Hai Assalamualaikum sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan Allah limpahi kebahagiaan kepada anda semua.
Siapa time puasa sahur makan nasi? Lepas tu tengahari dah rasa lapar. Tak sampai petang badan dah lemah longlai? Nak tahu tak sebab apa?
Ini disebabkan makanan yang kita ambil tinggi GI (Indeks Glisemik)?
GI (Indeks Glisemik) tu apa?
GI atau nama penuhnya dikenali sebagai Indeks Glisemik merupakan tanda ukur berapa pantas badan anda menukarkan karbohidrat kepada gula supaya boleh serap ke dalam darah.
Skor ukuran GI :
GI rendah : 55 atau kurang
GI sederhana : 56 hingga 69
GI tinggi : 70 hingga 100
Nasi antara makanan yang tinggi Indeks Glisemik
Sebab itu bila kita makan nasi, kita cepat rasa lapar balik kerana Indeks Glisemik nasi tinggi.
Kenapa jadi begitu.
Konsepnya begini.
kredit to : http://www.bondamiza.com/
Makanan yang Indeks Glisemiknya tinggi adalah makanan yang cepat dicerna dan diserap ke dalam darah sehingga kadar gula dalam darah meningkat dengan cepat. Sebab gula ditukarkan kepada tenaga pantas dan cepat tenaga merudum. Jadi gula akan ditukar menjadi lemak pulak dalam hati.
Manakala, makanan yang Indeks Glisemiknya rendah akan dicerna dan diserap ke dalam darah lebih lambat. Jadi, peningkatan glukosa dan insulin terjadi secara perlahan-lahan. Jadi glukosa tersebut bertukar menjadi tenaga secara beransur-ansur.
Makanan dengan Indeks Glisemik yang rendah terbukti memperbaiki kadar glukosa dan lemak kepada pengidap diabetis terutamanya. Ia juga berupaya memperbaiki resisten insulin.
Apa Resisten Insulin?
Resisten Insulin adalah keadaan dimana sel-sel tubuh tidak dapat menggunakan gula darah dengan baik akibat adanya gangguan dalam tindakbalas dengan insulin. Resisten insulin ini terjadi selama bertahun-tahun tanpa disedari.
Sistem badan kita ni unik Allah jadikan. Dalam sistem badan berupaya menukarkan karbohidrat kepada glukosa dan dilepaskan ke dalam darah. Glukosa kemudian diserap oleh sistem badan dengan bantuan hormon Insulin yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Seterusnya glukosa akan ditukar menjadi tenaga dalma sel.
KARBOHIDRAT > GLUKOSA + INSULIN >TENAGA
Insulin ibarat anak kunci Glukosa bertukar menjadi tenaga. Insulin sentiasa dihasilkan oleh pankreas. Resisten Insulan terjadi bilamana terdapat gangguan proses Glikosis dimana pankreas tetap hasilkan Insulin tetapi sel-sel badan tidak menyerap glukosa sebaiknya. Keadaan ini menyebabkan kandungan glukosa berlebihan dalam darah sehingga kadar glukosa tinggi dalam darah.
Kadar kenaikan paras glukosa yang terlalu tinggi dengan cepat selepas makan harus dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang. Anda disarankan mengambil makann yang rendah Indeks Glisemik (GI) supaya paras glukosa darah stabil. Bila paras glukosa stabil dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.
Penyakit akibat Indek Glisemik(GI) Tinggi
Antara penyakit kronik yang berpunca dari Indeks Glisemik tinggi
- Kencing manis (diabetis)
- darah tinggi
- sakit jantung
- kolestrol tinggi
- strok
- kanser
Antara contoh makanan dan kiraan Indeks Glisemiknya
1. ROTI DAN BIJIRIN
• Roti Putih - 78
• Nasi Putih - 77
• Kentang Lenyek - 82
• Beras Perang - 55
• Pasta - 60
• Mi - 80
• Tepung Gandum - 75
• Oat - 80
• Bijirin Jagung - 54
.
2. SAYUR-SAYURAN
• Lobak merah - 50
• Asparagus - 15
• Brokoli-15
• Kacang Buncis - 30
.
3. BUAH-BUAHAN
• Epal - 39
• Oren - 42
• Pisang - 40
• Kismis - 64
.
4. MINUMAN / MAKANAN RINGAN
• Minuman bergas - 70
• Teh tarik - 72
• Gula pasir - 70
• Madu - antara 35 hingga 64 (bergantung pada kualiti)
• Jus Oren - 80
• Kacang pea - 10
• Kentang goreng - 58
.
Kredit to : Dr Zubaidi health sharing
Jadi anda ada pilihan makanan apakah yang patut masuk dalam mulut anda. Namun, jika anda anda terpaksa memilih makanan Indeks Glisemik (GI) tinggi, disarankan ambil dalam kuantiti sedikit.
Berbanding makanan yang Indeks Glisemik (GI) rendah , anda boleh ambil dalam kuantiti yang banyak.
Begitulah.
Kak Fieza doakan anda sentiasa dikurniakan limpahan kesihatan oleh Allah swt.
Living With Harmony With Nature
~falsafah Dr Forrest C Shaklee.
Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT
agar lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab
perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak
pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
No comments:
Post a Comment