Pages

Friday, February 24, 2023

Apa Yang Bestnya Projek Mega Blog Shaklee 1.0

 


Assalamuaalaikum wbt,

Hai apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dikurniakan limpahan kesihatan bersama keluarga tercinta.

Anda perasankan, dah lama sangat Kak Fieza tak berkarya di blog ni kan. Lately, tetiba terasa nak menulis balik.

Pencetus utama kenapa Kak Fieza comeback menulis adalah Projek Mega Blog Shaklee 1.0 yang dilancarkan pada 8/2/2023 dan tamat pada 15/2/2023 oleh Master Norita dan Master Salwa. Our super super duper Master Leader dalam Team Euphoria.

Walaupun Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ni hanya memerlukan masa 2 minggu sahaja untuk menyiapkan task, tetapi ianya sangat meriah dan mengujakan. Sambutan sangat hangat. Penganjur menjangkakan hanya kurang dari 100 peserta. Tapi sambutan hingga lebih dari 200 penyertaan. Wow sangat.

Walaupun kami tidak hadir face to face, tapi kami berukhwah secara alam maya. Sistem yang dicipta oleh penganjur sangat memberi impak kepada peserta.

Projek Mega Blog Shaklee 1.0 bukan Projek Blog biasa-biasa. Bukan sekadar menulis entri blog syok sendiri. Projek ini memerlukan kerjasama antara keseluruhan team.

Pihak penganjur beri beberapa syarat untuk memenuhi syarat-syarat penyertaan. Antaranya,

1. Setiap peserta perlu mengarang 1 entri blog untuk setiap minggu. Bermakna 2 entri untuk 2 minggu tersebut.

Minggu pertama entri Blog bertajuk Intermittent Fasting (Sila Klik)

Minggu kedua entri Blog bertajuk Set Kurus Shaklee (Sila Klik)

2. Sparring partner. Ini yang sangat mencabar. Peserta perlu linkkan URL entri blog sparring partner anda di dalam entri blog sendiri. Sekiranya sparring partner belum siap entri blog mereka, kena tunggu mereka  siap baru boleh linkkan ke dalam blog entri kita. Sparring partner kita ada atas dan bawah. Andai partner kita tak siap lagi, selagi itu kita tak boleh submit task kita sendiri. Begitulah.

Pengajarannya di sini, 

1. Bisnes Berjemaah lebih baik dari bisnes sorang-sorang.

Dalam berbisnes pentingnya bisnes secara berjemaah, tiada siapa pun yang akan meninggalkan anda walaupun orang di atas mahupun orang di bawah kita. Anda sama-sama berusaha menuju ke puncak kejayaan kepada yang NAK!

Bak kata pepatah mat saleh,

IF YOU WANT TO GO FAST, GO ALONE

IF YOU WANT TO GO FAR, GO  TOGETHER.


2. Sabar

Dalam bisnes apa sekalipun kita perlu SABAR. Insya Allah sekiranya kita bersabar bisnes kita boleh melangkau jauh. Master Norita selalu mengingatkan kami agar sabar menunggu rakan partner kita.

3. Ukhwah wa Rohmah

Dalam bisnes terutamanya bisnes Shaklee selain anda mengejar target dan impian, disamping itu anda juga membina silaturahurahim.

Anda bayangkan, Kak Fieza tak pernah kenal sparring partner Kak Fieza walaupun kami dalam satu team. Mana taknya, team kami (Team Euphoria) sangat besar hingga tak kenal di antara satu sama lain. Mereka ada di setiap pelusuk negara. Ada yang di luar negara juga.

Bila join Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ini Kak Fieza terpaksa berkenalan dengan sparring partner Kak Fieza yang tak pernah kenal sebelum ini. Ada yang dari Sabah, Utara, Pantai Timur dan Selatan. Masya Allah cover seluruh Malaysia.

Dapat sesuatu di situ?


Hadiah!


 

Alhamdulillah,haza min fadzli robbi, saya berjaya menerima hadiah sekotak NUTRIFERON sumbangan dari pihak penganjur yang bernilai RM198 harganya. Kebetulan bekalan nutriferon saya dah menyusut. Masya Allah baik hatinya penganjur iaitu Master Norita. Mudahan Allah limpahi rezeki bagaikan air sungai yang mengalir tanpa henti.

Mereka yang lebih bertuah dapat hadiah Vivix dan Collagen. Hadiah ni bukan calang-calang tau. Nilai hadiah ni mencecah RM400. Masya Allah pemurahnya pihak penganjur.

Tambahan lagi kepada bukan pemenang juga dapat hadiah saguhati. Bukan pemenang ni maksudnya mereka register join Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ni tetapi tidak beri komitmen sepenuhnya terhadap projek. Ini juga penganjur beri hadiah. Maknanya, kepada kesemua peserta yang join seramai lebih 200 orang tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Seronok sangat join Projek Mega Blog Shaklee 1.0 ini hingga pihak penganjur berbesar hati meneruskan Projek Mega Blog Shaklee 2.0 bagi meneruskan momentum semangat menulis blog kami.

Projek Mega Blog Shaklee 2.0 telah/sedang berjalan sekarang ini dan Kak Fieza percaya ianya berikan impak yang besar dalam bisnes kami.

Impak ini bukan sahaja kepada kami yang join Projek Blog Mega Shaklee ini sahaja malah kami harap agar apa yang kami kongsikan di entri blog ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya.

Anda ingin mengetahui kenapa Kak Fieza masih kekal dengan bisnes Shaklee walaupun telah 10 tahun bersamanya. Klik link

👉👉 9 Sebab Kenapa Komuniti Shaklee Best

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah nilai hidup mereka.Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.




 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan
 

 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes dari rumah
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)



 





No comments:

Post a Comment