Pages

Monday, August 18, 2014

BOLA GOLF DAN BOLA PINGPONG

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar rakan-rakan blogger? Saya doakan anda hari ini beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat.

Anda sedang buat apa sekarang? eh...sudah tentu sedang membelek blog saya kan. 5 minit sebelum belek blog saya apa yang anda lakukan? 10 minit sebelum tu perkara apa yang anda buat? 20 minit lalu? 30 minit yang lepas? 1 jam ...2 jam yang lepas?

Dalam entri kali ini saya ingin membawa anda ke sebuah kisah seorang ulama' yang pernah saya dengar di sebuah stesen radio berlandaskan islamik.

Kisahnya secara ringkasnya begini ( agak dah lama cerita ini, ingat-ingat lupa pulak ).



 
Suatu petang seorang ulama' atau tuan guru meminta kepada anak didiknya membawakan 10 biji bola golf, 10 bola pingpong, semangkuk kacang parang, semangkuk bijirin gandum dan semangkuk biji sawi ( lebih kurang begitulah permulaan ceritanya ).

Beliau meminta anak didiknya memasukkan kesemua objek yang dibawa tadi ke dalam sebuah bekas kecil sebesar botol 1 liter air mineral.




Lantas anak didiknya memasukkan semangkuk biji sawi dahulu diikuti semangkuk bijirin gandum, dan semangkuk kacang parang ke dalam bekas tadi.

Bila tiba masa anak didiknya hendak memasukkan bola pingpong dan bola golf, ruangan di dalam bekas tersebut tidak boleh dimasuki lagi kerana telah sesak dengan biji sawi, gandum dan kacang parang tadi.

Anak didiknya sangat kecewa dan sangat hampa kerana takut dimarahi oleh tuan gurunya nanti disebabkan tidak berjaya memenuhi arahan tuan gurunya.

Keesokan harinya, anak didiknya membawa hasil tugasannya kepada tuan guru dengan perasaan hampa.

Tuan guru hanya tersenyum bila anak didiknya merungut tidak berjaya memasukkan bola-bola golf dan bola pingpong.

Tuan guru dengan tenang menyatakan, bekas yang kecil itu diibaratkan seperti MASA.


segugus bola golf


Bola golf ibarat amalan wajib dan ibadah khusus yang difardhukan oleh Allah kepada makhluknya. Manakala bola pingpong diibarat amalan sunnah yang sangat-sangat dituntut dilakukan bagi mengisi rompong-rompong kecacatan kepada amalan wajib tadi. Ibadah umum seperti mencari rezeki, belajar, menjaga anak-anak dan melakukan tugasan hal rumahtangga dikira ibadah juga ye.


segugus bola pingpong

Sedangkan bijirin gandum, kacang parang dan biji sawi tadi ibarat perkara-perkara sampingan dan aktiviti yang melekakan yang sering kita lakukan contohnya menonton televisyen sehingga larut malam, berchating dan ber'whatsapp', main game, lepak-lepak kedai kopi (mengeteh orang kata), ber'ASTRO' dan sebagainya.

Sekiranya perkara-perkara yang melekakan itu kita dahulukan. Maka kita akan lupa dengan perkara-perkara wajib yang difardhukan kepada kita contohnya solat lima waktu hendaklah didahulukan awal waktu.

Kemudian amalan fardhu ini dicantikkan lagi dengan amalan sunnah seperti solat-solat sunnah dhuha dan tahajjud. Di tambah lagi dengan amalan zikrullah.

24 JAM TAK CUKUP!

Cuba anda bayangkan, sekiranya anak didik tuan guru tadi memasukkan bola golf dan bola pingpong tadi ke dalam bekas itu dahulu. Sudah pasti bijirin gandum, kacang parang dan biji sawi akan senang dimasukkan ke dalam bekas kecil itu kerana biji-bijian ini akan menerobos memenuhi ruang-ruang rompong di antara bola golf dan bola pingpong tadi.

Jadi tidak ada lagi rungutan bekas ini terlampau kecil untuk memasuki semua objek tersebut. Begitu juga dengan kehidupan kita. Sering kita merungut masa 24 jam yang Allah pinjamkan tidak cukup untuk kita, sedangkan Allah beri masa semua sama kepada semua makhluknya.Tidak terkurang dan tidak terlebih.

Pandai-pandai kitalah dan dengan akal kitalah untuk menguruskan masa 24 jam yang diberikan untuk manfaat hidup di dunia dan ganjarannya di akhirat kelak.

Perasan tak, biasanya masa kita banyak dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti berchating untuk perkara-perkara yang melaghokan, berFB dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat, menonton cerita drama korea dan layan hindustan Kuch Kuch Hota Hai. Sedangkan solat kita ditangguh-tangguhkan sehingga drama-drama kegemaran kita selesai. Sedangkan solat adalah perkara yang amat penting yang menjadi tiang kehidupan kita.

" Ditanya Nabi SAW, apakah amalan terbaik, maka jawab nabi: Solat Awal Waktu ( Riwayat Al-Tarmizi dan Abu Daud, Albani : Sohih ) "


Disamping itu, ulama' ada menyatakan dengan menjaga solat, Allah akan mengurniakan lima keistimewaan:
  • Akan mengangkat kesempitan hidup di dunia. maksudnya Allah akan memberikan kelapangan urusannya di dunia.
  • Akan dihindarkan azab kubur.
  • Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
  • Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat.
  • Akan memasuki syurga tanpa hisab.
Subhanallah, maha suci Allah memberikan ganjaran yang sangat besar hanya dengan menjaga solat.

