Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat disamping keluarga tercinta.
Tu hari ada sorang rakan saya ni tanya, kenapa madu dia kena hurung semut. Tak asli ke madu ni?
" MADU KENA HURUNG SEMUT TAK TULEN KE?"
Saya pun dulu fikir macam tu jugak dulu. Ramai orang kata kalau nak tahu madu tu asli tak asli tengok madu tu kena hurung semut tak? Kalau kena hurung maknanya madu tu tak tulen. Anda pun fikir macam tu kan?
Sejauh mana kenyataan ini fakta atau auta meh kita bongkar.
Kepercayaan dah sekian kurun lamanya terpahat sejak dulu-dulu susah nak disangkalkan.
Macam ni lah, cuba kita fikir sejenak apa sifat semut? Suka benda manisan bukan? Ini adalah fakta.
Jadi kajian ada menyatakan di dalam madu ada kandungan enzim yang menyebabkan semut tidak datang, dan apabila enzim ini terhapus kemungkinan disebabkan suhu tinggi oleh persekitaran yang panas makanya semut akan mula menghurung dek kerana sifat madu itu sendiri yang manis.
Satu lagi pendapat pula mengatakan dalam madu ada kuprum dan sulfur. Sekiranya dalam madu terdapat 2 hablur ini dengan aras yang tinggi akan menghasilkan haba yang tidak disukai semut.
Kalau anda perasan, sesetengah individu akan merasa panas badan sekiranya ambil madu berlebihan.
Makanya, jika kandungan madu ini rendah atau susut kandungan kuprum dan sulfurnya, semut juga akan hurung.
Sebenarnya, mitos yang menyatakan madu asli/tulen tidak dihurung semut adalah PALSU. Orang Pahang kata bid'ah la kamu.
Tulen ke tak tulen, asli ke tak asli madu itu sukar untuk ditentukan dengan hanya bergantung kepada pandangan mata kasar.
Cara yang PALING TEPAT untuk menentukan KEASLIAN madu itu adalah dengan membuat ujian makmal.
Alhamdulillah, negara kita dikawal oleh Akta Pemakanan. Jadi pengusaha tidak boleh sewenang-wenangnya menjual produk mereka.
Cuba anda baca betul-betul kriteria MADU yang termaktub dalam akta makanan 1983 tu. Bukan senang-senang ye nak jual madu nih.
Tak nampak saya zoom sikit.
ok nampak dan jelas apa kriteria yang diperlukan untuk menentukan MADU tu benar-benar ASLI dan TULEN.
Tak faham bahasa melayu ini dalam English.
Kalau anda masih tak faham dengan syarat MADU ASLI yang disyaratkan oleh AKTA PEMAKANAN 1983 tu, mari saya share kan pula bagaimana nak kenal pasti MADU ASLI secara lahiriahnya iaitu dari bentuk fizikalnya
Gugel punya gugel saya jumpa nih.
Cuba anda lihat point no 3. Anda boleh buat eksperimen sendiri di rumah. Cuba anda tuangkan madu ke dalam air suam, jangan kacau dulu. Perhatikan jernih ke tidak airnya? dan bila dikacau apa yang terjadi. Adakah cepat keruh atau sebaliknya.
Saya rasa ini dengan cara ini boleh anda faham dan tentukan MADU yang anda ada itu ASLI atau tidak?
Untuk semua produk MADU Kasih66 telah melepasi ujian makmal dan LULUS. Boleh rujuk resultnya di bawah.
Jadi tak usahkan risau dengan KEASLIAN Madu Kasih66 ye. Madu lain saya tak tahu. Insya Allah Madu Tualang Kasih66 adalah madu tulen 100%.
Dari keputusan di atas Total Reducing Sugar yang diuji terhadap produk madu Kasih66 lebih dari 60% memenuhi Kriteria Akta Makanan terhadap madu di atas. Sila scroll atas. Fasa 2(a).
Saya doakan anda sihat dan ceria walau sebarang remidi yang anda ambil.
Sekiranya perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda sila tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai lagi rakan-rakan anda yang dapat manfaat dan pencerahan. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat.
#Sukemadu
#agenMaduTualangKasih66
#MaduTualang
Salam sayang,
Hafizah
01-211 8757
No comments:
Post a Comment