Assalamualaikum wbt,
Apa khabar para pembaca fiezabard? Sahabat-sahabatku sekalian. Saya doakan anda dalam keadaan sihat dan ceria.
Walaupun sejak kebelakangan ini kita sering membaca, mendengar dan melihat pelbagai musibah yang melanda Negara kita, dari kejadian air bah yang tidak surut-surut hinggalah semalam berita Kapal Terbang AirAsia dikhuatiri hilang tanpa kesan dalam penerbangannya ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.
Apa yang berlaku ini sekadar cubit-cubit sayang dari Allah swt.
Cuba anda bayangkan, bila seorang anak yang melakukan kesalahan. Tentu bapanya marah bukan.
Amaran pertama: Bapanya hanya menegur manja " Nak...jangan buat begitu.."
Namun anaknya tidak endahkan nasihat bapanya.
Amaran kedua: Bapanya meninggikan sedikit suara "Nak...kan dah cakap tadi jangan buat begitu"
Tapi anaknya masih tidak endahkan larangan bapanya.
Apa lagi bapanya naik berang...
Amaran ketiga: Bapanya pun naiklah tangan...
Waktu ini barulah si anak nak meminta ampun dan maaf kepada bapanya atas kesalahannya. Dalam hal ini adakah bapanya tidak sayangkan anaknya.
************************************************************
Petang tadi dalam perjalanan pulang ke rumah dari office biasanya radio ikim.fm yang jadi peneman.
Saya dengar salah seorang ustaz ada menyatakan
"Ujian yang menimpa jadikan sebagai jambatan untuk kita lebih dekat kepada Allah"
"Life is The Test"
"Berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar"

Dalam dada akhbar sering memaparkan perkataan "Musibah" untuk sebarang perkara buruk yang berlaku. Kita pula gerun bila mendengar perkataan "Musibah" itu. Seolah-olah perkataan itu suatu perkara yang patut dielak.
Namun begitu orang yang beriman memandang Musibah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada makhluknya.
Sebagai makhluknya, kita tidak boleh menilai kekufuran seseorang. Kita tidak boleh menjatuhkan hukuman sama ada sesuatu ujian itu adalah kifarah dari Allah. Hanya Allah sahaja yang menentukan dan menilai makhluknya.
Kita tak tahu apa rahsia Allah. Apa yang berlaku ada tersurat dan tersirat yang tidak boleh terungkai dek aqal.
Apa yang saya nak rumuskan, kemungkinan Allah menarik nyawa orang yang kita sayang misalannya tidak lain dan tidak bukan kerana Allah sangat kasih dan sangat sayangkan mereka.
Kenapa anak kecil itu terlepas dari tangan ibunya semasa dalam banjir besar itu hari sehingga anak itu maut. Tak sayangkah Allah dengan mereka? Allah sangat sayangkan anak kecil itu untuk selamatkannya dari pancaroba hidup dunia yang penuh dengan dosa. Insya Allah syurga lah tempat anak kecil ini.
Ujian banjir ini juga membawa kita lebih dekat kepada Allah. Saya dah jelaskan di atas tadi.
"Ujian yang menimpa jadikan sebagai jambatan untuk kita lebih dekat kepada Allah"
INFAQ
Allah sayangkan kita. Allah nak kita dekat denganNya. Waktu inilah Allah nak ajar kita ber'infaq'. Waktu inilah Allah nak ajar kita wajibnya berzakat. Waktu inilah Allah nak ajar kita berkat kepada memberi.
Alhamdulillah, masyarakat di Malaysia sangat pemurah. Apabila dengar sahaja sahabat yang ditimpa musibah, cepat sahaja yang menghulurkan bantuan.
Misi Bantuan Vitamin C
Satu lagi inisiatif dari Group bisnes saya iaitu Misi Bantuan Vitamin C kepada mangsa banjir. Mereka mangsa banjir sudah tentunya memerlukan vitamin untuk imunasi mereka. Tika ini mereka lebih mudah terdedah kepada sebarang penyakit. Langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka meningkat tahap imunasi mereka.
Mudah-mudahan Allah menjauhkan mereka dari sebarang penyakit yang merbahaya.
Konsert Batal
Yang paling menggembirakan saya, dan sangat bersyukur kerana kesemua Konsert Ambang Tahun Baru di Malaysia dibatalkan serta merta hikmah dari kejadian Banjir ini.
Alhamdulillah kos yang sepatutnya digunakan untuk Ambang Tahun Baru tersebut digunakan untuk Bantuan Banjir. Itu yang sepatutnya.
Di sini Allah nak tunjuk bahawa kita wajib membelanjakan kepada sesuatu perkara yang memberi faedah kepada kita.
