Pages

Sunday, January 25, 2015

KUBUR RAJA ARAB SAUDI, RAJA ABDULLAH TANPA BERTANDA

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard sekalian? Saya doakan anda dilindungi Allah dan dikurniakan syafaat syurga tanpa dihisab di sana nanti.

Lama juga saya menyepi dirikan. Rindu rasanya nak bernukilan di blog ini.

Kali ini saya nak berceloteh tentang Raja Arab Saudi iaitu Raja Abdullah yang tersohor di seantero dunia ini telah meninggal dunia 2 hari yang lalu iaitu pada hari Jumaat, 23 Januari 2015 dalam usianya 90 tahun kerana menghidap jangkitan patu-paru.

Berakhirnya riwayat Raja Abdullah dalam usia 90 tahun

Apa yang menarik perhatian saya nak berkongsi cerita di sini bila saya terdengar berita di radio ikim.fm pada hari Jumaat yang lalu dalam perjalanan ke pejabat bahawa Raja Abdullah akan dikebumikan di kubur tanpa tanda.

Ketika saya mendengar berita itu, jantung saya terhenti seketika, speech less!!
Subhanallah, maha suci Allah, siapa yang tidak kenal Raja Abdullah. Raja yang disegani di dunia. Sikapnya yang sangat suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan harus menjadi contoh kepada para jutawan di dunia.

kalau anda ingat lagi, pada satu ketika dahulu ada rakyat Malaysia yang mempunyai anak kembar siam memerlukan kos pembedahan yang sangat mahal untuk memisahkan mereka berdua. Raja Abdullah lah yang tampil menghulurkan bantuan untuk menaja pembedahan tersebut. Lihat, Raja Abdullah tidak mengira bangsa dan negara untuk bersedekah.

Sifatnya yang bersederhana terbawa-bawa oleh rakyat jelata sehingga kematiannya.

Tiada istiadat rasmi semasa sepanjang pengurusan jenazahnya seperti kebiasaan raja-raja.

Yang menjadi saya terharu, Raja yang tersohor ini, kuburnya tidak ada tanda sepertimana kebiasaan orang-orang kenamaan yang sudah tentu dibinakan kubur yang indah-indah. Malah, jenazahnya dikapankan dengan kain putih seperti rakyat jelata....Allahuakhbar!!

Kuburannya juga hanya ditempat awam bersama-sama kuburan rakyat jelata. Tiada kubur khas untuknya.


Jenazah Raja Abdullah dikebumikan di kawasan Awam Al-Aoud Riyyad

Walaupun populariti Raja Abdullah ini sangat gah dikalangan rakyat, tetapi yang menjadi keanehannya, tiada perhimpunan khas besar-besaran di jalanan meratapi pemergian Allahyarham.

Sementara itu, bendera negara mereka tak pun diturunkan separuh tanda berkabung. Bendera masih berkibar seperti hari-hari biasa kerana tiada tempoh rasmi berkabung diumumkan oleh kerajaan mereka.

Kebetulan kematian Raja Abdullah jatuh pada hari Jumaat, maka pejabat-pejabat tentunya tutup kerana cuti hujung minggu di sana. Dan kerajaan mereka tidak mengumumkan pun sebarang cuti khas untuk memperingati kematian Raja mereka.

Manakala pertabalan rasmi pengganti Raja Arab Saudi juga dilakukan dengan acara yang sangat ringkas. Tidaklah terlalu rumit protokolnya. 

Adik tirinya Putera Mahkota, Salman 79 tahun dengan rasminya menggantikan tahta Di Raja Arab Saudi bagi menggantikan Almarhum.

Sangat bersederhana pengurusannya dan Alhamdulillah Allah permudahkan urusan mereka.

Ya, secara jujurnya, saya sangat sebak dengan kisah kematian Raja Abdullah yang tidak mengira darjat dan pangkat dalam pengurusan jenazahnya. Sangat bersederhana.

Bagaimana ye dengan negara kita?

Saya doakan Raja Abdullah yang dikasihi rakyat jelata dikurniakan syurga tanpa hisab.

Begitu juga saya doakan kesejahteraan rakyat Arab Saudi dengan pemerintahan Raja yang baru.

Terima kasih kerana sudi membaca celoteh saya.

Sekiranya celoteh saya ini menarik hati anda sila tekan button LIKE dan SHARE di bawah.


Hidup sederhana,

~Hafizah Mahfoz

No comments:

Post a Comment