Pages

Sunday, November 17, 2013

LIVING YOUR DREAM OR LEAVING YOUR DREAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 16hb November 2013 saya berpeluang untuk mengikuti Mini Workshop Magnet Kekayaan dan Kejayaan.Sudah lama saya mengidam hendak turut serta workshop ini bila terbaca melalui Facebook Alumni Dr Azizan dan Bakal Alumni Dr Azizan Osman.Disebabkan kekangan masa dan keluarga saya tunda tunda punya tunda akhirnya berjaya juga. Saya telah jatuh cinta dengan celoteh DAO ini sejak saya mengikuti Seminar Berani Berniaga pada bulan Mei yang lalu yg diadakan di Wisma PGRM Kuala Lumpur.

Kali ini saya bersama DAO sekali lagi di Bukit Gambang Resort Kuantan. Bukit Gambang Aku Datang!!!!!
kenapa jauh sangat ni. Demi ilmu lautan api sanggup ku redah....


Workshop selama 1/2 hari ni orang kata apa yang kau dapat. Tapi dengan DAO walaupun 1/2 jam sekalipun banyak yg saya dapat. Nak tau apa dia, baca sampai habis.



5 MAGNET






1. MAGNET KEBAHAGIAAN

kalau tak bahagian macam mana nak dapat magnet

2. MAGNET KESIHATAN

kalau tak sihat macam mana nak bahagia

3. MAGNET KEKAYAAN

Ada 3 kekayaan yang perlu ada dalam diri kita:
1. Kaya Jiwa    : Orang yang sakit hati dengan orang lain dan tidak boleh tengok orang lebih daripadanya adalah miskin jiwa.
2. Kaya Fikiran : Kaya dengan ilmu. Otak yang tidak diisi dengan ilmu akan berkarat dan akan masuk fikiran -ve. Apa yang kita fikir adalah doa.
3. Ucapan : Kata-kata yang baik adalah doa.

4. MAGNET KEJAYAAN

5. MAGNET KEBERKATAN
5 Magnet keberkatan yang perlu diamalkan :
1. Syukur   : kalau banyak sangat complain tidak bersyukur namanya
2. Sedekah : tak perlu tunggu kaya baru nak bersedekah
3. Sujud     : Bersujudlah selalu kepada Allah kerana doa yg paling didengari oleh Allah semasa kita bersujud. Amalkan solat dhuha, tahajud dan amalan2 sunat yang lain. 
4. Suci      :  Sucikan diri dengan bertaubat. buat solat taubat dan beristighfar at least 100X sehari. 
5. Selawat   : berselawatlah kepada Nabi junjunganNya Rasulullah saw at least 100X sehari.


LIVING OR LEAVING



 Kita ada pilihan sama ada ingin 'Living your Dream' or 'Leaving your Dream'. Perkataan ini menarik minat saya kerana sebutannya sama tapi maksud yang amattttt berbeza. Terpulang kepada diri kita sendiri memilih mana yang patut untuk arah tuju kejayaan kita.


MAGNET
Apa yang dimaksudkan dengan magnet? pada mulanya saya blur apa yang dimaksudkan dengan MAGNET ini. Besi berani kah? yela orang kampung punya sebutan, berani lah sangat.....

Sebenarnya MAGNET tu adalah bermula dari huruf 

M
MATLAMAT
Nak cerita pasal Matlamat ini bila kita tengok analogi bila kita nak order makanan di  Restoran. tentunya pelayan akan bertanya " Nak makan apa encik?". so kita akan jawab "Apa-apa je lah....." .Beberapa minit kemudian pelayan akan membawakan burger yang berintikan tahi....nak marah ke tak masa tu? tentulah marahkan tapi bolehkah kita marah sedangkan tadi kita jawab jawab "apa-apa je lah".

Begitu juga hidup kita ni, hidup kena ada matlamat...impian. Minta dengan Allah spesifik permohonan kita. DAO bagi contoh " Aku nak jadi millionare bila umur aku 35 tahun" ....see ...dreamingnya jadi kenyataan bila beliau telah menjadi jutawan dalam usianya 39 tahun beliau telah memiliki 27 Syarikat. DAO ada menyatakan kenapalah aku tak minta menjadi millionare umur 24 tahun...cepat sikit kaya.
 
MENTOR
Cari MENTOR yang telah berjaya untuk jadi inspirasi dalam bisnes dan hidup kita.
 
MELABUR
Jangan lokek untuk membuat pelaburan untuk ilmu. Kita boleh melabur dengan sebarang pelaburan sekalipun misalnya melabur kepada hartanah suatu hari nanti anda dapat pulangannya yang besar, begitu juga dengan property dan emas tetapi pelaburan berbentuk material ini akan hilang dan terhapus atau kita tak boleh dapat bawa ke kubur pun akhirnya. Hanya pelaburan Ilmu yang dimanfaatkan saja yang menjamin anda di SANA nanti.
  
'Willing to give first and you get back.' 
'The more you give, the more you get back.'

Bak kata DAO nak bahagia dunia akhirat hendaklah bersedekah. Sedekah bukan saja dari segi wang ringgit. Ilmu juga boleh disedekahkan dengan berkongsi apa yang kita tahu dengan orang lain.
 
A 
ATTITUDE

Bila sampai huruf A ini masa tu masih awal lagi dalam pukul 10.00 pagi DAO seperti tidak mahu meneruskan workshop ini bila mana dilihatnya orang Kuantan seperti tidak bersemangat. Tapi dihalang oleh para peserta hingga ada yang sanggup naik ke atas kerusi....saya pun sekali...heehheee....bukannya senang nak naik atas kerusi bila dah debab ni....hahahhahaaa...teringat masa sekolah-sekolah dulu kena diri atas kerusi. Semua peserta dengan sportingnya tersuntik semangat supaya DAO meneruskan workshopnya. Lama jugak la berdiri atas kerusi dalam 15-20 minit cam tu. Tujuannya nak menaikkan semangat orang Pahang yang semakin lemau. Saya pun rasa macam tu, berbanding Workshop Berani Berniaga yang saya ikuti di Wisma PGRM dulu aura orang Kuala Lumpur sangat berbeza.


Antara peserta Workshop yang hadir mendaftar

Excited sangat la tu nak jumpa DAO sekali lagi

Ok sambung, Attitude....DAO mengatakan sekiranya membuat sesuatu biar sampai ending. Don't warm-warm chicken shit. Orang yang gagal pandai mulakan tetapi tidak pandai menghabiskan. Jangan mensabotaj diri sendiri. Adakah sikap kita sikap orang berjaya atau sikap orang gagal.

G
GIGIH

Gigih ni diibaratkan seperiti kita naik Gunung Kinabalu, sekuat mana pun kegigihan pendaki tu tidak akan sampai ke kemuncaknya sekiranya pendaki mengundur.
Oleh kerana itu ilmu adalah penting. Orang sanggup buat apa saja tanpa alasan dan rungutan.
Cuba beritahu saya siapa yang suka berhutang?
Siapa yang suka langsaikan hutang dengan cepat?
Siapa yang suka tolong habiskan hutang saudara lain?

Kita perlu GO-GETTER no WAITER. Kita perlu kejar rezeki bukan menunggu rezeki.

N
NEKAD

Muktamad membuat keputusan untuk GO or Not GO.

E
EXCITEMENT

Berapa besar keterujaan (excited) kita untuk mengubah hidup kita. Kalau biasa-biasa sahaja baik tak payah. Passion kita perlu tinggi.
 
T
TINDAKAN

Tindakan kita juga perlu luar biasa. 

TAWAKAL
Segala apa yang telah kita lakukan, walau apa yang kita impikan hendaklah kembali kepada Allah. Kita mampu merancang, Allah jua yang menentukan.....TAPIIIII yakinlah


Apa yang kita FIKIR,
Apa yang kita RASA
Apa yang kita CAKAP
Apa yang kita LAKUKAN adalah DOA.
Yakinlah ALLAH sentiasa bersama kita.  

  
Mr hubby dan adik iparnya post maut...hehehehe
 
 Saya dan mr hubby selepas sessi workshop tamat.tak dapat bergambar dengan orangnya dapat gambar dengan poster dia je.


 Hadiah yang amat berharga kepada setiap peserta. Kalau beli kat MPH ni RM25 tu. Dah la workshop ni free...dapat free buku pulak. Kalau tak bersyukur jugak ni tak tau le....Alhamdulillah.


"Hidup ini seperti layang-layang. Semakin tinggi layang-layang ini semakin kuat angin yang bertiup. Semakin tinggi layang-layang itu terbang naik semakin kuat kita perlu pegang talinya. Kita perlu pandai mendayung tali layang-layang tersebut jangan sampai terputus talinya. Tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kendur. Kalau tegang takut putus talinya. Kalau kendur takut jatuh pula layang-layang nanti." 

Ini saja yang dapat dikongsikan diruangan ini. Segala kekurangan harap dimaafi. Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sempat la meninjau-ninjau di Sekitar Bukit Gambang Resort selepas sessi Workshop.

Gift Shop at Bukit Gambang Resort
Malam ada Safari Night Jungle...wah boleh bawa anak-anak ni next time.
Terima kasih kerana membaca...........
 
  

No comments:

Post a Comment