Malam Cinta Rasul
Bersyukur juga ke hadrat Illahi, Malam Cinta Rasul tetap diteruskan pada malam itu kerana beberapa hari lagi kita akan menyambut Maulidurasul iaitu Sambutan Kelahiran Nabi Junjungan kita Rasulullah saw yang tercinta.
Lihatlah, sesuatu ujian yang Allah beri sudah pastikan Allah ingin dekat dengan kita. Hanya makhlukNya yang sering lupa dan alpha dengan Allah sedangkan Allah tetap kasih. Allah tetap sayangkan kita.
Setakat ini dahulu nukilan saya untuk kali ini, semoga entri saya ini dapat menjadi ikhtibar dan manfaat anda.
Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila klik button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya.
Hanya luahan dari sekeping hati yang masih mengejar CINTA ALLAH.
#BanjirKelantan
#BantuanBanjir
#Banjir
#AirAsia
#CintaRasul
Cinta Allah dan Rasul,
Hafizah Mahfoz

Antara barangan yang dikumpulkan di kejiranan LEP7 (Taman saya) |
Antara sebahagian barangan yang dihantar ke Putraya ke tempat pengumpulan Bantuan Banjir |
Ramai yang menghulurkan bantuan |
Aset Bomba semua dah habis digunapakai. Hanya tinggal bas ini untuk menghantar Bantuan Banjir yang dikumpulkan. |
Kak Normah dan anak-anaknya antara orang kuat Taman LEP7 yang sukarela mengumpulkan barang-barang Bantuan Banjir dari penduduk. Terima kasih Kak Normah atas jasa baik. Allah saja yang dapat membalas. |
Penuh bas dengan barangan Bantuan Banjir |
En Badrul Hisham mengagihkan Bantuan sumbangan penduduk LEP7 di Pekan Pahang. |
Air yang semakin naik di Pekan, Pahang |
Tempat pemindahan Pekan Pahang |
Inisiatif company tempat saya bekerja Sapura dengan sumbangan Banjirnya. bantuan banjir di bungkus sehingga 3 lapis untuk mengelakkan basah terkena air banjir semasa agihan nanti. |
Pesawat Karebo dari TUDM sedia untuk membawa Bantuan Banjir ke tempat kejadian |
Salah seorang rakan sepejabat saya En. Yazid yang turut serta dalam misi Bantuan Banjir |
Antara sumbangan Rakyat Malaysia yang perihatin untuk mangsa |
Pandangan Kelantan dari Pesawat (ihsan En. Yazid) |
sawah padi di Kelantan yang menjadi lautan (photo ihsan En. Yazid) |
Sungai Kelantan (selepas 4 hari di landa Banjir paling hebat) |
Satu lagi inisiatif dari Group bisnes saya iaitu Misi Bantuan Vitamin C kepada mangsa banjir. Mereka mangsa banjir sudah tentunya memerlukan vitamin untuk imunasi mereka. Tika ini mereka lebih mudah terdedah kepada sebarang penyakit. Langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka meningkat tahap imunasi mereka.
Vitamin C sumbangan dari MFMS Group (kredit to Kam Maria) |
Konsert Batal
Yang paling menggembirakan saya, dan sangat bersyukur kerana kesemua Konsert Ambang Tahun Baru di Malaysia dibatalkan serta merta hikmah dari kejadian Banjir ini.
Alhamdulillah kos yang sepatutnya digunakan untuk Ambang Tahun Baru tersebut digunakan untuk Bantuan Banjir. Itu yang sepatutnya.
Di sini Allah nak tunjuk bahawa kita wajib membelanjakan kepada sesuatu perkara yang memberi faedah kepada kita.
Malam Cinta Rasul
Bersyukur juga ke hadrat Illahi, Malam Cinta Rasul tetap diteruskan pada malam itu kerana beberapa hari lagi kita akan menyambut Maulidurasul iaitu Sambutan Kelahiran Nabi Junjungan kita Rasulullah saw yang tercinta.
Lihatlah, sesuatu ujian yang Allah beri sudah pastikan Allah ingin dekat dengan kita. Hanya makhlukNya yang sering lupa dan alpha dengan Allah sedangkan Allah tetap kasih. Allah tetap sayangkan kita.
Setakat ini dahulu nukilan saya untuk kali ini, semoga entri saya ini dapat menjadi ikhtibar dan manfaat anda.
Sekiranya anda suka dengan entri saya kali ini sila klik button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai lagi yang dapat manfaatnya.
Hanya luahan dari sekeping hati yang masih mengejar CINTA ALLAH.
#BanjirKelantan
#BantuanBanjir
#Banjir
#AirAsia
#CintaRasul
Cinta Allah dan Rasul,
Hafizah Mahfoz
No comments:
Post a Comment