur selama 3 jam setiap 1 jam anda tidur.

Bermakna sekiranya anda mula tidur jam 10 malam dan berjaga jam 12 malam, seolah-olah anda dah dapat tidur selama 9 jam, begitulah.

Berbanding sekiranya anda tidur selepas jam 12 malam anda hanya dapat tidur tak sampai 5 jam sekiranya anda perlu berjaga jam 5 pagi. 

Sebab itu, perasan tak, beza sekiranya anda tidur awal dan tidur lewat. Anda akan rasa segar dan bertenaga bangun tidur sekiranya anda tidur awal walaupun anda perlu jaga jam 3 pagi esoknya, berbanding anda tidur lewat akan rasa badan lemah, susah nak buka mata walaupun anda bangun terlepas subuh sekalipun.

#2 Urus Tekanan Dengan Bijak

Tidak dinafikan pola kehidupan harian kita hari ini penuh dengan tekanan. Lebih-lebih lagi sewaktu PKP dahulu. Namun kesan saki baki tekanan masih dapat dirasai hingga kini.

Sesiapa sahaja tidak mengira golongan kanak-kanak,dewasa mahupun warga emas boleh mengalami tekanan/stress.

Tahap tekanan setiap individu berbeza-beza dengan individu yang lain.

Ada yang mengalami tekanan yang boleh dikawal dan kadang kala tekanan itu menjadi faktor pendorong kepada individu meningkat produktiviti.

Namun, ada juga tekanan yang tidak dapat dikawal dan keterlaluan untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani menyebabkan kesan negatif dan memjejaskan kesihatan dan menjadi asbab risiko penyakit kronik.

Oleh itu ada beberapa cara untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa tekanan/stress antaranya:

πŸ’“ Bertenang dalam menghadapi sesuatu situasi.

πŸ’“ Mengunakan teknik 'deep breath'.

πŸ’“ Bagi orang Islam boleh membaca Al-Quran dan berzikir.

πŸ’“ Beribadat

πŸ’“ Bercakap dengan seseorang yang dipercayai.

πŸ’“Berehat dan mendengar muzik.

πŸ’“ Beriadah

πŸ’“ Bersenam

πŸ’“ Sentiasa husnuzon dan berfikiran positif.

πŸ’“ Sering mendengar/membaca KATA-KATA MOTIVASI yang berikan ketenangan.


#3 Kurangkan pengambilan gula tambahan

Perasan tak ramai dikalangan individu suka makanan yang manis-manis. Kuih muih, minuman manis dan desert-desert yang dihidangkan semuanya sedap dimulutkan.

Namun yang sedap itulah membawa padah.

Gula memang manis tetapi pengambilan secara berlebihan boleh mejejaskan kesihatan anda. 

Makanan semuljadi seperti buahan, sayuran,hasil tenusu dan bijiran sebenarnya telah lengkap dengan gula semula jadi membuatkan badan mencerna karbohidrat dengan perlahan supaya sel mendapat bekalan tenaga secara stabil.

Manakala,gula tambahan (gula pasir) yang kebanyakkan terdapat dalam makanan dan minuman sebagai perasa kesedapan ianya tidak diperlukan langsung oleh tubuh malah ia boleh menyebabkan risiko penyakit kronik.


#4 Kekal Hidrat

Amalkan minum air secukupkan 8 gelas sehari sekurang-kurangnya untuk mengekalkan hidrasi badan.

Lebih-lebih lagi dalam cuaca panas luar biasa sekarang ini jangan biarkan badan anda terhidrasi.


#5 Kekal Berhubung

Kekalkan jalinan silaturahim dengan keluarga, sahabat dan saudara-mara. Ini adalah salah satu amalan gaya hidup yang dituntut oleh agama juga.


#6 Amalkan Makanan Sihat Dan Seimbang

Menurut pakar nutrisi, makanan seimbang perlu lengkap mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak,vitamin dan garam galian pada kadar yang betul.

Faktor umur, jantina dan aktiviti harian adalah penting dalam menentukan kuantiti makanan harian atau tenaga yang diperlukan oleh setiap individu.

Individu yang aktif dan banyak melakukan aktiviti akan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding individu yang kurang aktif. Remaja yang sedang membesar akan memerlukan jumlah tenaga yang lebih tinggi berbanding warga emas.


#7 Hadkan Pengambilan Alkohol

Bagi orang Islam minuman beralkohol memang dilarang keras pengambilannya kerana minuman Alkohol akan menjadikan sistem badan manusia tidak normal. Ia juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik lain.


#8 Berhenti Merokok

Dalam fatwa Mufti di beberapa buah negeri juga mengharamkan rokok. Rokok ini jatuh haram disebabkan ianya boleh mengakibatkan punca banyak penyakit kronik.


#9 Lakukan Senaman

Setiap individu disarankan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sessi.

Ini kerana dengan bersenam anda dapat

πŸ’“Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.

πŸ’“Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.

πŸ’“Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan.

πŸ’“Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.

πŸ’“Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.


Mudahan dengan panduan GAYA HIDUP SIHAT ini membantu kita semua menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi. Sayangi diri kita sendiri sebelum kita menyayangi orang lain.


Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.






 

#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

No comments:

Post a Comment