Saya doakan anda dalam keadaan sihat dan sejahtera. Semalam ada sorang sahabat tanya resepi asam pedas saya. Ok saya share kat sini.
Bumbu Asam Pedas
Bawang besar sebiji (bawang kecik lagi bagus-dalam 6 ulas)
Bawang putih 4 ulas
Halia 2 inci
Kunyit hidup 1/2 inci
Jintan putih sesudu besar
ketumbar sesudu besar
Lada diblender (ambik lada dalam 4 sudu)
Asam jawa adabi
Ikan Talapia
Cara-caranya
Tumbuk kesemuanya, mulakan dengan tumbuk jintan n ketumbar dulu sebab nak lumatkan. Kalau nak pekatkan kuah asam jawa tu boleh tumbuk buah keras sikit. Kemudian tumbuk halia dan kunyit. Baru tumbuk bawang n bawang putih.
Tumiskan bumbu dlm periuk yg telah dipanaskan minyaknya. Masak bumbu hingga naik baunya (dlm 10 minit).
Kalau bumbu agak garing bubuh air sedikit.
Kemudian bubuh air agak2 cukup untuk ikan yang kita nak masak.
Tunggu mendidih air bumbu tu.
Baru masukkan ikan talapia kita ( dilarang masukkan ikan sebelum air mendidih. Akan mengakibatkan asam pedas anda hanyir nanti).
Tak perlu masak terlalu lama.
Masukkan garam secukup rasa.
Renihkan ikan dalam air asam tu agak2 dlm 10 minit.
Masukkan asam jawa.
Tambah gula sedikit.
Renihkan semula dlm 5 minit lagi.
Dah siapppp!!!..yum yummmm....ready to eat.
Asam Pedas Resepi Famili disukai ramai |
Saya ikut petua mak saya. Nak menentukan kesedapan masakan kita adalah keseimbangan garam, asam dan gulanya. Yang ni saya pakai campak2 je. Tak de sukatan. Pandai hang la noooo...
Asam pedas ini sesuai juga untuk sebarang jenis ikan. Ikan kerisi boleh, pari boleh, kembung, ikan uji rashid pun boleh.....
Selamat mencuba~
Sekira anda rasa resepi ini boleh dimanfaatkan oleh orang lain sila SHARE dan LIKE ok!
Semoga ramai yang dapat makan sedap tengah hari ni.
#asampedasmuo #asampedas #anakjatimuo
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete