Pages

Saturday, December 21, 2013

AWESOME MOMMY!!!!



Bestkan jadi mommy cam ni, u will miss it if you dah tua nanti....
Apa yang di lakonkan itu lah saya alami setiap hari bersama anak2 saya seramai 5 orang. 


Betullah kekadang jadi mcm TIGER pun ada.....AAAUMMMM....
Tapi saya rasa hebat dapat
rasa semua ini tanpa MAID you know...dan saya juga bekerja. Dah 10 tahun pun saya bergelumang sebagai 'awesome mommy'.

Tapi, bila org tanya mcm mana akak hadapi semua ni....Saya jawab...
ntah saya tak leh jawab spesifik...betul lah yg kartun tu kata 'It is AWESOME'

Saya tak ingat pun seorg demi seorg anak yg saya hadap, macam mana keadaannya ....alhamdulillah anak2 saya semakin membesar dan sihat. dan saya berpuas hati kerana saya dapat menjaga mereka sendiri disamping suami tercinta.

Cuma impian saya, I want to be Work At HOME MOM (WAHM) suatu hari nanti supaya saya lebih menjadi OWESOME MOMMY.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya nak cerita sikit kelima-lima anak saya dari yang sulong hingga yg bongsu.

Anak sulong ( Abang Long Eizz )

Muhammad Eizz Aqlan



Ini anak sulong saya. Panggilan manja yang selalu saya panggil along or abang long. Mak saya panggil Eizz...ayah dia pun panggil Eizz. Maksud Eizz dalam bahasa arab diterjemahkan ke bahasa melayu adalah kekuatan. Mudahan anak sulongku kuat menghadapi cabaran hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.

Along amat manja dengan ibu. Walau pun dah 9 tahun tapi still nak cium-cium ibu depan orang ramai lagi.....you are my copyright....sebijik macam ibu. Cepat menangis bila terusik. Very sensitif. Gembeng. ....huhuhu...Ibu paham perasaanmu nak.

Tapi yang paling ibu bangga, abang long suka tolong ibu sidai kain, angkat kain, even basuh pinggan mangkuk. sekali-sekala abang menyibuk kat dapur nak tolong ibu potong bawang. Nak jadi Chef ke abang long....hehehhehe.

Anak kedua : Cici

Muhammad Eizz Fitri



Haaaa....ini my sweet heart yang kedua....He is so sweet. Sebab saya kata sweet pasal dialah penyeri dalam keluarga kami. Kalau tak ada dia di rumah rasa sunyi je rumah kami.

Almaklumlah Cici ni suka menyakat. Tak boleh tengok abang atau adiknya duduk senang...ada saja yang nak disakatnya bikin hati panas.

Bila dah panas hingar bingar la rumah.....uwaaaaa sana uwaaaa sini. Ibu doakan Cici jadi anak yang soleh dan dapat memandikan dan menyembahyangkan ibu dan ayah bila ibu dah tak bernyawa nanti....insyaallah.

Ketiga : Kakak Eizzatul

Eizzatul Syarafana

waaaa....she is my princess Eizzatul Syarafana...panggilan manjanya kakak..
Dia suka sgt membaca. Saya notice...masa dia umur 5 tahun habis dia selongkar semua buku-buku tadika abang2 dia dlm kotak yang dah saya kemaskan. Lepas tu si kakak ulangkaji buku-buku tu....dia tulis balik lah latihan2 dalam buku tu. warnakan semula dan baca semua buku2 tu.

Sebab tu la kakak boleh jadi Top 5 best student kat Tadika Lestari Pagi last convocation. Insyaallah, akak dapat meneruskan usaha kakak hingga ke menara gading.


Anak ke empat : Faris

Muhammad Eizz Faris

Yang ni saya bagi gelaran dia berteh jagung. Sebab cakap tak berhenti....tetetetetetetee....fasih pulak tu.

Walaupun usianya baru menjangkau 4 tahun tapi kalau bercakap mengalahkan orang tua. sweettt sgt....

Ada satu ketika tu saya dengar perbualan Faris dalam telefon dengan atoknya di Kampung Kuantan. 
" Atok tinggal sorang ke....kesian atok tinggal sorang tak de sapa temankan"

huhuhu...saya mendengar perbualan mcm nak tergelak pulak bila budak sebesar ini pandai ambil hati atoknya.

kalau you dengar style dia bercakap, macam bahasa persuratan....bahasa buku la lebih kurang. Tak ada pelat langsung budak sebesar ini.

Ibu doakan Faris jadi ahli pemidato yang hebat suatu hari nanti.


Anak bongsu: Awin @ Awina



 
 

 Eizzatul Syazwina
 
Alaaaa...laaaa.....comelnya bucah cilik ni...(bucah cilik dalam bahasa jawa budak kecik).
My little princess...baru masuk 5 bulan usianya, tapiiiiii.....dah pandai berborak. aaaaa....aaaaa....aaaalllahhh....Maybe satu hari nanti nak jadi pemidato jugak kot macam abangnya si Faris.

Tengokla dalam gambar tu, lepas menyarap tergolek dia ke komputer ayahnya. nak jadi pakar IT gak macam ibu ke?

Lahirnya Awina disaat ibu dan ayah menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke-10 (2003-2013). Sukur alhamdulillah...hadiah anniversary Awinaku ini.
Insyaallah ibu doakan Awina sihat dan ceria, semoga menjadi anak yang solehah.

--------------------------------------------------------------------------

My lovely Family (2003-2013) 

 Outing bersama keluarga jadi satu kewajiban dlm famili kami.
Inilah keluarga saya yang telah dilayari genap 10 tahun pada tahun 2013 ini. Alhamdulillah saya dikurniakan 5 permata hati yang membahagia dan menceriakan lagi rumahtangga kami.

Pahit manis, perit jerih selama membesarkan kelima-lima anak ini bersama-sama en Badrul Hisham dapat diharungi dengan izin Allah. Syukur allah memberi kelapangan kepada kami meharungi segala cabaran dengan tabah.

I LOVE TO BE AWESOME MOMMY!!!

I WANT TO BE WORK AT HOME MOMMY tooo!!!!!

 

No comments:

Post a Comment