Pages

Thursday, September 18, 2014

BUTTER PRAWN FIEZABARD SECRET RECIPE

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar para sahabat dan pembaca setia fiezabard? Dah lama kita tak berkongsi resepikan. 

Ruangan resepi fiezabard kali ini nak berkongsi resepi yang dah lama saya tak praktikkan.

Kebetulan, semalam cik abang balik dari out-station Sabah, bawa balik satu kotak yang di'wrap' dengan rapinya.

Ada macam rupa beg James Bond tak?
Nak tahu apa ada dalam kotak tu? (kalau orang yang balik dari Sabah tak lepaskan peluang bawak kotak ni tau).

TADAAAA!!!!!

setelah dibuka kotak
Zoom In sikit, dari pandangan sisi
dari pandangan sebelah kepalanya
Yessss!!! udang harimau form Sabah bahhh!!! jangan marah beb!
Nak masak apa ye udang besar-besar ni. Geram tengok, fresh lagi.


udang selepas dicuci nak melompat keluar 2 ekor

ada 2 ekor lagi nak melompat tu!!! kejarrrr!!

tengok tu..mau tak besar. Lebih besar dari tapak tangan Cici.
Cici model Udang Harimau. Pakai baju pun Harimau Malaya.

Jom Masak Udang Harimau Secret Recipe

Pernah saya teringat satu ketika dulu, bekas bos saya ada beri tips. Udang harimau Sabah ni jangan masak gulai atau masakan berempah bagai. Nanti tak rasa keaslian dan kemanisan yang original yang keluar dari isi udang itu sendiri. Itulah SECRET RECIPE untuk masak udang harimau Sabah ini.

Jadi di sini saya nak share dengan anda satu resepi simple yang paling sempoi masak udang harimau ni. Check it out! 

BUTTER PRAWN FIEZABARD SECRET RECIPE

Bahan-bahannya:

20 ekor Udang Harimau dari Sabah (Resepi ini hanya sesuai untuk udang Harimau Sabah saja)
3 sudu besar paprika powder
10 ulas bawang putih
2 sudu besar butter (saya guna planta sebab butter tak ada, gunakan saja apa yang ada)
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur

udang harimau dari Sabah yang telah dibersihkan
Paprika Powder (boleh didapati di mana-mana kedai atau pasaraya)
Bawang putih
Planta atau butter
Sos tiram
 Cara-caranya

1. Tumbuk kasar bawang putih.


 2. Cairkan butter atau planta di dalam kuali dengan api sederhana


3. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk kasar tadi ke dalam butter/planta yang telah cair tadi.


4. Setelah naik bau bawang goreng tadi, masukkan serbuk paprika dan sos tiram pula


5. haaa....yang ni paling seronok, campakkan Sabahan Udang Harimau tadi ke dalam ramuan simple tadi

bertenggek-tenggek udang mak jemah!!!
 6. Gaul rata udang dengan ramuan goreng tadi


7. Pecahkan sebiji telur dan campakkan ke dalam udang


8. Gaul rata udang dan telur tadi

menarik dan mengiurkan kan???
TADAAAA!!!!!

Ready to eat.

 
Bertambah-tambah pinggan anak-anak dan suami saya bila sekali sekala makan sedap macam ni.

Resepi yang super duper simple tapi sangat lazat dan berkhasiat dan di jamin kebersihan serta halalan toyyibanya. Belum cuba belum tahu.

Tak caya! cubalah sendiri!

Peringatan : Resepi ini hanya sesuai untuk Udang Harimau dari Sabah sahaja kerana kemanisan udang tersebut tak sama dengan udang yang dibeli di Pasar. Sesuai juga digunapakai untuk udang sungai yang fresh terutamanya udang dari Sungai Pahang (Pekan, Pahang).

Sekiranya anda rasa resepi ini sedap dan boleh dimanfaatkan oleh anda sila LIKE dan SHARE. SHARE tau, supaya lebih ramai orang boleh cuba resepi super duper simple ni!

Terima kasih kerana sudi mencuba. 

~Suka-suka masak, masak dari hati.

Salam sayang,
Hafizah Mahfoz.

------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!

Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:

019-211 8757

email:

hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

hafizahmahfoz

No comments:

Post a Comment