Pages

Monday, July 7, 2014

7 PERKARA MEMBATALKAN WUDHU'

Bismillahirohmanirohim

Seperti biasa pada hari ahad 2 minggu sekali kami Muslimah Al-Mustaqim akan disajikan kuliah pagi oleh Ustazah Syarifah.

Alhamdulillah pagi ini, pagi 6 hb July 2014 kami sekali lagi berkumpul di Surau Al-Mustaqim untuk mengikuti Kuliah pagi. Tajuk kuliah pagi ini sambungan dari kuliah lepas sebelum bulan puasa itu hari iaitu WUDHU'.

Ingat lagi tak entri saya yang lalu. 5 TIPS ELAKKAN BERBORAK SEMASA MENGAMBIL WUDHU'. Sekiranya anda belum pernah baca entri saya sebelum ini sudi-sudikanlah ke link tersebut dengan klik di perkataan.

Kali ini ustazah mengupas dengan lebih mendalam lagi tentang wudhu'. Banyak lagi yang kita tak tahu rupanya tentang whudu' ini. Nampak saja ringkas wudhu' je kan.

Hal-hal yang makruh dalam wudhu'

1. Berwudhu di tempat yang mengandungi najis.

kalau ambil wudhu' di dalam bilik air boleh tak? persoalan.
Ustazah menjawab dibolehkan wudhu' sekiranya persekitaran bilik air itu bersih dan tiada najis yang bersepah.

Sekiranya jelas ada najis di keliling tempat mengambil wudhu' itu yang dimakruhkan. Ditakuti najis akan terpercik ke tubuh badan kita semasa mengambil wudhu'.

2. Membasuh dan mengusap anggota wudhu' lebih dari 3 kali.

3. Boros dalam menggunakan air. Diriwayatkan Rasulullah mengambil wudhu' hanya menggunakan 1 bekas air sahaja.

Ustazah pernah menyarankan perlahankan air pili semasa mengambil wudhu' kecuali semasa membasuh kaki. Kerana dibahagian kaki terdapat lebih kotoran berbanding anggota lain.


jangan boros dengan air semasa mengambil wudhu'
4. Lelaki tidak boleh menggunakan air baki whudu' wanita.

5. Makruh mendahulukan kaki kiri.

6. Mengelap air wudhu'. Mengambil wudhu' secara mengelap contohnya mengambil kain basah lap di anggota whudu' tanpa mengalirkan air. hukumnya makruh.

7. Mengambil wudhu' di muka secara memukul-mukul muka.

8. Meminta orang lain mengambilkan wudhu'. Aiks ngengada lah orang macam ini. Tapi dimaafkan sekira dalam keadaan uzur dan tidak berupaya untuk ambil wudhu' sendiri.

9. berkumur-kumurnya secara berlebihan terutamanya pada bulan puasa ini. Ditakuti tertelan pula air tu. batal puasa nanti.

Syarat Wajib Berwudhu'

1. Berakal.
Bagi kanak-kanak tidak wajib berwudhu'. Perlu ditekankan wajibnya solat. Namun begitu adalah lebih baik melatih mereka berwudhu'.  

2. Baligh.

3. Berada dalam keadaan berhadas.

4. Tidak berlaku perkara membatalkan wudhu' contohnya haid dan nifas.

5. Mampu menggunakan air untuk wudhu' contohnya sekira cedera parah yang menyukarkan untuk mengambil wudhu' tidak diwajibkan. Cukuplah sekadar bertayamum.

Selain itu sekiranya ada sedikit saja air hanya cukup-cukup untuk minum sahaja tidak diwajibkan wudhu'.

Syarat Sah Wudhu'

1. Mengalir air yang suci ke seluruh anggota wudhu' iaitu muka, kedua tangan hingga ke siku, sedikit bahagian kepala dan kedua kaki hingga buku lali.

2.  Menghilangkan apa-apa yang menghalang air sampai ke anggota wudhu' contohnya cat, minyak, gris dan lemak.

3. Tidak ada perkara yang menghalang perkara yang membatalkan wudhu' contohnya haid dan nifas.

Perkara Membatalkan Wudhu'

1. Keluar sesuatu daripada dubur dan qubul contohnya air kencing, mani.

2. Tidur

  • Tidur terlentang walau selelap sekalipun tetap batal wudhu'
  • Tidur bersandar. Sekiranya tidur bersandar yang sangat lama terbatal wudhu'nya.
Bagaimana tidur yang tidak membatalkan wudhu'
  • Tidur duduk yang dalam keadaan punggung tetap dan tidak beralih-alih punggungnya.
  • Tidur yang masih menjaga posisi kita untuk bersedia solat nanti.
3. Pengsan/ Pitam batal wudhu'nya

4. Tidur dalam solat.

Ada 3 pendapat yang berbeza mengikut mazhab:
  • Imam Al-Shafie - tidur dalam solat batal wudhu'nya.
  • Imam Hanafi - tidur dalam solat tidak batal wudhu'nya.
  • Imam Ahmad - tidur dalam solat batal wudhu'nya.
Kita di Malaysia berpegang kepada mazhab Imam Al-Shafie. Maka batal wudhu'nya sekiranya tertidur dalam solat. Jadi, automatik solatnya juga batal.

5. Murtad

Ustazah memberi contoh seseorang yang mempercayai sihir juga dikira tergolong dalam golongan yang tidak mempercayai Allah. Maka, terbatallah wudhu'nya sekiranya mereka melakukannya dalam keadaan berwudhu'.

6. Individu yang menyentuh kemaluan kecuali kemaluan haiwan, maka terbatallah wudhu'nya termasuk menyentuh kemaluan anak kecil yang ingin di bersihkan najisnya. 

Begitu juga terbatal wudhu'nya sekiranya menyentuh kemaluan ibu atau bapa yang dijagainya.

7. Menyentuh sama ada suami atau isteri.

Perkara Yang Tidak Membatalkan Wudhu'

1. Ada sesetengah mazhab menyentuh suami atau isteri tidak batal wudhu'nya berlandaskan hadis yang diriwayatkan.

" Nabi pernah mencium dahi Aishah isterinya lalu terus solat "

Dalam mazhab Shafie menyentuh suami dan isteri adalah terbatal wudhu'nya. Namun kalau nak diikutkan hadis lebih kuat berbanding mazhab-mazhab lain.


gambar hiasan

2. Was-was dalam wudhu'. Usah dilayan was-was itu kerana was-was adalah antara bisikan syaitan.

3. Keluarnya darah dari anggota yang lain selain darah haid dan nifas.

4. Muntah.

5. Menyentuh mahram yang tidak boleh dikahwini.
  • Ustazah beritahu tersentuh suami ibu saudara kita terbatal wudhu' kerana suami ibu saudara kita boleh dikahwini kecuali rambut, kuku dan gigi.
  • Tidak batal wudhu' bila menyentuh lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.
  • Tidak batal wudhu' juga sekiranya menyentuh kanak-kanak belum baligh.
  • Bagi khunsa iaitu individu yang mempunyai dua 'alat' tidak batal wudhu' sekiranya tersentuh sama ada lelaki atau perempuan. Namun sekiranya nalurinya berat kepada kewanitaan maka batal sekiranya tersentuh lelaki begitu juga sebaliknya.
Special Kes

Dalam kuliah pagi tadi ustazah juga ada membincangkan perkara bunyi yang terkeluar dari qubul wanita adakah membatalkan wudhu'?

Soalan ini sering bermain-main diminda saya kerana saya pun kadang kala mengalami perkara yang sama. Kadang-kadang sedang solat pun ada bunyi melalui qubul tersebut.

Kes ini akan dibincangkan dalam entri saya yang seterusnya....tungguuu!!!


Sekian untuk sedikit perkongsian kuliah pagi ahad hari ini.

Terima kasih kerana membaca.

Sekiranya anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.

Saya doakan anda dapat manfaatnya.







2 comments:

  1. Replies
    1. ye muntah tidak membatalkan wuduk seperti diterangkan di atas. Mohon rujuk tajuk setiap subtitle utk mengelakkan kekeliruan

      Delete