Pages

Wednesday, August 20, 2014

7 TIPS DAN PANDUAN BERKESAN KEKALKAN SUSU IBU

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar rakan-rakan sekalian?
Hari ini dah masuk 23 Syawal 1435H. Tinggal 7 hari saja lagi bulan Syawal. Sudahkah anda berpuasa 6?

-------------------------------------------
Pagi tadi semasa dalam perjalanan menghantar anak saya ke sekolah:

Eizz : "Ibu hebatlah! Ibu puasa tapi tak nampak letih pun."

Ibu : "Alhamdulillah abang long, doakan ibu sentiasa cergas dan sihat untuk jaga anak-anak ibu ni yer!"
         "Sebab itu ibu kena makan vitamin untuk sihat dan cergas selalu" ( sambung ibu)

-------------------------------------------


Puasa 6 sunnah je pun, tapi ganjarannya sangat banyak.



Bila namanya pahala sunnah ni biasanya kita tidak titik beratkan. Tapi sekiranya kita faham dan tahu fadhilatnya kita tak akan ketinggalan merebut peluang yang hanya setahun sekali ini.

Alhamdulillah, saya dalam usaha untuk menghabiskan sehari saja lagi puasa 6 pada tahun ini. Doakan saya supaya saya dapat tamatkan ibadah yang sangat dituntut ini dengan penuh keberkatan.

Dalam keadaan saya masih menyusukan anak kecil saya yang sekarang tak akan jadikan alasan saya tidak boleh berpuasa.

Malah, alhamdulillah berkat puasa, pengeluaran susu EBM saya semakin banyak nak dibandingkan sekiranya saya tidak berpuasa. Berkat orang kata.

Untuk puasa 6 ini tidak menjadi masalah kepada saya bimbang sekiranya susu merudum kerana saya telah mempraktikkan sejak sebulan berpuasa Ramadhan yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, tahun 2014 ini saya berjaya berpuasa penuh tanpa cuti-cuti berkat saya menyusukan bayi saya sepenuhnya.

Sekarang Awina dah masuk 1 tahun 1 bulan, alhamdulillah masih menyusu badan dan tidak pernah minum susu formula lagi. Syukur nikmat Allah tiada tolok bandingnya.


bukan gambar sebenar
ini baru gambar sebenar, saya dan Awinaku

Rutin harian saya sejak melahirkan Awina hingga sekarang telah berbeza. Saya pastikan at least 2 kali saya mengepam untuk EBM.

Tau tak, setiap kali bila saya mengepam at least saya akan dapat lebih dari 10 oz untuk satu sessi. Dan saya menetapkan KPI saya untuk mengepam 10 oz sekurang-kurang satu sessi. Sehari saya pastikan mengepam untuk dua sessi. Bermakna satu hari saya dapat hasil lebih dari 20 oz. Alhamdulillah...just for my lovely Awina.

Kawan-kawan saya dan para ibu kelab ibu menyusu di pejabat saya sering bertanya apa petua boleh susu banyak macam ni? Padahal anak dah lebih setahun.

Alhamdulillah...wahai kawan-kawanku. Ya, Allah syukur sesangat, Allah melebihkan rezeki saya di sini. Saya tak perlu membeli susu-susu formula yang menelan belanja berpuluh ringgit untuk satu tin. Sudah tentu setin susu tu tak cukup untuk sebulan. Dengan susu ibu ini saya jimat dari segi kewangan menyediakan susu ini.

Mereka selalu merungut, bila puasa susu merudum. Susu pun mulai cair.

Sebenarnya, saya tak ada tips atau petua istimewa untuk mengekalkan pengeluaran susu saya sejak beranak 5 terutamanya ketika berpuasa.

Walaubagaimanapun saya akan share sedikit sebanyak apa yang saya amalkan sepanjang saya menyusukan 5 orang anak saya di sini.

7 TIPS DAN PANDUAN BERKESAN KEKALKAN SUSU IBU

1. Minum air secukupnya

Air amat penting ketika anda menyusukan bayi. Sekiranya kekurangan air reproduction susu pun semakin kurang kerana 2/3 daripada kandungan susu tersebut ialah air.

Air juga bagi mengelakkan diri ibu terhedrasi. Bagaimana cara memastikan anda minum secukupnya at least 3 liter dalam sehari boleh ke link ini terutama bila ibu berpuasa. 9 langkah minum 3 liter air bila berpuasa (sila klik).




2. Makan makanan seimbang

Saya selalu diajukan soalan, "akak boleh tak makan ubi ni?" "boleh tak makan pucuk ubi, angin nanti?".

Pada saya, Allah menurunkan sesuatu makanan di muka bumi ini untuk manfaat makhluknya. Ambil yang baik dan tinggalkan yang memudaratkan kepada kita.

Bagi saya, semua makanan saya makan tiada berpantang. Yang penting ianya halal dan bersih serta gizi yang seimbang.




Untuk ibu menyusu perlu banyakkan makan dari sumber protein dan kalsium untuk kembalikan semula apa yang telah dikeluarkan dalam produksi susu tersebut.

Sekiranya para ibu kekurangan 2 sumber utama ini, dikhuatiri anda akan mengalami kesan-kesan sampingan seperti sakit tulang belakang yang pernah saya alami dulu. Sila Klik Kisah Sakit Belakang Saya.

3. Sering memberi bayi menyusu

Perasan tak, orang-orang tua kita selalu menyuruh kita menyulam dengan air masak sekiranya selepas bayi menyusu.

Pada pandangan saya, air tidak diperlukan untuk bayi di bawah umur 6 bulan kerana susu ibu adalah makanan terbaik no. 1 dan paling sempurna nutrisinya untuk bayi.

Kandungan air dan nutrisi-nutrisi yang lainnya dah cukup lengkap dan sempurna nisbahnya untuk keperluan bayi tersebut. Allahuakbar! Allah menjadikan makhluknya mengikut keperluannya. Allah Maha besar menciptakan setiap kejadian itu cukup sempurna.

Kebiasaannya untuk bayi saya di bawah umur 6 bulan, saya tidak akan mencampurkan pemakanan mereka selain dengan susu saya sendiri even air masak sekalipun. Sebab saya percaya susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi saya.

Susukan bayi anda mengikut keperluan mereka "demand basis". Kebiasaannya saya akan notice bayi saya akan gelisah dan sedikit merengek bila dia kelaparan atau kehausan. Jangan berlengah lagi, ketika inilah masa yang tepat untuk memberikan penyusuan badan.


menyusukan sambil berbaring adalah saat paling indah setiap ibu rasai. Saat yang paling menenangkan dan sangat rapat dengan bayi ketika ini

4. Pam susu secara konsisten

Para ibu tidak boleh ngelat (orang johor kata) untuk mengepam. Sekali ngelat, punah lah harapan untuk meneruskan EBM hingga 2 tahun.

Saya memastikan sessi pam susu di pejabat sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kebiasaannya saya akan pam pada jam 10 pagi sekali sessi dan jam 3 petang satu lagi sessi.

Jangan biarkan susu anda "terbiar lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL iaitu Feedback Inhibitor of Lactation ( Faktor Penghalang Penyusuan).

Konsepnya begini, bila payudara penuh susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Manakala bila payudara kosong, FIL berkurang dan meningkatkan produksi pengeluaran susu.

Secara kesimpulannya apabila payudara dikosongkan segera, semakin banyaklah reproduksi susu.

Dengan bahasa mudah, kilang susu seakan memberi signal bahawa susu perlu di produce baru setelah payudara kosong.

pam susu antara peralatan yang wajib di bawa ke pejabat

5. PERCAYA

Di pejabat sekiranya ada kawan-kawan yang baru melahirkan anak dan baru naik kerja selepas cuti berpantang, saya suka bertanyakan mereka tak pam susu ke?