Perubahan diri saya sebelum dan selepas
Percayalah, dengan tidak melengah-lengah solat anda akan rasa nikmat masa tersebut amat panjang pada hari itu. Saya dah amalkan, dan saya rasa sendiri. Tak percaya tak apa! Buat je!

Dulu, saya hanya dengar sahaja ustaz dan ustazah yang saya belajar di surau- surau dan masjid sangat menekankan solat awal waktu. Tetapi ketika itu saya tak ambil kisah pun. 

Saya masih dengan dunia saya yang sangat leka seperti orang-orang lain yang suka melewat-lewatkan solat fardhu. Agaknya masa tu ustaz tak bagitau "Tak percaya tak apa! Buat je!"

Bila dah mengadap cerita Kuch Kuch Hota Hai atau Dil To Pagal Hai mulalah solat tersasar ke akhir-akhir waktu. Yang paling parah bila saya sanggup tunggu iklan untuk mengambil wudhu' kemudian boleh sambung balik tonton watak Kajol dan Shah Rukh Khan yang kononnya pasangan secocok itu. Tahan wudhu' sehingga iklan yang seterusnya untuk solat pula. Terukkan saya masa tu. Tu dululah, masa zaman jahiliyah.

Manakala bila di pejabat, selalu sangat saya melengah-lengahkan solat waktu zohor hingga hampir waktu solat asar. Alasannya sebab malas nak ambil wudhu' dan buka tudung banyak kali. Jadilah solat jama' "ZoSar".

Saya lebih rela mendahulukan tugasan-tugasan lain di pejabat dahulu untuk memenuhi kehendak BOS saya sedangkan 'appointment' dengan Allah lebih penting. Allah adalah BOS yang Maha Besar.




Namun zaman jahiliyah saya kini saya tinggalkan setelah saya join group yang banyak memberi kesedaran saya.

Alhamdulillah, Allah telah melorongkan saya kepada yang lebih baik. Syukur yang tak terhingga. Allah membuka hati saya untuk  join Group MFMS yang sangat-sangat memberi kesedaran bukan saja dari segi duniawi malah akhirat juga. 

Banyak sangat, banyak sangat perkara yang dikongsikan dalam Group MFMS ini yang membawa keinsafan kepada saya. Maaf, anda jangan salah faham pula. Group ini bukan group Tarikat atau Group Guru Yahya ye ( hehehehe....zaman saya dulu terkenal dengan Kumpulan Tarikat Guru Yahya yang terpesong dari aqidah ). Jauh sekali kumpulan Ayah Pin.

Master CheckList

Dalam group inilah saya amat ditekankan Master CheckList yang begitu power. Saya kata power kerana ia boleh mengubah individu dari hidup biasa-biasa kepada hidup luar biasa.

Dengan Master CheckList inilah yang mengubah hidup zaman jahiliyah saya kepada yang lebih baik. Solat saya lebih terjaga. Dan serius saya dapat merasai kemanisan dengan menjaga solat awal waktu yang pernah ustaz ustazah beritahu dulu tapi mereka tak cakap "Tak Caya Tak apa! buat je!"

Sekarang saya dah percaya. Saya ingin mengajak anda juga percaya keajaiban yang terjadi bila buat Master CheckList dan Join Group MFMS ini.

2 IN 1

Asalnya saya nak mengubah kewangan saya yang semakin tenat, akhirnya dapat mengubah cara hidup saya ke arah yang lebih baik untuk dapat markah penuh di akhirat nanti. Insha allah...

Kiranya saya beruntung join group ini. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Alhamdulillah...2 in 1.

Di sini kami ditekankan untuk mendekat hubungan diri dengan Allah semaksimum yang mungkin dengan mengamalkan Dhuha dan Tahajud serta zikrullah secara konsisten serta amalan-amalan lain yang boleh menjadi MAGNET REZEKI.

Kami percaya bila hubungan dengan Allah semakin rapat, Insha allah Allah akan melancarkan urusan kita di dunia pula.

Nak jadi jutawan senang je ...Allah kan ada.
Nak jadi genius senang je... Allah kan ada.
Nak kereta besar, nak rumah besar, nak isteri besar ( whopsss gurau je)...
Mudah! sangat mudah, kerana Allah sentiasa bersama kita.

"Alang-Alang Jadi Jutawan, Biarlah Jadi Jutawan Bertaqwa"

Saya sangat bertuah berada bersama MFMS Group, "The Most Happening Shaklee Team In Malaysia"
 
Saya doakan anda dapat manfaat dari entri saya kali ini. Entri ini pun sebenarnya untuk peringatan diri saya sendiri. Maaf sekiranya ada kekurangan. Yang baik datang dari Allah dan yang kurang sempurna datang dari diri saya sendiri.

Semoga anda dapat manfaatnya dari kisah Bola Golf dan Bola Ping Pong ini.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE supaya ramai lagi yang dapat manfaatnya.


-----------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz




EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!
DOWNLOAD DI SINI!!




DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  
Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment