Assalamualaikum wbt,
Apa khabar sahabat fiezabard sekalian? Saya doakan anda sihat dan sejahtera disamping keluarga tercinta.
Entri kali ni saya nak share dengan anda satu ilmu yang berguna kepada parents yang mungkin pertama kali nak mengajar anak anda berusia sekitar 2 tahun 'toilet training'.
Toilet atau Potty training ni maksudnya satu jangkamasa latihan kepada anak-anak melatih mereka buang air besar dan kecil di tandas supaya mereka bebas dari memakai lampin pakai buang.
Jadi parents tak perlu menyediakan kos untuk lampin pakai buang mereka lagi dengan gembira. Banyak wooo...kos lampin. Hanya parents saja yang tahu kos perbelanjaan lampin pakai buang ni.
Jadi parents tak perlu menyediakan kos untuk lampin pakai buang mereka lagi dengan gembira. Banyak wooo...kos lampin. Hanya parents saja yang tahu kos perbelanjaan lampin pakai buang ni.
Kebetulan pagi tadi saya belek-belek FB saya terpandang satu tips yang dikongsikan oleh www.fitmommyforlife.com
Saya rasa saya perlu kongsikan tips ini sebab saya percaya ramai parents yang buntu bagaimana nak biasakan anak-anak kecil buang air di tandas.
Teknik ini adalah teknik yang saya amalkan untuk mengajar 4 orang anak saya 'toilet training'.
Yok kita tengok apa tekniknya, dan Insya Allah berjaya lakukannya selama seminggu atau paling lama 2 minggu ikut situasi anak-anak.
TEKNIK 1 : JANGAN MARAH ANAK
TEKNIK 2 : BELIKAN SELUAR DALAM WATAK KARTUN
TEKNIK 3 : FAHAMI ANAK YANG KURANG FASIH BERCAKAP
TEKNIK 4 : AMBIL CUTI
TEKNIK 5 : START DAY
TEKNIK 6 : TAK PAKAIKAN LAMPIN LANGSUNG
TEKNIK 7 : BAWA KE TANDAS SETIAP 15 MINIT SELEPAS MINUM SUSU
TEKNIK 8 : BAWA KE TANDAS SETIAP 15 MINIT SEKALI
TEKNIK 9 : BAWA KE TANDAS SEBELUM TIDUR
TEKNIK 10 : BANGUN TENGAH MALAM
TEKNIK 11 : SABAR (KUNCI KEJAYAAN)
Dan saya tambah satu lagi,
Sebarang usaha yang kita nak lakukan hendaklah disusuli dengan DOA. Berdoa supaya kita dipermudahkan dalam melatih anak kecil 'toilet training'.
Kerana segala perkara yang kita lakukan hanya Allah yang tentukan kejayaannya. Walaubagaimana tip top pun usaha kita sekiranya Allah tak beri, maka usaha kita sia-sia je.
Insya Allah saya doakan anda dapat manfaatnya dari perkongsian saya ni.
Kepada parents yang buntu bagaimana nak buat sekiranya masih tak berjaya 'toilet training' boleh cuba teknik-teknik yang dikongsikan.
Terima kasih kepada fitmommylife yang sudi kongsi tips dan memang ini yang saya amalkan.
kredit to www.fitmommylife.com
Sekiranya anda suka dengan entri saya ini sila tekan button SHARE dan LIKE. Supaya ramai lagi yang dapat kita bantu. Mudahan dengan sekali tekan anda, Insya Allah anda dapat ganjaran akhirat kelak. Aaminn..
Sekiranya anda suka dengan entri saya ini sila tekan button SHARE dan LIKE. Supaya ramai lagi yang dapat kita bantu. Mudahan dengan sekali tekan anda, Insya Allah anda dapat ganjaran akhirat kelak. Aaminn..
Love supermom,
Hafizah
No comments:
Post a Comment