Pages

Thursday, February 9, 2023

3 Kaedah Intermittent Fasting Yang Berkesan

 


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda semua dalam lindungan Allah.

Dah lama Kak Fieza tak bersiaran kan? Kali ni Kak Fieza nak kongsikan tentang Intermittent Fasting yang sedang hangat diperkatakan di Media Social terutamanya?

Apakah Intermittent Fasting?

Kepada anda yang baru mendengar Intermittent Fasting ni, meh Kak Fieza share apa Intermittent Fasting ni. Kepada yang dah pernah tahu anggap ini satu tambahan ilmu.

Intermittent Fasting (IF) merupakan satu gaya hidup dengan menyusun atur pola makanan anda mengikut jadual yang tertentu dengan cara berpuasa dalam masa yang ditentukan supaya dapatkan meningkatkan tahap kesihatan individu.

Intermittent Fasting (IF) bukanlah satu program diet tetapi ia adalah satu gaya hidup yang sihat. Gaya hidup ini amat wajar diamalkan oleh setiap individu yang ingin meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Bagi individu yang beragama Islam memang menggemari gaya hidup ini memandangkan mereka dah biasa berpuasa di Bulan Ramadhan.

Tempoh masa Intermittent Fasting?

Tempoh masa Intermittent Fasting (IF) bergantung kepada kesesuaian individu. Sebab itu kepada mereka yang pernah mengikuti gaya hidup IF ini mereka lebih rasa santai dan tenang berbanding program kurus lain. Nak dapatkan berat ideal, dapat kesihatan yang maksimum tak boleh stress-stress. Tak menjadi nanti.

Apakah Asas Intermittent Fasting?

Secara asasnya Intermittent Fasting (IF) berpegang kepada 2 asas:

1) Tempoh berpuasa sekurang-kurangnya lebih dari 12 jam.

2) Tidak mengambil makanan dan minuman yang meningkatkan gula semasa berpuasa.

Kenapa Kena Puasa Lebih dari 12 jam?

Kenapa kena puasa lebih dari 12 jam? kalau 10 jam puasa tak boleh ke?

Dalam tempoh masa lebih dari 12 jam tersebut sistem badan akan menghabiskan simpanan tenaga di hati dan memulakan proses ketosis.

Ketosis tu apa?

Ketosis merupakan proses metabolisme badan menggunakan lemak sebagai tenaga.

Ini bermakna apabila berpuasa dan tidak ambil makanan bergula, insulin dalam keadaan kekal rendah. Badan akan menyimpan gula untuk kegunaan sel-sel tertentu sahaja.

Manakala, sistem badan akan menggunakan keton yang dihasilkan dari simpanan lemak untuk hasilkan tenaga sebagai sumber alternatif setelah simpanan gula habis dalam tempoh kurang 12 jam berpuasa tadi.

Oleh itu, andai kita hanya berpuasa 10 jam, gula belum habis lagi digunakan untuk menjadikan tenaga. Jadi, lemak (keton) tak sempat nak ditukarkan kepada tenaga. Sia-sia je buat IF tapi tak turun berat. Lemak-lemak jahat masih berleluasa.

Begitulah.

Kenapa tak boleh makan dan minum yang mengandungi gula?

Makanan dan minuman yang mengandungi tinggi gula menyebabkan hormon insulin naik mendadak.

Hormon insulin merupakan hormon yang menyimpan lebihan gula dalam bentuk lemak. Maka, ianya menghalang proses ketosis berlaku. Jadi lemak (keton) tidak dapat terurai dengan sendirinya.

Tidak hairan lah ramai individu yang sukar nak turun berat badan walaupun telah berpuasa tapi masih mengamalkan makanan dan minuman tinggi kandungan gula.

Begitulah konsepnya.

2 konsep Intermittent Fasting

1) Islamic Intermittent Fasting (IIF)

Islamic Intermittent Fasting atau dikenali sebagai Dry Intermittent Fasting merupakan puasa yang tak boleh makan dan minum selama waktu berpuasa dari sebelum subuh (jam 5.30 AM lebih kurang) hingga waktu berbuka (masuk waktu maghrib jam 7.30 PM lebih kurang).

Waktu ini mereka tak boleh menjamah sebarang makanan mahupun air sepanjang IIF.

2) Intermittent Fasting (IF)

Intermittent Fasting (IF) pula merupakan berpuasa makan dalam jangka waktu tertentu. Dalam waktu berpuasa anda boleh minum air kosong, teh tanpa gula, green tea atau sebarang minuman tanpa kalori.

Kebaikan Intermittent Fasting

1. Mengurangkan berat badan

  • Bantu proses menurunkan berat badan
  • Kurangkan lemak viseral badan
  • Mengurangkan rasa lapar
  • Kurangkan nafsu makan (craving)

2. Mengurangkan risiko penyakit kronik

  • Tingkatkan sensitiviti insulin dan mengelakkan risiko diabetes
  • Kurangkan risiko penyakit jantung bila kolestrol dapat dikawal
  • Kurangkan tekanan darah serta dapat kawal risiko darah tinggi
  • Elakkan risiko kanser
  • Kurangkan risiko penyakit Alzheimer.

