Pages

Sunday, March 19, 2023

9 Sebab Kenapa Suppliment Shaklee Terbaik

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi. Kak Fieza doakan Allah pelihara anda dunia akhirat.

Entri kali ini Kak Fieza nak share 10 sebab kenapa Suppliment Shaklee Terbaik.

1) Inovasi 100 Tahun


Betul ke Shaklee mencipta multivitamin pertama di dunia? tak tahu pun...yer la tak ada orang nak bagitahu mana nak tahu.

Saya sangat beruntung kerana diperkenalkan dengan vitamin yang pertama di dunia. Malah perkataan vita-min yang digunapakai selama ini adalah berasal dari perkataan 'VITALIZED-MINERALS' yang dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee iaitu individu yang bertanggungjawab memperkenalkan kepada dunia vitamin semulajadi ini.

Sejak 1951 ciptaan pertama Dr. Forrest telah menemui "VITALIZED MINERALS" ini dalam bentuk cecair kemudiannya diubah ke bentuk tablet yang dikenali sebagai VITALEA.

inilah rupa paras vitalea pada mula2 ciptaannya


tadaaaaaa!!!!



rupa paras yang telah diubahsuai dan ditambahbaik kandungan nutrientnya kini dan di jamin HALAL pula tu.

Ye, produk Shaklee bukan produk timbang kati. Produk shaklee bukan setahun jagung diciptakan. Lebih 100 tahun supplimet Shaklee membantu ramai manusia menjalani hidup lebih harmoni dan sihat.

2) Shaklee Difference


Apa yang istimewanya Shaklee ini berpegang kepada falsafahnya Living in Harmony With Nature.

Kak Fieza yakin dengan produk Shaklee dan makan tanpa was-was kerana

  • Produk Shaklee bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk Shaklee lembut pada persekitaran.
  • Kesemua suppliment Shaklee bebas gluten.
  • Shaklee tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari penganiayaan.

 3) TULEN, SELAMAT DAN BERKESAN

Apa yang membuatkan Kak Fieza lebih yakin dengan produk Shaklee ni kerana Syarikat Shaklee betul-betul berikan komitmen Jangka Panjang untuk memastikan kesemua produknya TULEN, SELAMAT dan TERBUKTI BERKESAN.

Shaklee menumpukan sepenuhnya kepada kualiti setiap produknya. Walaupun pengeluar telah menjalani ujian, namun apabila produk dihantar ke Shaklee, Syarikat Shaklee akan menjalani ujian bebasnya sendiri.

Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk.

4) BEYOND ORGANIC

 

Produk Shaklee bukan saja organik malah melangkaui organik (Beyond Organic). Syarikat Shaklee melaksanakan lebih dari 350 ujian ke atas setiap bahan botani baru untuk pencemaran yang berbahaya, racun perosak dan sisa lain. Ujian ini dilakukan demi memastikan ketulenan dan keselamatan setiap produk Shaklee terjamin.


Shaklee juga menjalani 300 lebih ujian sebanyak 3 kali lebih setiap ujian terhadap racun perosak dari yang diperlukan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat. Sebab itu dikatakan produk Shaklee ini Beyond Organic. Shaklee melakukan ujian setiap produknya lebih dari yang diperlukan.

5) TERBUKTI BERKESAN

Shaklee menyediakan Formula Unik dan Ekslusif kepada penggunanya. Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan termasuk Kajian Lanmark (Landmark Study) dan Kajian Telomere (Telomere Study).


Kak Fieza pernah hadir BLNC 2018, Ketika itu Shaklee menjemput Mr Les Wong telah bekerja dengan Shaklee Cooperation sejak 40 tahun yang lalu. Beliau bertanggungjawab dalam setiap Research and Development (R & D)  yang dijalankan terhadap produk Shaklee.

Beliau kata sejak 1980, Shaklee telah membuktikan yang Atlet pengguna Shaklee telah berjaya hingga ke peringkat Antarabangsa. Para atlet USA menjadikan Performance Drink minuman elektrolit Shaklee adalah minuman rasmi mereka.

 

 
Tambah beliau lagi sejak 1993, pihak NASA telah menjadikan Shaklee sebagai pembekal rasmi makanan tambahan untuk para astronot mereka. Maklumlah bila berada di angkasa lepas, sumber makanan mereka sangat terhad. Mereka tidak berupaya untuk makan seperti kita di darat.

