Pages

Monday, April 3, 2023

Dari Dapur Kak Fieza : Grilled Chicken Wrap Juadah Simple Berbuka dan Sahur Yang Anda Patut Cuba

 

Assalamualaikum wbt.

Hai apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan Allah permudahkan urusan anda hari ini?

Orang yang paling sibuk pada bulan Ramadhan adalah para ibu. Sapa setuju?

Ibulah yang akan pastikan anak-anak bangun bersahur termasuk suaminya.

Ibulah yang pastikan juadah bersahur telah tersedia dengan rapi sebelum anak-anak bangun.

Ibulah juga akan memikirkan juadah apa yang sesuai untuk anak-anak.

Ibu juga yang berasap kepala nak fikir berbuka nanti nak makan apa untuk anak-anak.

Unless, ibu sub kan semua tu ke bazar ramadhan atau order grab saja. Tapi ibu macam saya anak ramai seisi keluarga seramai 8 orang sudah tentu nak kira poket sekiranya tiap-tiap hari nak ke bazar. Bukan murah-murah harga juadah sekarang nih.

Walau apapun ibu perlu ada sifat kreatif untuk pelbagaikan juadah berbuka dan sahur.

Bagi wanita bekerjaya seperti saya, masa suntuk yang ada untuk menyediakan juadah sentiasa memikirkan juadah apa yang ringkas dan simple untuk disediakan. 

Antara juadah simple dan sihat boleh disediakan untuk seisi keluarga ialah Grilled Chicken Wrap. Grilled Chicken Wrap ini adalah juadah berbuka dan sahur kegemaran kami sekeluarga. Bukan saja mudah disediakan, ia juga kaya dengan khasiat zat dan mineral.

 

Resepi Grilled Chicken Wrap

Bahan-bahan:

1) Wrap Wholemeal (boleh dibeli di mana-mana kedai runcit atau pasaraya)

2) ayam yang telah digrill.

Perapkan ayam dengan sos cili, sos tiram, sos lada hitam. Bubuh sikit serbuk lada hitam. perapkan dalam 15-30 minit. Kemudian grilled kan di kuali non-stick atau kuali biasa pun boleh. Boleh juga grilled di air fryer cuma dagingnya tak berapa nak juicy nanti. Kalau tak sempat nak perap. Terus bakar je lepas dah satukan semua sos dengan ayam tu.

3) tomato dihiris, timun dihiris nipis, salad

4) sos cili, tomato, mayonis, thousand island

 
Inilah bahannya, wholemeal wrap, ayam Grilled, sayuran.
 

Cara-caramya:

Hiriskan ayam grilled jadi potongan-potongan nipis.

Panaskan wrap atas kuali. Sekejap je. 2-3 saat balikkan. 

Bubuh hirisan ayam grilled, tomato, timun dan salad yang telah dihiris tadi.

Bubuh sos cili, sos tomato, mayonis dan thousand island di atasnya.

Gulungkan seperti buat kuih ketayap.

Siap. 

 


 Beginilah rupa paras Grilled Chicken Wrap yang dah siap digulung dan dipotong

 

Grilled Chicken Wrap yang telah dipotong. Nampak tak isi dalamnya yang mengiurkan.


Semoga perkongsian resepi ini jadi panduan kepada anda terutama ibu-ibu yang kesuntukan masa nak menyediakan juadah berbuka atau sahur di bulan puasa.

Insya Allah, anak anda pasti menyukainya. Disamping dapat khasiat yang baik, ia juga lazat dimakan.

 

Sekiranya anda nak tahu panduan menu sahur simple dan sihat. Mudah disediakan, 15 minit lagi nak imsak pun sempat bersahur. Jemput klik link >> Sahur Simple Dan Sihat (Klik Sini)

Sekiranya anda suka resepi Roti Jala Lembut dan boleh dimanfaat oleh orang lain sila SHARE dan LIKE. Mudahan mereka juga dapat manfaat dan panduan dari resepi yang share ini.

 

~ Dari Dapur Kak Fieza

 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan



 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

 

No comments:

Post a Comment