Pages

Monday, November 17, 2014

5 RAHSIA KEJAYAAN JUTAWAN DALAM MASA 9 BULAN TELAH TERBONGKAR : PART 1

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat sekalian, saya doakan anda dikurniakan kekayaan dan kejayaan dunia akhirat.

Kenapa saya mendoakan begitu. Kerana semalam saya telah diberi cas positif. Cas yang mengujakan.

Alhamdulillah, semalam pada 16 November 2014 saya sempat menghadiri Master Celebration Maria Firdaus iaitu Mentor saya di Pullman, Putrajaya yang gilang gemilang.



Majlis bermula 10.30 pagi. Untuk tidak ketinggalan moment-moment yang istimewa saya telah sampai sebelum pukul 10 pagi lagi.

Orang pertama yang saya jumpa adalah Kak Lazimah dari Seremban.Terserempak sebelum masuk Lif untuk ke dewan di Tingkat 2. Tengok tu dari Seremban pun boleh turun. Malulah kalau yang duduk area Lembah Klang tak turun.

Kak Lazimah berdiri no 2 dari kanan, bergambar kenangan dengan Master Zahirah (baju marron). Ambil aura orang yang telah berjaya. Sebelah kanan sekali Kamariah dan saya di mana?
 Sementara menunggu pintu dewan di buka untuk umum kami pun bercanda-canda bergambar-gambar dengan rakan-rakan seperjuangan.

rupa paras dewan yang bakal meraikan Master yang gilang gemilang (sedang bayangkan photo Master Fiezabard di situ)

Bersama rakan seperjuangan dari kanan cik Zeeta gojes, Pn Lazimah anggun, Pn Kamariah, Pn Hafizah dan anak-anak, Pn Shima dan anak-anak.

Kepada sesiapa yang belum tahu siapa yang kami raikan ini. Ini adalah susur galur Maria Firdaus.

"Untuk berjaya kita kena berdampingan dengan orang yang berjaya"

"Kalau kita nak bau wangi kena berkawan dengan penjual minyak wangi, walaupun kita tak beli minyak wangi tersebut, sedikit sebanyak kita akan terpalit sedikit bau wanginya"

Betul ke betul!

Inilah Mentor-mentor yang kusayangi (susur galur Maria Firdaus), saya di bawah susur galur Maria Firdaus
 Sebaik saja pintu dibuka umum, saya sekeluarga bergegas mencari tempat duduk.

Wahhh! ada tempat duduk VIP.

Sedang bayangkan, tahun hadapan saya pula duduk di tempat RESERVED ini.
Alhamdulillah kami bertujuh beranak berada di sini. Yang kat barisan belakang tu sibuk ber'Telegram' dalam group la tu.
Stage idaman semua distributor

Antara tetamu yang hadir
 Saat yang ditunggu akhirnya tiba jua. Pengantin hari ini yang diraikan iaitu Master Coordinator Maria Firdaus masuk ke dewan. Betul-betul macam pengantinlah. Bezanya, tak ada pelamin. hanya stage disediakan untuk mereka.


alahai si faress terselit dicelah pintu
bersedia untuk Master Parade

Master berdua mengambil tempat diiringi oleh President Shaklee Malaysia Mr. Victor Lim


Majlis dimulai dengan kata alu-aluan Mr. Victor Lim (President Shaklee Malaysia). Sila tonton ucapan yang sangat bermakna dari President Shaklee Malaysia.

UCAPAN KATA ALU-ALUAN MR VICTOR LIM (SILA KLIK)

Kaya Cas Positif

Sejurus selepas itu Presidential Master Mama Cery pula memberi kata yang sangat bermotivasi dan berinspirasi. Mama Cery adalah antara Master idola saya. 

Perasan tak carta Susur Galur Maria Firdaus di atas ( tak ingat cuba scroll atas ). Mama Cery adalah Master di tangga yang teratas.


Mama Cery (Presidential Master Shareeza)
Apa yang menarik, Mama Cery kata Empayar Maria Firdaus adalah group yang sangat hebat dan istimewa. Persoalannya, apa yang sangat-sangat istimewanya Empayar Maria Firdaus ni. 

Sekiranya anda nak tahu Maria Firdaus ini sering berada dalam lambakan cas positif. Tiada sebarang kata-kata negatif pun dalam sebarang posting mereka sama ada dalam FB atau Blog.

Siapa yang pernah follow blog www.mariafirdaus.com pasti setuju dengan kata-kata Mama Cery.

Saya sendiri suka follow blog mereka kerana mereka menulis hanya yang positif belaka.

Kerana apa? apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita buat semua itu DOA. sekira yang baik kita fikir, baiklah jadinya. Sekiranya apa yang kita tulis negatif, maka negatiflah jadinya.

Mama Cery sering berpesan berhati-hati semasa menulis diblog atau di FB...tulis yang positif saja.


http://fiezabard.blogspot.com/2014/11/5-rahsia-kejayaan-jutawan-dalam-masa-9.html

  Berlagak ke kalau kongsikan kejayaan?

Yang ini pula adalah perkongsian Master Ainul iaitu Mommy Shaklee Maria Firdaus ( sila rujuk susur galur Maria Firdaus di atas ).

perkongsian Master Ainul
 Master Ainul adalah biras kepada Maria. Yang mana Suami Maria, Mohd Firdaus adik beradik dengan suami Master Ainul.

Kisahnya mereka ini iaitu Master Maria dan Master Ainul sering berkongsi rasa dan perasaan masalah mereka.

Mereka sama-sama Engineer suatu ketika dulu sebelum jadi Work-At-Home-Mom (WAHM). Sama-sama sibuk, sama-sama tidak ada masa yang berkualiti untuk famili.

Rupanya, bukan saya saja yang mempunyai masalah seperti mereka. Saya sebagai Jurutera Sistem di sebuah syarikat swasta, sering merasai tak cukup masa berkualiti dengan famili, stress dengan kerja hakiki, stress dengan traffic jem setiap hari untuk ke tempat kerja, tak sempat nak masakkan famili. Balik rumah dah letih, penat. Anak terabai. Tak sempat nak tengok homework anak. Tak sempat nak ajar mengaji anak. Anak diswasta jagakan...Allahuakhbar! Cukup bulan dapat gaji bayar hutang.


Sebenarnya, ramai lagi yang menghadapi masalah seperti saya, Master Maria dan Master Ainul. Adakah anda antaranya?

Insya allah, saya juga ingin mengikuti jejak langkah mereka menjadi Work-At-Home-Mom (WAHM) suatu hari nanti. Tak sabar nak pecat bos saya.

Master Ainul berpesan supaya sesiapa yang inginkan kejayaan dalam Shaklee, kejar rapat-rapat mak atau mommy mereka. Kami di sini tidak memanggil Upline atau Downline tetapi panggil mommy atau mak supaya terasa tiada jurang dalam berbisnes. Disamping itu, panggilan seperti itu menambahkan lagi keakraban dan silaturahim.

Master Ainul berpesan lagi supaya selalu sharing apa yang kita dapat, apa yang kita buat dalam bisnes. Biar orang lain kata kita takbur ke...berlagak ke...abaikan. Pengalaman saya sendiri pernah dikecam sebagai takbur bila saya sharekan keistimewaan Empayar Maria Firdaus.

Persoalannya,
Adakah mereka peduli nak bayarkan kereta kita setiap bulan?
Adakah mereka peduli nak bawa kita ke oversea setiap tahun?
Adakah mereka peduli nak bagi kita CASH setiap bulan?
(ini ayat saya)

kerana mereka yang terjebak dalam Shaklee ini insya allah akan diberi ganjaran 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION BONUS (bercuti setiap tahun).

Macam saya yang baru dapat 1C saja iaitu CASH BONUS setiap bulan pun dah sangat-sangat bersyukur...lagilah pula nanti dapat CAR BONUS dan CONVENTION BONUS...mahunya melompat tak hingat punya, Alhamdulillah.



Selempang Keramat


Sejurus selepas Master jemputan berucap, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian Selempang Keramat untuk pemegang gelaran Master Coordinator Shaklee. Antara impian saya suatu hari nanti saya ingin memiliki Selempang Keramat ini.


Macam abang dengan adik Master Firdaus dan Mr Victor Lim (President Shaklee Malaysia)


Panjang juga Selempang Keramat ni


For you brother Firdaus ( tu agaknya Mr Victor Lim cakap kat Firdaus)


To you to Maria








Dipuncak kecemerlangan Shaklee


berikan tepukan gemuruh kepada Master Maria Fidraus (itulah kot Ms Emcee Ms Suk Nik cakap)


Surprise daripada anak didik Maria Firdaus

Majlis yang gilang gemilang ni bertambah rancak dan sangat hebat bilamana kami anak-anak didik Maria Firdaus mengadakan kejutan untuk mereka berdua.

