Assalamualaikum wbt,
Bertemu kembali anda semua diruangan coretan saya kali ini. Apa khabar semua? Saya doakan anda sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.
Entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda isu yang sering dialami oleh masyarakat kita tanpa sedar atau tidak iaitu BERDENGKUR.
Anda tidur berdengkur?
Iya ke?
Berdengkur atau orang jawa kata mengorok adalah bunyi yang dihasilkan ketika bernafas biasanya ketika seseorang menarik nafas semasa tidur. Getaran akan berlaku dilelangit lembut dan uvula (tergantung di belakang tekak).
Di situ lah uvula ( saya pun baru tahu, sebab sebelum ni panggil anak tekak je )
PUNCA DENGKUR
OBESITI
Tisu lemak berlebihan di bahagian tekak menyukarkan pernafasan. Berat badan yang berlebihan juga boleh menyebabkan gangguan tiroid sehingga menyumbang kepada berdengkur.
TONSIL
Tonsil (kelenjar) yang membesar boleh menghalang pernafasan.
GAYA HIDUP
Amalan gaya hidup yang kurang sihat antara faktor penyumbang berdengkur semasa tidur. Berapa kali seminggu anda bersenam? Apa makanan sihat yang anda makan setiap hari? Anda makan berlemak? Anda makan makanan yang tinggi kalori?
MEROKOK
Rokok adalah punca segala penyakit. Selain masalah jantung dan peparu yang bakal dihidapi oleh perokok, saluran pernafasan perokok terganggu disebabkan pembengkakan selaput lendir di hidung, pembengkakan rangkaian di tekak dan penyumbatan di paru-paru. Sikit punya banyak kesan buruk merokok. Anda masih nak merokok?
PENGAMBILAN ALKOHOL
Peminum alkohol secara berlebihan menyebabkan relaksasi saluran pernafasan semasa tidur dan mengakibatkan suara dengkuran semakin keras.
MASALAH PERUBATAN
Kalau anda perasan, sekiranya anda dijangkiti selsema, pernafasan anda juga terganggu bukan? Anda lebih sukar bernafas dan mengakibatkan dengkuran semasa tidur. Begitu juga sekira ada dikalangan anda yang menghidap resdung dan alahan.
Selain itu adanya gejala diabetes atau hipotiroid pun berpotensi menyebabkan dengkuran.
Insya Allah, masalah dengkuran seperti ini selesai selepas penyakit dirawati.
POLA TIDUR TIDAK STABIL
Pola tidur yang tak seimbang juga adalah punca kepada dengkuran kuat. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup dan tidur yang berkualiti.
FAKTOR USIA
Semakin usia bertambah otot tekak semakin hilang keanjalannya dan menggeleber. Ini juga menyumbang kepada dengkuran.
KECACATAN UVULA
Pola tidur yang tak seimbang juga adalah punca kepada dengkuran kuat. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup dan tidur yang berkualiti.
FAKTOR USIA
Semakin usia bertambah otot tekak semakin hilang keanjalannya dan menggeleber. Ini juga menyumbang kepada dengkuran.
KECACATAN UVULA
kecacatan uvula berlaku bilamana lelangit lembut yang kecil terlebih panjang daripada normal. Uvula ini terdiri daripada otot, tisu perantara dan membran mukus dari bumbung mulut di atas pangkal lidah.
AKIBAT BERDENGKUR
TIDAK CUKUP TIDUR
Bila tidur anda terganggu dengan bunyi-bunyian yang sangat menyeksakan, sudah tentu nikmat tidur berkualiti anda terjejas.
Untuk orang dewasa memerlukan hanya 5 jam untuk tidur dan rehat yang cukup supaya keesokkan harinya dapat kembali bertenaga.
Persoalannya, cukup ke tidur 5 jam sekiranya tidur anda diganggu.
Nak uji cukup ke tak tidur anda, jika keesokkan harinya anda bangun masih berasa mengantuk, lesu, penat, cepat marah dan emosi terganggu. Itulah tandanya anda belum cukup tidur.
Paling parah sekiranya tidak cukup tidur anda ini menjadi punca kemalangan di jalan raya atau di tempat kerja.
Akibatnya prestasi kerja juga terjejas.
Kes yang paling ekstrem, hubungan rumahtangga juga terjejas kerana emosi tidak stabil. Stress wooo...tak aman tidur dengan bunyian macam serobong kapal.
Ramai orang yang ada masalah berdengkur ini tertidur ketika memandu yang bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi nyawa orang lain.
Jemput baca pengalaman rakan saya yang pernah tertidur ketika memandu hingga patah bahu. Masya Allah...sila klik
TRAUMA RIZAL TERTIDUR SEMASA MEMANDU HINGGA PATAH BAHU (SILA KLIK)
Jemput baca pengalaman rakan saya yang pernah tertidur ketika memandu hingga patah bahu. Masya Allah...sila klik
TRAUMA RIZAL TERTIDUR SEMASA MEMANDU HINGGA PATAH BAHU (SILA KLIK)
APNEA TIDUR
Seseorang itu dikatakan mengalami apnea tidur apabila pernafasannya terhenti seketika sewaktu dia tidur. Ia dikenali sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA).
Bayangkan sekiranya anda terkena OSA
Dengkuran kuat juga terhenti seketika (biasanya lebih kurang 10 saat). Oleh kerana pernafasan terhenti, berlaku kekurangan oksigen dan berlebihan karbon dioksida yang menyebabkan individu berkenaan terjaga dengan diikuti dengkuran kuat.
Cuba anda bayangkan sekiranya pernafasan terus terhenti? Fikirkan lah.
SERANGAN JANTUNG, TEKANAN DARAH TINGGI DAN STROK
“Ada kajian mendapati, individu berdengkur kuat mempunyai risiko 34 peratus untuk mengalami serangan jantung dan strok (67 peratus). " kata Perunding Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Ng Wai Keong.
Apabila nafas terhenti, bekalan oksigen terhenti juga. Akibatnya jantung bekerja keras untuk berfungsi dengan cekap.
Lebih kerap nafas terhenti, tekanan darah semakin tinggi mengakibatkan serangan jantung dan strok. Ia juga mengakibatkan jantung tidak stabil.
PETUA MENGURANGKAN DENGKUR
Ada sesetengah kes, masalah berdengkur yang kritikal dan tidak dapat dikawal dinasihatkan menjalani pembedahan oleh doktor pakar.
Tapi sejauh mana ianya dapat dirawat dan hilang sepenuhnya dengan cara pembedahan.
Pandangan saya, pembedahan adalah langkah terakhir mengurangkan dengkuran.
Nasihat saya anda boleh cuba petua di bawah ini dahulu ye.
Petua 1
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Campuran susu dan badam menghasilkan tidur yang nyenyak dan berkualiti
Petua 2
Sediakan dua ruas kunyit hidup . Kupas kulitnya , bersihkan dan hiris halus . Kemudian masukkan hirisan kunyit itu ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati . Amalkan minum setiap kali sebelum tidur .
Campuran kunyit dan madu dipercayai boleh mengurangkan dengkur
Petua 3
Amalkan gaya hidup sihat.
Dah terbukti dengan gaya hidup sihat anda pasti bahagia tanpa DENGKUR.
Status yang saya share di FB
DENGKUR HILANG ISTERI MAKIN SAYANG
==================================
Kawan saya ni dah lama mengalami masalah obes. Pelbagai cara beliau buat nak turunkan berat badan hingga satu ketika dulu dia sanggup puasa setiap hari untuk kurus.
Kalau makan pun beliau hanya makan nasi berlaukkan sup kosong saja. Kesiannnn kan.
Sebelum kahwin beratnya turun hasil usahanya tapi lepas tu beratnya naik semula hingga tak boleh dikawal.
Sehinggalah 3 bulan yang lalu beliau join NECK. Alhamdulillah, NECK telah mengubah hidupnya dari biasa-biasa kepada luar biasa.
Beliau kata isterinya suka perubahan dia sekarang sebab tidur isterinya dah kurang terganggu lagi.
Cuba anda bayangkan bagaimana seksanya isteri beliau terpaksa tadah telinga dengan bunyi-bunyian 'kapal karam' yang mengganggu tidurnya. Pagi esoknya tentu si isteri mengantuk di tempat kerja kerana tidur yang terganggu.
Penyakit dengkur yang dialami beliau selama ini dah berkurang semenjak join NECK.
Kalau anda nak tahu antara punca dengkuran kuat adalah OBES.
Alhamdulillah....hasil usaha beliau bersama NECK mengamankan tidur mereka berdua.
Kalau anda perasan NECK bukan saja beri impak besar kepada peserta tapi impak terbaik kepada seisi keluarga dan orang sekeliling juga.
Tahniah kepada Ahmad Ibrahim Rizal kerana berjaya mengubah gaya hidup lebih sihat.
KHAS KEPADA ANDA YANG MENGALAMI MASALAH DENGKURAN KUAT. SILA AMBIL IKTIBAR DARI KISAH RAKAN SAYA NI.
____________________________________________________________________________
4 tips nak kuruskan badan dengan mudah adalah
1. Makan 5 kali sehari, wajib makan nasi.
2. Banyak minum air.
3. Tidur secukupnya.
4. Senaman di rumah
Eh mudahnya rupanya nak kurus.
Ingat tak point di atas? Punca utama masalah dengkur adalah obesiti. Jadi, dengan menurunkan berat badan Insya Allah dengkuran anda akan berkurang macam rakan saya ni. Dah pun terbukti.
Anda tak percaya.
Sekiranya anda serius nak KURUS dan mengurangkan dengkuran anda boleh taip "Saya nak tips kurangkan dengkur" ke 019-211 8757.
Saya doakan anda kurus dan sihat.
Saya mohon anda bantu saya untuk SHARE kan juga maklumat ini supaya ramai orang yang tahu
"Oooo....nak kurus senang rupanya kalau kena caranya!"
Semoga ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain.
Saya doakan, " Allah memberi ganjaran syurga tanpa hisab untuk anda yang sudi SHARE status ini"
"Sharing is caring"
Thanks for reading.
Salam sayang kesihatan dan kekurusan,
HAFIZAH MAHFOZ
hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz
019-211 8757
(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)
#NECK
#NowEveryOneCanKurus
#CaraMudahMESTIKurus
#JomKurusDariRumah
#dengkurankurang
#noweveryonecankurus
#happyfamilywithNECK
#kurangdengkur
#kurangdengkur
Sekiranya anda suka entri saya sila tekan button SHARE dan LIKE. Insya Allah, dengan sekali tekan anda dapat membantu rakan-rakan lain yang ingin transform diri mereka ke arah kekurusan. Saham kubur anda dapat, Insya Allah...
Kredit : Petua Mengurangkan Dengkur Semasa Tidur Dan Ketahui Puncanya - Fuh.My , http://xnakdengkur.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment