Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi kita akan menghadapi ramadhan Al-Mubaraq yang ditunggu-tunggu. Di mana ramadhan adalah penghulu segala bulan.
Sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi ramadhan? Ataupun demam raya dah bermula. Masa ini dah terfikir baju sedondon apa yang akan dipakai di pagi raya. Tudung blink blink kak Faridah belum beli lagi. Baju ropol smoke 'gegirl' mana nak cari. Langsir pun belum tempah lagi. Semua perkara yang menyerabutkan menjelangnya raya dah menerawang dalam kepala sebelum tiba puasa lagi. Saya tak cakap orang lain, sayalah macam tu.
Kita bukan maksum, tidak dinafikan sedikit sebanyak kita ingin meraikan hari raya nanti dengan meriah bukan? Beginilah, saya cadangkan memang patut pun persiapan di pagi raya seperti yang dinyatakan di atas seeloknya disiapkan sebelum tiba bulan ramadhan lagi. Tiap-tiap tahun saya buat persiapan raya anak sebelum ramadhan.
Dengan harapan kita tidak pening-pening lagi nak fikirkan dalam bulan ramadhan pula nanti. Jadi, pada bulan ramadhan kita boleh menumpukan perhatian kepada ibadah. Meriahkan Ramadhan dengan Ibadah 100%.
Tak ada lah kejadian nanti 2 minggu pertama saf-saf di surau dan masjid sangat penuh sehingga terpaksa solat di beranda masjid. Tapi bila 2 minggu terakhir saf-saf terawih tinggal 2 saf saja. sedihkan!
Ke mana mereka? Makcik Milah sedang buat kuih semprit malam ni. Makcik Temah pulak sedang menjahit langsir coklat. Yang lelaki pulak sedang sibuk membakar mercun...haaaaa!!!
Sedangkan 2 minggu terakhir atau 10 malam terakhir bulan Ramadhan itulah yng banyak fadhilatnya. Malam lailatul Qadar adalah jatuhnya pada bila-bila masa pada malam 10 Malam terakhir. Kenapa kita sia-siakan peluang keemasan ini. Markah extra kita dapat di akhirat kelak bila kita dapat manfaatkan malam Lailatul Qadar Insha allah.
PERSIAPAN RAMADHAN
PERSIAPAN DARI SUDUT ROHANI
1. Berdoa
Berdoa akan diberikan kesempatan berjumpa dengan Ramadhan pada tahun ini.
2. Bersyukur dan gembira
Bersyukur dan gembira dengan kedatangan Ramadhan supaya dapat memeriahkan ibadah bersama-sama jemaah.
3. Rancang Agenda
Merancang agenda dan bertekad untuk mengisi waktu sebulan dengan mengimarahkan ramadhan.
4. Persiapkan jiwa dan ruhiyah dengan menghadiri majlis Ilmu yang membahaskan tentang keutamaan, hukum dan hikmah berpuasa supaya secara mental kita bersiap siaga melaksanakan ketaatan bulan Ramadhan
5. Lembaran Baru
Bersedia membuka lembaran baru dengan hati yang bersih.
kredit :http://usrahkeluarga.blogspot.com
PERSIAPAN DARI SUDUT JASMANI
Amal ibadah di bulan Ramadhan akan terjejas sekiranya kesihatan kita terjejas. Kita wajib memastikan kesihatan jasmani supaya kita dapat beribadah dengan sempurna.
1. Jangan Tamak Makanan
Orang kata bulan puasa inilah waktu yang terbaik menguji nafsu kita. Bila lapar semua kita nak kan!
Orang kata bulan puasa inilah waktu yang terbaik menguji nafsu kita. Bila lapar semua kita nak kan!
Bila singgah pasar ramadhan, dari hujung barat ke hujung timur semua nak di rembatnya. Sampaikan kedua-dua tangan tak cukup nak bawa kuih muih.
Elakkan perasaan tamak dengan makanan.
Bulan puasa inilah masa untuk melatih nafsu kita. Syaitan telah dibelenggu, jangan salahkan syaitan tetapi nafsu yang telah sebati dalam jiwa kita yang menentukan ketamakkan kita.
Beri sedikit ruang rehat dalam sistem badan dalam masa sebulan ini untuk overhaul semula sistem badan kita yang setahun tidak berhenti bekerja. Kereta pun kena overhaul. kena tukar minyak hitam setiap bulan. Inikan pula sistem badan kita. Berpada-pada dan bersederhana dalam membuat persiapan berbuka puasa.
dari hujung sana ke hujung sini nak di rembatnya
2. Masak sendiri
Adalah lebih baik persiapan berbuka puasa disediakan sendiri di rumah. Disamping terjamin kebersihan dan kehalalannya (sudah tentu kita cari yang halal), pembaziran juga dapat dielakkan. Pernah diriwayatkan, Rasulullah hanya berbuka dengan 2 biji kurma. |
3. Amalan minum air secukupnya
Dijangkakan rakyat Malaysia akan menghadapi puasa dengan cuaca yang agak panas.
