Pages

Friday, September 27, 2019

Saya Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Assalamualaikum wbt,

Hai Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan limpahan kebahagian dan kekayaan dunia akhirat.

Tajuk entri blog ni actually dari my Mentor untuk Blog Contest 30 Days. Bila Kak Fieza dapat tajuk "Saya Yang Dulu Bukan Yang Sekarang"

"hmmm...apa aku nak citer ye"

Actually banyak tau perubahan yang Kak Fieza alami sejak join Team Jutawan ni.

First Day Kak Fieza join lagi dah dapat efeknya.

Jemput baca sampai habisnya Kisah Kak Fieza nih

Saya Yang Dulu Bukan Yang Sekarang



Hijau muda ni warna kegemaran Kak Fieza. Bila warna hijau berada dikeliling Kak Fieza rasa full of enery 😍😍😍😍😍

Kisah 1 : Dulu Sakit Bekalang, Sekarang Macam Tulang Besi Urat Dawai

Kisah tragis 15 tahun lalu

15 tahun lalu, gembiranya dihati bila kami dapat berita, akan menimang cahaya mata yang pertama setelah hampir 3 bulan mendirikan rumahtangga.

Tapi perkara yang menyeksakan Kak Fieza saat itu masa bulan-bulan pertama usia kandungan, tetiba belakang Kak Fieza seperti ditarik-tarik, dirobek-robek, disiat-siat. Masa tu Allah saja yang tahu. Dah pergi berurut pun sakitnya masih sama. Beberapa bulan juga la Kak Fieza tanggung kesakitannya. Nak nangis pun ada bila menahan kesakitan tu.


Nak baring tak selesa, nak duduk rasa urat tegang. Nak mengiring pun serba tak kena.

Bayangkan masa tu kena driving hampir 30km pergi dan 30 km balik kerja. Tahan je la ketegangan tulang belakang yang ditarik-tarik semasa memandu.

Padahal masih muda lagi tika tu. Baru 27 tahun.

Bila tanya orang yang lebih berusia, mereka kata biasalah tu, mengandung sulong, urat menegang....

Aduhaiii....tak tertanggung rasanya menahan sakit. Kak Fieza redha je la masa tu. Sebab tak de ilmu dan pengalaman. Iyakan je la kata orang-orang lama.

Sakit seperti ini berulang setiap kali Kak Fieza hamil hingga anak ke-5.

Sebenarnya bukan sakit belakang saja yang Kak Fieza tanggung. Ni nak bagitau senarai apa yang Kak Fieza alami sepanjang hamil dan selepas melahirkan:

😱 Gigi rapuh, tetiba sebatang gigi Kak Fieza sumpik. Kesian gigi.
😱 Gusi berdarah
😱 Sembelit yang keterlaluan (sehingga 3-4 jam dalam toilet, bayangkan)
😱 Krem kaki yang keterlaluan
😱 Sakit tulang belakang
😱 Sakit pinggang


Bila diingatkan balik, Allahuakhbar...tabahnya kumenanggung seksaan begitu ketika hamil dan lepas bersalin.

Nak tahu apa yang Kak Fieza lakukan untuk mengatasi semua simptom-simptom tersebut, jemput klik link dan baca sehingga habis


Kisah 2 : Hamil Dulu Lemah Longlai, Hamil Sekarang Bertenaga TOink! Toink!

Terngiang-ngiang lagi kata-kata Gynea kesayangan Kak Fieza masa dapat rawatan selepas keguguran tempoh hari.

Dr Khamsiah kata 

"Lepas ni, rehat lah ye. You pun dah ada 5 kids, cukup-cukuplah ye. Lainlah kalau kamu baru anak sorang"




Inilah doktor Gynea kesayangan saya Dr Khamsiah. 4 dari 5 anak saya refer dengan Dr Khamsiah. Beliau dah masak sangat dengan ragam saya. Beliau merupakan pakar O & G dan juga pakar perbidanan di hospital Wanita dan Kanak-kanak Andorra. Beliau juga merupakan founder hospital Andorra.

Kalau ikutkan, Kak Fieza dah pencen pregnant dari tahun lepas lagi. Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Alhamdulillah. Tahun ni 2018, Kak Fieza disahkan pregnant lagi buat kali ke-7 dan bakal menimang cahayamata ke-6 pula. Setiap anak itu ada lubuk rezekinya. Doakan Kak Fieza menjaga amanah besar dari Allah ini sebaiknya.

