Friday, March 31, 2023

5 Idea Menu Simple Sahur Sihat

 



Hai Asssalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan anda dikurniakan limpahan rahmah dan keberkatan.

Diam tak diam dah masuk minggu ke 2 kita berpuasa. Bagaimana pengalaman puasa anda kali ini? Sama saja ke dengan tahun-tahun sebelum ini?

Anda mungkin ada pengalaman indah nak dikongsikan saat anda mula berpuasa, zaman remaja dan sehingga usia kini.

Begitu juga dengan pengalaman sahur anda. Sekiranya waktu kecil-kecil dahulu saat yang paling malas sekali bila mak kejutkan bangun sahur. Nasi dah terhidang panas-panas tapi mata pun susah nak buka. Lagikan pula mulut nak jamah makanan. Tambahan lagi bila nak makan seawal jam 4 pagi sungguh tidak menyelerakan.

Apa Itu sahur?

Sahur merupakan perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum terbit fajar dan berniat untuk berpuasa. Fungsinya seperti kita bersarapan pagi di bulan-bulan selain bulan puasa. Bezanya sahur disarankan untuk dapat pahala yang besar dan keberkatan dari Allah. makan pun dapat pahala. Mudahnya Islam.

Memilih makanan yang berkhasiat dan sihat semasa bersahur memainkan peranan membantu kita mengurangkan rasa cepat lapar dan rasa terlalu lapar sepanjang berpuasa selama 14 jam waktu di Malaysia.

Kenapa Perlu Bersahur?

Sahur digalakkan bagi mereka yang berpuasa kerana ianya sunnah.
 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dah makan nasi bertambah pinggan, belum tengahari dah rasa lapar

Sapa pernah rasa begini?

Waktu sahur dah rasa makan dah banyak dah. Tapi disiang hari belum tengahari rasa lapar teramat sangat.

Biasakan jadi begini. Dulu Kak Fieza pun selalu begini.

Kak Fieza ada kupas kenapa kita jadi cepat lapar bila kita sahur nasi. Jemput baca >> Kenapa Sahur Makan Nasi Cepat lapar

 

Gizi Seimbang Menu Sahur

Di sini Kak Fieza nak kongsikan beberapa cadangan Makanan yang perlu ada dalam setiap Menu Sahur anda setiap hari.

#1 : Lebihkan Makanan Tinggi Protein

Protein adalah sumber makanan yang penting untuk bina sel dan kekalkan otot. Protein juga membantu rasa kenyang lebih lama dan kekalkan tenaga sepanjang hari. Protein bantu anda menahan lapar secara berlebihan kerana proses penghadaman protein adalah lebih perlahan berbanding karbohidrat.

Sumber-sumber khasiat protein boleh didapati dari:

  • telur
  • ikan 
  • ayam
  • daging
  • susu
  • tauhu
  • tempe
  • kekacang  

#2 :  Ambil Karbohirat Kompleks

Anda biasa sahur dengan nasi. Kalau tak selera nasi anda makan roti. Tak berapa minit kemudian anda dah rasa lapar. Tak sampai tengahari lagi perut anda dah bernyanyi-nyanyi. 

Ini kerana nasi dan roti adalah karbohidrat ringkas yang mengandungi Glisemik Indeks (GI) yang tinggi. Makanan GI tinggi mengakibatkan anda cepat lapar. Ini kerana makanan yang mengandungi GI tinggi serap tenaga dengan cepat ke dalam badan mengakibatkan anda cepat berasa lapar. Bila lapar anda akan rasa cepat letih berbanding anda ambil makanan berkarbohidrat kompleks.

Karbohidrat Kompleks mengandungi serat yang tinggi dimana tenaga akan diserap secara perlahan dalam badan membantu anda berasa kenyang lebih lama.

Antara cadangan karbohidrat kompleks dari bijirin penuh yang anda boleh dapati dari:

  • Roti gandum penuh
  • Bagel bijirin penuh
  • Roti Naan bijirin penuh
  • Oatmeal
  • Quinoa
  • Barli
#3 : Ambil Lemak Sihat
 
Orang kata tak bagus ambik lemak dalam menu makanan. Tapi lemak sihat adalah sumber penting dalam diet makanan seimbang. Lemak sihat juga membantu anda berasa kenyang. Asid lemak sihat jugak membantu hapuskan asid lemak jahat.
 
