Pages

Friday, May 1, 2015

KISAH SLIP DISC RAKAN SAYA EIDA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar rakan-rakan fiezabard sekalian. Lama rasanya kita tak bersua. rindu dengan anda semua. Saya doakan anda sihat dan dilindungi Allah swt.

Kali ini saya terpanggil nak bercerita tentang kawan saya yang menghidap Slip Disc Eida.

Eida ini satu office dengan saya. Orangnya ceria dan peramah. Sebelum ni saya tak begitu rapat dengannya kerana dia berlainan department dah berlainan blok juga.

Saya rapat dengan eida sejak kami sama-sama join program Now Everyone Can Kurus (NECK).

Antara Geng NECK yang juga join Bigger Losser program anjuran office kami.
Yang paling kiri tu saya. Eida yang berbaju t-shirt biru.

Dari segi fizikalnya saya nampak Eida ni tak lah gemuk pun. Saya agak pelik, kenapa Eida nak join program Kurus lagi. Sedangkan ramai lagi individu yang bam bam yang tak nak join Now Everyone Can Kurus.

Rupanya ada cerita di sebalik kenapa Eida beriya-iya join NECK. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah Syadis Eida

Nama saya Eida. Berusia 36 tahun. Saya berasal dari Kedah.

Di bawah ini adalah perkongsian tentang pengalaman saya sendiri. 

Semoga apa yang saya kongsikan ini menjadi inspirasi kepada pembaca blog ini.

Mula Menghadapi Masalah Slip Discs

Pada awal tahun ni, saya disahkan oleh doctor menghidapi Slip Dics di bahagian L4/L5. 

Ia bermula dengan saya sering rasa sakit di bahagian belakang badan saya dan kaki saya selalu terasa kebas.

Selepas membuat pemeriksaan, terkejut saya apabila doktor memaklumkan saya ada masalah tulang belakang.

Ini bukan masalah kecil. Tapi ini masalah besar buat diri saya. Sejujurnya, saya tak sangka badan macam saya pun boleh mengalami masalah slip discs. Saya bukanlah gemuk sangat pun. 

Punca Saya Terkena Slip Disk

Sebenarnya saya melahirkan anak kembar.

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah.

Kedua dua anak perempuan saya ini mempunyai 'habit' yang sama. Kalau seorang menangis, dua dua akan menangis.

Since kedua dua menangis serentak, saya perlu mendukung kedua dua baby serentak untuk mendiamkan mereka.

Kalau seorang 12kg, dua orang dah 24kg.


Itulah beban yang badan saya perlu tampung untuk mententeramkan keadaan.

you are super duper mom la eida. Sooo....cute your twin
Kesannya, saya mula rasa sakit belakang.

Mula mula saya ingat sakit itu biasa biasa sahaja. Rupa rupanya tak. Tulang L4 dan L5 saya dah mula bergesel. Dan saya sering rasa kebas dibahagian kaki kerana darah kurang sampai ke bahagian itu.

Selain itu, saya seorang yang bekerja di pejabat. Setiap hari kerja saya mengadap komputer. Seharian saya duduk atas kerusi di pejabat. 

Ini menambah lagi kesan sakit di bahagian tulang belakang saya. 

Apa Itu Slip Discs? 

Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. 

Hal ini berlaku disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor dan mengakibatkan tulang bergerak. 

Apabila perkara ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Kesannya, banyak anggota badan saya menjadi kebas dan pergerakan saya sangat terbatas.

Hanya satu ubat yang saya ada bila kaki saya kebas atau kejang. Iaitu SABAR.

Bermula Titik Perubahan Dalam Hidup

Namun begitu, saya menadah tangan mengucap syukur kerana dipertemukan dan dijodohkan dengan Program NECK. 

Alhamdulillah dengan ilmu, bantuan, serta tunjukkan ajar, dari coach dan bimbingan dari rakan-rakan yang berpengalaman di dalam program ini saya berasa lebih sihat sekarang dengan izin Allah.

Sebelum ini, saya selalu rasa sakit dibahagian tulang belakang saya. Sakit itu akan terasa hingga keseluruhan kaki. 

Kesakitan itu sangat ketara terutama waktu bangun pagi, dan dalam keadaan duduk yang terlalu lama semasa bekerja di pejabat. Segala kerja menjadi terbatas dan menggangu prestasi kerja kerana hal. 

