Pages

Saturday, March 24, 2018

Kesan Penggunaan Youth Selepas 30 Hari Yang Wajib Anda Lihat!

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar pembaca fiezabard yang dikasihi?

Saya doakan anda sihat sejahtera dan sentiasa cantik dan gojes ye πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Dah lebih 30 hari kot YOUTH produk penjagaan wajah yang unggul dilancarkan sejak 3 Feb 2018 yang lalu. Waktu pelancaran itulah saya teruja tak melepaskan peluang untuk dapatkan 1 set YOUTH PERTAMA saya bila Shaklee kongsikan beberapa testimoni yang sangat awesome.

Sila klik link di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡untuk kisah pelancaran YOUTH yang gilang gemilang

PELANCARAN YOUTH 3 Feb 2018 di Sunway Piramid (KLIK SINI)


Di sini saya ingin kongsikan beberapa YOUTH EFFECT

Testimoni 1

Diri saya sendiri. Walaupun saya telah amalkan suppliment sejak tahun 2013, antara suppliment yang saya makan Omega Guard, ESP, Vitalea, Vita C dan Vivix, saya masih memerlukan penjagaan wajah dari luaran juga.

Sebelum ni saya pakai Nutriwhite Cleanser, Nutriwhite Toner dan Nutriwhite Moisturizer. Namun begitu setelah Nutriwhite di berhentikan pengeluarannya untuk beri laluan kepada produk baru.

Waktu tu kecewa juga sebab saya betul-betul kehabisan stok untuk penjagaan wajah secara semulajadi.

Bila YOUTH telah dilancarkan, tak sabar-sabar saya terus grab satu. Sebab rasa muka dah berkerak nih hahahahhaaaa....

.
.
.
.
.
 TADAAAAAAA!!!

.
.
.
INILAH HASILNYA, SELEPAS LEBIH 30 HARI MENGGUNAKAN YOUTH.
Sebelum YOUTH saya hanya amalkan suppliment sahaja. Penjagaan dalaman memang saya jaga. Saya ingat dah cukup bagus untuk kulit luaran saya.

Rupanya saya silap, 

Selepas YOUTH, saya masih amalkan suppliment + YOUTH. Wow! hasilnya lebih menakjubkan.

Apa yang saya rasa selepas YOUTH?

❤ Kulit saya semakin licin bagaikan baby
❤ Blackhead and whitehead saya semakin berkurangan
❤Gatal-gatal di bahagian hidung dah tak ada. Dulu suka garu-garu hidung sebab banyak kerak blackhead di situ.
❤ Kulit semakin cerah
❤ Kulit wajah semakin glowing
❤ Kulit muka sentiasa lembab tapi tidak berminyak
❤ Muka tidak berminyak
❤Jerawat manja kekadang muncul tapi cepat mengempis dan kering dengan segera. Best sangat. Tak de la spotlight jerawat menyinari wajah selalu.

Testimoni 2

Anak bujang saya, Eizz ni sejak melangkau ke alam remaja, ada saja komplen yang saya terima setiap hari.

Hari-hari mengadu, jerawat tumbuh kat hidung macam sportlight lah. Esoknya, ngadu lagi bawah dagu jerawat tumbuh lagi. Esok lagi, ngadu lagi kulit berminyak.

Allahuakhbar, macam-macam karenah bila ada saja yang tak kena dengan mukanya.


Bila Eizz dapat tahu ibunya ada YOUTH, Eizz pun nak cuba tempek kat muka. Tak sangka anak bujang ibu ni pun nak melawa jugak.

Sapa kata kecantikan dan penjagaan wajah hanya untuk wanita sahaja. Lelaki pun nak jaga wajah mereka juga tau.

Apa yang Eizz rasa selepas 30 hari YOUTH?

❤ Kulit muka dah tak berminyak lagi
❤ Jerawat mulai mengecut
❤ Jerawat kurang aktif. Jerawat baru kurang tumbuh
❤ Kulit semakin cerah
❤ Gatal-gatal kulit di muka dah tiada
❤ Kulit semakin lembab
❤ Kulit semakin licin

Testimoni 3

Testimoni ini pula dari seorang pengguna YOUTH. Baru 2 minggu menggunakan YOUTH pori-pori dipermukaan kulit wajahnya mulai mengecil. Amazingkan?





