Pages

Wednesday, November 5, 2014

IKAN SIAKAP MASAK SWEET SOUR FIEZABARD

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat yang budiman. Saya doakan anda dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.

Entri kali ini saya nak berkongsi RESEPI SPECIAL kegemaran anak-anak saya, IKAN SIAKAP SWEET SOUR FIEZABARD.


Anak-anak saya sememangnya penggemar makan ikan. Tak kiralah masak asam pedas ke, gulai ke, goreng ke...semua mereka bedal. Ikan sangat bagus sebagai sumber protein kepada mereka.

Dan kali ini saya masak special untuk mereka. Baru pagi tadi beli ikan siakap di kedai, nampak fresh...tak boleh simpan peti ais lama-lama, nanti kurang khasiatnya.

Ok, kita tengok bahan-bahannya.

Ikan siakap seekor (saiz sederhana)
Cili kering di blend
Bawang besar di potong melintang
Bawang putih dipotong
Halia sebesar 2 inci
sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng
Nenas dalam tin 
Sos cili ( saya suka sos cili life sebab tidak masam )
Cili merah sebagai hiasan
Daun Bawang dan daun sup sebagai hiasan

Cili kering direbus dahulu sebelum di'blend'

Cili merah, bawang besar, halia dan bawang putih
bawang besar dipotong melintang

bahan-bahan asas yang telah dipotong


kiub nenas

Cara-caranya:

1. lumurkan ikan siakap dengan kunyit serbuk

2. goreng tidak terlalu garing ikan siakap

3. panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dahulu hingga naik baunya, kemudian masukkan halia pula hingga agak garing. Masukkan bawang dan cili blend ( nak pedas bubuh banyak, tak nak pedas bubuh sedikit). Kemudian bubuh sos cili ke atas tumisan tadi. Kacau rata. Akhir sekali tuangkan kiub nenas dengan sedikit air kiub tersebut. Sekiranya tumisan nampak agak garing boleh tambahkan sedikit air. Renihkan sehingga betul-betul masak. Tambahkan sedikit garam dan gula. Akhir sekali tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.




TADAAAA!!!!! dah siap untuk di makan

Dari pandangan atas ( taburkan daun bawang dan daun sup serta cili merah sebagai penyeri )

Mudahkan nak masak. Asalkan bahannya tersedia ok je!

Semoga anda dapat manfaat dari resepi saya yang tidak seberapa ini. Boleh ditokok tambah mengikut citarasa anda.

Sekiranya anda suka resepi ini sila LIKE dan SHARE supaya ramai lagi yang dapat manfaatnya.

Selamat mencuba resepi baru.

Anak anda suka makan ikan? Tak suka, anak-anak memerlukan banyak protein untuk tumbesaran mereka. Sebagai ibu kita perlu memastikan mereka mendapat khasiat nutrisi yang lengkap. Sila klik link NUTRISI LENGKAP UNTUK KANAK-KANAK.

Seronokkan kalau dapat masakkan keluarga masakan yang enak-enak setiap hari. Impian saya ingin menjadi WAHM (Work-At-Home-Mom). Duduk rumah pun boleh dapat 4-5 angka. Sekiranya anda juga berimpian seperti saya sila download ebook di bawah.

EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!



www.ebookniaga.com/sorryboss/hafizah
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 

Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer.  Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE.  

Kini Maria Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. FROM ZERO to HEROin.. Semoga bermanfaat..


Terima kasih kerana sudi membaca, Enjoy Your Cooking!!

Masak dari hati,

Hafizah Mahfoz 























































No comments:

Post a Comment