Antara cadangan lemak sihat yang boleh anda ambil semasa sahur:
  • Avakado
  • Mentega kacang
  • Kacang dan bijian
  • Biji rami tanah
  • Biji rami
#4 : Ambil Sayuran, buah dan serat

Sayuran dan buahan adalah makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin. Ia juga mengandungi serat yang baik untuk sistem penghadaman dan mengelakkan risiko sembelit. Pengambilan buahan juga membantu anda kekalkan hidrasi kerana kandungan air dalam buahan yang amat tinggi berbanding minum air kosong.

Antara cadangan sayur dan buahan yang anda boleh ambil semasa sahur:
  • Tembikai
  • Strawberi
  • Pic
  • Oren
  • Tomato
  • Salad
  • Bayam
  • Saderi
#5 : Ambil air yang cukup


Tips mencukupkan minum 8 gelas air semasa bulan puasa

Dalam bulan puasa tidak ada alasan untuk tidak cukupkan pengambilan air sehari. Sekurang-kurangnya sehari anda disarankan ambil 8 gelas air termasuk semasa berpuasa. Pengambilan air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi amat bahaya impaknya terutamanya bila kita terdedah kepada panas melampau. Dehidrasi boleh mengakibatkan strok haba yang boleh membawa maut.
 
Sebab itu nak atau tak nak anda perlu mencukupkan pengambilan air walaupun dalam keadaan berpuasa. 
 
Photo di atas Kak Fieza kongsikan tips cukupkan minum air at least 8 gelas air semasa bulan puasa.
 
5 Idea Menu Simple Sahur Sihat
 
Bila waktu sahur tu ada yang tak selera makan. Maklumlah baru bangun nak makan terkulat-kulat jadinya. Di sini Kak Fieza nak share 5 idea menu simple sahur sihat yang boleh diamalkan sepanjang bulan puasa ini. Insya Allah anda akan suka untuk bangun sahur sekiranya ada menu sihat yang simple, mudah disediakan dan ringkas. Walaupun tinggal 15 min nak imsak pun sempat nak bersahur.
 
#1 : Bersahur dengan Kurma/Tamar
 

 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik makanan ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2345. Shahih Ibnu Hibban, no. 3475. Dinilai sahih oleh Ibnu Hibban, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)
 
Kurma ini baik diambil semasa sahur kerana kurma mengandungi tinggi serat, rendah garam,anti-oksidan tinggi, bekalan glukosa, tinggi potassium dan zat besi.
 
 

 #2 : Overnight Oat
 

 Sedapnya tengok overnight oat ni.
 
Bahan-bahan utama yang diperlukan:

• 4-5 sudu rolled oat
• Susu low fat/ full cream/ ESP/ Cinch Shake
• Buah Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak. Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun boleh.

Bahan-bahan tambahan (optional):

• yogurt
• madu
• chia seed/ flaxseed
• kekacang
• peanut butter
• serbuk kayu manis
• serbuk koko 
 
Kepada mereka yang tak selera makan sahur, boleh cuba overnight oat untuk menu sahur anda. Pasti lazat.

#3 : Omelette Telur


Telur adalah salah satu hidangan ringkas paling lazat seantero dunia. Malah telur juga mengandungi khasiat vitamin A, B5, B12, B2, folat, fosfor, kalsium, selenium dan zink.

Salah satu idea menu simple sahur sihat yang boleh anda cuba dengan menghidangkan Omelette Telur. Nak sediakan pun mudah, simple dan ringkas. 10 minit boleh siap.

Cara buat Omelette Telur

Bahan-bahan
3 biji telur, pukul
1 sk garam
4 sudu minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincangkan
1 biji bawang besar/bawang holland, cincang halus
sedikit cendawan
sedikit brokoli, cincangkan
1 tangkai daun bawang, hiris halus

Cara-caranya
Pukulkan telur dengan garam. asingkan.
Tumiskan bawang putih dengan minyak zaitun dan masukkan bawang besar/bawang holland.
Setelah layu, masukkan cendawan, daun bawang dan sedikit garam. 
Kacau hingga masak dan angkat.
Panaskan baki minyak zaitun dan masukkan telur hingga setengah masak.
Masukkan bahan intinya atas telur.
Siap. Boleh hidangkan ikut selera masing-masing.
 
Kalau malas nak buat omelette, boleh je buat telur dadar bawang makan dengan nasi panas...yummy.

#4 : Wholemeal Chicken Wrap


Wholemeal Chicken Wrap ni adalah kegemaran kami sekeluarga. Boleh juga jadikan hidangan simple menu sahur yang sihat.

Intinya anda boleh pelbagaikan. Selain dari ayam anda juga boleh gunakan daging panggang. Salutkan dengan salad, tomato, capsicum dan boleh juga letak avocado.

Hidangan yang lazat dan penuh dengan nutrisi.

#5 : Soy Protein Powder Shaklee

Anda juga boleh cuba bersahur dengan soy protein powder Shaklee. Shakekan sahaja Soy Protein Shaklee , 5 saat sahaja anda telah terhidang dengan khasiat lengkap untuk sahur anda.

Selama 2 minggu berpuasa pada tahun ini Kak Fieza belum pernah menjamah juadah lain selain Soy Protein Powder Shaklee Shake ini dan juga kurma. Alhamdulillah, walaupun tak makan nasi atau juadah berat lain, Kak Fieza kekal bertenaga sepanjang hari, tahan kenyang, tak lesu, kurang rasa mengantuk. Sampai waktu berbuka pun tak rasa lapar sangat.


Soy Protein Powder Shaklee ini memenuhi semua keseluruhan keperluan gizi seimbang yang dinyatakan.

Istimewanya Soy Protein Powder Shaklee ini memenuhi keperluan gizi seimbang sahur yang saya nyatakan di atas tadi,
 
Ia mengandungi:
  • Campuran protein proprietari dan tambahan leusina.
  • Tinggi protein.
  • ada 20 jenis vitamin dan mineral.
  • Tinggi serat untuk penghadaman.
  • Untuk kenyang lebih lama dan berfungsi sebagai meal replacement.
  • Rendah Indeks Glisemik.
  • Tinggi Kalsium.
  • Ada perisa Chocolate, Vanilla dan Caffe Latte.
  • Tanpa perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tambahan.
 
 
 

Untuk kesan yang lebih baik anda disarankan ambil Set Puasa Shaklee yang mengandungi nutrisi lengkap gizi seimbang bersahur anda.
 
Set Puasa Shaklee Untuk Dewasa
 

 
 
Anak-anak pula boleh cuba Set Puasa Untuk Si Manja Shaklee
 


 
Kisah benar pengamal Set Puasa Shaklee

Di sini Kak Fieza sharekan beberapa kisah mereka yang amalkan Set Puasa Shaklee.
 
 
Sekeluarga happy berpuasa

 
Bantu ibu yang berkerja

 
Tak rasa pedih ulu hati lagi sewaktu berpuasa
 
 
Breasfeeding Mom bertenaga berpuasa
 
 
Cergas walaupun ibu sibuk seharian semasa berpuasa
 
 
Tahan berpuasa walaupun hamil
 
 
Anak kekal cergas berpuasa
 

     

Untuk dapatkan Set Puasa anda dengan harga lebih istimewa hubungi saya segera


Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

 

5 comments:

  1. Masya Allah. Boleh follow n apply kat keluarga ni. Tq, tq🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  2. Boleh sangat faridah. kami sekeluarga mmg amalkan soy protein cinch shake ini sepanjang bulak ramadhan ni

    ReplyDelete
  3. Wahh terima kasih perkongsian sis. Sedapnye menu sihat sahur tu.

    ReplyDelete
  4. chicken wrap tu fav anak2 i, senang nak prepare kan

    ReplyDelete
  5. Fiela pun amal cinch utk sahur! 😀 menu2 ni leh try utk anak.

    ReplyDelete