Testimoni 4

Ini pula salah seorang pengguna YOUTH juga. Nampak tak perbezaan sebelum guna YOUTH. Bintik-bintik hitam diwajahnya mulai pudar selepas 2 minggu guna YOUTH. Bestkan?

Testimoni 5

Yang ni lagi best. Wajah lebih cerah dan semakin comel selepas gunakan YOUTH. Tak payah nak tempek makeup tebal-tebal berlayer-layer. Ayu semulajadi gitu.



Tak percaya lagi dengan kehebatan YOUTH.

Kalau tak percaya tak per. Anda kena cuba sendiri...

Takut nak cuba. Meh baca dulu apa yang ada dalam YOUTH nih.

Sila klik di sini πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

HEBATNYA YOUTH YANG WAJIB ANDA CUBA! (SILA KLIK)



Ahaaa....YOUTH dah sampai Pulau Redang Ok!

Kulit wajah rentung bila berjemur tengah panas di Pulau Redang ni tau. Dengan YOUTH kulit rentung ni tak jadi nak rentung. 

Cer tengok video saya ni pulak. Klik tau klik video bawah ni..





Amacam?

Anda rasa nak dapatkan YOUTH pertama anda hari ini?

Meh hubungi saya Hafizah untuk dapatkan SET YOUTH pertama ada dengan harga yang paling JIMAT dengan hubungi saya segera Hafizah (019-211 8757)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz (sila klik)

019-211 8757 
(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)



Monday, March 12, 2018

Adab Wanita Islam Dalam Iddah Yang Wajib Diketahui Yang Ramai Tak Tahu

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dilindungi Allah dan dikurniakan keberkatan dunia akhirat.

Baru-baru ini saya diberi rezeki kesihatan dan masa untuk bersama-sama jemaah AlMustaqqim ke kuliah dhuha special.

Sebab apa special? selama saya mengikuti kuliah dhuha lebih kurang 10 tahun  di Surau AlMustaqqim ni, penceramah kami adalah Ustazah Syarifah selaku ustazah tetap kuliah dhuha kami. Memang tak jemu mendengar kuliah Fardhu Ain Muslimah ustazah setiap 2 minggu sekali di Surau AlMustaqqim.

Tapi kali ini, kuliah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Misbah iaitu suami kepada Ustazah Syarifah kerana kali ini tajuknya lebih mencabar. Ustaz Misbah biasanya berceramah di surau kami setiap minggu jumaat malam sabtu.

Atas permintaan jemaah Muslimah, Alhamdulillah ustaz bersetuju untuk memenuhi undangan kami khas untuk merungkaikan satu isu yang dipandang remeh sekarang ni.


"ADAB SEMASA BERADA DALAM TEMPOH IDDAH"

🌺 Pengertian Iddah?

Garis panduan beriddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suami sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam dalam kalangan wanita berkaitan batas hukum dan adab semasa berada dalam tempoh Iddah menurut hukum syarak.

🌺 Istilah Fuqahah (Para Ulama)

Masa Iddah ialah sebutan atau nama suatu masa di mana seorang wanita menanti atau menangguhkan perkahwinan setelah ia ditinggalkan mati oleh suaminya atau setelah diceraikan baik dengan menunggu kelahiran bayinya atau berakhirnya beberapa quru' atau berakhirnya beberapa bulan yang sudah ditentukan.

🌺 Quru'

Masa menunggu/menanti bagi seseorang wanita iddahnya.

Hukum Iddah

🌺 Hukum Iddah menurut syarak

Wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.

🌺 Hukum Berkabung menurut syarak

Wajib ke atas wanita yang kematian suami sahaja!.

Manakala, bagi saudara-mara, anak pinak, cucu-cicit harus berkabung hanya 3 hari sahaja.

Sumber Hukum

Hukum-hukum ini diambil dari nas dan dalil-dalil sahih iaitu Surah Al-Baqarah ayat 228, Surah Al-Talaq ayat 1 dan 4 dan hadis Ibnu Majah.


Maaf, photo kurang jelas sebab ambil direct dari screen slide ustaz.


Apa Hikmah Adanya Hukum Iddah?

🍎 Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Tujuannya untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami terbaharu dikahwininya.

Cantiknya Islam dalam menjaga zuriat dan asal-usul keturunan.

🍎 Untuk Iddah Talak Raj'ie (Talak yang boleh dirujuk), 
hikmahnya sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku untuk kembali rujuk kepada isterinya.