Sebelum ni saya hanya mampu bertahan utk duduk selama 2 jam dan perlu baring untuk redakan kesakitan.

Tetapi....... 

Segalanya Berubah Selepas Menyertai Now Everyone Can Kurus

Kehidupan saya banyak berubah selepas menyertai program ini. Saya terasa kelainannya. 


Walaupun agak terlewat sedikit menyertainya dan hanya baru 2 minggu, perubahan yang amat ketara dapat saya rasakan. 






antara diskusi dalam NECK


Saya sangat teruja dan menadah tangan tanda syukur padaNYA. 

Semangat untuk SIHAT dan TERPAKSA KURUS meningkat dan makin berkobar-kobar dari sehari ke sehari. 

Saya sedar, hanya dengan SIHAT kita boleh menikmati hidup dengan selesa dan happy bersama orang-orang tersayang. 

Alhamdulillah dan terima kasih... kepada team NECK.

Apa Yang Saya Belajar?

Dalam NECK, banyak yang saya belajar. 

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada coach dan mentor yang banyak kongsikan ilmu dengan saya dan para peserta yang lain.

Yang penting, saya mula belajar mengira kalori. Selepas saya belajar, baru saya tahu.

"Laaa.... Senangnyer nak turunkan berat kalau dah tahu formula ini".

Saya mula belajar kira kalori.

Setiap kali nak makan, saya akan perhatikan dan kira berapa kalori makanan yang saya makan. Syukur Alhamdulillah. Berat saya menurun 3 kg dalam tempoh 2 minggu.

"Saya suke saya suke............."

Apa yang lebih saya hargai apabila bersama NECK adalah sifat peramah coach dalam mendidik kami.

Coach saya Abang Ketak tak kisah saya PM beliau secara personal.

Since saya sakit tulang belakang, Abang Ketak kongsikan banyak senaman yang boleh saya buat tanpa membebankan tulang belakang saya.

inilah akibatnya join NECK. Dalam masa 2 minggu Eida turun 3 kg. Wow!!

Perubahan yang saya rasa dalam tempoh 2 minggu ini sangat amazing.

Syukur Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pada Allah. Sekarang saya dah tak rasa kebas kebas di kaki saya lagi.

Sakit dibahagian tulang belakang pun semakin berkurang.

"Ya Allah... Nikmat apakah lagi yang ingin aku dustakan"

Ternyata... Benarlah apa yang coach selalu pesan kepada kami semua.

"Nak diet dan bersenam bukan untuk kurus. Tapi untuk sihat. Bila sihat, kita terpaksa kurus".

Sekarang saya dapat merasai kembali 'nikmat' hidup sihat. Anda mungkin tak memahami apa yang cuba saya sampaikan.

Sebab anda tak rasa apa itu sakit tulang belakang. Anda tak rasa apa itu kebas dibahagian kaki. Apa itu sakit ketika duduk dan terpaksa berbaring sehingga menjejaskan kualiti kerja.

Eida sekarang

Syukur, sekarang kesihatan saya bertambah baik.

Alhamdulillah. Terima kasih NECK. Terima kasih Abang Ketak. Terima kasih semua.

Wassalam

Eida
Peserta NECK Batch 3

"Jom Kurus Dan Sihat Hanya Dari Rumah"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Begitulah kisahnya kenapa Eida yang nampak macam kurus join NECK. NECK bukan semata-mata nak anda kurus. Target NECK nak supaya anda merasai nikmat SIHAT bila anda KURUS.

Bila anda KURUS anda terpaksa SIHAT.

Betul ke betul!

Semoga perkongsian kisah Eida memberi manfaat kepada anda. Sila sebarkan kepada rakan-rakan lain yang mungkin mengalami masalah seperti Eida ini.

Sekiranya anda sendiri yang inginkan tips kurus dan sihat sila taip "Saya nak tips kurus" ke 019-211 8757 (Telegram/Whatsapp) sekarang.

Saya doakan anda kurus dan sihat

Love,
Hafizah
#Jomkurusdarirumah
#Noweveryonecankurus
#Noweveryonecansihat


Sila tekan button SHARE dan LIKE di bawah. Semoga dengan sekali klik anda memberi seribu harapan kepada pesakit slip disc yang lain.



No comments:

Post a Comment