Pages

Sunday, July 16, 2023

Kerja Dari Rumah, Best Atau Sebaliknya?

 


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan dan berbahagia selalu.

Kalau anda perasan, 20 tahun yang lalu jarang sekali individu yang boleh bekerja dari rumah. Kalau namanya bekerja dan nak dapat income pasti kena keluar dari rumah dan berurusan secara bersemuka kebanyakkannya.

Segelintir saja yang mula menjinakkan diri bekerja dari rumah. Namun begitu hakikatnya tidaklah semudah bekerja dari rumah 20 tahun dahulu berbanding dengan sekarang.

Ini disebabkan oleh kekangan capaian internet yang masih terbatas. Bayangkan 20 tahun dulu anda nak capai access internet perlu Dail-up dahulu. Yang paling kelakar bunyi dail-up internet macam cengkerik. Belum lagi tiba-tiba terputus hubungan bila ada calling telefon sebab cable dail-up berkongsi dengan talian telefon. Begitulah teknologi dahulu jauh beza dengan sekarang.

Namun hari berganti hari, tahun berganti tahun, abad berganti abad. Teknologi juga telah mengalami transformasi yang drastik. Lebih-lebih lagi selepas peristiwa diserang Virus Covid 19 pada tahun 2019 satu dunia. 

Seluruh dunia telah mengubah gaya hidup terutamanya urusan seharian. Kebanyakkan dibuat secara ONLINE dari rumah.

Dulu Kak Fieza memang teringin sangat KERJA DARI RUMAH. Lebih-lebih lagi bila terpaksa berulang alik dari rumah 30KM pergi dan 30KM balik. Masa banyak dihabiskan di luar rumah.

Hinggakan pada tahun 2019 kita dikejutkan dengan Pandemik Covid 19. Waktu itulah seluruh dunia berpeluang bekerja dari rumah.

Pada pandangan Kak Fieza ada banyak kelebihan bekerja dari rumah. Namun begitu ada banyak cabaran bekerja dari rumah ini.

Mari Kak Fieza kongsikan kelebihan KERJA DARI RUMAH.

5 Kelebihan Bekerja Dari Rumah

#1 Banyak Masa Bersama Keluarga

Apabila bekerja dari rumah, masa berada di dalam rumah menjadi lebih panjang. Jika sebelum ini, waktu bersama keluarga hanya di hujung minggu, kini sudah pasti setiap masa anda dapat bersama dengan keluarga.

Jika sebelum ini tiada masa untuk makan bersama, waktu makanpagi, tengah hari, malam dapat dinikmati bersama keluarga. Bukankah itu waktu paling menyeronokkan kerana sudah lama kita tidak berpeluang melakukannya bersama-sama.

#2 Masa Beribadah Lebih Lama

Percaya atau tidak, sewaktu kerja di pejabat kita tiada masa untuk menunaikan solat dhuha, mengaji setiap kali lepas solat. Namun, apabila bekerja dari rumah kita boleh menambah amal ibadah kita dengan lebih lama. Inilah peluang yang wajib direbut oleh semua orang supaya kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta dan Maha Memberi Rezeki iaitu Allah swt.

#3 Melihat Perkembangan Anak-Anak

Bekerja dari rumah dapat membantu melihat perkembangan anak-anak di depan mata. Jika sebelum ini banyak kenangan-kenangan pembesaran anak kita terlepas, Allah izinkan dengan hikmah covid, kita dapat melihat dengan mata sendiri apa yang anak lakukan didepan mata.

Melihat tumbesaran anak-anak dari kecil merupakan dambaan setiap ibu bapa, namun kekangan waktu bekerja menghalang kita dari melaluinya. Apabila ada masa kita dapat bekerja dari rumah dan dapat melihat perkembangan anak-anak, bukankah itu satu nikmat yang paling best?

