Pages

Sunday, November 30, 2014

B COMPLEX KURANGKAN STRESS

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Stress ke? Jangan stress sangat noooo....bawak-bawak bertenang dalam menghadapi sesuatu situasi.

Entri kali ini saya ingin membincangkan secara spesifik kenapa kita perlukan B Complex sebagai suppliment harian kita.
 
Kenapa kena ambik B Complex?

Untuk mengawal stress anda perlukan B Complex. Jom siasat apa yang ada dalam B Complex

Kandungan B Complex ialah Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12. 

Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda.

Fungsi Vitamin B

Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma.
Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic. 
Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental.
Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang. 
Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi. 
Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter membantu aktiviti mengurangkan depresi didlm badan. 
Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram.

Kenapa B Complex Shaklee?



B Complex Shaklee mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif dimana Asid folik tambahan dan vitamin B penting, tidak mudah diserap dalam badan. 

Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. 

Keistimewaan B Complex Shaklee:
  • Mudah di telan. 
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
kredit to MamaFaiz.com
  
Mahal ke Shaklee??

Sapa kata Shaklee mahal. Cuba anda buat perbandingan harga dan kuantiti khasiatnya per serving
Kelebihan B Complex Shaklee



Sekiranya entri ini memberi manfaat kepada anda sila tekan button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang mendapat manfaatnya.

Kisah Saudagar Kaya dan Khadamnya

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? saya doakan anda sihat walafiat di samping tugas-tugasan yang dilakukan. Saya doakan anda berada dalam kesabaran menghadapi hari-hari yang penuh mencabar.

Kalau anda nak tahu, setiap pagi saya tidak miss untuk mendengar motivasi pagi jam 7.30 pagi di Radio kegemaran saya ikim.fm
 
Andai anda belum tahu, saya syorkan anda bertukar ke channel ikim.fm pada jam 7.30 pagi setiap pagi untuk menambah cas-cas positif dan juga sebagai vitamin rohani kita. Bukan jasad saja yang perlukan vitamin ye, rohani juga sangat perlukan vitamin supaya jiwa kita tidak terlalu kosong.

Pagi ini motivasi pagi menyentuh topik yang sangat sentap dalam diri saya iaitu SABAR.

Kisah saudagar kaya

Ustaz penceramah ada menceritakan alkisahnya ada seorang saudagar kaya ingin menjamu sahabatnya yang bertandang ke rumahnya.


Besi panas

Lantas si khadamnya membakar daging hancur yang telah dikepal-kepal dengan besi panas. Kalau di Malaysia ni biasanya panggil daging kebab.

Semasa khadam itu hendak menghidangkan daging yang masih dalam besi panas tersebut terkena anak saudagar kaya tersebut yang pada ketika itu sedang berlari-lari bermain. Maka, dengan ketentuan Allah mati anak saudagar tersebut.

Cuba anda teka apa tindakan saudagar tersebut? 

Merdekakan hambanya
Saudagar kaya tersebut menguruskan dengan tenang jenazah anaknya sehingga selesai. Selepas selesai. ia jumpa khadam tadi lantas membebaskan khadam tersebut.

Untuk pengetahuan anda, zaman para nabi khadam ini adalah hamba kepada tuannya. Di mana tuannya boleh melakukan apa saja terhadap hamba ini. Sekiranya mereka dibebaskan oleh tuannya, adalah menjadi satu penghargaan yang sangat besar terhadap mereka.

Allahuakhbar! Sabarnya saudagar kaya itu.

Cuba anda bayangkan, sekiranya anda ada seorang bibik. Tetiba bibik tertumpah air panas terkena anak kita. Mati anak kita. Cuba bayangkan, apa perasaan anda ketika itu? Marah kan? Meluap-luap terus hantar bibik balik indon kan? Sudah pasti terpampang kat dada akhbar muka glemer kita menyaman bibik yang mencederakan anak kitakan. Belum lagi report polis berjela-jela dikarang.

Jauhnya tahap kesabaran kita dengan mereka kan?

Hakikatnya zaman para sabahat. kekuatan bukan terletak pada tenaga mereka yg kuat. kekuatan bukan dinilai dari kekayaan yang mereka miliki. Tetapi kekuatan di nilai dari kesabaran yang mereka miliki.

Ibu bapa sekarang selalu silap dalam menghukum anak-anak. Anak-anak selalu dipukul bila ayah tidak tahan sabar.

Ada sampai satu tahap mereka memukul anak hingga anak itu lembik dan tidak berdaya
bila di tanya kenapa buat anak begitu, si ayah jawab " mujur aku sabar, kalau tidak mati aku kerjakannya "

Allahuakhbar....adakah itu nilai kesabaran mereka.

Sabar dinilai sebelum sesuatu perkara buruk terjadi. Sebelum anak tersebut dipukul, adalah lebih baik si ayah mengambil wudhu' dahulu. Insya allah si ayah akan mengambil tindakan rasional selepas itu.

Hakikatnya, api kemarahan itu datangnya dari Syaitan. Syaitan sentiasa ingin mengganggu anak cucu adam dan membuatkan jiwa seseorang itu kacau.

Allah menjadikan makhluk bernama syaitan asalnya dari api. Untuk padamkan api adalah air. Oleh itu, dengan berwudhu' saja yang dapat meredakan api kemarahan cetusan dari godaan syaitan.



Sukar ingin melawan api kemarahan ini.Tetapi ia boleh dicegah dengan membuat benteng pertahanan dari gangguan Syaitan. Syaitan sentiasa mencari peluang mencetuskan keberantakan makhluk Allah yang bernama manusia. Bukankah itu ikrar janji syaitan dengan Allah di syurga dulu.

Jangan bagi peluang kepada syaitan durjana. 

Tips nya:
  1. Perbanyakkan membaca Al-Quran.
  2. Banyak berzikir.
  3. Solat 5 waktu tidak tinggal.
  4. Sentiasa dalam keadaan berwudhu'.
  5. Makan makanan yang menenangkan. Menurut kajian makan coklat boleh menenangkan jiwa. Tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil berlebihan.
Gantikan coklat dengan suppliment B Complex. SILA klik link B Complex dan keistimewaannya.




Stress jangan dianggap enteng. sekiranya anda ada tanda-tanda stress berlebihan sila rujuk kepada pakar. lebih buruk lagi sekiranya stress boleh mengakibatkan migrain, tekanan darah tinggi, obesiti, strok, serangan jantung dan sakit mental.

Nyanyuk juga adalah satu penyakit akibat dari stress berlebihan (SILA RUJUK LINK SINDROM NYANYUK PUNCA DAN TIPS). 

Mudah-mudahan Allah menjauhi kita dari sebarang penyakit kronik tersebut.

Sekiranya anda ingin berada di kalangan DARJAT TERTINGGI DISISI ALLAH, anda perlu BERSABAR. 


Sekiranya entri ini memberi manfaat kepada anda sila tekan button LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang mendapat manfaatnya.

KEK MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat yang dimuliakan. Saya doakan anda beroleh kesihatan dan kesejahteraan hari ini.

Entri kali ini saya nak baking pulak. Lama tak ber'baking'. Tetiba mood nak buat kek membuak-buak. Ye lah, dok selalu tengok kawan-kawan muslimah di Taman saya ni. Masing-masing dah mula tunjuk skill.

Saya dah lama tak praktik skill saya ni. Sejak ada anak kecik masa sangat limited untuk saya berjimba-jimba dengan peralatan baking saya.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda resepi Kek Marble Cheese Brownies. Resepi ni saya ambil dari bekas kawan opis saya yang juga suka ber'baking'.


Terima kasih Kak Siti Haslinda sebab kongsikan resepi ini. Kredit tu Rinn Chan fotopages kerana kami selalu belek-belek resepi Puan.

Bahan-bahan Kek Marble Cheese Brownies

250 gram butter ( saya suka guna buttercup )
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor ( saya kurangkan jadi 1 cawan. tak suka manis )
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak sekali dengan sodium bikarbonat + baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla


Lapisan Cheese

250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B



Antara bahan-bahan wajib ada

Telur 3 biji

Ini kertas griss yang perlu dilapikkan di loyang. Ingat lebihkan 3 inci kiri dan kanan loyang kertas gris ini supaya mudah nak keluarkan kek bila masak nanti



Saya nasihatkan anda beli cheese di kedai-kedai pembuatan kek. Kalau beli di Jusco atau Hypermarket harganya 2 kali lebih mahal dari itu (sekadar perkongsian, sebab dah terkena beb!)

Dah namanya Kek Marble Cheese kan. Tentulah Cheese tu wajib ada. Dan pastikan Philadelphia cheese yer. Kalau nak cheese lain pun boleh tapi kena bubuh gula sikit la dek non.

