Pages

Tuesday, May 9, 2023

Hari Raya Open House Acara Yang Paling Menyeronokkan

 

Setelah sebulan berpuasa, hari yang dinanti-nantikan adalah Hari Raya. Setiap individu ada pelbagai cara untuk meraikan Hari Raya.

Namun hari raya yang penuh bermakna adalah apabila dapat berkumpul dengan sanak saudara. Bersembang beramah mesra dengan keluarga yang dah lama tak jumpa. Sambil-sambil itu dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan.



 

Rendang, ketupat, masak lodeh, kuah kacang dan kuih muih sudah semestinya menjadi juadah rasmi dipagi raya.

Beruntung hari raya tahun 2023 ini cuti panjang boleh bersama keluarga dikampung agak lama sedikit.

Balik dari kampung disambung pula dengan kemeriahan berhari raya di bandar. Sekiranya di kampung terkenal dengan budaya Marhaban dari rumah ke rumah seluruh kampung, namun di bandar terkenal dengan budaya Hari Raya Open House adalah acara yang paling dinantikan oleh warga kota.

Beza Marhaban Raya Vs Hari Raya Open House

Marhaban adalah salah satu cara masyarakat di kampung mengunjungi jiran tetangga sesama musim hari raya. Mereka akan membacakan selawat dengan pelbagai lagu sejurus selepas tuan rumah mempelawa masuk. Selesai marhaban pengunjung akan dijemput makan juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

Manakala, Hari Raya Open House pula dibuat kepada mereka yang nak menjamu rakan taulan, jiran tetangga, saudara mara. Kehadiran tetamu atas jemputan tuan rumah. Acara utamanya adalah makan-makan saja. Tiada acara membaca selawat.

Sambutan Hari Raya Open House Kak Fieza kali ini dimulai dengan Open Office. Seronok sangat dapat berhari raya dengan rakan-rakan office yang dianjurkan oleh syarikat tempat bekerja.


 

Sambutan kali ini dengan tema Balik Kampung. Pelbagai acara disediakan sepanjang sambutan Hari Raya Open House di tempat kerja Kak Fieza ini. Selain dari makan-makan pelbagai juadah raya, kami juga diraikan dengan permainan ala-ala kampung iaitu congkak, batu seremban, ceper, karoum membangkitkan nostalgia silam kita.

Sudah semestinya juadah rasmi setiap tahun tak miss iaitu kambing panggang.



 Ini pula adalah beberapa juadah lain yang sempat diambil gambar. 




 

Air bandong soda yang paling win. Sejuk tekak lalu bila suasana panas macam ni.


 Tengoklah meja kami penuh dengan juadah makanan

Hujung minggu Kak Fieza pula dipenuhi dengan jemputan Hari Raya Open House. Satu hari hingga 2-3 buah rumah. Sudah semestinya acara utama adalah makan-makan dan makan.


 Walaupun begitu banyak juadah makanan dihidangkan, harus diingat kita perlu mengawal pengambilan makanan kita juga.

Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, tapi banyakkan manis dalam senyuman.

Tubuh badan kita juga perlu dijaga supaya sihat sentiasa. Macam Kak Fieza, selepas makan makanan pelbagai di siang hari Kak Fieza akan pastikan konsisten makan supliment.

Kenapa ambil suppliment?


 





HARI RAYA DENGAN SHAKLEE buatkan Aidilfitri ada lebih bermakna. Bukan sahaja budaya HARI RAYA OPEN  HOUSE ini dapat mengeratkan silaturahim malah ianya memastikan badan kita lebih sihat.

 

Kak Fieza doakan anda dipermudahkan, sambutan AIDILFITRI anda lebih meriah dan bermakna lebih-lebih lagi dengan Shaklee. 


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

 

 

Living With Harmony With Nature

~falsafah Dr Forrest C Shaklee.

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.



#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan




 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

 

No comments:

Post a Comment