Pages

Tuesday, January 12, 2016

180 MINIT DILWALE VS 5 MINIT SOLAT

Assalamualaikum wbt sahabatku sekalian.

Apa khabar? rindunya dengan sahabat-sahabat sekalian. Agak lama saya tak bersiaran di laman blog fiezabard.

Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak dan kerja hakiki.

Baru-baru ini saya dapat dari wassap group masjid tentang pesanan Ustazah Nurhafizah. Bila saya dapat pesanan tersebut, saya terkedu sebentar.

Astaghfirullahalazim, baru saja saya layan Filem Dilwale yang femes sangat sekarang ni. Kat mana-mana ceruk akan sebut kehebatan lakonan Kajol dan Shah Rukh Khan.

Actually, saya dah lama tak layan movie lelama macam ni. Berhantu pulak filem hindustan ni. maybe sebab pengaruh pelakon veterannya tu kot yang kembalikan nostalgia masa zaman-zaman sekolah dulu.

Rasa menyesal pun ada, sebab bila dah habis tengok tu saya fikir apa yang saya dapat? Ngantuk adalah sebab sanggup habiskan sampai jam 2 pagi. Menyesal tak sudah. Itu pun sebab ada kawan yang bagi softcopy.




Laghanya saya dibuai oleh syurga dunia yang tidak menjamin sebarang syurga di akhirat.

Mari sama-sama muhasabah diri kita dengan kata-kata hikmah Ustazah Nurhafizah di bawah.



Kenangan dapat bergambar bersama Ustazah Nurhafizah idola saya. Nama dah lah sama tu, di salah satu ceramah yang saya ikuti 2 tahun lepas. Yang kiri sekali rakan office saya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah.


Tengok Pertandingan 90 minit...

Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...(sayalah tu layan Dilwale 180 minit)
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...


Untuk akal yang maju!!

Renungkanlah...

Di Whatsapp 300 kawan...

Di Blackberry 500 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 50 kawan...

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:

"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla. 

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA...

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja. 

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya. 

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya. 

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah 

Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.

Sahabatmu dlm perkongsian...

Wallahu A'lam...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga perkongsian saya kali ini dapat dimanfaatkan oleh anda.

Mohon panjang-panjang hebahan ini kepada rakan-rakan anda dengan tekan button SHARE dan LIKE supaya lebih ramai sahabat-sahabat yang kita kasihi dapat manfaatnya.

Sebaik-baik umat adalah umat yang memberi manfaat kepada orang lain.

Sweetmama,

Hafizah

No comments:

Post a Comment