Bagaimana hendak memastikan tubuh kita tidak dehadrasi semasa bulan puasa nanti.
Sila klik ke 9 LANGKAH MINUM 3 LITER AIR DI BULAN PUASA. Semoga anda dapat manfaatnya.
4. Awalkan berbuka dan Lewatkan bersahur
Saya perhatikan ramai dikalangan kita suka bersahur lewat malam. Terutamanya para penggemar bola. Sambil menonton WORLD CUP yang berlangsung sekarang, sambil-sambil mengunyah kononnya untuk bersahur.
Bukan tak boleh, tapi tak dapatlah pahala sunat. Umat Islam disunatkan melewatkan waktu bersahur dan awalkan waktu berbuka.
Kenapa?
Amalan melewatkan bersahur adalah sunnah rasulullah. Dari segi islamnya, kita dapat banyak pahala sunat kerana mengikuti amalan sunnah rasulullah. Dari segi saintifiknya kenapa kita perlu melewatkan bersahur sehingga sebelumnya masuk waktu subuh kerana bersahur ini menyamai bersarapan pagi.
Apa kepentingan bersarapan pagi? Kajian menentukan makanan paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi.
BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.
Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yg tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis. Kajian sama juga menunjukkan, mereka yg sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yg jarang bersarapan pagi.
Yang menjadi bertambah kronik apabila kanak-kanak yg berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yg kecil.
Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dlm darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan pd pelajaran.
Satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yg tidak bersarapan pagi menanggung risiko 2x ganda mengalami kekurangan zat besi dlm darah.
Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.
Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudharatan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu.
Lebih daripada itu, bersahur juga dikira sebagai suatu ibadah kerana ia merupakan sunnah, dan waktu bersahur juga merupakan masa yang dipenuhi keberkatan.
kredit kepada http://kongsibersama07.blogspot.com

5. Pemakanan Suppliment menambah kecergasan
Lumrah bila tiba bulan puasa sahaja ramai yang letih, lesu dan kurang bermaya. Kesannya yang bekerja dipejabat berkurangnya prestasi kerja. yang bekerja di kebun. baru mencangkul 1 batas dah rasa nak pitam.
Belum lagi bila tiba musim puasa masa itu juga musim Gastrik berleluasa. Tak pasal-pasal banyak hari kena hutang puasa. Kan susah kena ganti puasa. Kalau larat ganti. Habis tu kalau memanjang gastrik, tak sudah-sudah bertahun-tahun nak kena ganti puasa dan bayar fidyah.
Pengalaman saya sendiri, tahun lepas saya melahirkan anak pada bulan puasa dan perlu menggantikan puasa sebanyak 26 hari pada tahun ini. Alhamdulillah, walaupun saya menyusukan baby saya. Tidak menjadi penghalang atau alasan kelesuan untuk berpuasa ganti. Malah saya masih bertenaga untuk menjalankan tugasan harian saya sehingga waktu berbuka. Rahsianya apa?
Jeng! Jeng! Jeng!
Ini dia. Dah tak jadi rahsia lagi. Segala telah terbongkar.
Performance Drink
- Meningkatkan daya ketahanan.
- Mencegah penghidratan terutama musim panas melampau.
- Mengekalkan tahap glukosa dalam darah untuk stamina dan tenaga yang berterusan.
- Membekalkan tenaga yang maksimum sepanjang hari.
- Membekalkan tenaga segera.
- Meningkatkan sistem imunasi.
- Mencegah Migrain dan Insomnia.
- Milk booster kepada ibu mengandung.
- Mengelakkan gejala gastrik kerana ia mengenyangkan.
- Membantu dalam pembinaan sel baru dalam tubuh.
Mealshake
- Sumber 24 vitamin dan mineral sebagai nutrisi lengkap.
- Membekal nutrisi kepada tubuh.
- Agen antioksida.
- Sesuai diminum oleh ibu mengandung, pesakit athma dan demam.
- Membantu masalah sembelit dan obesiti.
Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian saya ini.
"Di Bulan Yang Mulia Ramadhan Al-Mubaraq ini saya mengambil kesempatan ingin memohon maaf atas kekhilafan saya sepanjang berblog ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi memori indah buat kita semua. Salam Ramadhan"
Salam sayang,
~Hafizah dan famili.
Sekira anda suka entri ini sila LIKE dan SHARE.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:-
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
No comments:
Post a Comment