Perancangan rapi telah dibuat beberapa minggu sebelum Majlis ini. Kami tubuhkan satu group telegram Surprise MFMS! tanpa menjemput mereka dalam group tersebut supaya rahsia surprise kami tidak terbongkar.

Hasilnya sangat-sangat awesome. Kami berjaya membuatkan mereka berdua sebak dan berjuraian air mata. Kami yang membuat surprise untuk mereka pun sebak juga.


Menanti untuk buat kejutan buat Master berdua
Pertama kali dalam sejarah dalam Master Celebration Shaklee anak-anak didik naik pentas berkoir. Sangat happening dan fantastic!!
Video Surprise

Di sini saya juga sertakan video surprise yang membuatkan Master kami berjuraian air mata. Jemput tonton.

VIDEO SURPRISE EMPAYAR MARIA FIRDAUS TEAM MEMBERS (SILA KLIK)

Alhamdulillah surprise kami menjadi walaupun hampir terkantoi dengan Master Firdaus.

Tahniah team Surprise MFMS! Rahsia surprise yang tidak terbongkar.

Anda juga dijemput menonton saat-saat juraian air mata Master Maria dan Firdaus. Jemput tonton.

VIDEO JURAIAN AIR MATA MASTER (SILA KLIK)


Raise Me Up! lagu kami untuk Master kesayangan

Akhirnya air mata Master tidak dapat ditahan

Penghargaan dari Team untuk Master kesayangan

Anda perasan tak apa yang saya nampak dalam photo ini?

kalau anda perasan, tak kira kaum bapa atau kaum ibu kami tidak meninggalkan anak kami dalam sebarang program bisnes yang kami ikuti.

Cuba anda lihat saudara eddy ni pula, sweet kan. Ada ke mana-mana event bisnes macam ni punya sweet.

Bisnes ini adalah bisnes keluarga, tujuan kami berbisnes adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan yang entah berapa tahun sejak kami bekerja yang telah kami abaikan.

Kalau anda perasan antara entri blog saya sebelum ini kebanyakkannya anak-anak akan turut sama. Saya yang mempunyai 5 orang anak ini juga akan memastikan mereka tidak saya tinggalkan dalam setiap event Shaklee.

Sila klik BISNESKU BERSAMA MEREKA ANAK-ANAK DAN SUAMI

Antara sebab saya takut nak join bisnes MLM dulu sebab saya takut saya akan lebih jauh dengan famili. Saya lebih sibuk dengan bisnes saya hingga meninggalkan anak dan suami hingga larut malam. Saya takut saya perlu menghadiri coaching-coaching mereka dengan meninggalkan anak dan suami.

Tapi dengan Shaklee saya semakin dekat dengan famili. Sebarang coaching atau event yang berkaitan bisnes akanku angkut askar-askar dan suami saya turut serta kerana mereka lebih menggalakkan ahli keluarga menyertainya. Alhamdulillah, saya dipertemukan bisnes yang menjadi impian saya.

Rapatkan diri dengan Allah
Rapatkan diri dengan famili
Rapatkan diri dengan rakan taulan
Rapatkan silaturahim

Business Woman dan Umi yang hebat! Tahniah Master Maria
Sedangkan Fateh anak Master Maria sendiri tak lekang asyik nak bergendong dengan uminya, sempoilah Fateh anak jutawan. Insya allah Fateh juga akan bakal mewarisi tahta umi dan abi.

Kehangatan Majlis semakin menyerlah. Cerita lebih Fantastic lagi akan menunggu.

Saya akan sambung entri yang lebih hangat dan awesome di 5 RAHSIA KEJAYAAN JUTAWAN DALAM MASA 9 BULAN TELAH TERBONGKAR : PART 2

Tungguuuu!!!!! Kerana kehangatan baru saja hendak bermula.

Jika anda suka entri ini, mohon anda tekan LIKE button di bawah dan SHARE. Semoga ia memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut berjaya.


LOVE MFMS,

Hafizah Mahfoz

#MFMSTheMostFantasticShakleeTeamInMalaysia
#Shaklee
#EmpayarMariaFirdaus
#KlinikUsahawan
#MagnetKejayaanKekayaan

No comments:

Post a Comment