Pages

Monday, August 31, 2015

HARI INI DALAM SEJARAH ANAK SEDARAKU AKMAL THE SEMPOI BOY- DAY 2 (BERSANDING)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat. Seperti dijanjikan kali ini saya nak share photo-photo indah majlis persandingan anak saudara saya Mohamad Akmal yang baru saja mendirikan rumahtangga.



Hero Malaya


 Bila samping dah sendat, jalan pun macam robot.


Tak boleh nak tunduk dah. stokin pun kena tolong pakaikan.


Prosedur standard. Bila bersanding je ada berarak....


Kompang dipalu pengantin baru.....


Yang lain muka serius. Pengantin lelaki sorang buat muka lucu.



Bersama mak pengantin Kak Izah dan Kak Lik


Dah sudah makan, sembang-sembang dulu sementara tunggu sessi photography

Acara memotong kek










Keluarga pengantin.



Pengantin bersama ibu bapa mereka


Sebahagian keluarga besar pengantin sebelah ibu pengantin.


Bapa pengantin sebelah kanan dan bapa saudara pengantin. Biras ke beras??


Bapa saudara pengantin dan famili (Cik Aling)



Pengantin lelaki ni tak sudah-sudah dengan aksi lucunya



Formal style



Free style famili photo



Riuh rendah dengan gelagat memasing.

 Photo yang dikongsikan sekadar untuk tatapan.

Love family,
Hafizah and famili.



HARI INI DALAM SEJARAH ANAK SEDARAKU AKMAL THE SEMPOI BOY- DAY 1 (NIKAH)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca setia fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda sihat walafiat.

Cuti panjang hari merdeka selama 3 hari apa plan anda? Alhamdulillah cuti panjang ini saya masih berada di Lembah Kelang untuk meraikan pernikahan dan perkahwinan anak saudara saya Mohamad Akmal bin Nasrudin.

Hari ini dalam sejarah anak saudara saya yang paling sempoi ini melangkah ke alam rumah tangga lebih kurang jam 3.00 petang pada 29 Ogos 2015.

Jemput jamu mata rakaman photo yang sempat diambil kemeriahan Majlis nikah dan Majlis Perkahwinan. Biarlah photo yang berkata-kata.

Hari Sabtu 29 Ogos 2015

Kami berkumpul di rumah persinggahan kak Lik (Fauziah Mahfoz) di Bangi Seksyen 5 Tambahan yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.


Sesekali berkumpul macam ni eratkan silaturahim keluarga. Bukan senang nak berjemaah macam ni.



Apalah yang menggelikan hati kak izah tu (mak pengantin)



Cikgu Ben (berbaju krim), sedang berpidato depan anak-anak buah.



Entah apa yang difikir dengan bakal pengantin ni (masa tu la bakal pengantin). Buat muka lucu pulak tu.


Dah ready nak jadi suami orang



Antara hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.

Nikah di Masjid Al-Hidayah Seksyen 5 Bandar Baru Bangi.



Mas Kahwin dan cincin kahwin


Ibu pengantin berdebar menunggu anakandanya akad.


Adik pengantin pulak yang nevessss







Wajib tonton. Ada aksi lucu pengantin di sini.

Bezakan wajah sebelum dan selepas?
Tengok tu selepas, muka ada senyummmmm!!
Sekali lafaz akad sahaja Akmal dah sah bergelar suami kepada Syazni.


Apalah Fatimah (adik pengantin) gelakkan abang dia tu. Tergelak besar nampak.


muka sempoi pengantin lelaki. Sampai tersilap nak bagi Mas Kahwin kat bapak pengantin perempuan. Tu la kot Fatimah gelakkan dia.


Penyerahan Mas Kahwin kepada pengantin perempuan bernilai RM300 (Mas Kahwin untuk Negeri Selangor). Baru la tak silap orang lagi.



Lepas tu sarung cincin pulak ye.

Kami juga diraikan dengan jamuan makan oleh tuan rumah, parent pengantin perempuan Syazni. Terima kasih tuan rumah.






Sessi bergambar dengan famili pengantin lelaki.

Pengantin dan keluarga Cik Ben (Cikgu Jalal)



Pengantin dan keluarga Wak Long (Fuad)





Sepupu pengantin (Khadijah dan Fitri)


Khadijah dan adik pengantin (Fatimah) dan si bungaku Awina


Adik dan adik Awina

Pengantin dan famili makcik bongsunya (Cik Ann)



Terima kasih kerana sudi menatap photo-photo kenangan Hari Ini Dalam Sejarah Akmal.

Ini baru hari pertama. Hari kedua majlis persandingan ada banyak lagi photo nak dikongsi.


Tahniah kepada keluarga akak saya kak Izah dan Abang Din kerana dapat ahli baru dalam family yang awesome.

Entri ini sekadar untuk sharing gambar-gambar kenangan famili.

Love my big famili,
Hafizah dan famili.