Hai! Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Terima kasih kerana anda sudi membaca entri blog Kak Fieza.
Badan bagai di pam-pam terutamanya waktu PKP 2020 yang lalu. mana taknya, 24 jam berada di rumah. Dapur pun dekat je dengan meja kerja. Mulut nak mengunyah je tak boleh control.
Tanpa disedari berat semakin bertambah. Naik berat mudah saja. Tapi nak turunkan berat 1kg sebulan pun susah. Sapa yang menghadapi situasi begini?
Ramaikan hadapi situasi begini. Tidak terkecuali yang menaip entri ini.
BISNES ONLINE semakin meningkat, berat badan juga ikut sama meningkat. Atas kesedaran berat semakin meningkat, spare tyre pun dah nampak sana sini. Makanya, Kak Fieza ambil inisiatif untuk turunkan berat badan.
Sekiranya anda google anda akan jumpa ada pelbagai cara nak menurunkan berat badan. Namun sejauh mana kaedah turunkan berat badan tersebut efektif untuk diri anda.
Di sini Kak Fieza nak share 3 cara mudah untuk KURUS DENGAN CEPAT.
3 CARA MUDAH UNTUK KURUS DENGAN CEPAT
#1 : Suku Suku Separuh
Kementerian Kesihatan Malaysia pernah melancarkan kempen Suku-suku separuh sebagai Pinggan Sihat Malaysia.
Suku Suku Separuh ialah panduan pengambilan hidangan tunggal dengan cara membahagikan pinggan anda seperti berikut:
- 1/4 pinggan karbohidrat - bijirin atau produk bijirin seperti nasi perang atau roti wholemeal.
- 1/4 pinggan protein - ikan atau ayam itik, daging atau telur
- 1/2 pinggan buahan dan sayuran
Dengan cara ini memaksa kita untuk kurangkan pengambilan makanan mengikut nafsu kita.
Saiz pinggan juga perlu diubah. Sekiranya anda selalu menggunakan pinggan besar dewasa, apa kata anda tukar saiz pinggan kecil untuk hidangan anda. Jangan tertipu dengan saiz pinggan anda. Pinggan yang besar memaksa anda untuk memenuhkan kapasiti pinggan besar anda. Secara tak langsung anda makan secara berlebihan tanpa disedari.
Jumlah makanan yang sama dengan saiz pinggan yang berbeza
#2 : Kurangkan Pengambilan Karbohidrat, Lebihkan Protein
Salah satu cara paling berkesan untuk kurus dengan cepat adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.
Kajian juga telah membuktikan, pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk kurus dengan cepat.
Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh kurangkan berat air dalam tubuh.
Tambahan lagi makanan yang tinggi karbohidrat mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang tinggi.
Makanan yang Indeks Glisemiknya tinggi adalah makanan yang cepat dicerna dan diserap ke dalam darah sehingga kadar gula dalam darah meningkat dengan cepat. Sebab gula ditukarkan kepada tenaga pantas dan cepat tenaga merudum. Jadi gula akan ditukar menjadi lemak pulak dalam hati.
Manakala, makanan yang Indeks Glisemiknya rendah akan dicerna dan diserap ke dalam darah lebih lambat. Jadi, peningkatan glukosa dan insulin terjadi secara perlahan-lahan. Jadi glukosa tersebut bertukar menjadi tenaga secara beransur-ansur.
Tambahan lagi makan Indeks Glisemik rendah seperti protein tanpa lemak adalah disarankan untuk menggalakkan anda berasa kenyang lebih lama dan kurang berasa lapar.
Untuk more info tentang Indeks Glisemik boleh klik link
👉👉👉 Apa itu Indeks Glisemik (GI)?
#3 : Berpuasa atau Intermittent Fasting (IF)
Cara yang paling berkesan untuk anda kurus dengan cepat adalah dengan berpuasa atau cara moden dan viral sekarang iaitu Intermittent Fasting (IF).
Apa beza Berpuasa dan Intermittent Fasting (IF)?
Berpuasa adalah anda tidak makan dan minum dalam jangka masa lebih kurang 14 jam sebelum waktu berbuka.
Intermittent Fasting (IF) pula adalah anda tidak makan dalam waktu tertentu tetapi anda boleh minum air kosong dalam jangka masa anda tidak makan tersebut. Anda dilarang mengambil sebarang makanan yang berkalori sepanjang anda dalam fasting window.
Jangka waktu IF yang terbaik dan santai disarankan adalah 16:8 iaitu 16 jam fasting window (berpuasa) dan 8 jam eating window (waktu makan). Ada juga mereka yang buat 12:12. Ada juga yang buat 14:10 mengikut keselesaan pengamal IF.
Pada pandangan Kak Fieza cara yang ke-3 ini adalah cara yang paling efektif dan santai untuk kurus dengan cepat. Lebih-lebih lagi sekiranya anda melakukan Intermittent Fasting (IF) dengan cara yang betul.
Untuk info lanjut tentang Intermittent Fasting anda dijemput klik link
👉👉👉 Kaedah Intermittent Fasting Yang Berkesan
Kaedah ini secara tak langsung mengurangkan pengambilan kalori setiap hari.
ini terbukti dengan Kak Fieza sendiri amalkan Intermittent Fasting. dalam masa 15 hari sahaja Alhamdulillah Kak Fieza turun berat sebanyak 2kg dan total inch loss sebanyak 22.4kg.
Hasil Intermittent Fasting ni tak sama antara individu lain. Ada yang turun berat banyak dan ada juga Inch loss banyak walaupun berat tak turun.
Tak sangka dalam masa hanya 15 hari Kak Fieza boleh turun 2kg dan total inch loss sebanyak 22.4 inch dengan IFLat. Syukur sangat. Sebelum ni susah sangat nak kurus.
Walaubagaimana pun ada yang mengadu dengan Kak Fieza dia buat Intermittent Fasting tapi hasilnya 1 bulan baru turun 1 kg, kenapa ye?
Intermittent Fasting Gaya IFLat
Anda akan kurus dengan cepat sekiranya anda tahu bagaiamana nak amalkan Intermittent Fasting dengan kaedah yang lebih efektif seperti IFLat.
Intermittent Fasting Gaya IFLat kaedahnya sama seperti Intermittent Fasting lain tetapi istimewanya Program iFLAT ini menggunakan Set Kurus Shaklee. Bukan sahaja kurus malah anda dapat sihat dan cantik.
Set Kurus Shaklee sangat membantu dalam menjayakan program Intermittent Fasting. Anda berupaya kurus dengan cepat dan sihat tanpa stress berbanding program diet lain.
Walaupun anda terpaksa berpuasa dalam waktu tertentu tetapi anda tidak stress. Stress pun tak baik untuk kesihatan.
Kenapa Nak Kurus Cepat Elok Berpuasa?
Rajah ini menjelaskan apa yang berlaku dalam badan bila anda berpuasa dan bagaimana ia membantu proses kurus dengan cepat badan anda.
Proses yang berlaku dalam badan anda sekiranya anda berpuasa
Namun begitu, Rasulullah telah beri garis panduan bagaimana nak dapatkan berat badan ideal, perut yang flat. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Tambahan lagi berpuasa adalah satu kaedah yang paling efektif untuk kurus dengan cepat. Islam telah beri jalan mudah untuk kurus. Tinggal praktikkan sahaja.
Dalam iFLat kami juga akan guide anda cara bakar lemak sendiri walaupun dalam keadaan tidur sekali pun. Kami gunakan 5 method:
- IF gaya iFlat
- Eksklusif Mealplan iFlat termasuk MENU SAHUR sihat untuk kurus cepat.
- Supplement Shaklee
- Exercise ringan
- Silibus IF Gaya iFlat yang eksklusif
Dalam IFLat kami juga menggunakan Set Kurus Shaklee dan ianya terbukti membantu TURUNKAN BERAT dan LEBIH SIHAT.
Set Kurus Shaklee terdiri daripada beberapa rangkaian produk Shaklee yang berupaya MEMBAKAR, MEMBINA dan DETOX.
Untuk info lanjut tentang SET KURUS SHAKLEE klik link
Kisah benar Kurus Dengan Cepat dengan iFLat
Kisah #1 : BEFORE AND AFTER iFlat
Sebelum ni, bukan main mencabar nak turun. Sekali sekarang, haa kejap je boleh reach hilang 12 kilo lepas buat iFlat tak sampai 2 bulan.
Sebelum tu bukan main, hampir setahun tu fight nak dapat hilang ke jumlah ni. Tapi sekarang dia enjoy dengan berat yang memang syok habis!
Syoknya tengok protege iFlat dapat result superb! Tak macam buat IF biasa. Sebab kami ajar cara berbeza untuk bakar lemak diorang sendiri walau masa tidur.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah # 2: Hilang 8KG DALAM MASA SEBULAN JOIN iFLAT
Stres duk ulang ulang diet, tapi tak menjadi pun. Frust menonggeng.
Tengok kawan yang ada kesan bila join iFlat, dia join sekali. Haa kan dah terturun 8kg dalam masa sebulan. Baju pun dari 2XL to XL.
Rupanya boleh, bila join iFlat. Rugi tak join dari awal kan. Duk pusing pusing tang lain. Ishkk.
Misi diteruskan untuk ke saiz M dan S. Best betul tengok protege iFlat ni pakat dapat result gempak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah # 3: 40KG LESAP
40 kilo ni maksudnya 4 kampit beras 10 kilo tu. Meriahhh berat dibuang kan. Dan ini semua perjuangan tau. Sampai sekarang berat dia maintain.
Kalau dulu, semasa berat 130 kilo, Kolestrol tinggi. Bacaan sampai 8. Punya lah bahaya. Darah tinggi pun dapat jugak sebagai “hadiah”untuk diri sendiri kesan dari berat 130 kg ni.
Dia pernah kena serangan minor stroke pada Julai 2022, pada umur 30tahun. Yang sangat menakutkan dia sebab sampai hampir collapse sepenuhnya.
Jalan sikit dah mencangkung sebab kaki takleh tampung berat. Setiap bulan MC, tak perform dalam pekerjaan. Mulut dan badan berbau walau dah mandi dan cuci gigi banyak kali.
Tapi selepas join detox dan iFlat, alhamdulillah, semuanya berubah.
Kolestrol sekarang hanya berada pada bacaan 4. Darah pun stabil sudah. Tak perlu lagi makan ubat.
Dah lama takde serangan strok yang sangat buat dia trauma. Bila berjalan, dah laju dari orang lain. Takde Mc langsung, bos pun makin sayanglah sebab makin perform dalam pekerjaan.
Mulut dan badan pon sudah tak berbau lagi. Diri sendiri tak rasa malu dan rendah diri sudah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda bagaimana?
Sempat lagi anda nak kurus sebelum tiba hari raya nanti dengan iFLat
Anda nak join iFlat?
Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT,
supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan
asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik
lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza
doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#ShakleeSeriKembangan
No comments:
Post a Comment