Pages

Tuesday, October 21, 2014

DONUT PANDANGAN HATI!!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca-pembaca fiezabard? Saya doakan anda dalam lindungan Allah swt.

Dah hampir 2 minggu saya tak menaip. Rindu pulak rasanya.

Entri kali ini saya nak kongsikan salah satu Motivasi Pagi ikim.fm yang saya dengar setiap pagi.

Kebiasaannya saya ke tempat kerja keseorangan di dalam kereta selama hampir 2 jam driving dari Seri Kembangan ke Wangsa Maju. Jadi masa inilah saya manfaat sepenuhnya untuk mendekatkan diri dengan Allah. 

Antaranya mendengar ceramah-ceramah Ilmu untuk mengisi kekosongan di dada. 40 hari tanpa Ilmu maka gelap lah hati. Rebutlah peluang untuk kita mendapatkan Ilmu walau di mana kita berada.

Rancangan motivasi pagi ikim.fm berkumandang dari jam 7.30 pagi hingga 7.45 pagi setiap hari. Saya sarankan anda tukar channel radio anda ke radio IKIM.FM waktu ini. Insya allah anda dapat manfaatnya. 

Cara Berfikir

Pada kali ini ustaz menerangkan dari segi pandangan kita. Apa yang kita nampak, apa yang kita pandang, dan apa yang kita fikirkan, itulah yang kita dapat.



Saya pernah pergi Kursus DR AZIZAN OSMAN. Di situ baru saya percaya apa ustaz ni nak sampaikan.

Dr ada menyebut,

APA YANG ANDA FIKIR,
APA YANG ANDA UCAPKAN,
APA YANG ANDA RASA,
APA YANG ANDA BUAT,
ITU SEMUANYA DOA!!

Oleh itu berhati-hati dengan setiap sangkaan kita.

Sebagai Contoh, LAUT. Apa yang anda fikirkan tentang laut?



Kalau sayalah, saya fikirkan Laut itu penuh dengan kedamaian. Laut membiru bukan pemisahhhhh (eh nyanyi pulak).

Laut sangat mendamaikan dengan deruan ombak. Laut juga buat hati tenang dengan angin menyapa pipi. Itu saya sebagai Pelancong (pelanconglah sangat).

Sedangkan para nelayan memandang laut itu sebagai punca rezeki mereka. Tanpa laut periuk mereka tak berasap.

Lihat, Satu jisim iaitu LAUT tapi diinterprestasikan dalam kotak fikiran yang berbeza oleh dua individu yang berbeza iaitu Pelancong dan Nelayan.

Di sini ingin disimpulkan terdapat 4 jenis PANDANGAN Manusia.

1. PANDANGAN MATA. Sering Menipu

Contoh, sebatang kayu yang lurus bila dicelupkan ke dalam air kelihatan membengkok ( tak caya, silalah buat eksperimen sendiri ).

Sesiapa yang pernah buat eksperimen ini ketika sekolah dulu, ini dipanggil ILUSI OPTIK. Betullah tu pandangan mata kita ditipu.

2. PANDANGAN AKAL. Sering tersalah.

Dulu pernah seorang saintis berpendapat berkata bentuk muka bumi kita mendatar. Sekiranya pelayar belayar hingga ke hujung laut, pasti akan jatuh. Hahahaha....itu saintis zaman kunolah kata. Sekarang ni sapa kata gitu nak kena gelaklah kan. Itu pandangan Akal saintis itu.

3. PANDANGAN NAFSU. Pandangan yang sentiasa nampak keburukan dan maksiat saja.

4. PANDANGAN HATI. Pandangan Paling Tepat dan Hebat sekiranya hati bersih.

Analogi sebiji Donut



1. Pandangan Mata : Donut ini lawanya, macam comel je, macam cantik je! Boolat...Boolattt!!!

2. Pandangan Akal : Donut dibuat oleh Chef yang terkenal. Diteliti dari segi teksturnya, dari segi kemanisannya, cukup susunya, cukup tepungnya.

3. Pandangan Nafsu : Orang yang pandang donut dari segi nafsu sudah tentu makan tak hingat punya. Sekotak dah habis, nak sekotak lagi.

4. Pandangan Hati : Orang seperti ini akan memandang donut ini dengan rasa bersyukur kerana telah dibesarkan dengan hasil titik peluh ibunya dengan jualan donut tersebut.
 
Apa pula pandangan ANDA??? Mata, Akal, Nafsu atau Hati.
 
Mudah-mudahan anda dapat manfaat dari entri saya kali ini. Sekiranya anda suka entri saya kali ini sila LIKE dan SHARE ye! Apa yang baik kita kongsi-kongsikan.

Lain kali kalau saya dengan motivasi lagi saya kongsikan di sini ok!

Salam sayang,

Hafizah Mahfoz

 
 

No comments:

Post a Comment