Sepanjang hamil kali ini, Alhamdulillah Kak Fieza tak de la mengalami morning sickness yang keterlaluan begitu juga kehamilan sebelum-sebelum nih.

Loya-loya seperti biasa je la. Mood malas je yang melanda semasa 3 bulan pertama (1st trimester) yang tak dapat dielakkan.

Risiko hamil usia 40-an


Memang tidak dinafikan dalam usia begini ada rasa bimbang memikirkan risiko-risiko yang bakal dihadapi hamil dalam usia 40-an. Walaupun kajian menunjukkan ramai wanita berusia lebih 35 tahun mengalami pelbagai komplikasi ketika hamil, namun nasihat saya jangan dengar omong-omong negatif dari orang sekeliling. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor perbidanan yang terdekat untuk pemeriksaan kehamilan. Insya Allah doktor akan membantu sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi anda.

Apa yang buatkan Kak Fieza kuat untuk mengatasi risiko-risiko kehamilan usia 40-an. Jemput baca kisah seterusnya. Klik link di bawah ye.



Kisah 3 : Dulu Selalu Nak Pengsan, Sekarang Segar Bugar

VERTIGO??

Semalam dapat je surat MC terus simpan dalam wallet. Tak larat nak belek. Bila tengok balik hari ni check, rupanya saya  didiagnose "VERTIGO".



Apa benda vertigo ni? Jemput baca kisah penuh. Klik link di bawah.



Kisah 4 : Dulu Jelita, Sekarang Lebih-Lebih Bertambah Jelita

Bukan masuk bakul angkat sendiri, tapi tu le hakikatnya. Syukur Alhamdulillah Allah pinjamkan kecantikan kat diriku.

Diri saya sendiri. Walaupun saya telah amalkan suppliment sejak tahun 2013, antara suppliment yang saya makan Omega Guard, ESP, Vitalea, Vita C dan Vivix, saya masih memerlukan penjagaan wajah dari luaran juga.

Sebelum ni saya pakai Nutriwhite Cleanser, Nutriwhite Toner dan Nutriwhite Moisturizer. Namun begitu setelah Nutriwhite di berhentikan pengeluarannya untuk beri laluan kepada produk baru.

Waktu tu kecewa juga sebab saya betul-betul kehabisan stok untuk penjagaan wajah secara semulajadi.

Bila YOUTH telah dilancarkan, tak sabar-sabar saya terus grab satu. Sebab rasa muka dah berkerak nih hahahahhaaaa....

Jemput baca kisah selanjutnya di link


Kisah 5 : Dulu Lagho, Sekarang Dah Sedar Diri

Satu lagi kisah yang paling terkesan dalam hidup Kak Fieza sejak join Team Jutawan ni ialah Kak Fieza dah mula sedikit demi sedikit meninggalkan tabiat lagho Kak Fieza yang diamalkan sejak muda dahulu.

Anda bayangkan dulu Kak Fieza selalu merungut tak de masa. Anda bayangkan bila Kak Fieza beri alasan yang nak mengaji tak sempat.

Padahal banyak masa Kak Fieza dihabiskan dengan perkara-perkara yang tak beri manfaat langsung.

Kak Fieza dulu suka layan cerita drama yang berjam-jam.
Kak Fieza suka tengok rancangan hiburan.

Lepas join Team Jutawan, Kak Fieza akan rasa rimas bila TV di on kan.

Bila anak buka TV Kak Fieza suruh tutup. Bila dengar rancangan hiburan yang melaghokan Kak Fieza rasa resah gelisah.

Masa Kak Fieza lebih terisi dengan didikan jiwa ukhrawi.

Kami dibekalkan dengan Master CheckList oleh Mentor Team Jutawan kami.

Dalam Master ChecList tersebut mengandungi sejumlah senarai yang penuh dengan pengisian jiwa dan task-task yang wajib dilaksanakan.

Bila kita ikut setiap task dalam Master Check List tersebut setiap hari, anda akan dapati masa anda setiap hari diisi dengan sebaik mungkin dengan perkara-perkara bermanfaat. Tiada lagi perkara-perkara yang lagho.

Jemput baca kisah Kak Fieza sedar diri dalam link di bawah


----------------------------------------------------

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!



LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 

Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com

(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Terima kasih kerana sudi baca entri Kak Fieza kali ini. Mohon anda klik button SHARE and LIKE. Mudahan dapat manfaat rakan-rakan anda. Didoakan anda dapat saham akhirat dari perkongsian anda.

Monday, September 23, 2019

Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus


Assalamualaikum wbt,

Hai apa khabar sahabat Fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan dunia akhirat.

Apa perasaan anda bila lihat poster di atas.

Negara Malaysia dinobatkan sebagai Negara Paling Obes Di Asia Tenggara! 

Anda bangga?

Apa yang nak dibanggakan sekiranya paling membimbangkan apabila Malaysia dikatakan mempunyai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia Tenggara dan dikatakan sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutama membabitkan masalah obesiti. 



Paling membimbangkan lagi malaysia juga penyumbang kedua tertinggi obesiti di Asean di kalangan kanak-kanak.

Seorang individu akan dianggap obes apabila indeks jisim badannya (BMI) mencecah 30 dan ke atas.



Bagaimana nak kira BMI anda?




Yang Kak Fieza perasan ramai yang berimpian nak kurus. Tapi mereka tak tahu caranya.

Mereka nak turunkan berat tanpa ILMU. Bila sesuatu perkara dibuat tanpa ILMU. Buat ikut gerak hati. Alamatnya kelaut la jadinya.

Ada yang nak kurus, sanggup berlapar.
Ada yang nak kurus, sanggup skip makan malam.
Ada yang nak kurus, sanggup exercise tanpa henti.
Ada yang nak kurus, sanggup tak ambil protein langsung.

Adakah cara ini berkesan?

Nak tahu berkesan atau tidak jemput baca perkongsian Kak Fieza sampai habis ye.

Kenapa Perlu Detox?

Cuba anda perhatikan persekitaran anda. Bayangkan, berapa banyak anda terdedah dengan pencemaran setiap hari, radiasi dan juga racun septik.

Walaupun anda elakkan dari guna bahan-bahan beracun, tapi anda pasti tak dapat elakkan guna handphone kan? Sekarang pun ada pegang handphone baca entri saya ni kan?

Handphone adalah penyumbang radiasi yang paling tinggi. Bagaimana kita nak jaga diri, protect diri macam mana pun contoh anda makan makanan organik, minum air bertapis, hidup di kelilingi pohon hijau, anda masih terdedah kepada pencemaran, racun, radiasi, asap rokok, asap kenderaan, jerebu, racun dari pertanian, pencuci rumah yang bukan organik, kosmetik yang digunakan, radiasi TV, Handphone. Memang tak boleh elak.

Tambahan lagi kita sering terdedah dengan semua benda yang menyebabkan toksin dalam badan semakin meningkat melalui cara pemakanan harian kita.

Bayangkan, berapa banyak fast food yang kita telan. Berapa banyak juga makanan yang tinggi gula contoh teh tarik, kopi tarik, air 3 layer, tealive, starbuck, air yang berbubble-bubble kegemaran anak-anak tu.

Manakala yang non-muslim pula gemar dengan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan kanser hati.

Bayangkan sekiranya kita berusia 40 tahun sekarang, kita mula boleh makan seawal usia 6 bulan. Ini bermakna 40 tahun juga badan kita telah terdedah kepada toksin. Kesian kan badan kita.

Nutrien yang sihat dan sepatutnya diambil tapi tidak diambil peduli. Kalau ambil pun kemungkinan tidak begitu efektif oleh kerana keladak toksin dah tepu sangat dalam badan. Sukar untuk nutrien baik serap secara efisien dalam badan. Maka organ detox pun semakin lemah untuk berfungsi dan kurang efektif untuk nyah-toksin.


Tanda-tanda Anda Perlu Detox

Nak tahu sama ada anda perlu detox diri anda. Jemput renung-renungkan senarai di bawah:
  • Berat badan bertambah - metabolisma badan dan hormon terganggu
  • Sembelit
  • Kulit Kusam
  • Cepat letih, cepat lemau, stress dan rasa lembab
  • Cepat marah dan rasa nak mengamuk je
  • Keinginan makan banyak. Craving sugary foods (sel lapar membiak dan tak cukup nutrien). Kategori seperti ini bila pergi ke kenduri atau open house pinggan penuh dan tamak sangat.
  • Sudah nak fokus dalam masa lama
  • Penyerapan nutrisi kurang - makan vitamin pelbagai tapi tak ada kesan. Orang lain makan vitamin berkesan.
  • Mudah dijangkiti penyakit contoh demam, selsema dan batuk
  • Susah tidur.
  • Sering mengalami kembung perut. Perut tidak selesa dalam keadaan biasa dan selepas makan.
  • Sering ada lingkaran hitam bawah mata.
  • Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi.
  • Merokok atau sering bersama dengan orang merokok.
  • Mulut/Nafas berbau.
  • Menghadapi masalah ALERGIK.
  • Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari.
  • Mengalami Ekzema, jerawat dan psoriasis



Amacam?

Anda rasa anda kena Detox?

Lagi banyak anda tick senarai di atas, maknanya SEGERA lah anda Detox ye sebelum terlambat.

Sekiranya ada silalah #JomDetox

Punca Perut Buncit Bukan Lemak Semata

Tahukah anda semua bahawa punca PERUT BUNCIT bukan hanya disebabkan oleh lemak semata-mata, tetapi ianya juga berpunca dari USUS yang sangat kotor sehingga membentuk LAPISAN yang amat TEBAL di DINDING USUS.


Tengok gambar ni. Macam ni la gambar usus kita. 

Sebenarnya tubuh kita ibarat sebuah mesin yang perlu diservis sekali sekala supaya prestasinya kekal unggul dan berfungsi dengan baik. 

Bila terlalu banyak toksin, usus kita akan kotor dan bermasalah. Bila dah bermasalah, mulalah pelbagai penyakit akan terjadi seperti kanser contohnya. Ia terjadi dari usus yang kotor dan tidak sihat.

Dengan DETOKS yang betul, kita membantu sistem penghadaman badan kita kembali pada asal (reset) dan berfungsi dengan lebih baik.

Jadi, apa tunggu lagi? #JomDetox lah segera.😄😄

10 Sebab Kenapa Perlu Detox?

1. Untuk buang Toksin daripada badan
2. Untuk mencegah penyakit kronik
3. Meningkatkan sistem imunisasi badan
4. Mengurangkan berat badan
5. Memperlahankan proses tua sebelum waktunya
6. Meningkatkan kualiti kehidupan
7. Meningkatkan tenaga
8. Kualiti kulit semakin cantik
9. Ketenangan mental dan emosi
10. Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan.

Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.

Apa Beza Diet vs Detox 



kalau lihat pada gambar, Cleansing (Detox) is better than dieting.

Kalau sekadar diet sahaja, berat akan rebound. Kalau detox, and sambung diet..berat takkan rebound. Ia akan maintain.

Kenapa Kena Join #JomDetox Shaklee?

Kebanyakkan program DETOX hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu sahaja seperti USUS sahaja. Ianya tidak detox menyeluruh seluruh badan.

Kita memerlukan Program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai.

Program ini adalah kerjasama untuk memastikan Detox secara holistik ke atas sistem detox tubuh. Menu Detox yang disediakan adalah dari Pakar Nutrisi dan disahkan oleh Doktor. Bukan suka suki je tau buat Program nih.

Contoh Program Detox di luar sana hanya tertumpu pada usus saja, sedangkan Organ Utama Detox ada 6.

Organ Detox

Kolon (Colon)
Buah Pinggang (Kidneys)
Hati (Liver)
Paru-paru (Lungs)
Kulit (Skin)
Limfa (Lymphatic)


Rugi sangat sekiranya kita hanya tumpukan kepada Usus sahaja untuk detox, padahal ada 5 lagi organ yang sama pentingnya untuk didetoks.

Bagaimana nak join #JomDetoxJutawan?

Ada pelbagai pakej bagaimana nak join #JomDetoxJutawan.

Jemput baca:



______________________________________________________________


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK SERTAI PROGRAM #JOMDETOX?

Pengambilan berlangsung setiap bulan. Hubungi kami segera!

CONTACT : Click to CALL (019-2118757)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Hafizah Mahfoz

INSTAGRAM : Hafizah Mahfoz

EMAIL : hafizahmahfoz@gmail.com

Jemput baca:



>> 7 Kelebihan Program Jom Detox Jutawan (SILA KLIK)

Terima kasih kerana sudi baca entri Kak Fieza kali ini. Mohon anda klik button SHARE and LIKE. Mudahan dapat manfaat rakan-rakan anda. Didoakan anda dapat saham akhirat dari perkongsian anda.

Sunday, September 22, 2019

5 Sebab Kenapa Orang Muda Patut Mulakan Bisnes Dari Awal




Assalamualaikum wbt


Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Kak Fieza doakan anda dikurniakan kesihatan dan kebahagian dunia akhirat.

Kali ni Kak Fieza nak kongsikan kenapa anda perlu bisnes dari muda belia lagi. Kak Fieza bukan pakar motivasi, bukan juga penasihat terhormat.

Kak Fieza hanya ingin berkongsi dengan anda, dari pembacaan Kak Fieza baru-baru ini dari artikel sifufbads dan Dr Azizan Osman kenapa orang muda patut mulakan bisnes dari awal.

Kak Fieza pernah dengar rakan-rakan merungut

"Boleh lagi ke aku nak bisnes ni, umur dah setengah abad dah ni"

Manakala rakan lain pula yang lebih muda pula kata,

"Belum tiba masanya lagilah nak bisnes, tak konfiden pulak nak bisnes muda lagi ni"

Sebenarkan, dalam kamus bisnes tiada istilah dah terlambat atau terlalu awal nak bisnes.

Dalam dunia tanpa sempadan sekarang ni, ramai dikalangan remaja malah anak-anak yang masih bersekolah telah memulakan bisnes mereka.

Kenapa anda patut mulakan bisnes diusia muda?

Meh Kak Fieza ceritakan kenapa anda perlu mulakan bisnes diusia muda ye. 

5 Sebab Kenapa Orang Muda Patut Mulakan Bisnes Dari Awal

1. Kurang Komitmen Diusia Muda

Kalau anda perasan dalam usia muda anda belum banyak lagi komitmen. Komitmen dari segi masa, kewangan, kehidupan dan keluarga.

Dari segi masa, anda yang masih muda banyak lagi masa senggang memandangkan anda tidak lagi terikat dengan komitmen masa seperti orang dewasa.

Jadi, ketika usia ini banyak masa anda boleh diberikan kepada komitmen-komitmen bisnes yang bakal anda jalankan.

Terutamanya yang sedang belajar. Jadi, masa yang anda ada sekarang ini lah waktu yang sesuai untuk belajar buat bisnes.

Dari segi kewangan, anda juga belum banyak komitmen dengan kekangan kewangan seperti orang yang lebih dewasa. Orang yang lebih dewasa sudah tentu banyak hutang yang nak dilangsaikan. Belum lagi komitmen kepada kewangan keluarga.

Anda bayangkan, sekiranya orang dewasa ada hutang rumah, kereta, bayar utiliti elektrik, air, unifi, astro, bayaran yuran anak-anak, yuran taska dan pelbagai lagi komitmen yang difikirkan.

Jadi, dalam usia muda anda boleh fokus kewangan anda dengan hal-hal bisnes sebab pada usia ini, anda tidak fikirkan lagi hal-hal komitmen seperti di atas. Ada juga dikalangan anda dalam usia muda masih duduk dengan keluarga.

2. Menjana Sumber Kewangan Sampingan 

Bisnes adalah salah satu cara jana sumber kewangan sampingan yang menjamin masa depan mereka.

Salah satu cara nak jana kewangan sampingan adalah dengan menjalankan bisnes online.

Kenapa bisnes online?

Bisnes online lebih stabil, tak perlu modal yang besar, rendah risiko dan boleh jana hasil kewangan dengan mudah. 

Namun begitu walau apa pun bisnes yang nak dijalankan anda perlu ada ILMU.

Bayangkan, dalam usia muda anda dah jana pendapatan sampingan tinggi. Dan dalam masa yang sama anda ada ilmu gunakan pendapatan anda untuk melabur dalam bisnes korporat dan hartanah. Dah tentu bisnes anda lebih menarik dan kewangan anda bertambah stabil.

Dengan bisnes akan berikan anda kewangan yang lebih stabil, JIKA kita pandai uruskan kewangan dengan lebih baik.

Anda cuma perlu tahu berapa anda nak dapat pada bulan itu, dan anda berusahalah untuk capai sales target yang dah anda tetapkan. Mudahkan?

Tapi! Jangan boros. Cari ilmu pengurusan kewangan. Anda kan nak pencen awal, supaya dapat menikmati hidup dan buat apa yang anda nak buat lebih awal.
Pada zaman ekonomi yang semakin mencabar ini, generasi muda amat digalakkan untuk mencari alternatif kewangan lain agar mereka tidak sengsara pada usia tua nanti.

Daripada mereka hanya bergantung pada pekerjaan dari jam 9-5, lebih baik anda fikirkan jalan bagaimana nak jadi JUTAWAN suatu hari nanti.


3. Ada Banyak Masa Untuk Mematangkan Diri dan Menimba Pengalaman

Tiada apa yang boleh membuatkan anda menjadi matang dengan lebih cepat (pada usia muda) melainkan dengan anda menguruskan bisnes sendiri.

Dari situ, anda akan rasa betapa susahnya untuk hidup dalam kalangan jerung-jerung bisnes yang sudah berpengalaman meneroka dunia mereka. Tetapi, itulah faktor yang boleh membuatkan anda berfikir semakin KREATIF dan KRITIS untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku di sekeliling anda.

Apabila anda menjalankan bisnes, anda akan berhadapan dengan pelbagai ujian, halangan dan pengajaran. Apabila anda menghadapi perkara sedemikian pada usia muda, anda akan jadi semakin matang, semakin berpengalaman dalam menguruskan masalah atas tunjuk ajar mentor-mentor yang berjaya, sekaligus menjadikan anda seorang anak muda yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

4. Kos Bisnes Yang Rendah

Sekiranya anda lahir pada tahun 70-an, anda pasti sukar nak memulakan bisnes. Dahulu memang sekiranya nak bisnes agak canggung dikalangan usia muda. 

Waktu tu nak bisnes perlu modal yang besar, perlu ada kedai, perlu pelaburan besar.

Sedangkan, dalam era kemajuan sekarang, banyak perubahan teknologi yang bangkit drastik. Media tanpa sempadan. Maklumat dihujung jari anda. Anda boleh buat bisnes dengan mudah secara ONLINE.

Syukur sangat, sekarang nak bisnes jauh lebih mudah berbanding masa zaman Kak Fieza muda-muda dulu. 

Walaupun anda masih di kolej atau di Universiti malah pelajar sekolah juga boleh mulakan bisnes dengan modal yang rendah atau tanpa modal.

Jadi, sekiranya anda adalah generasi muda, apa alasan lagi yang anda berikan untuk tidak memulakan bisnes anda sendiri SEKARANG.

5. Banyak Masa Untuk Perbaiki Bisnes



Anda mungkin ada terfikir mengenai banyak kemungkinan bila dah ada bisnes. Kerana, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada perjalanan bisnes anda di masa akan datang.

Air ada pasang surutnya, sama juga dengan bisnes. Ada kala anda di atas dan ada masanya anda di bawah. Itu realitinya.

Tak kira sama ada anda berjaya teruskan perjalan ini atau ia hanya separuh jalan, jangan cepat mengalah dan berputus asa. Jangan jadikan bisnes ini yang terakhir dalam hidup anda.

Anda masih muda dan ada banyak masa. Jadikan bisnes ini sebagai permulaan dan sesi pembelajaran bagi anda. Tuntut ilmu dan cari mentor. Mulakan semula kerjaya bisnes anda.

Bila anda berniaga pada usia muda, anda ada lebih banyak peluang untuk menuntut ilmu dah buat tindakan. Anda ada tenaga yang kuat, dan akal fikiran yang masih muda untuk belajar dan buat banyak perkara.

Jika anda gagal pun, anda akan lebih cepat bangkit kembali dan buat lagi.



Sekiranya anda nak bisnes, nasihat utama Kak Fieza and patut ada M.E.S.T.I

M-Mentor yang berjaya
E-Elmu (Emosi dan Ilmu)
S-Strategi
T-Target
I-Impian

Sekiranya anda dah ada semua tu. Apa tunggu lagi. Teruskan bisnes anda.

Sekiranya anda belum ada lagi 5 ASAS BISNES BERJAYA tersebut, Insya Allah, Kak Fieza boleh bantu anda.

Kak Fieza juga dulu tak pernah bisnes sehinggakan Kak Fieza join bisnes Shaklee ini. Sehingga sekarang Kak Fieza rasakan ini adalah bisnes yang mudah, ada mentor berjaya, ada strategi tersendiri, target pun jelas serta Impian kami ingin jadi Jutawan Bertaqwa.

Anda nak Kak Fieza bantu?

---------------------------------------------------------------------------------------

SETIAP KEJAYAAN BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA!!


LANGKAH PERTAMA SAYA BERMULA DENGAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE.

ANDA BAGAIMANA? :)

Nak tahu lebih lanjut bagaimana saya bermula?

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah kejayaan Maria menjalankan bisnes online SHAKLEE sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer walaupun bergaji RM5k sebulan. 


Kini Master Maria menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5-angka setiap bulan hanya DARI RUMAH. Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com

(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur sila la SHARE.