#4 Meningkatkan Skill Masakan

Jika sebelum ini anda tidak sempat untuk masak, apabila bekerja dari rumah dapat memberi peluang kepada anda untuk meneroka pelbagai jenis masakan. Jika anda tidak pandai memasak, sudah pasti selepas ini menjadikan anda seorang chef yang berjaya untuk keluarga.

#5 Jana Extra Income

Bekerja dari rumah membuka peluang kepada anda untuk menceburi bidang baru iaitu dengan membuat bisnes dari rumah. Pelbagai peluang bisnes dari rumah boleh dilakukan seperti menjual produk makanan, kosmetik, tudung, perkhidmatan membuat blog, menjual suplemen dan pelbagai lagi. 

Ia membantu anda meningkatkan kewangan keluarga dan memberi perspektif baru menjadi seorang usahawan.

Baca >> Peluang Jana Extra Income Secara ONLINE


4 Cabaran Kerja Dari Rumah

Namun Hakikatnya anda menghadapi banyak cabaran apabila bekerja dari rumah.

1) Tidak boleh fokus dan kurang konsentrasi


Memang seronok bila kita dapat bekerja dari rumah. Namun, cabarannya bila konsentrasi bekerja kita sering terganggu bila ada saja hal peribadi yang hendak diuruskan.

Waktu nak mulakan kerja ternampak kain baju belum dilipat. Baru nak hadap komputer anak menangis minta susu. Begitulah hakikatnya.

2) Tidak Disiplin Masa 

Masa adalah cabaran yang paling getir kepada individu yang bekerja dari rumah. Kadang-kala kita akan mencuri masa bekerja kita untuk perkara peribadi kita. Tambahan lagi dengan persekitaran yang berbeza dengan persekitaran pejabat.

Justeru itu, kepada anda yang tegar ingin bekerja dari rumah perlu melatih diri anda dengan DISIPLIN MASA.



Setiap hari anda perlu merancang apa yang anda nak lakukan pada hari itu. Tulis TO-DO-LIST supaya anda tidak terlepas dengan tugasan harian anda yang sepatutnya.

Tandakan setiap kali anda telah selesai melakukan satu-satu senarai tugasan anda. Sekiranya ada yang belum selesai anda bawa ke hari esok.

Ingat! letakkan tugasan mengikut prioriti.

Kak Fieza sendiri walaupun bekerja di pejabat tetap melakukan rutin menulis TO-DO-LIST untuk tugasan harian untuk pastikan kita tidak terlepas pandang dengan tugasan yang diberikan.

3) Persekitaran Yang Kurang Selesa

Persekitaran rumah yang kurang selesa juga mengganggu tugasan kerja anda. Contohnya anda tiada ruangan kerja khas. Di situlah tempat makan, di situ lah tempat menonton televisyen dan di situ juga tempat anda bekerja. Ini akan mengganggu konsentrasi anda juga.

4) Komunikasi Yang Kurang Berkesan

Tidak dinafikan bekerja dari rumah menjimatkan masa. Tidak perlu kepejabatan menghabiskan waktu dijalanan. Kos pengangkutan juga berkurang. Namun begitu, ada ketikanya sesuatu maklumat itu tidak dapat disampaikan dengan baik bila dilakukan secara ONLINE. Kak Fieza sendiri lebih senang bila nak menyampai sesuatu maklumat secara bersemuka berbanding ONLINE.

Namun begitu sama ada anda bekerja dari rumah atau anda bekerja dari pejabat sekalipun yang penting NIAT anda. NIAT anda bekerja kerana apa? Andai NIAT anda adalah ke arah kebaikan dan kerana ALLAH, Insya Allah anda akan dipermudahkan urusan olehNya.

Kak Fieza doakan anda semua dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.


DUNIA UNTUK DIURUS, BUKAN UNTUK DIRUNSINGKAN.



Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan


-----------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 

 HAFIZAH : 019-2118757




2 comments:

  1. Memang best kalau bekerja dari rumah ni, time fleksibel. Masa utk family pun banyak

    ReplyDelete