🍎 Bagi wanita kematian suami tempoh iddah tersebut sebagai:
tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.
tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.


Ustaz Misbah menerangkan secara terperinci hal-hal Iddah dan tak jemu melayan persoalan-soalan dari jemaah.


Antara jemaah muslimah yang hadir. Khusyuk mendengar pencerahan ustaz.


Para jemaah muslimin juga turut hadir memandangkan hal iddah ini bukan saja wanita perlu tahu hak-haknya. Kaum lelaki juga perlu tahu apakah tanggungjawab mereka dan batas-batas mereka dalam hal iddah ini.


Alhamdulillah, walaupun saya terlambat 5 minit menghadiri kuliah, Allah beri rezeki saya duduk di barisan hadapan, berhadapan dengan ustaz. Dalam mana-mana majlis ilmu saya suka duduk di barisan hadapan. Para ilmuwan pesan, duduk di hadapan lebih mendapat keberkatan guru. Insya Allah.
(Saya bertudung hijau, no 3 dari kanan)



Antara muslimah yang hadir. Ramai juga hadir kuliah kali ini. Tekun kakak kita ambil nota.

2 Jenis Iddah

1) Iddah kerana diceraikan
2) Iddah kerana kematian suami



Tempoh Iddah Wanita Yang Diceraikan

1) 3 X suci dari haid
✅ dicerai
✅ pernah disetubuhi
✅ tidak mengandung

2) 3 Bulan
✅ dicerai
✅ telah putus haid (menopous)
✅ sudah tua
✅ wanita tiada haid

3) Hingga Lahirkan Anak
✅ diceraikan dalam keadaan mengandung

4) Tiada Iddah
✅ diceraikan
✅ tidak pernah disetubuhi oleh suaminya

Wanita diceraikan suami dengan talak raj'ie ( talak 1 dan 2 ) boleh dirujuk semula.

Beza menutup kulit dan menutup aurat?

Ustaz ada bawa isu, ada seorang muslimah di sebuah busana muslimah menyoal, Apa beza menutup kulit dan menutup aurat?

Ustaz jawap : sekiranya kita pakai kain nipis pun dikira menutup kulit. Tapi menutup aurat tidak dikira sekiranya kain yang menutup itu nipis hingga menampakkan warna kulit dan bentuk tubuh. Sedangkan yang wajib adalah menutup aurat.

Hak-hak isteri yang telah diceraikan dalam tempoh iddah
1) Dalam tempoh iddah suami wajib menyediakan tempat tinggal
2) Wajib menyediakan makan dan minum untuk bekas isteri

Sila tonton Video yang dikongsikan di bawah ini untuk lebih jelas.

1) VIDEO 1 (SILA KLIK)

2) VIDEO 2 (SILA KLIK)


Tempoh Iddah Wanita Kematian Suami

Ada 4 situasi yang berbeza untuk Iddah kematian suami

Situasi 1:

Selepas Cerai Raj'ie, Kematian Suami, Tidak mengandung
✅ Ada haid @ tiada haid
✅ Tempoh Iddah : 4 bulan 10 hari
✅ Kiraan Iddah bermula pada tarikh kematian.

Situasi 2:

Talak Ba'in (talak 3, tidak boleh rujuk), Kematian Suami, Tidak mengandung, 
✅ Ada haid @ tiada haid
✅ Tempoh Iddah : 3 X suci @ 3 Bulan
✅ Kekal Iddah asal iaitu Iddah Talak Ba'in. Iddahnya tidak bertukar kepada Iddah kematian suami

Situasi 3:

Kematian Suami , Telah disetubuhi atau belum disetubuhi, Tidak mengandung
✅ Ada haid @ tiada haid
✅ Tempoh Iddah : 4 bulan 10 hari
✅ Wanita yang kematian suami bukan saja wajib ber'iddah malah wajib juga berkabung

Situasi 4:

Kematian Suami, Mengandung
✅ sedang mengandung
✅ Tempoh Iddah : sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur
✅Tamat Iddah selepas melahirkan sama ada anak hidup atau mati atau keguguran yang telah membentuk janin atau sekadar segumpal darah menurut pakar itu adalah kandungan sebenar.

Kiraan Masa Iddah



🌺 Masa Iddah secara syariat agama dihitung dari terakhir kali berhubungan badan dengan suami dan dalam keadaan suci

🌺 Misalnya ketika terakhir bersetubuh lalu esok harinya isteri mendapatkan haid maka perhitungan masa Iddah dimulai ketika isteri sudah suci dari haid.

🌺 kiraan yang betul untuk mencukupkan 3 x haid
suci - haid -> 1 x
suci - haid -> 2 x
suci - haid -> 3 x

🌺 Lama waktu masa Iddah adalah 3 Quru. Sebahagian pendapat mengatakan 3 quru adalah :

3 X haid
3 Bulan
3 Bulan 10 hari (100 hari)

🌺 Ramai orang memakai masa Iddah 3 bulan 10 hari (100 hari)

🌺 Sebaiknya ikutilah cara tuntutan syariat kerana jika terjadi suami rujuk kepada isterinya diakhir masa tempoh Iddah menurut hukum negara dan melakukan persetubuhan ketika itu dikhuatiri akan menjadi zina di mata Allah.

Isu-isu semasa Iddah Kematian Yang Perlu Diambik Perhatian

🌺 Hukum keluar bekerja
Dibolehkan wanita yang kematian suami keluar bekerja (atau untuk urusan lain yang perlu) asalkan ia pulang untuk bermalam di rumah suaminya selama masih dalam Iddah (4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suami atau hingga melahirkan anak jika hamil)

🌺 Hukum memakai hiasan
Haram ke atas wanita kematian suami berhias selama waktu Iddah.
Perhiasan diri yang dilarang seperti:
✅ berinai
✅ bersolek dll

Perhiasan pakaian dan barang kemas yang dilarang seperti:
✅ cincin
✅ gelang emas atau perak
✅ batu permata 
✅ pakaian bercorak dll





🌺 Diharuskan berpindah
Wanita dalam Iddah boleh berpindah dari rumah yang diduduki dengan alasan takutkan ancaman keselamatan dirinya, anak dan hartanya atau terganggu/mengganggu jiran atas keberadaannya di kawasan itu.

🌺 Wanita dalam Iddah tidak boleh keluar menziarahi anaknya.
Namun begitu jika hatinya sedih atau sunyi disebabkan kehilangan suaminya dan memerlukan teman berbual dari kalangan anaknya sendiri. Makanya dia boleh pergi ke rumah anaknya yang sangat berdekatan dengan rumahnya tanpa bermalam di rumah anaknya.

Sekiranya anaknya jauh dan tidak memungkinkan ia pulang dalam masa yang singkat, dan tiada anak lain yang dekat, dibolehkan bermalam.

Antara perkara yang diharuskan dan tidak menjadi larangan semasa dalam Iddah ialah memotong kuku dan mengemas rumah.

🌺 Macam mana pula hubungan suami/isteri dengan bekas keluarga mertua

Adik-beradik kepada suami adalah tidak mahram.
kerana itu batasan pergaulan dengan mereka sama seperti batasan pergaulan dengan ajnabi yang lain iaitu tidak boleh buka aurat. tidak boleh bersentuhan (bersalaman) berduaan dan sebagainya

Apabila pasangan telah meninggal sekalipun tuntutan menjaga hubungan dengan keluarganya tidak sebesar ketika dia masih hidup. Namun digalakkan hubungan baik itu terus dipelihara terutamanya dengan individu yang dikasihi pasangan ketika hidup.

Baginda sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan orang yang dikasihi oleh Syaidatina Khadijah semasa hayatnya.

Sessi Tanyalah Ustaz?


1) Apakah adab wanita berIddah dalam media sosial?

Ustaz jawab: 
✅ Bukan dalam Iddah pun wanita perlu menjaga adab bersosial.
✅ Berhubung dengan keluarga diharuskan.
✅ Berhubung dengan lelaki lain - haram (kecuali dalam hal kerja yang sangat perlu)
✅ Bercakap dengan lelaki lain harus dengan syarat intonasi suara yang tidak mengghairahkan.
✅ Bagi salam diharuskan

2) Mengiringi jenazah hingga ke kubur?

Ustaz jawab:
✅ Bagi wanita dalam Iddah dinasihatkan tidak perlu ke kubur
✅ Tidak digalakkan isteri dalam Iddah ke kubur. Dikhuatiri meratap, menangis yang akan menyeksa jenazah dalam kubur. Dikhuatiri juga terjadinya percampuran antara lelaki dan wanita semasa di kawasan perkuburan.
✅Wanita lain diharuskan pergi dengan syarat menjaga batas pergaulan, menjaga aurat,tidak campur lelaki dan perempuan dan tidak meratap hiba.