Cara-caranya
  1. Cairkan butter dengan api yang perlahan, kemudian masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula (handwish saja yer yanggg...) sampai sebati.
  3. Kemudian, campurkan dengan bancuhan butter tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan susu cari dan kacau lagi hingga sebati
  5. Masukkan tepung + BP + SB (yang telah diayak)
  6. kacau sehingga sebati dan masukkan asen vanilla
  7. Sementara itu panaskan oven (dengan suhu 170 degree, ikut oven anda yer, ini suhu oven saya. Hanya tuan oven yang tahu tahap suhu yang sesuai)
  8. Alas loyang saiz 10X10 inci dengan griss paper (biarkan terjuntai sedikit). Sila lihat photo di bawah.
  9. Masukkan bancuhan coklat ke dalam loyang.
  10. Ingat!! tinggalkan 2-3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping plastik. Kalau tak ada piping plastik, guna plastik putih biasa pun tak pe. Ini untuk buat corak marble di atas kek.
  11. Bakar bancuhan selama 20min dengan suhu 150-170 degree (guna api atas bawah)

Sementara menunggu bahan coklat dibakar, boleh la kita sediakan bahan cheese pula.
  1. Pukul cream cheese sehingga gebus
  2. kemudian masukkan gula dan pukul sebati
  3. setelah sebati masukkan pula telur dan pukul sebati lagi.
Selepas 20 min (set kan timing oven...nanti bunyi ketingggg!!!). Keluarkan kek coklat separuh masak tu dan tuang cheese ke atasnya. Ratakan keseluruhan atas kek.

Kemudian, paipkan baki coklat atas cheese dan lorekkan ikut suka. Saya suka buat Marble cenggitu.

Bakar semula sehingga 15 minit atau hingga cheese masak ( guna api atas saja dek non). Yang ni kena jaga suhu sikit. kalau terlebih suhu, cheese nampak hangus. Tak cantik nanti rupa parasnya. Sedap memang sedap. Tapi kita nak kek kita cantikkkk juga kan. Gunakan suhu yang agak sesuai. Biasanya saya guna suhu 150 degree untuk bakar cheese tersebut.

Siapppp!!!


cairkan butter atas api yang berlahan
butter yang telah cair

masukkan serbuk koko dan kacau rata

campuran butter dan serbuk coklat yang telah dikacau sebati

pukul telur dan gula (handwish saja)

telur dan gula yang telah dipukul sebati

campurkan dengan bancuhan butter tadi

dan kacau hingga sebati

Masukkan susu cari dan kacau lagi hingga sebati

ayak tepung + Baking powder + sodium bikarbonat


Masukkan tepung + BP + SB (yang telah diayak tadi) 




kacau sehingga sebati dan masukkan asen vanilla
 Sementara itu panaskan oven dengan suhu 170 degree.

Ingat!! tinggalkan 2-3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping plastik. Kalau tak ada piping plastik, guna plastik putih biasa pun tak pe. Ini untuk buat corak marble di atas kek.
Haaa....macam nih..

Alas loyang saiz 10X10 inci dengan griss paper (biarkan terjuntai sedikit).
Masukkan bancuhan coklat ke dalam loyang.

Bakar bancuhan selama 20min dengan suhu 150-170 degree (guna api atas bawah)

kek brownies yang telah siap dibakar

curahkan bancuhan cream cheese di atas kek brownies ( maaf gambar ni cheese dia macam tak begitu naik kerana mixer saya rosak. Saya guna blender je untuk mixkan cheese)

paipkan baki coklat atas cheese dan lorekkan ikut suka. Saya suka buat Marble cenggitu. Lepas ni lorekkan dengan lidi pula untuk dapatkan corak yang cantik.
  Bakar sekali lagi selama 15 minit gunakan api atas.

TADAAAAAA......DAH SIAPPP!!!!


Ralat
Ini jadinya sekiranya terlebih suhu semasa membakar. Hati-hati ye semasa membakar cheese dengan api atas. Jaga suhunya (suhu bergantung kepada oven anda)
Apa lagi Kek Marble Cheese Brownies dah siap. Buat lah teh. Jemput minum petang semuaaaa!!!!
Jika entri saya kali ini beri manfaat kepada anda semua sila SHARE dan LIKE dengan menekan button di bawah.
Semoga anda semua dapat manfaatnya dan selamat mencuba!!!!

Baking dari Hati, Masak dari Hati,
LOVE,
Hafizah Mahfoz