Pages

Monday, September 23, 2019

Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus


Assalamualaikum wbt,

Hai apa khabar sahabat Fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat.

Apa perasaan anda bila lihat poster di atas.

Negara Malaysia dinobatkan sebagai Negara Paling Obes Di Asia Tenggara! 

Anda bangga?

Apa yang nak dibanggakan sekiranya paling membimbangkan apabila Malaysia dikatakan mempunyai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia Tenggara dan dikatakan sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutama membabitkan masalah obesiti. 



Paling membimbangkan lagi malaysia juga penyumbang kedua tertinggi obesiti di Asean di kalangan kanak-kanak.

Seorang individu akan dianggap obes apabila indeks jisim badannya (BMI) mencecah 30 dan ke atas.



Bagaimana nak kira BMI anda?




Yang Kak Fieza perasan ramai yang berimpian nak kurus. Tapi mereka tak tahu caranya.

Mereka nak turunkan berat tanpa ILMU. Bila sesuatu perkara dibuat tanpa ILMU. Buat ikut gerak hati. Alamatnya kelaut la jadinya.

Ada yang nak kurus, sanggup berlapar.
Ada yang nak kurus, sanggup skip makan malam.
Ada yang nak kurus, sanggup exercise tanpa henti.
Ada yang nak kurus, sanggup tak ambil protein langsung.

Adakah cara ini berkesan?

Nak tahu berkesan atau tidak jemput baca perkongsian Kak Fieza sampai habis ye.

Kenapa Perlu Detox?

Cuba anda perhatikan persekitaran anda. Bayangkan, berapa banyak anda terdedah dengan pencemaran setiap hari, radiasi dan juga racun septik.

Walaupun anda elakkan dari guna bahan-bahan beracun, tapi anda pasti tak dapat elakkan guna handphone kan? Sekarang pun ada pegang handphone baca entri saya ni kan?

Handphone adalah penyumbang radiasi yang paling tinggi. Bagaimana kita nak jaga diri, protect diri macam mana pun contoh anda makan makanan organik, minum air bertapis, hidup di kelilingi pohon hijau, anda masih terdedah kepada pencemaran, racun, radiasi, asap rokok, asap kenderaan, jerebu, racun dari pertanian, pencuci rumah yang bukan organik, kosmetik yang digunakan, radiasi TV, Handphone. Memang tak boleh elak.

Tambahan lagi kita sering terdedah dengan semua benda yang menyebabkan toksin dalam badan semakin meningkat melalui cara pemakanan harian kita.

Bayangkan, berapa banyak fast food yang kita telan. Berapa banyak juga makanan yang tinggi gula contoh teh tarik, kopi tarik, air 3 layer, tealive, starbuck, air yang berbubble-bubble kegemaran anak-anak tu.

Manakala yang non-muslim pula gemar dengan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan kanser hati.

Bayangkan sekiranya kita berusia 40 tahun sekarang, kita mula boleh makan seawal usia 6 bulan. Ini bermakna 40 tahun juga badan kita telah terdedah kepada toksin. Kesian kan badan kita.

Nutrien yang sihat dan sepatutnya diambil tapi tidak diambil peduli. Kalau ambil pun kemungkinan tidak begitu efektif oleh kerana keladak toksin dah tepu sangat dalam badan. Sukar untuk nutrien baik serap secara efisien dalam badan. Maka organ detox pun semakin lemah untuk berfungsi dan kurang efektif untuk nyah-toksin.


Tanda-tanda Anda Perlu Detox

Nak tahu sama ada anda perlu detox diri anda. Jemput renung-renungkan senarai di bawah:
  • Berat badan bertambah - metabolisma badan dan hormon terganggu
  • Sembelit
  • Kulit Kusam
  • Cepat letih, cepat lemau, stress dan rasa lembab
  • Cepat marah dan rasa nak mengamuk je
  • Keinginan makan banyak. Craving sugary foods (sel lapar membiak dan tak cukup nutrien). Kategori seperti ini bila pergi ke kenduri atau open house pinggan penuh dan tamak sangat.
  • Sudah nak fokus dalam masa lama
  • Penyerapan nutrisi kurang - makan vitamin pelbagai tapi tak ada kesan. Orang lain makan vitamin berkesan.
  • Mudah dijangkiti penyakit contoh demam, selsema dan batuk
  • Susah tidur.
  • Sering mengalami kembung perut. Perut tidak selesa dalam keadaan biasa dan selepas makan.
  • Sering ada lingkaran hitam bawah mata.
  • Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi.
  • Merokok atau sering bersama dengan orang merokok.
  • Mulut/Nafas berbau.
  • Menghadapi masalah ALERGIK.
  • Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari.
  • Mengalami Ekzema, jerawat dan psoriasis



Amacam?

Anda rasa anda kena Detox?

Lagi banyak anda tick senarai di atas, maknanya SEGERA lah anda Detox ye sebelum terlambat.

Sekiranya ada silalah #JomDetox

Punca Perut Buncit Bukan Lemak Semata

Tahukah anda semua bahawa punca PERUT BUNCIT bukan hanya disebabkan oleh lemak semata-mata, tetapi ianya juga berpunca dari USUS yang sangat kotor sehingga membentuk LAPISAN yang amat TEBAL di DINDING USUS.


Tengok gambar ni. Macam ni la gambar usus kita. 

Sebenarnya tubuh kita ibarat sebuah mesin yang perlu diservis sekali sekala supaya prestasinya kekal unggul dan berfungsi dengan baik. 

Bila terlalu banyak toksin, usus kita akan kotor dan bermasalah. Bila dah bermasalah, mulalah pelbagai penyakit akan terjadi seperti kanser contohnya. Ia terjadi dari usus yang kotor dan tidak sihat.

Dengan DETOKS yang betul, kita membantu sistem penghadaman badan kita kembali pada asal (reset) dan berfungsi dengan lebih baik.

Jadi, apa tunggu lagi? #JomDetox lah segera.😄😄

10 Sebab Kenapa Perlu Detox?

1. Untuk buang Toksin daripada badan
2. Untuk mencegah penyakit kronik
3. Meningkatkan sistem imunisasi badan
4. Mengurangkan berat badan
5. Memperlahankan proses tua sebelum waktunya
6. Meningkatkan kualiti kehidupan
7. Meningkatkan tenaga
8. Kualiti kulit semakin cantik
9. Ketenangan mental dan emosi
10. Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan.

Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.

Apa Beza Diet vs Detox 



kalau lihat pada gambar, Cleansing (Detox) is better than dieting.

Kalau sekadar diet sahaja, berat akan rebound. Kalau detox, and sambung diet..berat takkan rebound. Ia akan maintain.

Kenapa Kena Join #JomDetox Shaklee?

Kebanyakkan program DETOX hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu sahaja seperti USUS sahaja. Ianya tidak detox menyeluruh seluruh badan.

Kita memerlukan Program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai.

Program ini adalah kerjasama untuk memastikan Detox secara holistik ke atas sistem detox tubuh. Menu Detox yang disediakan adalah dari Pakar Nutrisi dan disahkan oleh Doktor. Bukan suka suki je tau buat Program nih.

Contoh Program Detox di luar sana hanya tertumpu pada usus saja, sedangkan Organ Utama Detox ada 6.

Organ Detox

Kolon (Colon)
Buah Pinggang (Kidneys)
Hati (Liver)
Paru-paru (Lungs)
Kulit (Skin)
Limfa (Lymphatic)


Rugi sangat sekiranya kita hanya tumpukan kepada Usus sahaja untuk detox, padahal ada 5 lagi organ yang sama pentingnya untuk didetoks.

Bagaimana nak join #JomDetoxJutawan?

Ada pelbagai pakej bagaimana nak join #JomDetoxJutawan.

Jemput baca:



______________________________________________________________


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK SERTAI PROGRAM #JOMDETOX?

Pengambilan berlangsung setiap bulan. Hubungi kami segera!

CONTACT : Click to CALL (019-2118757)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Hafizah Mahfoz

INSTAGRAM : Hafizah Mahfoz

EMAIL : hafizahmahfoz@gmail.com

Jemput baca:



>> 7 Kelebihan Program Jom Detox Jutawan (SILA KLIK)

Terima kasih kerana sudi baca entri Kak Fieza kali ini. Mohon anda klik button SHARE and LIKE. Mudahan dapat manfaat rakan-rakan anda. Didoakan anda dapat saham akhirat dari perkongsian anda.

No comments:

Post a Comment