Perfomance Drink Shaklee adalah minuman rasmi yang para astronot ambil di angkasa untuk elakkan terhidrasi.

Yesss!!!! bangganya saya bila apa yang saya minum, astronot pun minum juga. Serius saya tak dapat sangkal. Terbukti, bila kita meneguk Performance Drink (PD). Setiap aliran air Performance Drink (PD) yang mengalir bak aliran elektrik yang akan mengecas badan kita menjadi kembali bertenaga. Macam spring jadinya.

Tak tahu nak cerita lebih-lebih. Anda kena rasa dulu baru anda dapat bayangkan. Dah nak dekat puasa ni, elok dapatkan Performance Drink utk sahur dan iftar anda nanti.
 

Yang terkini kejayaan Suppliment Shaklee adalah ramai yang telah berjaya Kurus dengan Set Kurus Shaklee

 

6) Kajian Landmark (Landmark Study)

 


Kajian Landmark, diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.

 


Kajian menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan Suppliment Shaklee mempunyai biomaker kesihatan utama yang lebih baik berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil makanan tambahan.

Hasilnya sangat menakjubkan!
Kajian klinikal memerlukan para peserta menjalani pengambilan darah untuk memeriksa biomarker kesihatan utama. Oleh itu, kajian menunjukkan bahawa pengguna suplemen jangka panjang Shaklee menunjukkan peningkatan dalam kesihatan mereka.
 

7) Kajian Telomere (Telomere Study)

Mengekalkan telomere dari pemendekan boleh membantu anda menjalani kehidupan yang lebih lama dan sihat.

Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee Dr. Elizabeth Blackburn adalah Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere. 

Shaklee telah bekerjasama dengan Dr. Blackburn dan terbukti bahawa menggunakan suppliment Shaklee untuk jangka masa panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.


 

 

Pengguna Shaklee untuk jangka panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa dan nyata sekali mempunyai telemore yang lebih panjang pada kumpulan umur 50an, 60an, dan 70an berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.


 
Kajian Telomere menunjukkan bahawa Pengguna Shaklee nyata sekali mempunyai Telomere yang lebih panjang.
 
 Dalam kajian klinikal awal, pengguna Shaklee yang mengambil Vivix dan makanan tambahan Shaklee yang lain mempunyai kadar pengurangan telomere 40% di seluruh julat usia dewasa, berbanding kumpulan kawalan yang sihat.
 

8 ) Trusted Brand Award Oleh Readers Digest 

 

Syukur Shaklee adalah pemegang Trusted Brand Award 2021 dan 2022 oleh Ridest Digest

Award ini di vote oleh para pengguna Malaysia. Ini bermakna Pengguna Malaysia mempercayai brand Shaklee adalah Vitamin yang dipercayai diyakini oleh pengguna keberkesanannya, ketulenannya dan selamat digunakan.

9) Harga Murah Berbanding Kualiti Premiumnya

Shaklee menawarkan produk yang boleh dikatakan harga yang murah berbanding kualiti premium yang ditawarkan.

Bayangkan sebiji Vitamin C Sustained Release Shaklee dijual dengan harga hanya 50 sen sebiji. Mahal lagi harga coklat di kedai runcit.

Dengan harga 50 sen itu anda dapat harga kesihatan yang tidak ada galang gantinya.

 

Anda yang masih tercari-cari suppliment terbaik pastikan dapatkan suppliment yang betul-betul SEMULAJADI, SELAMAT untuk diri anda dan persekitaran anda juga dan TERBUKTI BERKESAN.

Kak Fieza sebagai pengguna tegar Shaklee selama 10 tahun yakin Suppliment Shaklee Terbaik di dunia setakat ini.

Sekiranya anda ingin dapatkan SUPPLIMENT SHAKLEE anda hari ini. Jemput klik ye. Insya Allah Kak Fieza akan berikan konsultansi percuma.

ANDA NAK SUPPLIMENT SHAKLEE?

HUBUNGI SAYA 

 


 

 

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best. Kak Fieza doakan anda dapat berat ideal yang anda impikan kelak.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

 


 

No comments:

Post a Comment