Pages

Tuesday, September 16, 2014

JEPUN DAN UBI KAYU

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat dan pembaca setia blog fiezabard ini. Saya doakan hari ini anda memperolehi keberkatan dan kemerdekaan yang anda impikan.

Entri kali ini saya ingin mengupas sedikit sebanyak tentang erti kemerdekaan yang kita kecapi sejak 57 tahun yang lalu sempena bulan kemerdekaan.

Saya tak lah pandai sangat sejarah. SPM pun dapat 6 kredit dalam subjek sejarah. Jadi tidak sewajarnya saya bercerita fakta sejarah di sini.

Cuma yang ingin saya kongsi dengan anda di sini tentang pengalaman ibu dan bapa saya semasa peperangan Jepun dan penaklukan komunis di Malaya suatu ketika dulu. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu.

57 tahun yang lalu saya belum wujud lagi. Tetapi ibu saya yang sekarang berumur 80 tahun dan bapa saya 86 tahun. Sudah tentu mereka melalui zaman penjajahan walaupun ketika itu ibu masih berusia 5 tahun sedangkan bapa saya berusia 11 tahun.

Alhamdulillah, ibu bapa saya masih sihat walafiat bersama-sama anak cucu cicit mereka untuk beri peluang bercerita kisah-kisah perit semasa perang dunia kedua untuk menjadi ikhtibar kepada anak cucu mereka.

Perit jerih kehidupan semasa perang Jepun ibu dan bapa saya turut alami. Ibu saya kata, semasa penjajahan British di Tanah Melayu tidak sehebat seksanya ketika penjajahan Jepun melanda.

Ketika penjajahan British, masyarakat di Tanah Melayu masih boleh hidup bebas melakukan aktiviti sosio-ekonomi mereka. Tetapi bila Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun segala aktiviti dikawal ketat oleh pihak Jepun.

Kesan Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Kesan Politik

Menurut cerita ibu saya, masyarakat di Tanah Melayu ketika itu sangat gembira kerana mereka telah bebas dari jajahan British. Kononnya, Jepun dah menyelamatkan mereka dari penjajahan sebab Jepun kan dari Asia juga.

Jepun menggunakan slogan 'Asia untuk Orang Asia' untuk mempengaruhi masyarakat untuk menyokong mereka. Baguskan taktik dan strategi mereka.

Ideologi Jepun 'Asia Untuk Orang Asia' hanya penipu.

Padahal, pemerintahan mereka lebih menyeksakan berbanding semasa penjajahan British dahulu. Jepun tidak melaksanakan dasar membela Asia seperti slogan yang telah diwar-warkan dalam propaganda mereka.
 


Kesan Ekonomi

Ibu saya cerita lagi, gaji mereka yang bekerja kerajaan ketika itu amat kecil. Gaji kakitangan kerajaan dikurangkan pada zaman penjajahan jepun.

Sedangkan ramai orang menganggur kerana akibat daripada sekatan ekonomi yang dikenakan ketika itu.

Bila duit Jepun dicetak lagi mengundang padah kerana cetakkan duit yang diluar kawalan menyebabkan harga barang mencanak tinggi sedangkan barangan ketika itu tidak memenuhi permintaan.

Ibu saya kata, pada zaman itu, mereka sekeluarga hanya makan ubi kayu  dan keledek sebagai makanan ruji mereka kerana kesukaran mendapatkan beras. Ketika itu, Jepun mengenakan catuan makanan yang berleluasa.




Disebabkan hanya kayu api dan ubi saja yang mudah didapati ketika itu, ubi bakar adalah menu harian mereka.

Kesan Sosial 

Sengsaranya hidup semasa perang Jepun dapat digambarkan dari cerita ibu saya. Walaupun ibu saya ketika itu masih kecil, tetapi memorinya kuat untuk mengingati semua kisah-kisah silam mereka.

Pernah suatu malam, ibu saya pernah mengikut nenek saya yang saya panggil Mak Yang lari ke hutan dengan membawa sebungkus kain baju. Apalah yang ibu saya tahu ketika itu dalam seusia 5 tahun untuk mengenali erti keperitan. Bila Mak Yang bawa ke hutan diikutkannya. Bila dah reda perang mereka balik semula ke rumah masing-masing.

Tentera Jepun sangat kejam. Pembunuhan dikhalayak ramai dah menjadi kebiasaan. Tambahan lagi penduduk tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar. Radio dilarang keras dimiliki oleh sesiapa pun. Dulu radio saja la media telekomunikasi yang ada. Bukan macam kita sekarang ni dengan internet media tanpa batasan. Kalau pihak Jepun dapat tahu ada yang memilikinya alamatnya 'potong kepala'.


hukuman potong kepala kepada yang engkar kepada Jepun
Landasan Keretapi Maut


Saya ada baca sebuah kisah yang berlaku semasa perang jepun "Landasan Keretapi Maut" lebih menyedihkan dan sangat sengsara.



buruh kasar di paksa menyiapkan Landasan keretapi yang menghubungkan Thailand dan Burma meninggalkan kesan hitam kepada mereka
Ada penduduk kampung dikalangan lelaki dipaksa untuk menjadi buruh kasar di Sempadan Thailand - Burma. Menurut buku tersebut mereka diberi makan sekali saja sehari dan dipaksa membina landasan keretapi dengan tulang empat kerat mereka. 

Sedangkan yang sakit tidak diberi ubat dan rawatan langsung. Bagi yang engkar dan cuba melarikan diri mereka didenda. Tau tak apa denda mereka. Mereka dipaksa minum air sabun sehingga kembung perut, selepas itu mereka memijak mangsa hingga mati.

Allahuakhbar kejamnya mereka.

57 tahun telah Merdeka

Alhamdulillah, sekarang negara kita telah merdeka. Kita wajib bersyukur dengan kemerdekaan yang kita miliki ini. Sangat-sangat bersyukur.

Sangat-sangat berterima kasih kepada para pejuang dan prajurit negara yang sanggup mengorbankan jiwa raga demi negara tercinta.

"Di sini Lahirnya Sebuah Cinta"



Kerana mereka, kita dapat mengecapi keselesaan di bumi Malaysia ini.
Kerana mereka, kita bebas dari belenggu penjajah.
Kerana mereka, lahirlah sebuah CINTA!


Salam Merdeka,

Hafizah Mahfoz

------------------------------------------------------------------------

EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!



DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment