Pages

Saturday, January 30, 2016

HARI PERTAMA FARIS MASUK TAHUN 1

Assalamualaikum kawan-kawan.

Hai, apa khabar? lamanya tak jengok blog ni.

Kali ini saya nak share sedikit cerita pengalaman Faris, anak ke-empat saya menempuh alam persekolahan Sekolah Rendah.

Dah hampir sebulan Faris masuk tahun 1. Baru kali ni berkesempatan coretkan kisahnya.

Seperti abang dan kakak Faris yang lain, saya daftarkan Faris di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Seri Kembangan. Lebih kurang 15 km dari rumah. Bukan tak ada sekolah yang lebih hampir dengan rumah tetapi memandangkan abangnya dah bersekolah di situ, jadi saya daftarkan Faris di Sekolah yang sama dengan abang kakaknya.

Lagipun penyebab utama saya sekolahkan anak saya di sini walaupun agak jauh kerana saya nak sekolahkan anak saya di Sekolah Rendah Agama yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan ini.

Saya ingat pesan Arwah bapa saya, anak kau sekolah agama tak? Kat Selangor ada sekolah agama ke?

Insya Allah bapak, saya ingat pesan bapak. Saya tidak akan sekolahkan anak saya kalau dia tidak di sekolahkan agama juga.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Bapak Hj Mahfoz bin Hj Abu Bakar.

Abang Aji (gelaran teacher Zana, guru sekolah tadikanya) dah ready nak ke sekolah.

Pada tahun 2016, Murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Taman Universiti di tempatkan pada sessi petang.

Jadi, Sekolah agama Faris adalah pada sessi pagi. Tengoklah tu Faris dah ready dengan uniform sekolah agamanya. Sampin sekolah agama di Selangor warna hijau. 

Samping sekolah agama ni berbeza mengikut negeri masing-masing. Seingat saya sesama saya kecil dulu, saya bersekolah agama di Johor sampingnya warna hitam dan dipakai di dalam baju. Tidak seperti resam pakaian di negeri lain memakai samping di luar baju. Itu yang uniknya JDT.

4 beradik ready go to school. Subuh-subuh lagi dah bertolak.

Di Sekolah Agama Taman Universiti

Sampai saja di sekolah agama Faris di tempatkan di Kelas 1 Al-Siddiq. Saya suka Faris duduk di barisan hadapan.

Saya pesan kat setiap anak-anak saya. Cari tempat duduk di hadapan sebab lebih berkat. Air liur cikgu yang tempias kat kita tu lagi berkat kalau terkena kat kita.....hahahhahaaa...

Entah faham ke tidak budak-budak ni.

Lagipun saya pernah dengar orang yang telah berjaya, mereka selalu pesan. Duduk di hadapan menandakan orang itu akan berjaya. Saya pesan kat anak saya, sekiranya nak berjaya duduk di hadapan.



Faris sedang fokus mewarna. Antara aktiviti kegemarannya.

Beginilah keadaan suasana meriah hari pertama di sekolah. Ramai ibu-bapa menunggu giliran bayar yuran persekolahan.

 Lapar sangatlah tu. Penuh khusyuk menikmati makanan.


Selesai dengan urusan pembayaran yuran sekolah di Kelas Faris. Jenguk pulak kelas akak Eizzatul di 3 Al-Siddiq untuk urusan pembayaran yuran.

Sementara anak-anak dalam kelas, ibu-ibu menunggu di kantin sembang pasal hal anak-anak.

Snap sikit harga makanan di kantin. 

Teringat masa zaman kanak-kanakku. Nasi lemak sebungkus baru 20 sen. karipap seposen. kenyang dah makan 2 tu. Beli dengan pakcik Musa (antara OKU di kampung saya). Datang sekolah berniaga bawak dengan wheel chair specialnya. Nostalgia sungguh. Sapa yang sekolah dengan saya di Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat pasti tak lupa pakcik Musa.

Saya biarkan Faris beli sendiri. RM 5 saya dah bagi untuk sehari. Saya nak tengok macam mana dia uruskan kewangannya. Nampaknya dia dah pandai mengawal perbelanjaannya.

Transit Training

Sama seperti kakak dan abangnya, Faris juga akan transit dari sekolah agama ke sekolah kebangsaan berdekatan.

Kesuntukan masa dan jarak antara sekolah dan rumah yang agak jauh, kami memilih supaya mereka menukar baju di sekolah saja.

Bayangkan, habis sekolah sessi pagi di sekolah agama pada jam 11.30 pagi sedangkan jam 12.45 petang mereka dah perlu ada di sekolah kebangsaan pula. Mereka hanya ada masa 1 jam sahaja untuk menukar pakaian sekolah dan makan tengahari di kantin sekolah.