3. Menambahbaiki fungsi badan

  • Tingkatkan daya fokus
  • Tingkatkan tenaga
  • Elakkan proses pemusnahan sel
  • Rangsang proses membaiki sel (autophagy) genetik dan DNA
  • Tingkatkan fungsi kognitif 


Apa Kata Doktor?

Kak Fieza suka follow Doktor Norman Norawi. Beliau merupakan Doktor perubatan dan juga pakar kesihatan nutrisi. Beliau pernah kongsikan punca penyakit sama ada penyakit kronik atau tidak adalah dari GULA.

Bagi memastikan kesihatan diri kita ditahap maksimum mudah saja. Kawal tahap pengambilan GULA dalam pemakanan harian kita. Bukan tak ambil gula langsung sebab sel kita perlukan gula untuk tukar kepada tenaga tapi bukan gula pasir ye. Insya Allah, Intermittent Fasting membantu diri kita mengawal pengambilan GULA dengan baik.

Rujukan : https://www.youtube.com/watch?v=owKwQ1dMEBM


Biasanya individu di Malaysia menggemari teknik Intermittent Fasting ini.

Ada beberapa jenis teknik Intermittent Fasting

Sebelum Kak Fieza memperkenalkan Teknik Intermittent Fasting, anda perlu faham beberapa istilah yang bakal digunakan nanti.

Eating Window (EW) - Waktu berbuka/waktu makan.

Fasting Window (FW) - Waktu berpuasa/tak boleh makan. 

 

3 Kaedah Intermittent Fasting Yang Berkesan

Kaedah #1 : 16:8

Kaedah ini anda akan berpuasa (fasting window) selama 16 jam dan dibolehkan makan (eating window) selama 8 jam.

Dalam masa fasting window anda tidak dibenarkan makan. Anda hanya boleh minum air kosong, kopi kosong tanpa gula, teh kosong tanpa gula. Minuman yang berkalori dilarang sama sekali.

Kaedah #2 : 18:6

Kaedah ini anda akan berpuasa (fasting window) selama 18 jam dan dibolehkan makan (eating window) selama 6 jam.

Kaedah #3 : 20:4

Kaedah ini anda akan berpuasa (fasting window) selama 20 jam dan dibolehkan makan (eating window) selama 4 jam.  

Tempoh masa ini adalah fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut kesesuaian setiap individu.

Sebagai contoh bagi yang selesa mengikuti kaedah #1, anda disarankan berhenti makan sebelum pukul 8 malam dan makan semula pada jam 12 tengahari esoknya . Ini sesuai kepada mereka yang jarang sarapan.

Sekiranya anda seorang yang suka bersarapan, anda boleh berhenti makan jam 3 petang dan dibolehkan bersarapan pada 7 pagi esoknya.

Mudahkan.

Gaya hidup yang santai dan tidak stress ikut kesesuaian makan anda. 

Santai-santai pun boleh turun berat dengan mudah.

Ini bukan omong-omong kosong. 

Kak Fieza sendiri dah pernah amalkan 2 kali Intermittent Fasting dan berjaya turunkan berat 2-3 kg dalam masa hanya 15 hari. Inc juga loss lebih dari 20 inc total dalam masa 15 hari dengan IF.

Seronok sangat. Bila kita amalkan gaya hidup dengan cara IF yang santai-santai ini. Berat turun, inc loss dan badan juga bertambah sihat.

Sekiranya entri Kak Fieza ini beri manfaat kepada anda sudikan anda tekan button SHARE dan COMMENT, supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya. Mudah-mudahan dengan asbab perkongsian anda, anda dapat mengubah mereka menjadi lebih baik lagi. Tak pasal-pasal anda dapat saham akhirat. Best ke best.

Anda ingin mencari artikel berkaitan yang lebih berinformasi , anda boleh tekan link:

👉👉 Cara Intermittent Fasting Yang Betul (by Gie Fauzieyah)

 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#ShakleeSeriKembangan

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan kepok-kepok duit yang lumayan?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bisnes HOME & MOBILE SPA?
Hubungi saya untuk:- 


email :
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:
hafizahmahfoz (tekan)

Instagram:
hafizahmahfoz (tekan)

5 comments:

  1. memang best buat IF, makin lama makin senang nak turun berat/ maintain :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan coach gula. best sgt IF tak stress nak kurus

      Delete
  2. Thank you for sharing. Saya pun buat IF jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. best IF ni. nak sihat, nak kurus IF la jalannya

      Delete
  3. Seronok bila tengok ramai happy buat IF. Kipidap dear.

    ReplyDelete