Adakalanya, jawapan mereka menyedihkan saya.

"Susu tak keluarlah kak"

"Setitik-setitik, penat je pam"

"Susahlah nak pam, busy sangat ni"

Saya kasihan sekiranya ada sesetengah ibu yang mengalami masalah seperti ini. Prinsip saya, sekiranya anda berfikiran bahawa menyusukan bayi dan mengepam itu adalah menyusahkan dan menjadi beban, maka itulah yang terjadi. Susu akan semakin merudum akhirnya tamat pengeluaran.

"Allah mengikut sangkaan hambanya"

Sekiranya anda telah percaya anda susah dan tidak boleh menyusukan, itulah yang Allah beri.

Manakala, sekiranya sebaliknya, insha allah Allah akan permudahkan dan beri jalan supaya susu anda sentiasa cukup untuk anak anda.


tetiba pulak gambar Dr Azizan. Baca point penting yang nak disampaikan.
6. Makanan Sunnah dan Suppliment

Bagi yang masih menyusukan, apa yang anda makan jangan di ambil remeh. Anda perlu memastikan nutrisi untuk bayi dan anda sendiri cukup.

Pemakanan dengan gizi seimbang yang saya nyatakan di atas tadi tidak menjamin anda mendapat sepenuhnya khasiat yang terdapat dalam makanan tadi.

Oleh itu, anda perlu top-up dengan nutrisi dengan makanan sunnah contohnya kurma, madu dan habatusaudah. Ternyata makanan sunnah ini tidak menghampakan mereka yang masih menyusukan.

Perkara ini terjadi kepada diri saya sendiri, pengeluaran susu saya memang meriah dan tidak menghampakan. Namun, bila saya mengamalkan pemakanan sunnah di samping suppliment yang saya ambil, pengeluaran susu saya bertambah meriah dan semakin pekat dan berkualiti.

Saya tidak risau kelaparan bila saya puasa saat saya menyusukan kerana ketika bersahur saya ambil kurma, madu di campur dengan ESP. Sila ke link 10 Khasiat Kurma.


minuman wajib sewaktu sarapan pagi, ESP shake mix Madu.

7. Vitamin dan Suppliment

Sejak saya mengamalkan vitamin dan suppliment Shaklee ini, pengeluaran susu saya tidak menghampakan. Sangat meriah. Sehinggakan ada satu ketika saya perlu membeli botol berdozen-dozen untuk penyimpanan susu-susu saya.




Tau tak apa yang saya ambil?


Tadaaa......
Antara Nutrisi lengkap untuk ibu meyusu
Kebaikan mengambil suppliment:

VitaLea
sebagai sumber multivitamin mengandungi 24 sumber mineral.

Vita C
Untuk Booster imunasi para ibu.

B Complex
Sebagai daya tahan kepada stress. Biasalah, ibu yang ingin menyusukan sering mengalami gangguan tekanan. Tekanan susu kurang, tekanan di tempat kerja, tekanan di rumah. Perkara tersebut boleh mengganggu produksi laktasi.

Alfafa
sebagai booster pengeluaran susu (pemangkin susu banyak)

ESP
Sumber utama protein lengkap Non-GMO sebagai booster pengeluaran susu juga (pemangkin memekatkan susu badan).

Omega Guard
mengandungi DHA yang baik untuk perkembangan otak dan minda bayi disamping menyahkan kolestrol jahat si ibu. ( secara tak langsung ibu boleh langsing dan sihat )

Ostematrix
Sumber kalsium dan magnesium yang amat penting untuk ibu dan bayi. ( Kalsium adalah sumber nutrisi utama selain protein bagi bayi )

Apa yang saya kongsikan ini adalah untuk manfaat anda semua.

Sekiranya anda suka dengan entri saya ini sila LIKE dan SHARE.

Terima kasih kerana membaca.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!



No comments:

Post a Comment