Bukan anak kami saja yang transit di sekolah, Ramai lagi yang melakukan perkara yang sama.

Maknanya Faris ada geng...
Sukanya Faris berjalan dengan kawan-kawan kakaknya menuju ke sekolah kebangsaan berdekatan.

Sessi Petang di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti

Layankan je gaya budak ceria masuk sekolah.








Ini tak boleh tahan ni. Nak gelak pun tak jadi.


Tak perasan pukak masa bila dia snap gambar kita.


 Hari pertama sopan lagi nih...

 Mana pulak si Faris nih.


 Haaa....tu dia!, baru setengah hari name tag pun dah senget benget.

 mula-mula makan kuih je....sekali

lapar lagi laaaa....perghhh mee sepinggan tu. boleh habis ke?

okla, sampai sini dulu corat coret kisah Faris kali ini. Lain kali kita cerita lagi ok.

Sweetmama,
Hafizah
019-211 8757

Monday, January 18, 2016

KENAPA AGEN ANTI-OKSIDAN SANGAT PENTING DALAM BADAN KITA?

Assalamualaikum wbt sahabat fiezabard yang dikasihi,

Apa khabar anda semua? saya doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Nak tanya anda ni, sejauh mana anda faham tentang anti-oksidan?

Pada mulanya saya pun tak begitu faham apa itu anti-oksidan. Tetapi selepas saya join kelas online nutrisi vivix baru-baru ni barulah saya faham bila pakar nutrisi menjelaskan anti-oksidan sangat penting dalam badan kita. Kenapa ye?

Dalam badan kita terdapat radikal-radikal bebas di mana ianya adalah bendasing yang tidak diperlukan dalam badan. Radikal bebas inilah yang akan menyebabkan sel badan kita musnah dan menyumbang kepada penyakit-penyakit merbahaya. 

Ia bertambah parah sekiranya level radikal bebas bertambah tinggi. Bila radikal bebas tinggi dalam badan kita akan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, penuaan segera dan masalah sistem endokrin.

Radikal Bebas

Antara sumber-sumber radikal bebas yang sering kita terdedah ialah seperti photo di bawah.


Contoh yang paling dekat adalah kesan bauksit di Kuantan. Kesan Bauksit adalah salah satu penyumbang kepada penambah meriahnya radikal bebas dalam badan kita.

Sekiranya anda perasan, berita sering melaporkan para penduduk yang terdedah kepada bauksit sering mengalami gangguan kesihatan seperti batuk, demam yang lama, sukar bernafas dan asma.

Nak hentikan lori-lori bauksit itu bermaharajalela di jalanraya agak mustahil. Serahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil langkah bijak.

Keluarga mertua saya duduk di Panching, Kuantan Pahang. Saya yang sekali-sekala pulang ke kampung dapat merasai seksaan penduduk berhampiran dengan projek Bauksit tersebut.

Bukan saja manusia yang terseksa, kereta yang lalu berhampiran juga terseksa dengan kesan habuk tebal menyelaputi kereta. Kesian kereta kita.


Apa yang menjadi kewajiban kita, jaga kesihatan diri dan keluarga.

Preventing is better than cure.

Cara mencegah menurunkan level Radikal Bebas dalam badan

Peningkatan Radikal Bebas ini boleh dicegah dengan pengambilan beberapa rangkaian makanan yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Jadual di bawah antara contoh makanan yang anti-oksidan tinggi.


Maaf ye, sumber dari jawa jadinya bahasa pun sikit jawa.
Kredit to Hernani dan Mono Rahardjo


Antara sayuran yang kaya dengan antioksidan.

Persoalannya, sejauh mana anda mampu untuk mengambil kesemua sayuran ini dengan kadar yang boleh memenuhi anti-oksidan dalam badan kita.

Mampukah kita nak makan sekilo burberi dalam sehari?
mampukah ambil berpokok-pokok brokoli dalam masa sehari?
dayakah anda nak makan berbiji-biji tomato sehari?

Khas untuk anda yang sering terdedah kepada pencemaran penyumbang radikal bebas yang tinggi saya syorkan anda ambil VIVIX!  merupakan agen anti-oksidan yang sangat tinggi dan selamat dan berkesan. Yang penting dijamin HALALAN TOIYIBA.


Kalau anda perasan kita sering terdedah dengan radikal bebas ini. Protect diri kita sebelum pelbagai penyakit mengundang. Akhirnya hospital jadi rumah kedua kita. Nak ke?

Alhamdulillah, saya amalkan VIVIX setiap hari sebelum tidur. Insya Allah saya yakin Allah beri rezeki kesihatan dan kecergasan kepada saya setiap hari dalam usia menjangkau 4 series ni. Kulit wajah saya juga semakin flawless...suke sangat.

Testimoni Wonderful Life With Vivix ada dikongsikan di sini. WONDERFUL LIFE WITH VIVIX (SILA KLIK)

Testimoni Suami saya dengan vivix sila klik link di bawah

Ramai juga yang telah amalkan pengambilan VIVIX dan hasilnya sangat hebat.

Di sini saya kongsikan beberapa testimonu VIVIX ye.










Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria. Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION

BEST PRICE and

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!


Hafizah Mahfoz
[SID : 961265] 
Call/Whatsapp/Telegram/sms:
019-211 8757

email:
hafizahmahfoz@gmail.com

facebook:



Saturday, January 16, 2016

JANGAN JADIKAN ANAK KITA 'TUAN'

Assalamualaikum wbt, sahabat saya yang dikasihi.

Maaf ye, lama juga saya tak bersiaran di blog ini. Lately, tugas saya seorang pekerja dan isteri serta ibu kepada 5 orang anak agak sibuk. Namun ia tidak menjadi alasan untuk saya tidak ber'blog'.

Baru-baru ini saya dapat perkongsian ilmu dari salah seorang sahabat wassap saya. Saya rasa adalah elok sekiranya saya dapat kongsikan dengan anda semua yang lebih kurang baya-baya saya. Yang masih ada anak-anak kecil atau anak yang nak meningkat remaja.

Sama-sama kita muhasabah diri kita sebagai parents yang terbaik buat anak-anak kita.

Pernah juga saya kongsikan dari Ustazah Isfadiah pakar parenting islam di entri yang lalu tentang AJAR ANAK BUAT KERJA RUMAH. Sila klik link di bawah untuk perkongsian Ustazah Isfadiah.


Meh saya kongsikan petikan dari wassap group yang menyentuh bagaimana kita sebagai ibu-bapa mencorakkan anak kita.

Check it out!

SALAHKAH MENGAJAR ANAK MEMBUAT KERJA RUMAH SEJAK KECIL?

untuk makluman anda, saya dan suami sering meminta tolong anak-anak melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, cuci pinggan lepas makan, lap meja dan menyidai baju diampaian.

Kadangkala, memang kedengaran rungutan seperti bunyi lebah dari mereka bila kami meminta mereka buat sesuatu perkara. Tapi percayalah, saya selalu pesan kepada mereka. 

"Percayalah nak, suatu hari nanti bila korang dah dewasa, korang akan berterima kasih kepada ibu dan ayah kerana menyuruh korang buat kerja-kerja rumah ini".

Bukan tujuan mendera, bagi saya, ajar dan biasakan anak dan kerja rumah membantu mereka menjadi 'manusia', dan insyaAllah dengan izin Allah.. supaya tidaklah suatu hari nanti, anak yang menjadi 'TUAN' kepada ibu bapa.

Supaya tidaklah satu hari nanti, anak-anak kita jadi manusia sombong yang memandang rendah terhadap orang lain dan rasa mereka tidak layak melakukan kerja-kerja yang bagi mereka, "low class" sangat.

SALAHKAH MENGAJAR ANAK MEMBUAT KERJA RUMAH SEJAK KECIL?

Tidaklah mendera jika anak sejak kecil kita ajarkan untuk tahu jika tumpahkan air, cari kain/tuala lap meja, lap. Supaya tidaklah nanti bila ke mana-mana, tak ada rasa tanggungjawab hinggakan semua mahu cleaner yang buatkan. Semua mahu bibik yang settlekan.

Tidaklah keji jika sejak kecil, kita ajarkan anak, sebelum mandi, lepas tanggalkan baju, masukkan ke dalam bakul. Supaya tidaklah nanti mereka pakai campak saja baju ke lantai dan biarkan kita yang mengutipnya (atau pembantu rumah kutipkan? itu lagi keji) seperti orang tiada tamadun.

Tidaklah teruk jika sejak kecil, ajarkan, sudah makan/minum, bawa ke sinki. BASUH. 

Supaya tidaklah nanti bila sudah besar, siap makan, hulurkan pinggan pada orang lain untuk dibasuh. Seronok jadikan orang lain hamba kita?

Tidaklah tunjuk bagus pun jika sejak kecil, ajar mereka tentang cara menjaga kebersihan tandas, basuh sendiri, sental sendiri. Supaya tidaklah nanti, pandang orang kerja angkut sampah, cuci tandas, seperti pandang orang paling keji dan kotor. 

Ramai ya ibu bapa sekarang rasa benda ini benda simple. Benda yang TAK PERLU AJAR DAN BIASAKAN PADA ANAK.

"Tak payah ajarlah, nanti reti lah mereka."
Sedarlah bahawa anda sendiri yang menghilangkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Bila sudah tiada nilai itu, mahu suruh kutip baju masuk bakul? Tarik muka adalah.

Meja penuh dengan cawan, pinggan yang sendiri makan, tapi orang lain yang kena kutip dan basuh.

Lantai penuh dengan baju seluar hatta seluar dalam untuk mak dan bibik kutipkan. 

Reti bahasakah ini?
Jadikan ibu bapa hamba?
Jadikan isteri / suami hamba?
Anggapkan cleaner, tukang buang sampah itu hina pekerjaannya sedangkan jika tiada mereka, hidup dalam sampahlah kita.
Jika tiada mereka, entah-entah hampir kesemua tandas awam dan di shopping mall penuh kotoran kerana yang menggunakannya pun bukan reti basuh toilet pun? Flush toilet pun tak pernah nak peduli.

Cemerlang akademik saja yang kita mahu?
Pathetic benar mindset kita kalau akademik kita kejar, tapi benda-benda simple begini tiada dalam diri kita.
Akademik cemerlang, tapi tiada common sense.
Akademik pandai, tapi pengotor.
Akademik paling top, tapi tuala wanita tak berbasuh dibiar merata dengan alasan, cleaner ada nak kutipkan. 
Akademik bagus bukan main, tapi seluar dalam cleaner service apartment yang basuhkan.

SALAH ANAK?

Bila mereka besar, kita katakan "haih, tak tahulah apa nak jadi dia ni. Semua benda tak reti buat. Kerja rumah pun harapkan orang lain."

Tuduh anak pula?
Sedarlah anak-anak itu hidup dan masuk ke lorong-lorong yang kita sebagai ibu bapa sediakan untuk mereka sejak kecil.

Lorong salah yang kita tunjukkan, mahu expect mereka pandai-pandai sendiri bila sudah besar?

Siapa yang sebatikan sikap pemalas dan menghambakan orang lain itu menjadi darah daging mereka?

Kawan/guru/masyarakat yang jaga mereka sejak kecil?
Kesiankan anak berpada-pada. Manjakan anak berpada-pada.

SEMUA ORANG BUAT SILAP. MARI KITA UBAH SEMENTARA BOLEH UBAH.


kredit to wassap group Muslimah


Sweetmama,
Hafizah

Tuesday, January 12, 2016

180 MINIT DILWALE VS 5 MINIT SOLAT

Assalamualaikum wbt sahabatku sekalian.

Apa khabar? rindunya dengan sahabat-sahabat sekalian. Agak lama saya tak bersiaran di laman blog fiezabard.

Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak dan kerja hakiki.

Baru-baru ini saya dapat dari wassap group masjid tentang pesanan Ustazah Nurhafizah. Bila saya dapat pesanan tersebut, saya terkedu sebentar.

Astaghfirullahalazim, baru saja saya layan Filem Dilwale yang femes sangat sekarang ni. Kat mana-mana ceruk akan sebut kehebatan lakonan Kajol dan Shah Rukh Khan.

Actually, saya dah lama tak layan movie lelama macam ni. Berhantu pulak filem hindustan ni. maybe sebab pengaruh pelakon veterannya tu kot yang kembalikan nostalgia masa zaman-zaman sekolah dulu.

Rasa menyesal pun ada, sebab bila dah habis tengok tu saya fikir apa yang saya dapat? Ngantuk adalah sebab sanggup habiskan sampai jam 2 pagi. Menyesal tak sudah. Itu pun sebab ada kawan yang bagi softcopy.




Laghanya saya dibuai oleh syurga dunia yang tidak menjamin sebarang syurga di akhirat.

Mari sama-sama muhasabah diri kita dengan kata-kata hikmah Ustazah Nurhafizah di bawah.



Kenangan dapat bergambar bersama Ustazah Nurhafizah idola saya. Nama dah lah sama tu, di salah satu ceramah yang saya ikuti 2 tahun lepas. Yang kiri sekali rakan office saya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah.


Tengok Pertandingan 90 minit...

Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...(sayalah tu layan Dilwale 180 minit)
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...


Untuk akal yang maju!!

Renungkanlah...

Di Whatsapp 300 kawan...

Di Blackberry 500 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 50 kawan...

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:

"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla. 

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA...

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja. 

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya. 

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya. 

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah 

Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.

Sahabatmu dlm perkongsian...

Wallahu A'lam...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga perkongsian saya kali ini dapat dimanfaatkan oleh anda.

Mohon panjang-panjang hebahan ini kepada rakan-rakan anda dengan tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai sahabat-sahabat yang kita kasihi dapat manfaatnya.

Sebaik-baik umat adalah umat yang memberi manfaat kepada orang lain.

Sweetmama,

Hafizah