Pages

Tuesday, November 17, 2015

DA'I CILIK FARIS MENGGEGARKAN HARI KONVOKESYEN DAN KONSERT TADIKA SERI PAGI LESTARI

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi sekalian? Saya doakan anda sihat dan ceria di samping keluarga tercinta.

Dah bulan berapa sekarang ni? Bulan November lah..
Bila dah hujung-hujung sessi persekolahan tiba la masanya event penyampaian hadiah, hari anugerah sekolah dan hari ambil report card. Masa ni lah nak tengok pencapaian anak-anak yang bersekolah.

Begitu juga dengan Tadika Seri Pagi Lestari(TSPL), tadika anak ke 4 saya Muhammad Eizz Faris. Pada 15 hb November yang lalu, TSPL telah berjaya mengadakan HARI KONVOKESYEN DAN KONSERT untuk anak-anak cilik mereka.

Majlis diadakan di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Jarak Dari rumah kami di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan hanya lebih kurang 15 km sahaja. Majlis bermula jam 2 petang. Lepas solat zohor baru kami bertolak ke sana.



Dari rumah lagi Da'i Faris dah get ready nak hadiri konvokesyennya. Hari ni juga hari penentu Juara pertandingan azan. Faris adalah antara 3 finalist yang terpilih.

Teacher Siti kata pertandingan azan ini dikira dari segi penyampaian azan yang lancar, persembahannya dan penampilannya juga.

Jadi ibu pun plan pakaikan Faris baju Kurta raya tahun lepas. Mujurlah masih muat. Cuma senteng sikit. Boleh je Faris pakai dengan seluar jeans.

'Abang Ajie' brutal. 

Gelaran Abang Ajie dah sinonim dengan Faris. Di sekolah Teacher Zana selaku guru kelas Faris menggelar Faris 'Abang Ajie' sebab masa musim orang pergi menunaikan Haji tempohari, rambut Faris dipotong botak licin macam orang baru balik Haji. Tu yang melekat teachernya panggil gelaran 'Abang Ajie'.

Abang Ajie pun molek jugak. Mudahan cepat la 'Abang Ajie Faris' dapat tunaikan haji ye ..

Sampai saja di dewan tepat jam 1.50 PM. Dah ramai parents yang mengambil tempat.

Alhamdulillah kami dapat tempat di hadapan. Sengaja saya pilih depan sebab saya nak tengok Da'i Cilik saya beraksi di pentas.




Jom selfie dulu dengan kakak Eizzatul. Kakak pun dulu graduate from TSPL.


Pentas yang bakal anak-anak cilik TSPL gegarkan


Sudut photo shoot pun ada disediakan


Dah start majlis. Emche dah mulakan majlis. Tapi tempat juri masih kosong.


Sementara tu di luar dewan....

Apa lah yang Faris tengah baca tu?
Hafaz doa rupanya. Barulah ibu tahu Faris kena baca doa pembuka majlis. Tahniah anak ibu, diberi kepercayaan dari teacher untuk mewakili bacaan doa majlis.

Kat rumah Faris cuma praktis azan saja, tak pernah pulak dia praktis doa. Tapi ibu percaya Faris boleh buat sebab Faris dah fasih membaca. Kacang je tu kan?

Saya suka pendekatan yang TSPL ketengahkan. Biasanya bacaan doa dibaca oleh orang dewasa. Tapi kali ini, TSPL memecah rekod memberi peluang anak-anak cilik ini berani berhadapan dengan audiance.

Selepas lagu negaraku dinyanyikan oleh para hadirin. Faris dijemput untuk mewakili bacaan doa majlis. Meh kita tengok...


Solute dengan Faris ini. Tak gigil langsung.





Inilah Teacher Siti Khatijah selaku Principal TSPL beri ucapan


Sambil-sambil tu selfie adik Awina. Adik bongsu Faris


Selfie pulak dengan Ayah Faris

Grand Finale Azan dan Hafazan Competition

Saat yang ditunggu-tunggu oleh saya telah tiba. Berdebar pulak ibu bila Faris tercalon dalam 3 finalist pertandingan Azan.

Jom dengar Faris Azan.


Tunggu je la ye sapa juara azan. Baca sampai habis ye...

Graduation And Prizes Giving Ceremony


Tak sempat nak ambik gambar fokus Faris dah berjalan. Ok gak photo gini.


Rupanya anak teacher siti pun ada graduate jugak. 
Comel anak dara teacher.
















Berapa kali lah Faris nak naik pentas ni.

Bila check balik senarai nama. Alhamdulillah semua kategori kecemerlangan Faris tersenarai. Orang kata sapu habis la trophy tu.

Antara kategori Award yang disampaikan:
1. English Advance Reading Award
2. Bahasa Malaysia Advance Reading Award (Anugerah Bijak Baca)
3. Genius Reader Award
4. Anak Soleh Award
5. Spelling Contest Winners.

Semua Award tu Faris dapat.

Tadaaaaa!!!!...


Syukur Alhamdulillah


Faris bukan saja membaca doa dan finale pertandingan azan, Faris juga diberi mandat untuk menjadi MC cilik. Kali ini bersama rakannya Anis Aleesya.

Special Performance presented by TSPL's children

Anak Soleh Program Special Performance




Acara dimulai dengan persembahan Anak Soleh
SILA KLIK PHOTO TONTON VIDEO


SILA KLIK PHOTO TONTON VIDEO

Alhamdulillah. Sedari usia kecil lagi mereka telah didedahkan dengan bacaan-bacaan doa harian dan mereka berjaya menghafaznya. Semoga amalan ini menjadi amalan harian mereka secara istiqomah. Jadi anak soleh ye sayang-sayang semua.


Antara doa yang mereka dengarkan:
1. Hasbi Robbi Jallallah
2. Doa Dhuha
3. Doa-doa harian

Jom tonton sebahagian persembahan mereka.


4 & 5 YEARS OLD PERFORMANCE

Johny! Johny! Yes Papa & Head..Soulder..Knee & Toes


KLIK DI SINI


Lagu Hindustan (Dil Ko Kya Ho Gaya) 
betul ke tajuk lagu tu?



KLIK DI SINI JUGA

6 YEARS OLD PERFORMANCE

Joget Pahang


Hai, tak sangka 'Abang Ajie' kita ni ada bakat besar dalam tarian. Tengok tu diapit oleh 2 orang dayang sekaligus. Orang lain sorang dayang je. Aduhai anak. Joget Pahang dari kanak-kanak TSPL sungguh mencuit hati. Ibu pun tak pernah menari macam ni. Teringin juga masa kecik-kecik dulu tapi tak de peluang. Rezeki anak-anak tunjukkan bakat.






Kun Anta

KLIK SINI TONTON VIDEO PENUH


Saya suka lagu ni Kun Anta, dan saya pasti anda juga sukakannya. Penyanyi asal Humood Alkudher ni tak sangka dipersembahkan oleh anak-anak dara cilik TSPL. Cute gitu. Oh oh ohhh...ooohhh ohhh!!!!..


KLIK PHOTO TONTON VIDEO

DJ Putarkan Lagu Sedih

Ok, lets dance with the kids. Lagu rancak pulak ye. Lagu asal dari artis KRU.

SILA KLIK PHOTO TONTON VIDEO PENUH LAGU DJ PUTAR LAGU SEDIH




SILA KLIK PHOTO TONTON VIDEO


Sambil tonton persembahan anak-anak cilik di atas pentas, saya tergelak bila tengok gelagat Awina comel ni. Lagaknya macam bisneswomen berjaya gitu. Insya Allah ye Awina suatu hari nanti Awina jadi Jutawan kaya dan berjaya dan bertaqwa.




Tengok gaya tangan tu..


En. MC Sedang interview MC junior



Ada gaya lah MC 2 orang ni



saya tengok Konfiden level Faris tinggi. Tak terketar pun berhadapan dengan audiance mak pak ni.





Para MC cilik yang sangat berani.

Cabutan Bertuah

Oh, lupa pulak nak cerita, majlis konvo dan konsert ini juga diselang-selikan dengan cabutan Lucky Draw. Ada pelbagai hadiah lucky draw yang TSPL sediakan.


Alhamdulillah no. Lucky Draw kami disebut


Abang Fitri yang laju ambil Lucky Draw


Pemenang Azan dan Hafazan


Saat yang ditunggu-tunggu keputusan Pemenang Azan dan Hafazan anak-anak TSPL akan diumumkan sebentar lagi.


Alhamdulillah, syukur sekali lagi Faris naik atas pentas kerana diumumkan sebagai pemenang azan tempat PERTAMA. Tahniah Faris!!

Tak sia-sia ayah bawak Faris ke surau selalu.





Tahniah 'Abang Ajie'


Best Student Of The Year

Acara kemuncak majlis adalah pengumuman Best Student Of The Year. Tahun ini Best student jatuh kepada adik Farah Izzah bt Muhammad Zaki.

Alhamdulillah syukur semoga adik Farah success selalu ye dan jadi anak yang solehah sebagai penyejuk hati ayahanda bonda.



Terima Kasih Cikgu


Majlis berakhir dengan dendangan lagu Terima Kasih Cikgu oleh anak-anak cilik TSPL. Kalau saya lah yang jadi cikgu mereka, mahunya menitik air mata saya tika ini melihat kejayaan demi kejayaan mereka.





KLIK VIDEO TONTON NYANYIAN TERIMA KASIH CIKGU

Selfie dengan teachers




Dengan Teacher Zana dan Teacher Siti


With Teacher TSPL. Tak cukup tangan pegang Awards tu.



Dengan rakan-rakan seperjuangan



Saham akhirat ibu.



Anak soleh saya Faris.


Alhamdulillah Majlis konvokesyen dan Konsert TSPL berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada semua teachers yang bertungkus lumus melatih, mempersiap siagakan anak-anak kecil ni untuk turut sama menjayakan Majlis yang ala-ala Anugerah Screen gitu....hahahhaaa..

Bukan mudah ye nak latih anak-anak kecil ini. Saya percaya preparation sebelum Majlis dilakukan 2 bulan sebelumnya. 

Almaklumlah anak-anak kecil ni ada moodnya. Mood baik senang le nak dilatih. Bila kena mood tak elok...sabar je lah.

Kepada anda yang ada anak 4, 5 dan 6 tahun dan masih tercari-cari Tadika untuk anak-anak kecil anda, saya amat rekomen anda daftarkan segera di Tadika Seri Pagi Lestari. Tempat adalah terhad.

Sila hubungi Teacher Siti Khatijah untuk maklumat lanjut di 013-235 2426 ( Whatsapp pun boleh ).

Saya ulangi hubungi segera Teacher Siti 013-235 2426. Daftarkan anak anda segera di TSPL.

Anda pasti takkan menyesal. PERCAYALAH. 

4 orang anak saya bersekolah Tadika di sini dan seorang lagi bakal di sekolahkan di sini 2 tahun lagi sebab saya puas hati dengan pendekatan syllibus yang diguna pakai di sekolah ini.

Lagipun konsep telus kepada ibu bapa dipraktikkan di sini. Setiap anak dibekalkan dengan sebuah buku Message Book sebagai komunikasi telus antara guru dan parents.

Selain itu kami juga berhubung melalui Whastapp Group.

Yang saya tertarik di sini tidak mempraktikkan sistem Ranking untuk menentukan tahap pencapaian anak-anak. Maksudnya tiada no 1, 2 dan 3. Setiap anak ada kelebihan masing-masing. 

Selain itu di TSPL juga menekankan keislaman di mana mereka dilatih solat, bacaan dalam solat dan doa serta bacaan iqra'.

Untuk makluman anda, semua bacaan dalam solat dari doa iftitah, fatihah hingga lah ke tahiyat akhir Faris fasih mengingat. Sedangkan saya jarang mengajar bacaan tersebut di rumah. Maknanya TSPL telah melatih anak-anak soleh ini dengan jayanya.

Selain dari kelas akademik biasa, TSPL juga ada buat outdoor aktiviti seperti menanam tumbuhan, memasak dan mengenali buah-buahan.

Eh banyak lagi lah. Saya pun tak tahu nak cerita lebih sini. Apa kata anda terus hubungi Pricipal TSPL yang cantik, cute dan baik hati di 019-235 2426 untuk maklumat lanjut.



Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada teachers TSPL yang banyak menyumbangkan tenaga, berkorban masa dan tenaga demi anak-anak kami. Begitu juga parents yang sangat supportive. I LUV uols.

Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE. Semoga dengan hanya sekali tekan button SHARE anda dapat memberi manfaat kepada insan lain. Insya Allah anda dapat saham akhirat.

Salam Sayang,
Hafizah (ibu Faris)
~design your life not by default.

No comments:

Post a Comment