✅ Ustaz juga mengulas bagaimana hukumnya menziarahi kubur di hari raya?
Ustaz jelaskan lebih baik menziarahi tempat yang mengingati kita kepada Allah iaitu kubur yang mengingatkan kita ke arah kematian yang bakal kita semua tempuhi daripada menziarahi tempat yang yang melalaikan contohnya menziarahi rumah saudara tetapi tak ingat nak solat.

3) Bergaul dengan orang lelaki di tempat kerja?

Ustaz jawab:
✅ Berwassap dan bercakap hanya untuk bidang kerja saja.

4) Bolehkah wanita dalam Iddah keluar ke majlis ilmu?

Ustaz jawab:
Harus hanya untuk ilmu fardhu ain contoh ilmu solat.
Tak harus untuk ilmu fardhu kifayah

5) Sekiranya wanita dapat tawaran haji pada tahun tersebut bolehkah ia keluar ke kursus haji?

Ustaz jawab:

Ada 2 jawapan:

1) BOLEH,
sekiranya tarikh menunaikan Haji lambat lagi (selepas tamat tempoh Iddah) atas dasar keperluan menuntut Ilmu Haji. Dengan syarat Haji yang bakal ditunaikan adalah Haji Wajib (Haji kali pertama).

Sekiranya ada peluang menuntut Ilmu Haji tersebut selepas habis Iddah, elakkan hadir sewaktu Iddah tersebut. Tangguhkan hadir kelas sehingga habis Iddahnya nanti.

2) TIDAK BOLEH,
sekiranya tarikh Hajinya menempuh waktu tempoh Iddah ( Haram menunaikan Haji dalam waktu Iddah).

Tangguhkan kelas Hajinya ke tahun hadapan. Hajinya juga perlu ditangguhkan ke tahun hadapan.

Alhamdulillah, banyak perkara perihal Iddah telah terungkai. Namun masih banyak lagi persoalan yang bermain diminda. Sebab perihal Iddah ini sekiranya tidak berlaku terhadap diri sendiri ramai yang tak ambil cakna.



Gambar kenangan bersama Yang Berbahagia Ustazah Syarifah dan Ustaz Ahmad Misbah 

Mudah-mudahan ilmu dikongsikan ini dapat manfaat anda semua. Mohon ustaz dan ustazah halalkan. Mana yang baik datangnya dari Allah dan yang kekurangannya dari diri saya sendiri dan mohon maafi.

Wallahu'alam.

Sekiranya anda suke entri saya kali ini sila tekan button SHARE dan LIKE supaya ramai lagi yang dapat manfaatnya. Nak dapat saham kubur silalah SHARE.

Thursday, March 8, 2018

8 Petua Mudah Kurangkan Ruam dan Kemerahan Kulit Bayi Yang Perlu Anda Ketahui

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda diberi rezeki kesihatan melimpah ruah hendaknya.

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Shila, meminta tips mengurangkan ruam kemerahan yang bayinya alami.


Shila sangat risau bayinya mengalami ruam yang sangat kritikal. Sebelum ni kat muka bayinya penuh kemerah-merahan hingga meninggalkan kesan buruk pada muka. Dah tak comel dah muka baby.

Tambahan lagi baby pun rasa kurang selesa, terutamanya dalam cuaca panas.


Kesian kan baby. Muka dia penuh merah-merah. Dah tentu gatal-gatal. Dah la tak tahu nak mengadu lagi...nangis dan geleng-geleng kepala saja je la yang baby tahu. πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά

Macam mana nak redakan ruam?

Shila minta tips macam mana nak hilangkan ruam bayinya yang dah merebak hingga ke kaki.

Actually, mudah saja nak kurangkan ruam baby ni sekiranya kita tahu caranya. Tips ni saya ambil dari petua mak saya dalam penjagaan bayi. Maklumlah, mak saya seorang yang telita dalam penjagaan bayi. Antara petua yang mak saya kongsikan :

πŸ’ž Elakkan mandikan anak dengan sabun kerana sabun yang berada di pasaran normally mengandungi chemical based. Kita tak tahu anak kita allergic apa. 

Sebagai alternatif, sekiranya anda nak juga mandikan anak dengan sabun, carilah sabun organic based sebagai contoh πŸ’–Mandian dan penjagaan Shaklee Baby.


Rangkaian Shaklee Baby yang terbukti SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN

πŸ’ž Semasa mandi, basahkan tuala kecil dan lapkan di kawasan ruam dengan lembut.
πŸ’žSelepas mandi pastikan lap betul-betul hingga kering baby terutamanya dispot-spot yang sempit sepertu di celah-celah leher, celah pelipat kaki.
πŸ’ž Elakkan guna bedak talkum atau sebarang krim sintetik.
πŸ’ž Pakaikan baby dengan pakaian yang lembut dan tidak tebal
πŸ’ž Pastikan kulit baby bebas dari lelehan air liur, lelehan susu dengan bersihkannya menggunakan sapu tangan bersih.
πŸ’ž Sekiranya ruam tak kritikal boleh sapu dengan tepung ubi.
πŸ’žSekiranya ruam yang sangat kritikal, boleh sapukan baby dengan HERBABLEND, krim organik serbaguna.


Kandungan Herbablend 100% berasaskan botanic iaitu sage leaf, horse chestnut seed, yarrow dan rosemary leaf.

Shila berminat nak cuba Herbablend untuk bayinya setelah dia agak putus asa dengan pelbagai cubaan sebelum ni.


Alhamdulillah, lepas 5 hari sapu HERBABLEND , ruam-ruam kemerahan terutamanya di muka dan lehernya mulai berkurangan. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Syukur sangat.

Baby pun dapat tidur dengan selesa. Baby pun senyummmm dengan gembira 😊😊😊

Apa istimewanya Herbablend?

Herbablend, krim serbaguna yang wajib ada disetiap rumah. Ianya 

🌿 SELAMAT, SEMULAJADI dan terbukti BERKESAN.

🌿 tiada bahan chemical dan racun yang merbahayakan baby seperti paraben

🌿 Ada ekstrak HORSE CHESTNUT SEED yang berupaya meredakan ALERGIC dan EKZEMA kulit.

🌿 Krimnya tidak merengsakan, tidak berminyak dan selesa dipakai dikulit.

Apa kegunaan Herbablend?

πŸ‘ hilangkan ruam bayi dengan mudah
πŸ‘ meredakan kegatalan dan kesan gigitan nyamuk
πŸ‘ melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
πŸ‘ hilangkan parut campak dan chicken pox
πŸ‘ melegakan ketidakselesaan akibat demam
πŸ‘ hilangkan rasa kulit gatal
πŸ‘ kurang/hilangkan parut luka dengan cepat

Saya doakan baby sahabat saya bertambah sihat dan cergas hendaknya.

Bagaimana dengan anak anda?

Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dengan sahabat saya ni jangan segan silu PM Hafizah 019-211 8757 (whatsapp/telegram/sms/call). Insya allah saya akan berikan hanya yang terbaik untuk anak anda.

Sekiranya entri ini boleh memberi manfaat kepada anda dan rakan-rakan anda sila tekan button LIKE dan SHARE.

Salam sayang,
Hafizah Mahfoz 

#testimoniHerbablend
#ShakleeEffect
#LiveAmazing
#HappyWomenDay

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz (sila klik)

019-211 8757 
(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)


Tuesday, March 6, 2018

Saat Mencemaskan Ketika Along Eizz Cirit-Birit dan Muntah Darah Akibat Keracunan Makanan

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat-sahabat fiezabard yang dikasihi? Saya doakan anda dirahmati Allah dan diberi kesihatan melimpah ruah.

Kali ini saya nak share kisah tragis yang saya hadapi pada 26 Feb 2018 yang lalu.

Petang tu, saya terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang amat teruk akibat daripada kren tumbang di jalan MRR2.

Waktu tu saya terdetik nak call handphone Abang Long Eizz. 2-3 kali call tak berjawab. Panggilan yang ke 4 baru terjawab.

Suara Abang Long Eizz sayup-sayup kedengaran di hujung talian, lemah je suaranya. Rupanya dia dah 3-4 kali tercirit dan termuntah hingga badannya terhidrasi. Ikut cerita Along dan Fitri, muntahnya hingga meninggalkan merah pekat seperti muntah darah.

Alhamdulillah, Allah permudahkan. Suami saya yang pada ketika itu outstation di Bandung bertindak pantas call jiran sebelah rumah untuk first rescue sebelum saya sampai untuk bawa Along ke klinik.

Di Klinik Along muntah dan cirit lagi. Habis basah bajunya. Alhamdulillah, syukur Allah bantu sekali lagi. Kebetulan salah seorang jiran saya yang lain juga on duty di klinik tu waktu tu. Jadi, beliaulah yang memaklumkan perkembangan Along yang ditemani adiknya Fitri.

Sesampai di klinik Along memang dah lemah terkulai kerana terhidrasi teruk. Doktor advice hantar ke hospital dan saya decide hantar ke Hospital Annur Hasanah Bangi.

Sesampai di sana, Along di refer ke bahagian kecemasan. Bila check Blood Preasurenya sangat rendah.


Pucat lesi keadaan Abang Long sebelum di'drip'


Baru nampak kemerah-merahan wajahnya selepas drip sebotol dan diberi ubat tahan muntah. Darah juga diambil untuk buat ujian darah.


Awina kesian tengok Abang Longnya terlantar sakit.


Jam dah nak dekat pukul 12 tengah malam. Awina masih segar bugar lagi teman Abang Longnya.


Fitri anak kedua saya yang banyak membantu saya. Saat tika saya belum sampai klinik dia lah yang menjaga abangnya dan menemankan abangnya jumpa doktor walaupun saat tu dia baru saja sampai dari sekolah. Belum sempat salin uniform lagi. Fitrilah yang jadi informer kat ayahnya yang berada dikejauhan. Thank you my dearest son. Tak sempat ambil gambar masa di hospital, ni la gambar yang paling hensem yang ibu jumpa dalam gallery handphone ibu.

Anak yang 2 orang lagi di rumah Kakak Eizzatul dan Faris dijaga oleh jiran belakang rumah pula sementara ketiadaan saya. Tu yang saya sayang sangat kat jiran-jiran di sekeliling. Mereka sangat perihatin dan sering membantu disaat saya kesusahan. Mereka adalah adik beradik terdekat saya.
#ThankYouMyLovelyJiran

Doktor di Hospital Annur Hasanah nasihatkan supaya Along dirujuk di Hospital Putrajaya atau Serdang memandangkan keputusan ujian darah didiagnose mengandungi bakteria yang sangat tinggi. 

Bacaan darah putihnya sangat tinggi hingga 28 sedangkan normal hanya 14. FUhhh....ibu pun risau, tinggi sangat ni. Manakala bacaan platletnya juga tinggi hingga 800 berbanding normal 400.😱😱😱 Masya Allah....Allah saja yang dapat  menyembuhkan.

Doktor kata, bacaan sebegini biasanya keracunan makanan atau kencing tikus. Yang paling merbahaya sekiranya dijangkiti kencing tikus.

Doktor pun nampak sangat muka kerisauannya. Seboleh-boleh Doktor minta bawa Along ke hospital Putrajaya supaya senang rujuk ke ICU sekiranya keadaan Along lebih teruk.

Doktor dah buat surat rujukan ke hospital emergency department supaya boleh warded malam tu juga tetapi saya hanya berserah kepada Allah. Allahuma Ya Baari', Saya tengok Abang Long dah mulai stabil sejak di'drip' dan tidak muntah-muntah dan cirit-birit lagi.

Hati ini berkata-kata, esok saja saya ke hospital Putrajaya sebab saya perlu menguruskan 4 orang lagi anak yang perlu dihantar ke sekolah esok pagi seorang diri.

Hati saya kuat berfirasat, Along hanya keracunan makanan. Along ada cerita dia ada makan baki ayam goreng malam sebelumnya.

Baki ayam goreng punca kejadian

Baki ayam goreng yang kami makan malam tu memang saya lupa nak masukkan peti ais. Paginya pula saya lupa nak buang. 

Tak sangka pula Along makan sampai habis ayam goreng tu sebelum pergi sekolah. Akibatnya tak sempat naik van sekolah perut dah mula memulas dan terjadilah kejadian mencemaskan itu.

Haiii la Along, lepas kejadian tersebut, sebarang makanan terbiar ibu akan buang terus kalau tak masukkan peti ais. Ibu fobia 😨😨😨😨

NUTRIFERON meningkatkan sistem imunasi

Sampai saja rumah saya terus buatkan Abang Long NUTRIFERON + PERFORMANCE DRINK secawan.
NUTRIFERON mengandungi INTERFERON yang bertindak sebagai 'Alarm' untuk mengejutkan antibodi yang sedang tidur. Actually dalam badan kita dah sedia ada antibodi untuk menentang sebarang penyakit. Cuma selama ini 'mereka' tidur. Oleh itu, peranan interferon dalam Nutriferon yang menjadikan antibodi aktif semula.


Apa yang best sangat NUTRIFERON?

πŸ’ Suppliment yang meningkatkan daya imunasi badan
πŸ’Suppliment yang menggantikan ubat tahan sakit dan paracetamol yang merbahaya sekiranya diambil dalam jangka masa yang panjang
πŸ’ Tiada bahan kimia dan bahan pengawet mahupun pewarna tiruan
πŸ’ 100% dari bahan semulajadi ekstrak tumbuh-tumbuhan

4 Herba/Tumbuhan Untuk Sistem Imun Anda dan Keluarga yang terkandung dalam NUTRIFERON

Herba ini dikaji selama 40 tahun. Daripada 200 herba, pakar Imun telah pilih 4 herba ini yang paling hebat membantu meningkatkan sistem Imun badan manusia

1) Biji Labu
πŸ’ Tingkatkan imun sistem anda secara semulajadi
πŸ’Ia juga bagus untuk pesakit Arthritis

2) Japanese Honey Suckle 
πŸ’Antibiotik semulajadi yang kuat. 
πŸ’ Bantu pesakit Athma dan masalah 
πŸ’ Juga bantu melegakan sakit kulit seperti rashes dan eczema. 
(Ramai customer saya yang jadi kelopak garam makan tak sampai sejam akan hilang insyaAllah) 

3) Plantago Seed
πŸ’ Bantu bunuh kuman
πŸ’ Bantu baiki luka lebih cepat dan bantu hasilkan sel baru

4) Safflower
πŸ’ Bantu kurangkan masalah Bronchial Athma
πŸ’ Bantu turunkan kolesterol jahat

PERFORMANCE DRINK mengembalikan bendalir badan yang hilang




Manakala PERFORMANCE DRINK membantu mengembalikan bendalir yang terhidrasi semasa Along muntah dan cirit semalam.

PERFORMANCE DRINK mengandungi elektrolit yang lengkap dengan campuran unik karbohidrat untuk mengawal keseimbangan air dalam sel badan.




Alhamdulillah, esoknya Along dah kembali segar bugar semula. Along dah boleh bangun cergas seperti biasa. Syukur Alhamdulillah, atas izin Allah asbab drip air dan ubatan serta suppliment PERFORMANCE DRINK dan NUTRIFERON yang Along minum malam tadi, Along kembali pulih sihat.

Walaupun Along dah kembali sihat, tapi ibu nak bawa juga Along ke Emergency Department Hospital Putrajaya untuk dapat ujian darah secara terperinci untuk kenalpasti sama ada Along dijangkiti virus kencing tikus atau tidak. Saya difahamkan sekiranya dijangkiti virus kencing tikus yang serius boleh membawa maut...😞😞😞



Sekiranya keputusan darah Along positif kencing tikus, saya dah siap sedia dengan suppliment yang harus saya berikan kepadanya seperti testimonial di atas.

Alhamdulillah, Ujian darah Along buat kali ke-2 mendapati negatif kencing tikus. Syukur sangat...sujud syukur.

Allah permudahkan segala urusan saat mencemaskan tragedi Along cirit birit dan muntah-muntah.



Saya sangat bersyukur setiap kali saya ditimpa kesukaran, Allah akan hantar seseorang untuk mempermudahkan urusan. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua jiran tetangga, sahabat dan saudara yang turun membantu dan mendoakan.




Wajah ceria selepas minum air PERFORMANCE DRINK semasa menunggu giliran ujian darah di Hospital Putrajaya. Botol hijau besar tu ibu bekalkan Along PERFORMANCE DRINK. Selepas ni PERFORMANCE DRINK sentiasa menjadi bekalan ke mana-mana.

PERFORMANCE DRINK berupaya membekalkan tenaga segera.


Oklah, cukuplah celoteh saya kali ini. Sesaja nak share saat mencemaskan saya dan anak bertuah saya nih. Mudahan menjadi iktibar kepada anda semua.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Hafizah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

HAFIZAH MAHFOZ
Shaklee ID : 961265
hafizahmahfoz@gmail.com
FB: Hafizahmahfoz (sila klik)

019-211 8757 
(Call, SMS, WhatsApp, Telegram)