Pages

Wednesday, January 4, 2017

AMAHFOZ FAMILY GATHERING YANG PALING HAPPENING DI TERATAK DI HUJUNG KAMPUNG, JANDA BAIK 23-25 DEC 2016

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dalam lindungan Allah disamping keluarga tercinta.

Lama betul saya tak bersiaran. Rindu dengan pembaca setia saya.

kali ini entri saya berkisar tentang family day keluarga saya baru-baru ni pada 23-25 Disember 2016 baru-baru ni.

Family Day event ni kami jadikan Annual Event AMAHFOZ Family setiap tahun bermula tahun 2015 lagi.

Sila klik link ini. Ikuti Keletah kami di Amahfoz Family Gathering tahun 2015 yang lepas. Sangat happening dan pening!


Tahun 2016 ni kami adik beradik bersama anak-anak sedara sepakat gather-gather ni Janda Baik, Pahang. Tempat pilihan kami adalah di Teratak di Hujung Kampung, Janda Baik.



DAY 1 : CHECK IN CHALET 3.00 PM

Jarak Janda Baik dari rumah kami lebih kurang 76 - 79 km. Kami bertolak dari rumah agak lewat sedikit memandangkan check in jam 3.00 PM.


Ini route dari rumah saya lah ye. Kalau dari rumah anda sila klik foto peta untuk ke google map.

Dari rumah, kami memulakan perjalanan jam 12 PM. Memandangkan hari ini hari Jumaat, kami singgah di Masjid tepi Highway MRR2 di area Pandan untuk solat jumaat sebelum meneruskan perjalanan.


 Terowong Genting Sempah, terowong wajib lalu nak ke Janda Baik sekiranya lalu Highway.


Ingat nak terus naik ke Genting Highland


Lupalah destinasi sebenar kita Janda Baik. Maaf gambar tompok-tompok hujan. Hujan lebat masa ni.



Subhanallah! mencabar betul jalan ke Janda Baik ni. Berliku-liku.


Perjalanan di sini menguji skill pemanduan



Sampai simpang nak ke Challet. Aiks mana pintu gerbangnya nih?


Perut dah lapar. Break dulu kat gerai tepi jalan. Nasi goreng kampungnya betul-betul kampung. Pedas, hot and spicy...berasappp...


Yang paling mencabar kena follow punggung sekawan lembu. Ni anak saudara saya Faizah hadapi. Layan je la ye lembu-lembu ni. Sabo je la.


Alhamdulillah sampai ke destinasi dengan selamat. Betul-betul di hujung kampung. Dah habis chalet-chalet lain kitorang lalu baru jumpa Teratak di Hujung Kampung yang mendamaikan.

Kenapa pilih Janda Baik?

Walaupun kami adik beradik Amahfoz berasal dari kampung, tapi kami tetap nak bercuti di kampung juga. Kampung Janda Baik ini spesial sebab ada anak-anak sungai yang menyejukkan mata memandang dan mendamaikan, Kedudukkannya di kaki Bukit juga amat menyamankan.


Damaikan??


Nampak tak sungai kat tepi sana tu. Kak Joanna dan anak-anak sedang meninjau kawasan



5 buah chalet dari lebih kurang 8 chalet kami anak beranak conquer di sini.

Chalet Yang Awesome



Ini bilik kami anak beranak seramai 7 orang. Challet yang kami duduk ni 2 tingkat. Materialnya dari kayu. Jadi suasana dalam bilik ini dingin dan menyamankan walaupun tak ada aircond. Di sini betul-betul kampung. Hanya ada kipas angin saja.

Saya dan family di tingkat atas. Manakala akak saya dan familinya di tingkat bawah.



Nampak tak tangga yang curam. Tangga ni setiap hariku daki paling kurang 5 kali sehari. Gagahkan, balik KL terus sakit-sakit kaki. Almaklumlah rumah biasa tak de tangga. Kena tangga curam cenggini, mahu tak sakit kaki.

Syukur ku telan #Ostematrik terus kaki, sakit belakang baik dalam beberapa jam sahaja selepas bangun tidur.


Ini pula ruang dalaman Homestay. Homestay lebih besar dari chalet yang lain.


Ada dapur tau Homestay ni dan ada sebuah bilik.



Gembira sangat anak-anak ni bila dapat berjimba-jimba. Tengok sebelah kiri photo. Ada peti ais sekali. Sangat mudah untuk saya menyimpan bahan-bahan mentah BBQ malam ini.

ATV TIME

Petang di Challet hari pertama ni aktiviti bebas sementara menunggu ahli keluarga yang lain sampai. Hari ni baru 3 keluarga dari AMAHFOZ Family yang sampai. 3 keluarga lagi On the way. Adik beradik saya ada 7 orang semuanya, seorang kakak saya telah meninggal dunia. Tinggal 6 orang, 3 lelaki dan 3 perempuan dan saya yang bongsu.

Kebetulan tuan empunya Challet Teratak Di hujung Kampung datang meninjau Guestnya yang baru datang ni, Pak chek namanya.

Wow! Pak Chek bawak ATV lah...ada chance boleh cuba nih..

Apa lagi jom kita merempitttt.....


Fitri memang suka sukan lasak



Awina nak ikut...Awina nak ikut


Yeh! Yeh! Awina dapat naik motor beso nih


laju laju laju


Keliling padang korang pusing eh



Giliran Cikgu Jalal (abang saya) pulak vroom! vroom!....
Abang Aling pun sedang meriki ketahanan moto nih. Boleh beli satu ni. Agaknya la beliau fikirkan.


Fitri ni melekat dengan ayahnya. Tak mahu turun dia.



Jom kita geng gugirl pulak cuba Awina..


Dapat pun naik sorang, dok mengecek dari tadi.



Basah-basah lencun dari sungai terus layan ATV. Yang berbaju hitam tu la Pak Chek owner chalet Teratak di Hujung Kampung yang awesome ni.

BBQ TIME! YEZZZAAAA...


Ikan hasil tangkapan salah seorang penduduk di sini. Hidup lagi ikan ni tau. Bakal di BBQ malam ini. Terima kasih suami Nazema (rakan seopis saya) yang meraduk kolam carikan 3 ekor talapia besar ni.



Eh..ikan ni nak cium Abang Ben la.


Tercium Aiman pulak.


Berasap brader. Hanif beriya kipas arang bagi hidup.


Bila sesekali jumpa Mak, abang-abang, ipar duai...






Bila Tokey Travel Jom Mari Bercuti mengibaskan kipasnya.


Akak dan adik berkongsi pinggan.


Mereka Sepupu (anak-anak sedaraku). Fatimah dan Adilla Kak Long






Eh eh...sempat lagi posing depan bara api




Bukan main berseleranya Abang Aling meratah ayam BBQ




Bila sepupu sepapat sekali sekala dapat berkumpul anak beranak. Happening gitu...


Suasana di pangkin Teratak di Hujung Kampung. Anak beranak kami yang conquer tempat ni.






Mari..mari ..mari, Ayam golek ada..sosej golek pun ada. Ikan golek pun ada.


My mak with love


Keluarga kak lik


Ikan talapia segar dari ladang sedang di bakar


 Kipas laju sikit bang. Api dah padam tu.


Inilah rupa paras ikan talapia bakar fresh dari ladang. Memang fresh...manisss..



Mak dan kak lik



Hai la anak-anak, tak lekang dengan gadgetnya.


Eh, serobong apakah itu Abang Aling??


Serobong ni lagi besar


Blink blink gitu, terserlah pantulan cahayanya


Anak & mak sedara dengan bunga-bunga



Macam kenduri gayanya


Ya Allah, Apa nak jadi dengan anak ibu ni dik Awina oiii...😄😄


Tau la ye apa mereka buat dihujung sudut sana.


Ikan bakar yang bakal dikorbankan

DAY 2 : GAMES TIME

Sementara menunggu ahli keluarga lain bersiap untuk aktiviti hari kedua, main bola tampar dulu. Sarapan pun belum sampai, so kita regang-regangkan badan.





Kakak Eizzatul dan Awina bersama bunga-bunga hutan ni. Tak tahu namanya apa.

Cantikkan bunga ni


Bunga lipan


Awina nak main bola tampar jugak


Abang Aling ada munge la kat kiri kanan telinga


Jalan-jalan keliling kampung dululah sementara tunggu makanan sampai.



Kakak pun nak berbunga raya juga. Comel pulak gini.


Geng budak sekolah buat rondaan


En Bard melawat kawasan, kot boleh jadi salah satu pakej pelancongannya nanti. Kat belakang nun Genting Highland. Kalau tengok dari mata kasar ada bangunan-bangunan di atas genting tu. Tapi dalam gambar tak nampak.




Setelah letih round keliling kampung, sarapan dah sampai, jom sarapan. Ubi godok cecah sambal tumis ikan bilis pagi ni. Yummyyyy!!



 Mr Bunge of the world


Mr Bunge Lipan of the world






Alahai. budak demam ni pun nak join sekali. Sian dia.Wazif ni kira cucu saya. Anak kepada anak saudara saya yang paling sulong. Dah tua kita tau, dah bercucu.


Orang kuat Games. Kak Joanna.


Anak-anak dara AMAHFOZ


Acara mengutip gula-gula sebijik-bijik bermula. Ai ai....tangan jangan pegang.


Semput kak oiiii....dah lama tak exercise. Pancit...1 minit kurasakan 1 jam.


Anak-anak yang melihat gelagat mak pak nya


Hahahaha....rupa orang dah pancit



Cik abang pulak buat apa nih. Orang dok main games. Dia selfie lak...hahahhahaa






Adik Khadijah orang kuat AMAHFOZ. Beliau yang menguruskan tempahan penginapan dan makanan. 




Ready acara kutip gula kanak-kanak




Terpelanting kasut kakak.


Alahai,...ada pulak merajuk tu


Juri kira gula. Jangan ngelat eh


Kutip gula kategori dewasa


Pancit mak wehhh...lamanya 1 minit. Cepatlah tiup wisel berhenti.



Bapak pun pancit


Anak-anak kecik santai kat hammock pulak


Acara isi air dalam botol ready!!!













Aduhhh...pancit lagi mak



 Macam tengah gotong royong basuh periuk je..








Eh...tidur pulak dua beranak nih








Finalist masuk air dalam botol dewasa. Hebat-hebat nih.







Acara tiup belon paling besar








Belon saya paling besar. Ayah saya tiup.



Ni acara kepit rapat-rapat...hahahahhahaa...










AJK Games pun masuk. maintain mak na ...maintain...


Acara ikan kaki. Kembar siam.


Sambung makan, ada keladi purple bakar lah.


My Big Family Members

Lepas dah puas main games dan makan tengah hari. Sebelum berkubang di sungai, kami bergambar pula ye. Tapi ni tak cukup lengkap lagi family members. Ada sebahagian lagi family yang belum sampai di Teratak di Hujung Kampung, Janda Baik yang paling best pernah saya berkampung.






Mandi Sungai Time

Saat yang ditunggu-tunggu, berkubang time.

Seronoknya di sini, sungai ini seolah-olah sungai ini kami yang punya. Private area for us AMAHFOZ FAMILY.







Mat Lampir keluar dari dasar sungai....heheheheheheheeee

seram wehhh



Ada tayar buaian kat sini. Bukan saja kanak-kanak yang bergayut. Bapak budak pun boleh gayut puas-puas.









Selfie sikit, kat belakang tu anak-anak sedara saya. Ramaikan...





Fresh rasa jiwa bila mendengar deruan air sungai yang mengalir. Tenang rasa. Saya pernah dengar nasihat ustaz, kalau nak jiwa tenang, hati tenang dengar la deruan ombak atau deruan air sungai sebab mahkluk Allah bergelar air sungai/laut ini sentiasa berzikir kepadaNya.


Bergelongsor di jeram

Aktiviti gelongsor pelampung di jeram sangat menyeronokkan. Terasa macam budak-budak.

Seronoknya kat sini ada gelongsor air. Tak payah ke Sunway Lagoon













Hero Malaya lagi, Salah seorang anak saudara saya Akmal.

Indoor Games

Jemput tengok macam-macam gaya kami dalam indoor games. Realitinya kat pangkin keluarga ni macam-macam celoteh kami sembangkan. Tak kering gusi gayanya.

Antara indoor games yang dijalankan:

  • SUDOKO ( games yang menguji minda )
  • BINGGO
  • MEWARNA KANAK-KANAK
  • MEWARNA DEWASA






 Hai mak izah sampai meniarap jawab uji minda dalam SUDOKO









  Fokus mewarna tapi sebelah tu tak tinggal dengan androidnya 


Juri tetap pertandingan mewarna adalah mak kita. Pemenang tetap adalah saya (hahahhahaa...kali ni dapat no.2 ditewaskan oleh hidayah anak saudara saya sebab warna yang belum tumpul semua dia conquer, saya dapat kaler yang tumpul). Kategori kanak-kanak jatuh kepada Eizzatul anak saya tempat pertama.

NIGHT 2 : TAHLIL

Malam kedua ni kami membuat tahlil dan bacaan yaasin untuk Bapa kami Allahyarham Mahfoz bin Abu Bakar dan kakak kami Allahyarhamah Eton binti Mahfoz serta keluarga yang sudah tiada.









DINNER & BBQ LAGI? PENYAMPAIAN HADIAH
















PENYAMPAIAN HADIAH


MC tetap majlis. Abang Aling.


 Kak Long AJK Games




PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI
































































Bergambar bersama hadiah-hadiah yang diperolehi

Terima kasih kepada keluarga yang sudi menyumbang ikhlas hadiah-hadiah.

LAST DAY, DAY 3 : MEMANCING, TRECKING & CHECK OUT

Rupanya kat belakang Chalet ni ada kolam ikan lah. Bukan kecik-kecik ikan boleh dapat, sebesar 2 kali tapak tangan pun anak saudara saya pernah dapat. Ini hasil riki abang saya lah Abang Ben.





Treking in the hill

Lepas mancing jom kita trecking pulak. Ada bukit kat sini. Tengok sapa yang gayat.














3 Generasi

CHALLET PENGINAPAN KAMI


 Challet 2 tingkat



Homestay yang besar


Chalet-chalet yang ada di sini sangat menarik dan selesa diinapi.


Sebelum balik makan aiskrim dulu




Sekian corat coret sepanjang 3 hari 2 malam kami ber'famili' day di Teratak Di Hujung Kampung Chalet, Janda Baik, Pahang yang sangat happening.

Best tempat ni, sangat sesuai untuk sebarang aktiviti keluarga. Yang seronoknya mandi sungai di jeram-jeram batu.

Suasana yang mendamaikan membuang segala cas-cas dan aura negatif dan menambahkan aura positif dalam badan.

Tambah sihat bila berada di sini.

Terima kasih kepada seisi keluarga AMAHFOZ yang sudi ber'gather-gather' untuk kedua kalinya. Semoga ikatan silaturahim kita erat dan berpanjangan. Maaf sekiranya ada kekurangan.

Teratak di Hujung Kampung sangat saya cadangkan untuk anda yang tercari-cari tempat beriadah seisi keluarga.

Sekiranya anda ingin menempah Challet di sini boleh berhubung dengan Pak Chek di 011-2882 4998

Saya beri 5 bintang untuk Teratak di Hujung Kampung, Janda Baik.

Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE. Semoga ramai yang dapat manfaatnya nanti.

Suka nature,
Hafizah

#TeratakdiHujungKampung
#JandaBaik
#FamilydayAMAHFOZ2016

No comments:

Post a Comment